| 19 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Pergilah rehat sekarang."
.
.
.

                                                   JERITAN meminta pertolongan daripada syaitan kecil itu berjaya memecahkan segala sumber suara di sekeliling mereka. Yang terisi di udara cumalah deruan angin malam ditemani esakan si Rob. Mulutnya terkumat-kamit memanggil nama 'Retak'ka', mengharapkan nama itu akan datang menyelamatkan mereka.

   "Retak'ka. Retak'ka tu ketua kau orang, kan?" Pertanyaan Gentar meruntuhkan suasana hening itu. Melihat soalannya tidak disambut, Gentar pantas memegang bahu Rob. "Hei, jawablah."

   Mulut Rob yang terkunci rapat membiarkan soalan Gentar tergantung sepi. Bahunya mula ditekan kuat Gentar. Tiba-tiba, raungan perit datang dari Rob saat wajahnya terasa berbahang panas.

   "Hei, kau okey tak?" Suara Gentar mula sayup-sayup tenggelam dalam nafasnya sendiri. Dada bajunya dicengkam, cuba menenangkan degupan jantungnya yang semakin melajukan rentaknya. Dia akan mati ke? Apa dia akan betul-betul mati ke?

   "Rob!"

   Rob cepat-cepat mengangkat wajahnya. Sosok Roberto dan Robert tidak puas hati memenuhi ruang permandangannya. Melihat Rob masih tercengang, Roberto segera bersusah-payah menarik lengan Rob yang dua kali ganda besar daripadanya.

   Tak apalah, berat sangat.

   "Kau ni! Kita orang susah payah tolong ayah niaga. Kau sorok-sorok makan ayam pula dekat sini." Bebelan Roberto disambut oleh orang sebelah. "Betul tu betul. Ingat kau seorang saja ke yang penat?"

   Rob mengelap hujung bibirnya yang berpasirkan sisa ayam. Apa nak buat? Tersenyum kambing sajalah. Laju dia membangunkan diri bersama tangan yang dirapatkan antara satu sama lain. "Maaflah, aku lapar. Ha, aku rasa aku ada lebih lagi."

   "Eeeee." Roberto menolak Rob, lembut. Nasib tak terjatuh ayam yang dihulur itu. "Tak senonoh betullah."

   Tiba-tiba, satu bayang-bayang melindungi ketiga-tiga kanak-kanak itu. Bagaikan dalam cerita seram, ketiga-tiga budak itu sengaja menoleh ke belakang dengan perlahannya sebelum mempamerkan gigi kuning masing-masing.

    Oh, ya...

   Tubuh itu sepertinya sedang bercekak pinggang. Mimik mukanya yang sengaja ditampakkan garang dilindungi cahaya matahari. "Sempat korang curi tulang dekat belakang kereta. Dah, dah. Ramai dah orang dekat khemah kita. Boleh tercabut tulang ayah kalau buat seorang-seorang."

   Dah lama aku tak nampak ayah. Wajah ayah pun aku dah lupa.

   "AYAM SATU, DUA RINGGIT! AYAM SATU, DUA RINGGIT!" Bahu Roberto dicuit oleh Robert. Bibirnya memuncung seperti meminta mahu diikat riben sahaja. "Bos ni, biarlah aku jerit pula! Asyik bos saja yang jerit."

   Gara-gara pergaduhan kecil itu, terbantut si ayah hendak menjalankan urus niaga. Aduhai, sempat pula dia orang mahu berbalah mulut. Huluran tergesa-gesa itu disambut baik oleh pelanggan wanita itu. Comel sahaja dia melihat gelagat si ayah menghampiri anak-anak kecil itu.

   "Macam nilah... apa kata, kau orang bertiga jerit sama-sama. Lagi ramai yang jerit, lagi ramai yang akan datang ke kedai ayah!" Si ayah memberikan cadangan bersama sengihan yang lebar.

   Pada awalnya, ketiga-tiga Rob itu hanya mampu menayang wajah bingung. Walau begitu, terus sahaja mereka bersemangat memandang antara satu sama lain. Eh, cepat benar berbaik!

   Ketiga-tiga mereka berpaling ke hadapan semula. Rob menarik nafas dalam-dalam, Robert pula berdehem-dehem membetulkan suaranya dan amboi! Sempat pula si Roberto itu pergi kemaskan pakaian dia.

   Jeritan itu mula dilaung mengikut kiraan di jari ayah mereka. "MARI DATANG KE KEDAI KAMI! MURAH! MURAH! MARI BELI! MARI BELI..."

   Tetapi, ayah bukanlah ayah sebenar aku, mahupun ayah Robert atau Roberto. Bagaimana anak gelandangan macam kami hendak punya ayah? Sedangkan keluarga kami buang kami, membiarkan kami mengembara tanpa hala tuju.

   Mungkin sebab nasib kedua kawan aku senasib dengan aku, aku anggap mereka sama macam keluarga aku. Kalau lapar, mencuri dari kedai terdekat. Kalau tidur, sama-sama berlapikkan surat khabar yang diselongkar dari tong sampah. Cuma, ketika hari panas terik yang hampir mencabut nyawa kami di tepi jalanan, 'ayah' datang.

    Tergopoh-gapah kaki itu berlari, mengangkat seorang demi seorang yang demam panas ke dalam klinik kecil itu. Setiap anak kecil itu diletakkan penuh berhati-hati ke atas kerusi kaunter. Riak kerisauannya langsung tidak disorok saat menghampiri meja kaunter itu.

   "Tolong selamatkan mereka bertiga ni!"

   Sejak daripada itu, ayah mula mengambil kami sebagai anak angkat. Kami mula tinggal di rumah tersorok berdekatan dengan hutan. Tapi tak adalah tersorok mana kerana kalau pusing beberapa selengkoh jumpalah pasar-pasar di mana tempat ayah berkerja. Cuma... bila kami tanya soal rumah yang terasing ini...

   "Rumah ini rumah ayah dan isteri ayah yang bina. Sama-sama menghidupkan rumah ini sehinggalah anak lelaki ayah lahir." Bingkai gambar kecil itu ditatap. Potret di mana tiga anak beranak berada di sebuah rumah dikelilingi pokok-pokok.

   "Tapi mereka berdua meninggal sebab demam panas. Dan waktu tu ayah tak ada duit nak beli ubat. Meniaga kecil-kecilan saja." Bibir ayah tergaris pahit.

    "Sebab itulah."

   Waktu Robert dan Roberto mendakap dan memujuk ayah, aku turut tertampar dengan rasa sedih yang ayah turut rasa. Jauh dari sudut hati aku, aku berjanji dengan diri aku sendiri untuk membuat ayah gembira. Mungkin jadi peniaga yang berjaya juga macam ayah. Dan beri hadiah pada ayah.

   Ah... mesti ayah akan bangga.

   "Huh..." Bergetar lutut Rob cuba mengekalkan keseimbangannya di hadapan rumah mereka yang sudah dijilat api. Dia mengaduh apabila sedikit bara terkena pada pipinya. Lekas dia anjak ke belakang sehingga telinganya mencuri dengar sebuah perbualan.

   "Betul ke apa yang kita buat?"

   "Biarlah! Kalau biarkan, rugi kita kalau perniagaan dia makin untung. Baik satu keluarga je mati."

   "Nanti!" Niat Rob untuk mengekori mereka automatik terhenti tatkala bunyi tapak kaki kedengaran di hadapan pintu rumahnya. Suaranya tersekat di hujung tekak melihat badan Robert dan Roberto yang hampir rentung.

   Kakinya jatuh menghempap tanah seiring dengan kedua tubuh kawannya yang dibaringkan. Dada mereka berdua masih naik dan turun meskipun seluruh badan mereka berubah coklat yang hangus terbakar. Tangan Rob menggeletar. Mahu ke dia sentuh tubuh Robert dan Roberto?

   Tak sakit ke?

   "Ayah..." Rob menaikkan mukanya namun ayah sudah memalingkan badannya daripada mereka bertiga. Rob pantas memeluk tubuh ayahnya yang melecur sana-sini. "Ayah, ayah nak pergi mana? Rumah kita terbakar!"

  "Ayah tahu, ayah nak ambil potret gambar isteri dan anak ayah dalam rumah kejap. Pergi cari orang untuk tolong Robert dengan Roberto." Sayu hati si ayah cuba meleraikan pelukan Rob yang berusaha menghalangnya pergi. Tanpa sedar, tubuh Rob ditolak jatuh ke bawah.

   "Maafkan ayah."

   "Ayah! Ayah! Janganlah pergi!" Mata Rob menghantar ayahnya masuk ke dalam rumah yang sedang membara. Dalam masa yang sama, bunyi siling jatuh menyakitkan telinganya. Tidak kira, dia kena selamatkan juga ayah!

   "Sakit... ayah... sakit..."

   "Robert?" Tergopoh-gapah kakinya diatur mendekati kawannya. "Sakit? Macam mana... aku nak buat apa?"

   Seminit.

   "TOLONG KAMI!"

   Lima minit.

   "TOLONG!"

   Lima belas minit.

   Ayah tak datang. Tiada seorang pun datang.

   Peti suaranya bergetar. Dia... dia kena jerit kuat-kuat, bukan? Kan kalau ramai yang jerit, ramai orang datang, kan?

   "TOLONG! ROBERT! BOS!" Rob mula melaung seraya tubuh Robert dan Roberto dipeluk erat. Akan tetapi, suaranya tenggelam dalam bara api yang menyala... juga dalam tangisan Robert dan Roberto yang menahan kesakitan.

     "TOLONGLAH SESIAPA DATANG! RUMAH KITA ORANG TERBAKAR! Tolonglah... tolonglah kita orang..." Nada suara Rob kian perlahan, senada sama erangan kedua kawannya.

   "Sakit, Rob. Sakit..."

   Rob menangis teresak-esak. "Maaf."

   "Aaaaa.... ayah. Sakit."

   Aku minta maaf.

   "Kau nak kawan-kawan kau hidup?"

   Aku minta maaf.

   Kalau aku tak terima tawaran tu, mesti kau orang takkan mati lagi. Mesti kau orang tak akan susah payah makan syaitan demi aku. Kenapa... kenapa bukan aku yang mati dulu.

   Robert, Roberto, aku minta maaf.

   "Maaf tiada guna kalau kau masih berdiri di sini."

   Ayah, saya nak minta maaf.

   "Semuanya okey sekarang. Rehatlah." Kepalanya seperti diusap lemah lembut oleh seseorang. Rasa hangat ini bukanlah dari hangatnya bara api... tapi, kenapa aku tak dapat lihat?

   "Ayah... ayah ke tu?"

   Gentar terkedu mendengarnya. Rob kelihatan meraba-raba ke langit dalam pelukannya bersama wajahnya yang sudah hangus terbakar. Gentar mengeratkan pelukannya. "Ya."

   Suara Rob serta-merta pecah. Cepat-cepat dia membalas pelukan Gentar sampai Gentar terasa belakang haorinya dicengkam penuh kuat. Raungan yang dipendam segera Rob tumpahkan. "Ayah, Rob minta maaf sebab tak dapat selamatkan ayah."

   "Maaf...  sangat-sangat." Ayat itu diulang berkali-kali. Dan usapan itu diteruskan untuk beberapa kali.

   Ochobot memerhati Gentar di sebelah kotak yang sudah dimasuki Duri. Warna langit yang gelap mulai dilengkapi kekuningan yang menyimbah seluruh tanah. Gentar menggosok-gosok belakang dan bahu anak kecil yang sudah terhinjut-hinjut bahunya.

   Setiap anggota tubuh Rob semakin lama semakin terhakis ditelan cahaya matahari menjadi debu. Satu demi satu debu berterbangan sehinggalah apa yang didakap Gentar cumalah pakaian seorang budak kecil. Pakaian itu lalu jatuh menyelimuti riba Gentar. Gentar mengambil keris bersebelahannya disertakan senyuman yang sebak.

   "Pergilah rehat sekarang."

    Gentar menekankan bungkusan roti itu hingga terkeluar bunyi 'pop' yang mengejutkan Ochobot di sebelah. Pantas Ochobot memberikan jelingan tidak puas hati disahut sengihan Gentar yang tidak bersalah. Tanpa membuang masa, Gentar segera mengoyakkan paket roti itu. "Bismillah."

    "Gulp! Sedapnya roti nenek Ying ni bagi. Tak sia-sia aku tolong lawan syaitan-syaitan tu semalam." Mata Gentar bersinar-sinar seolah-olah orang yang tidak makan buat setahun lamanya. Ala, kau tengok sahajalah gaji dia berapa kerat. Makan pun sambil jalan.

   Ochobot cuma memerhati setiap kunyahan Gentar dengan ekor mata. Setelah tengok langit dan ternampak burung puyuh... tak apalah kita tengok jalan tar ini sahajalah. Lambat-laun, Ochobot akhirnya bersuara "Kau... okey ke, Gentar?"

   "Hm?' Gentar memandang Ochobot."

   Ragu-ragu Ochobot ingin mengulang soalannya. "Maksud aku... kau okey ke?"

   "Oh, ofey em. Afa anya?" jawab Gentar dengan mulut yang penuh.

   "Tak apalah." Ochobot menayang wajah mendatar. Tengok Gentar tengah mengamalkan adab makan yang makruh itu, lebih baik dia bawakan topik itu di lain hari. Lagipun, nampaknya Gentar tidak kisah tentang tiga syaitan semalam.

   Ataupun peristiwa semalam itu memberi kesan kepada Gentar.

   "Jauh-jauh jalan ni nak pergi mana sebenarnya? Nak kata ada misi lagi, loceng aku pun tak bunyi lagi." Ochobot mengeluh panjang seraya kakinya dipaksa untuk terus berjalan. Rasanya kucing jalanan pun tak ada pergi bersiar-siar sejauh ini.

   "Ala, aku dengar dari nenek Ying. Ada satu penginapan popular berhampiran dekat sini. Penginapan Kumar namanya. Ha, lagi satu... katanya ada festival malam ni. Tak tahulah festival apa tapi macam menarik..." Penerangan Gentar sekarang hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri buat Ochobot.

    Ini nak pergi memburu syaitan ke, nak melancong ini? Mahu sahaja Ochobot merajuk gara-gara perangai Gentar. Namun, memandangkan perutnya sudah berbunyi, baik dia ikutkan sahaja langkah Gentar itu.

    'Sekurangnya Gentar okey lagi,' fikir Ochobot.

   "SAYA YANG TAK OKEY MASALAHNYA!"

   Teriakan seseorang itu memeranjatkan si kucing bersama tuannya. Yang baiknya, penjelasan pemandu pelancong Gentar juga turut terhenti. Mujur Duri tidak melompat keluar sebab terkejut!

   "Apa dekat sana tu?" Gentar mengecilkan matanya sampailah terlihat jelas seorang remaja berbangsa india meraung di sebelah kaki bapanya. Bagaikan mak cik bawang dahagakan gosip, Gentar dan Ochobot saling berpandangan sebelum terburu-buru menghampiri dua beranak itu.

   "TAK NAK! SAYA TAK NAK PERGI!" Si remaja itu menggeleng beberapa kali sementara si bapa pula hampir mahu terjatuh bila kakinya dipaut begitu. "BIARLAH SAYA TINGGAL SINI! HUHUHU!"

   "DEY, TAMBI! LEPAS TU KAMU NAK APPA YANG PERGI?"

   Lah. Drama apa pula ni?
  

  


























Ochobot :

Gentar :

Ochobot : Kau okey ke bawa beg besar macam tu? Dahlah bawa kotak kat belakang!

Gentar : Hei, ni semua baju akulah! Takkan aku tak mandi macam kau!

Ochobot : Hei, aku mandilah!

Gentar : Dengan apa? Air liur sendiri?

Duri : *perhati efek efek asap muncul macam kartun bergaduh itu* 😑

Nenek Ying : Kembali ke Rahsia Elemental!

Duri : *terkejut beruk*

Nenek Ying : Setiap Elemental Slayer ada penginapan dan tempat berehat yang dapat diuruskan untuk mereka. Contohnya Penginapan Kumar di mana ada kedai makan biasa dan tempat penginapan kecil yang khas untuk Elemental Slayer.

Duri : *tengok skrip* Hmm hmmm! ( Jadi Elemental Slayer boleh tinggal barang-barang mereka dekat situ. Nanti ada pembantu yang akan bawa barang-barang mereka)

Ochobot : Huh... macam mana sarikata boleh panjang macam tu?

Gentar : *lebam-lebam* Pembantu tu dapat gaji ke?

Ochobot : *angguk*

Gentar : DAH TU, BAIK AKU KERJA JADI PEMBANTU ELEMENTAL SLAYER DARI JADI...  *mula membebel*

Ochobot : Kita sambung di bab hadapan!




















✨✨✨

Sebenarnya nak update awal, tiba-tiba senggugut pula huhuhu...

Tapi demi nak update setelah lama tak update, aku gagahkan diri juga untuk update. Alah, jangan risau. Waktu aku tulis ni... dah sihat dah. Setelah beberapa jam kesakitan...

Dan nampaknya Gentar ada geng barulah. Heheheheh. HEHEHEHEHEH *kena ketuk dengan keris*

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top