| 18 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kita lawan sama-sama!"
.
.
.
"CIP! Cip! Cip!" Bertempiaran burung berterbangan menyelamatkan diri daripada rumah besar yang terbakar itu. Ketakutan haiwan-haiwan itu sama naik dengan dua orang manusia yang sudah mencabut langkah seribu, bersama kotak mancis yang dipegang mereka. Pekikan suara meminta tolong semakin nyaring kedengaran apabila rumah itu semakin dijilat api.
"Tolong!" Kelihatan kanak-kanak kecil merangkak keluar daripada belakang rumah tersebut. Kakinya sudah kemerah-merahan kerana hangus terbakar. Meskipun begitu, dia tetap menggagahkan diri untuk terus mengesot.
Percikan api dari rumah itu semakin membara.
"TOLONG! ROBERT! BOS!"
Wajah Gentar menyeluruhi iris mata Roberto Santana. Giginya bergeser menyimpan amarah bila segala serangannya ditepis begitu sahaja oleh Gentar. Daripada kepala, dada hinggalah perut manusia itu sendiri, manusia tak guna itu berjaya menepis dan menampakkan belakangnya, lalu memberi serangan balas sebagai makan!
Kukunya dihayunkan pada leher Gentar tetapi pantas sahaja Gentar menangkisnya ke sebelah. Baru sahaja dia ingin menggunakan peluang itu untuk menjadikan Roberto Santana sebagai penanggal dari belakang, bunyi tepukan kedengaran.
ZOOM!
Gentar jurus melompat melepasi Robert, menggenggam kerisnya rapat. "Kalau kau berani! Jangan mengelak je! Serang jugalah!"
"Sepatutnya itu ayat akulah!" Roberto Santana menjerkah kembali tidak puas hati. Dalam masa yang sama, dia sibuk memotong setiap balak yang cuba menghampirinya sekaligus memberikan Duri rasa marah yang dirasainya tadi.
"Duri, biar aku tolong!"
Eh, sibuk pula kucing ini nak menyerang!
'Ergh..." Gentar mengerling ke arah lengan baju dan seluarnya yang terkoyak akibat terjatuh beberapa kali. Sekuat mana pun kerisnya, kalau asyikmenyilang 'gajah' semata-mata, pasti akan menemui penamatnya jua!
'Aku kena cari jalan nak buat si syaitan kecil tu lawan dengan aku. Pastu syaitan kurus tu boleh lawan dengan Duri. Hrm, ke bagi aku je lawan semua?' Sempat Gentar memasukkan unsur-unsur syok sendiri di dalam rancangannya. Tahu-tahu sahaja dia sudah terjatuh dilanggar si Robert.
"Banyak mengelamunlah kau ni!" Robert mencemuh Gentar. Melihat Gentar yang bersusah-payah untuk bangkit, Robert menggulingkan dirinya kembali.
Glup... Krup... Krup...
Bunyi kunyahan aneh itu menghentikan pertarungan mereka. Tiada gulingan laju daripada Robert. Tiada tanah yang memuntahkan akar balak. Sebaliknya semua mata tertumpu pada kanak-kanak syaitan di tepi jalan tersebut bersama mulut yang berdarah-darah.
'Kenapa syaitan tu makan tangan dia sendiri?' Berderau-darah Gentar, malah matanya tidak seakan-akan percaya bahawa ada syaitan sanggup memutuskan tangannya sendiri hanya untuk menjadi isi perut. Tak, tiada satu makhluk pun tak akan!
Gentar menoleh ke arah Robert yang berdiri kaku.
"Rob... ROB, BERHENTI!" Mulut Robert memercikkan darah saat tepi tulang rusuknya ditumbuk oleh seseorang. Rasa seperti tulang rusuknya patah dan menikam dagingnya sendiri! Dia merengkok tubuhnya seraya nafasnya kencang menahan kesakitan.
'Peluang!' Sinar di muka Gentar hilang lagi ketika Robert berjaya mengundur beberapa langkah. Betul-betul sebelum kerisnya sempat sampai ke leher dia pula tu! "Argh, asyik-asyik nak mengelak!"
Roberto Santana mencampakkan Ochobot ke arah tiang berdekatan. Ah, mengusutkan betul! Kukunya yang tajam dikeluarkan. "Robert! Rob!"
ZAP!
"Urgh! Kau lagi!" Roberto Santana menjegil tajam ke arah Duri. Tidak terjejas langsung dengan akar balak yang menembusi perutnya! Tangannya laju membelah akar balak itu namun satu demi satu akar balak menembusi dirinya dari pelbagai arah.
Matanya membulat besar. Satu akar balak menembusi mulutnya. Perlahan-lahan pandangannya yang kabur turun ke bawah. Meskipun ia samar-samar, dia dapat melihat Duri tersenyum sinis sambil menyengetkan kepala ke arahnya!
Bulu romanya meremang. 'Macam mana syaitan macam ni... boleh berkerjasama dengan manusia?'
Jeritan kesakitan kedengaran menarik perhatian Gentar untuk menoleh. Nafas Gentar terasa tersekat. Mustahil tidak, setiap tangan dan kaki Roberto Santana diikat oleh akar balak sementara tubuhnya ditembusi lubang bagaikan seketul keju!
"Kenapa Duri berdiri kaku je?"
"Ergh..." Robert masih di dalam posisi merukuknya. Kalau ikutkan, mahu sahaja dia ingin berguling dan melanggar sahaja Gentar, malangnya kesakitan pada tulang rusuk menyekat kebolehannya.
Sekarang dia cuma mampu mengelak dan menghindar dalam ketika tulang rusuk yang menusuk dagingnya menyembuh perlahan-lahan.
ZAP!
Benda apa yang bergerak tu?
Duri melepaskan gigitannya pada buluh. Nafasnya ditarik panjang, seolah-olah mahu menyampaikan sesuatu. Tiba-tiba...
"DURI! HATI-HATI!"
Amaran serentak dari Gentar juga Ochobot menyentakkan Duri. Cepat-cepat Duri membongkok ke belakang, membiarkan batu-bata itu melayang melepasi atas kepalanya. Wajahnya diangkat. Duri mengerutkan muka ketika mendapati Rob di hadapannya.
"Jangan cederakan kawan-kawan akulah!" Rob terus melepaskan penumbuknya tanpa henti tanpa memberikan Duri peluang berreaksi. Cepat-cepat Duri menahan satu demi satu penumbuk yang dilayangkan ke arahnya. Dalam sibuk menahan serangan itu, Duri sengaja menendang kaki Rob, memberi peluang padanya untuk menggigit buluh semula.
"URGH!" Kaki Duri ditendang Rob. Ha, moleklah itu. Sama-sama terjatuh macam nangka busuk!
'Aku kena tolong Robert!' Rob merentap tangan kirinya. Matanya tidak lepas memandang Robert dan Rob silih berganti. Mungkin dia akan periksa keadaan Rob selepas ini tetapi Robert betul-betul kelelahan dan berada di ambang kematian! Tidak sempat dia merentap lagi satu tangannya, mukanya dihinggap sesuatu.
"Cakaran berbisa tanpa insurans!" Sedap-sedap sahaja Ochobot menamakan serangannya. Habis menjerit-jerit Robert tatkala mukanya yang dikatakan hensem dicederakan lagi.
Robert terbatuk-batuk menahan sakit tulang rusuknya yang masih tidak memulih. Macam mana dia nak bertenang? Tarik nafas dua tiga minit memang tak akan sempat jika manusia yang macam stamina tak habis-habis ini asyik menghunus keris ke arahnya!
Walaupun sesakit ini tidak seteruk sesakit dahulu, tak patut betul Gentar menyerangnya tanpa belas! Sekurangnya bagilah pertarungan ini adil antara satu sama lain.
"Urgh!" Robert yang ingin menumbuk memegang dadanya sendiri. Sia-sia sahaja Gentar melompat dan mengelak dengan penuh bergaya! Memang Robert sudah tak berdaya untuk buat apa!
Robert mengetap bibir. Ah, menjengkelkan betul rasa sakit ini! Dia sekali lagi menarik kepalanya ke belakang, mengelak keris milik Gentar. Dah kenapa budak ini asyik tersenyum macam orang gila?
'Tolonglah tepuk tangan bos...' rayu Rob dalam kesakitan. Berbanding dengan Roberto Santana, bosnya makan lebih banyak manusia berbanding dirinya. Yalah... ketua, bukan?
"Kenapa asyik elak? Tak dapat serang aku ke?" Gentar memerli bersama senyuman sinis.
Ejekan itu akhirnya menjentik kesabaran Robert. Dia terus mencakar Gentar tanpa menghiraukan lukanya yang mencucuk-cucuk. "MATILAH KAU"
DUK!
Berdesing kepala Duri apabila tubuhnya tidak semena-mena terhempas ke belakang. Rob menahan lututnya pada dada Duri, menyebabkan Duri tersenak. Tangan Rob mencapai leher Duri.
"Lepas ni kau tak boleh cederakan kawan-kawan aku lagi dah." Cengkaman itu dieratkan.
Akar-akar balak yang bersepah merata menyukarkan pergerakan Ochobot untuk mendekati Duri. Nama Duri dilaungkan Ochobot dan pada masa yang sama, sedikit demi sedikit urat akar mula tumbuh di belakang Rob.
Gedebuk!
Mata Rob dan Roberto Santana serta-merta terbuntang besar. Bagaikan kembar, mereka berdua sama-sama menoleh ke arah yang sama, dengan gaya yang sama.
"Kepala aku... dipenggal?" Robert mencongak ke arah Gentar, kemudian matanya dialihkan pada tubuhnya yang kekal di situ. Dia....
....tidak boleh bersambung dengan tubuh dia balik...
Macam mana ini? Seingat dia, masa dia nak tumbuk, Elemental Slayer ini telah menahan penumbuknya, mengunci kedua tangannya dari belakang.... dan penggal kepalanya.
Tak adil. Kenapa dia yang selalu mati dulu?
Kenapa dia kena mati?
"Hei, apa kau buat dekat Duri, huh?" Gentar meletakkan kerisnya yang berdarah ke sisi.
Rob mengetap gigi dengan mata yang membesar. "Sepatutnya kita orang yang tanya kau!"
Zap!
Pap!
Berselang-seli bunyi sesuatu yang bergerak dengan tepukan masuk ke dalam telinga. Roberto Santana telah bertukar tempat dengan Rob selanjutnya terus memotong akar balak yang hampir mengenai Rob tadi. Mengambil peluang, Duri segera menendang Roberto Santana sampai jauh tercampak berhampiran Gentar.
"Ergh!" Rob berlari dengan penumbuk yang bersedia. Begitu juga Roberto Santana bersama cakarannya. Laju Gentar mencapai tangan Rob lantas melayangkannya menghempap tubuh Roberto Santana. Aduh, sudahlah tubuh Rob itu berat gila!
"Huh.... fuh..." Gentar merukuk mengambil nafas. Sempat lagi pergi angkat tangan dan berkata, "Tunggu... tunggu lima minit kejap. Aduh, penatnya."
Ah, macamlah dua ekor syaitan itu mahu mendengar!
"Kita lawan sama-sama, bos. Demi Robert." Rob merangkul tangan Roberto Santana. Syaitan kecil itu kelihatan terpaku sebelum mengangguk penuh bersemangat. Eh, ada masa lagi kau orang buat drama dekat sini. Ke memang nak bagi masa 5 minit untuk Gentar itu?
"HIYARGH!" Seorang keluarkan penumbuk manakala seorang lagi bersedia untuk membelah badan Gentar menjadi pecah-pecahan. Dan Gentar? Sabarlah.. dia tengah penat itu.
Tanah yang dipijak mereka bertiga bergegar mendadak seperti dilanda gempa bumi. Tubuh Gentar terasa ditarik tanpa rela oleh seseorang ke atas. Tahu tahu sahaja, sebuah dinding berduri sudah tumbuh mengelilingi mereka.
"Duri?" Gentar menoleh, terkejut melihat Duri yang terapung. Eh, bukan terapung! Ada tali yang mengikat Duri dari belakang juga!
Kuat betul budak kecil angkat dia seberat orang dewasa ini...
"Sini kau!" Roberto Santana pantas melompat ke arah mereka, tetapi dilibas pula oleh Ochobot yang bergayut di bahu Duri.
"Hmph!" Mata Duri bercahaya hijau. Akar-akar duri keluar daripada dinding besar itu, mengejar mereka dalam bentuk bulatan dan ruang yang kecil.
Tergesa-gesa Roberto Santana membantu Rob mengejar Gentar dan Duri sedang mereka dikejar akar-akar dari belakang. Kalau berhenti walau selangkah, pasti akar itu akan menusuk mereka terlebih dahulu!
Roberto Santana bergegas berlari memanjat dinding lalu melompat ke arah Gentar. Gentar yang sudah menstabilkan nafasnya menghayunkan keris ke arah leher Roberto. Gagal! Ia terkena pada tumbukan Rob. Ah, mesti si Roberto itu ada tepuk tangan!
Rob mengangkat kakinya, cuba menelengkan kepala Gentar malangnya isinya perutnya menghalang kakinya dari naik penuh fleksibel. Tengok, tidak fasal-fasal jatuh ditarik graviti. Walaupun begitu, jangan mengutuk terlalu awal, ini kerana posisi Rob telah berubah.
Bercalar-balar Gentar menahan satu demi satu serangan Rob dan Robert silih berganti. Paling rumit, disebabkan kedua-dua syaitan itu selalu bertukar posisi, ia seakan-akan mereka bergerak seiring dengan mereka bertiga. Giliran Rob dan Rob cuba menyepak lagi. Kali ini mengena, tepat pada alat sulit Gentar.
"Aduh!" Terlepas keris dari tangan Gentar. Habislah tak dapat kencing nant! Segera akar dijalarkan dari tangan Duri, mencapai keris Gentar yang terjatuh itu.
"Cuailah kau ni... Eh!" Ochobot spontan mencakar wajah Roberto Santana yang menerpa muncul, membuatkan syaitan kecil itu tertunduk ke bawah. Satu garisan tergaris pada wajah Roberto Santana. Tali duri yang mengikat pinggang Duri terus dibelah.
Zap!
"AAAAAAA!" Jeritan nyaring keperempuan keluar dari mulut Ochobot. Tangkas Duri membuat akar baru sebagai penggantung lalu menyambut Ochobot. Terbeliak mata Duri memandang Gentar jatuh menjunam ke bawah. "Gentar!"
Gentar menyeringai melihat Rob sibuk menjauhi dari akar-akar tersebut. Keris itu bersiap-sedia untuk dihunus. "Tepat kena sasaran!"
"Huh." Rob mengangkat wajahnya. Tahu-tahu sahaja, bukan lehernya yang dipenggal, sebaliknya Roberto Santana yang rela menyerahkan diri. Kepala syaitan kecil itu jatuh dari tubuh asal.
Lutut Rob yang menggeletar akhirnya jatuh terduduk.
Gentar berpaut pada lututnya, membangunkan dirinya. Kerisnya yang sedia merah menjadi semakin merah dengan darah syaitan. Senyuman Gentar terbias dari cahaya bulan pada pedang. Tinggal seekor lagi syaitan untuk dipenggal.
Dan misinya akan tamat.
Berderap-detup tapak kaki Rob merapati Roberto Santana seiring bunyi runtuhan dinding berduri itu. Kepala Roberto dibawa ke dada. "Jangan... jangan bunuh mereka lagi! Dia orang je yang aku ada."
Senyuman Gentar automatik jatuh. Kerisnya yang diangkat tadi dijatuhkan ke sisi. Pandangannya difokuskan pada Rob yang memeluk kepala kawannya sambil menangis teresak-esak. Melihat dinding berduri itu sudah runtuh sepenuhnya, Rob kalut menyusun lariannya menuju ke arah kepala Robert bersama kepala Roberto Santana.
Di situ, Rob memeluk dan memekik meminta pertolongan.
"Tolong! TOLONG TUAN RETAK'KA!"
Gentar yang ingin mendekati mereka terbantut serta-merta. Wajahnya diwarnai putih pudar tidak berdarah. Itu kan...
Gentar meneguk air beberapa air sebelum disebut haaaa dengan kuatnya. Amboi, macam dahaga sangat nampaknya! Tuala yang dirangkul pada lehernya digunakan bagi mengelap lehernya yang sudah berpeluh.
"Gentar, kamu ingat tak cerita Tok fasal kewujudan raja syaitan Elemental tu?" Tok Sah menyapa Gentar yang duduk di tepi anak tangga.
Gentar kelihatan berfikir sebentar. "Ah, syaitan yang saya kena jumpa kalau nak tukarkan Duri jadi manusia tu kan? Tapi tulah, tok tak bagi nama dia lagi. Ke dia tak ada nama? Kan tak ada orang pernah jumpa dia?"
"Banyak benar soalan kamu." Gosokan pada kepala Gentar membuatkan anak muda itu tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tok Sah menyambung. "Memanglah... tapi kalau ada pun sama ada mereka dah pun mati. Katanya raja syaitan itu boleh tukarkan manusia biasa menjadi syaitan dengan menggunakan darah dia semata-mata. Ada juga kata dia pemilik asal kuasa Elemental."
"Kuasa Elemental?" Gentar mengerutkan dahi.
"Ya. Jadi, kamu kena berhati-hati kalau berjumpa dengan raja syaitan itu... dengan Retak'ka."
Lukisan oleh fuyuchino
Ochobot : Hai semua! Hai kawan-kawan! Hai mak cik-mak cik! Hai pak cik-pak cik!
Duri : Hrm? ( Kau tegur sapa tu, Ochobot?)
Ochobot : Oh, aku lambai dekat orang singlet je.
Duri : Eh...
Gentar : *duduk peluk lutut di penjuru dinding*
Duri : Hrm? Hrm? *lepaskan gigitan pada buluh* Gentar? Gentar?
Ochobot : ... Mesti Gentar masih terkesan dengan pertarungan tadi... tapi tak apa, aku ada dan boleh tolong dia.
Gentar : Kau ingat aku tak dengar ke?
Ochobot : Oh, masa untuk rahsia Elemental!
Gentar : Hoi! Sempat lagi kau tukar topik!
Ochobot : Masa dalam perjalanan ke kampung Jelebu ni, Duri kan tidur kan? Kita orang ada masalah sikit sebab loghat dia orang gunakan pekat gila!
Duri : Pekat... mana?
Ochobot : Meh... meh sini aku cerita.
Gentar : WOI, JANGAN! -///-
.
Gentar : *berjalan dengan penuh riang*
Pak cik : Ekau menonong mau poei mano?
Gentar :
.
Duri : *gigit balik buluh* Hrm... hrm? ( Lepas tu Gentar jawab apa?)
Ochobot : *dalam pelukan Gentar* Dia... hmppph hmpph afan upup mulup kuuu ahn! ( jangan tutup mulut akulah) PHUAH!
.
Gentar : Poetry to sajaklah kan?
.
Ochobot : Rupanya dia tanya Gentar nak gi mana je.
Gentar : MANALAH AKU TAHU. DIALEK PAK CIK TU PEKAT SANGAT! DAN NI BUKAN RAHSIA ELEMENTAL DAH NI, NI AIB ELEMENTAL!
Duri : *gelak*
Gentar : Duri... kau pun?
Ochobot : GENTAR! JANGAN SAMBUNG DUDUK TEPI DINDING!
✨✨✨
Kepada orang negeri Sembilan, maafkan hamba kerana hancurkan loghat korang 😔
Ahhh akhirnya dapat juga update selepas siapka separuh tugasan universiti. Dan masa untuk siapkan tugasan uni yang lain pula... Hahahaha.... #samasamadudukpenjurudindingdenganGentar
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top