| 17 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kita lawan sama-sama!"
.
.
.
"GRRRRRR..."
Gentar automatik mengalihkan pandangannya saat matanya bertembung dengan ketiga-tiga syaitan tersebut. Yakni, memang tidak syak lagi! Ketiga-tiga kanak-kanak itu kesemuanya berperangai syaitan semua! Eh, macam salah sahaja bunyinya.
Ochobot melihat Duri yang berderam garang mula ditenggelami rasa cemas. "Kenapa dengan Duri, Gentar? Dia tengah lapar ke? Ataupun..." Bisikan Ochobot tidak disambung sebaliknya kepalanya dipalingkan menuju arah figura-figura yang menjadi perhatian Gentar tadi.
"Itu... syaitan ke?"
"Shh..." Gentar menekup mulut Ochobot, sampai terlindung satu muka kucing itu. Dia langsung menjauhkan tangannya dari muka Ochobot dan turut berbisik. "Nampaknya macam tulah. Jangan bising sangat. Nanti kantoi kita ni Elemental Slayer yang bergerak secara rahsia. Barulah rasa macam perisik-perisik handal sikit."
Penjuru mata Ochobot berkerut-kerut. Badannya perlahan-lahan ditundukkan pada beberapa barangan Elemental Slayer diletakkan di bawah bayang-bayang Gentar. Sedangkan nenek itu pun boleh perasan, apatah lagi budak-budak yang tak tahu berapa ratus tahun umurnya.
"Duri, jangan risau. Bak kata Tok Sah yang ke lapan puluh lima, kita tak boleh bertindak melulu. Risau buah kita akan jadi tak lancar." Meskipun Gentar sedang menenangkan Duri, masih terselit nada bongkaknya kerana dapat mengingati kata-kata Tok Sah.
Ochobot mengangkat kepalanya kembali. "Wah, kau hafal..."
"Mestilah." Gentar memperlahankan suaranya. "Lagipun kita tak boleh serang dekat sini. Risau kalau ada orang tercedera nanti terkena serangan hebat aku."
Ochobot memberi reaksi pasrah. Mula-mula dengar penuh berhikmah, bila semakin berlarutan... sudah terlalu banyak madah! Berbanding dengan Ochobot lebih tertumpu memerhati tindakan ketiga-tiga syaitan aneh itu, sepertinya cara Gentar berjaya membuatkan rentak nafas Duri menjadi normal semula.
Gentar tersenyum sekilas memandang Duri duduk menghala ke hadapan semula. Dia sempat membelai ubun-ubun Duri yang diselindungi tengkolok. "Kan aku dah janji. Jadi jangan risaulah, Duri. Lagipun..."
"Hrm... macam mana nak terang yang sisi kerusi tu patah, ya?"
Sementara itu, dua pekerja dan seorang bos sudah melakukan mesyuarat tingkap di belakang tabir. Tidaklah terlalu tingkap dan bertabir sangat sebab duduknya mereka cumalah hadapan meja kaunter sahaja. Dua pekerja iaitu nenek Ying dan Annul Aganask nampak begitu resah sejak ketiga-tiga anak itu menjejakkan kaki.
Nenek Ying bersuara. "Rasanya kita bagi sahajalah apa yang mereka pesan. Lagipun mereka budak-budak lagi. Mungkin mereka kelaparan."
"Kelaparan memanglah kelaparan. Tapi pesan macam kita ni buka kedai besar-besar! Siap nak ayam tiga puluh ekor malam-malam! Ayam madu dan ayam janda dua adalah!" Annul Aganask membantah sekeras-kerasnya. Tak tahulah lepas marah pada budak itu ke atau pada tuan kedai yang buat menu.
"Macam inilah... bagi sahaja tiga ekor ayam terlebih dahulu, sekali dengan nasi secara ringkas. Kalau dia tak mampu bayar, suruh mereka basuh pinggan." Encik Separo memberikan kata akhir.
Matanya ditumpukan pada tiga budak berkusut-masai itu. Pasti anak gelandangan yang kelaparan. Kalau mahu dihalau, takut jatuh nilai kedai ini pula. Sekurangnya dengan memberi ni dapatlah menaikkan nama kedainya.
"Ah... alhamdulilah." Gentar meletakkan segelas teh tarik yang tidak tersisa lagi. Fokus para pelanggan termasuk Gentar digamit apabila tuan kedai sendiri yang tolong menghidangkan nasi ayam buat ketiga-tiga 'anak jalanan' itu.
Terkembang-kembang hidung Separo ketika merasakan orang memujinya di dalam hati. Kuat perasan juga si Separo ini! Tangannya mengagih pinggan-pinggan tersebut pada setiap budak-budak itu. Walau bagaimanapun, semuanya berat mulut ingin mengucapkan terima kasih. Habis Separo yang berbangga tadi terkumat-kamit di dalam hati.
"Rob, cubalah rasa ayam ini."
Gentar bersiap-sedia menyarungkan haorinya. Tangan kirinya memegang keris di celah pinggan dalam masa tangan kanannya berpura-pura meneguk air lagi. Padahal air dah tak tersisa pun!
"Ambil isi, Rob..."
"Te... terima kasih korang."
Duri memerhati Gentar yang berada di dalam langkah berjaga-jaga.
Si syaitan gemuk itu mula menarik isi ayam menggunakan gigi taringnya.
Ochobot mengeluarkan kukunya.
"Sedap tak, makanan pak cik?" Tuan kedai menanti jawapan daripada Rob. Ah, kepala otaknya kini selesai merangka skrip untuk membalas jawapan budak-budak ini nanti. Barulah nampak tuan kedai yang berkaliber.
"BWEEEK!" Syaitan itu memuntahkan segala isi yang ditelannya tadi ke bawah meja. Perkara itu mengundang rasa tidak puas hati di dalam dada Separo. Sedap-sedap sahaja muntah segala stok makanannya. Ingat murah ke?
Bahu Rob dipegang sehingga mengerang kesakitan kanak-kanak itu tanpa disedarinya. Nadanya tegang. "Kenapa muntah? Tak sedap ke?"
"HUH, JANGAN!" Gentar berlari mengeluarkan kerisnya. Berselangkan tiga meja makan, semuanya berlaku dengan pantas. Baru sahaja Gentar ingin memanjangkan tangannya ingin menepis tangan Separo itu, pergelangan tangan Separo tidak semena-mena terputus dibelah Roberto Santana.
"ARGH!" Jeritan kesakitan Separo disambut pekikan ketakutan khalayak ramai. Semua cuba berlari sejauh yang mungkin daripada kawasan kejadian.
"Berani kau serang kawan kita orang!" Roberto Santana menghayunkan tangannya lagi.
"DUK!"
Badan Roberto Santana langsung tercampak jauh terkena batang pokok di belakang. Roberto memegang pergelangan tangannya yang kemerahan dan pedih. Kepalanya diangkat di dalam dia masih pening-pening lalat. Siapa yang serang mereka tadi?
"Pak cik, pak cik okey tak?" Menyedari syaitan nun di sana tidak lagi bereaksi, Gentar pantas mendapatkan Separo yang mengerang kesakitan. Dalam masa yang sama, Robert sudah memeluk tubuh dan bergolek ke arah Gentar!
"ZUP!"
Sebuah akar panjang menjala terus melanggar tubuh Robert. Cepat-cepat Robert menggulingkan diri ke belakang. Kalau tidak, pasti bentuk badannya akan berubah menjadi donut! Gentar dan Separo masing-masing ternganga melihat gerangan siapa menghantar anak pokok tadi.
"Terima kasih, Duri. Sekejap! Aku nak..." Gentar menanggalkan ikatan sampinnya. Bunyi degung degang berlaga antara serangan syaitan dengan serangan balas Duri menambahkan kekalutan pada Gentar. Tangannya membalut dahulu hujung tangan Separo barulah dia mengikatnya.
"Nak..."
Gentar membulatkan mata. "Apa nenek buat dekat sini? Dekat sini bahaya! Ah... boleh tak nenek tolong bawa pak cik ni pergi hospital? Cepat!"
Separo akur ditarik Gentar menghampiri nenek Ying. Mungkin terlampau berada dalam keperitan sampai seluruh perkara tidak diendahkan dia. Selalunya marah pekerja sahaja.
"DUK!" Robert sekali lagi gagal menjatuhkan Duri. Masakan tidak, setiap kali dia ingin melanggar Duri, pasti tikar mengkuang itu muncul sebagai perlindungan diri. Dari jauh, kelihatan Roberto Santana sudah bangkit dari duduknya membuatkan senyuman sinis terbit pada bibir kanak-kanak syaitan itu.
Duri menjadi tidak senang akan perubahan air muka Robert. Tiba-tiba sahaja tubuhnya dicakar dari tepi.
"DURI!" Gentar lekas berlari ke arah Duri selepas menggesa nenek Ying dan Separo untuk berlalu pergi. Satu demi satu akar keluar daripada tanah sehingga tanah kedai itu tidak lagi sekata. Namun, tiada satu pun yang berjaya menyentuh pihak lawan.
"Ergh..." Menitik-nitik darah dari bahu Duri akibat dicederakan Roberto Santana. Pertarungan sengit antara Duri dan konconya memberikan Robert peluang. Dia meletakkan kepalanya ke tanah lantas laju bergolek ke arah Duri!
"TUK!"
Laungan nyaring penuh kesakitan terletus daripada Robert apabila belakang dadanya ditusuk oleh sesuatu. Hasil inersia itu menyebabkan keris itu tertusuk lebih dalam. Baru sahaja dia ingin membangunkan diri, lehernya hampir sahaja dijadikan sasaran. Terburu-buru pergerakkannya cuba menjauhkan diri daripada sosok remaja itu.
"Heh, tahu takut!" Gentar menyeringai bersama kerisnya yang basah berdarah.
Roberto Santana terlajak dalam mengelak. Nyaris-nyaris sahaja dia gagal melepasi serangan akar Duri bagi mendapatkan kawan-kawannya. Sudahlah ditinggalkan Rob keseorangan di sana!
"Ergh!" Dadanya naik dan turun dengan laju sebaik sahaja dia menunduk. Naya kepalanya hilang dek serangan akar tadi
"Apa... apa aku kena buat?" Rob menggigit kukunya sendiri berkali-kali. Meskipun bibirnya sudah tertelan luka sendiri, kakinya tidak berhenti menggigil seperti jeli. Dia mahu menolong rakan-rakannya tetapi dia... takut.
Tengoklah, Robert yang sudah ditikam pun masih tidak berputus asa mencederakan remaja itu. Dan...
"Itu... itu Elemental Slayer kan? Kenapa ada syaitan tolong dia? Kenapa Robert dengan bos tak nak balik? Dia orang orang bahaya, kan?" Bertalu-talu Rob menanyakan soalan kepada dirinya sendiri. Nadanya juga bergetar menahan rasa getir. Kalau dia masuk campur, silap-silap kepalanya yang akan dipenggal oleh si Elemental Slayer itu. Tidak pun dibelasah teruk syaitan pembantu itu.
Bunyi ranting patah mengejutkan Rob. Dia merenung ke bawah. Kucing?
"ARGH!"
"ROB!" Serangan syaitan-syaitan kecil itu terbantut tanpa dipinta. Segala minat pada pertarungan itu berubah drastik pada Rob yang sedang dicakar habis-habisan oleh Ochobot. Siap dengan kata 'ambil ni, ambil ni!'
"HAHA, bagus tu, Ochobot!" Mood Gentar yang serius menjadi pak lawak pula apabila remaja itu terkinja-kinja bersorak untuk Ochobot. Acara sorakan itu berhenti mendadak sesudah dia menyedari bunyi tapak kaki tidak lagi ke arah mereka, sebaliknya ke arah Ochobot dan Rob.
"Alamak."
"ERGH!" Rob cuba mencederakan kucing itu menggunakan kukunya, sama seperti langkah kawan-kawannya. Bahkan ia langsung tidak terjadi! Pergerakan Ochobot lincah dan tidak dapat dijangka! Dia memeluk hadapan lehernya.
"Sikit lagi!" Ochobot mengumpul momentum, melompat melepasi Rob lalu ke belakang leher mangsa yang tidak ditutup sepenuhnya. Kukunya dikeluarkan.
"SHRING!" Robert mengangkat tangannya yang berkuku tajam. Sepantas kilas kepalanya dipijak seseorang. Gentar segera mencapai Ochobot yang hampir terjatuh ditarik graviti dan memijak bahu Rob. Robert yang mahu mencakar Gentar pun dipijak muka oleh Gentar! Eh, ini dah macam main Super Mario pula. Aduh, silap zaman lagi!
Gentar melompat beberapa kali ke belakang sama seperti para musuh. Kalau Gentar melompat masuk ke dalam kawasan kedai, mereka bertiga mengundur sampai ke seberang jalan! Masing-masing mengambil nafas serta melegakan penat lelah disebabkan perlawanan tadi.
Duri mendatangi mereka. Terketar-ketar iris Gentar melihat tubuh Duri. Berbanding Gentar, bahu Duri lebih teruk keadaannya. Lima garisan itu terlalu besar yang cukup mengeluarkan darah, membasahkan haori yang disarungnya. Keris Gentar jatuhkan perlahan ke sisinya.
Ochobot melompat turun daripada pegangan Gentar. "Kau orang okey tak? Duri? Banyak gila darah kau!"
Duri menggeleng, menidakkan. Walhal dahinya sudah berkedut-kedut!
"Sembuhkan diri kau dulu Duri. Jangan risau, aku kan kuat. Aku pasti dapat lindungi kau punya." Gentar membawa kerisnya ke dada. "Ochobot pun kuat juga."
"Apa maksud kau 'juga'?"
Sedang itu, Robert dan Roberto Santana sibuk memeriksa keadaan kawan mereka berdua. Leher Rob yang bercalar-balar diperiksa. "Kau okey ke, Rob?"
"Aku okey. Jomlah balik, kau orang. Aku tak makan pun tak apa. Aku tak nak kau orang cedera lagi." Rob merayu-rayu pada Robert dan Roberto Santana. Padanlah mereka tidak pernah membawanya keluar, pasti mereka terseksa semasa mencari makanan selama ini.
"Tapi aku tak pernah lagi rasa daging Elemental Slayer, termasuklah syaitan pengkhianat di belakang dia tu." Roberto Santana tersentak melihat bunga silat yang dibuka oleh Gentar. Serangan apa yang dia cuba lakukan?
"Jangan risau, Rob," ujar Robert.
"Kita orang akan lindungi kau, Rob."
"Kita orang akan lindungi kau Duri!" Gentar berteriak di dalam posisi silatnya bersama Ochobot di sisi. Duri mengangguk sambil memegang bahunya. Sel-sel kulitnya menyembuh berlanjutan membentuk secara perlahan.
Guruh bergaung.
Satu sinaran guruh menyilaukan mata Gentar. Serentak itu ia seolah-olah memberi peluang pada para musuh datang menyerang. Kala matanya terbuka, satu cakaran dilayangkan pada kepalanya ditepis ke tepi. Bunyi gedebuk yang kuat kedengaran dari Roberto yang terjatuh menjunam di sebelahnya.
Gentar segera berpusing bersama kerisnya... "Pap!"
Bunyi tepuk tangan?
"BAM!"
Sedar sedar sahaja badannya jatuh menghempap jalan tar. Mujur tangannya sempat menahan dagunya dari terhantuk ke bawah. Bunyi pasir-pasir bergeser ditangkap oleh telinga Gentar. Laju dia bangun dan menghayunkan kerisnya pada badan Robert yang hampir sahaja mahu melanggarnya.
'Macam mana syaitan kurus ni boleh tertukar dengan syaitan tadi? Dia orang boleh tele..." Gentar terbantut berfikir apabila Robert melanggarnya lagi. Dari belakang, dari tepi dan dari kanan sekali! Malah, pergerakan Robert sudah semakin laju.
"Zup!"
"Tak sempat!" Gentar mendongak ke atas.
Robert tercampak ke tepi akibat ditusuk akar berduri yang muncul dari belakang Gentar. Posisi tubuhnya juga tidak lagi seperti tenggiling. Bersusah-payah dia melepaskan diri daripada akar yang menembusi perutnya. Tak cukup kesan tikaman Gentar tadi, perut dia kena 'tikam' lagi!
"Duri..." Gentar menoleh ke belakang sebelum matanya terbeliak besar. "Belakang kau!"
"Huh." Duri berpaling ke belakang sementara tangannya masih kekal mengawal pergerakan akar yang mengunci pergerakan Robert. Tahu-tahu sahaja Roberto Santana mahu menghayunkan tangan padanya!
"Meow!" Ochobot melompat ke atas kepala Duri sehingga tertunduk kawan dibuatnya. Wajah Roberto Santana menjadi sasaran kukunya. Habis kuat muka syaitan kecil itu ditusuk kukunya yang berbisa. Serta-merta arah gerakan Roberto Santana tidak teratur seperti orang mabuk yang sedang berjalan. Tiba-tiba...
"Pap!"
"Apakah!" Melihat Roberto Santana sudah diganti dengan Robert, Gentar segera memandang ke akar di mana posisi Robert yang asal. Kali ini, Roberto Santana yang sedang menjadi donut tergantung di atas pokok tersebut. Ah, kejap! Apa fasal dia bermonolog pula ni! Inilah peluang dia!
Gentar pantas memanjat batang akar itu. Kerisnya digenggam kemas. Niat Roberto Santana ingin membelah akar itu terbantut apabila Gentar cuba-cuba menerpa ke arahnya. Dengan tangkas, dia melibaskan tangannya tetapi Gentar bijak melompat melepasi kepala. Keris Gentar kini dihayunkan pada leher si syaitan.
"Aduh!" Berdesing kepala Gentar terkena sesuatu yang kuat. Bagaikan jatuh ditimpa tangga dan eskelator, kakinya disiku Roberto Santana menyebabkan dia jatuh terduduk ke jalan tar. Ah, rasa mahu retak tulang punggungnya!
Terkejut beruk Gentar melihat 'barangan' yang dibaling ke kepalanya. "Batu bata? Siapa baling?" Cepat-cepat dia bangun dan mengelak batu-bata yang dibaling dari belakang. Matanya terpaku pada Rob yang kalut mencari batu-bata berdekatan.
"Pap!"
"Bunyi ni lagi!" Kepala Gentar dipalingkan kembali ke hadapan. Robert kini melakukan serangan balas lalu bergolek laju ke arahnya. Secara automatik, lompatan katak dibuat demi melangkaui tenggilling jadian tersebut.
"Aduh. Aduh. Aduh." Gentar memegang punggungnya yang berdenyut-denyut dek lompatan kalah atlet Olimpik tadi. Ini mesti efek terjatuh tadi. Tetapi rintihannya tidak terlalu lama kerana pihak lawan mula bergolek lagi! Eh, memang ada hubungan keluarga dengan tenggiling ke apa?
Pandangan Gentar terkunci pada Duri dan Ochobot yang fokus berlawan dengan Roberto Santana. Tatkala Robert Santana berjaya menaiki akar Duri, dia menepuk tangan lagi.
Segera Gentar menghadapkan muka ke pihak lawan. Tangannya mengunci tangan Roberto Santana yang ingin menyerangnya lantas menerbalikkan pihak lawan ke belakang.
Tidak fasal-fasal Gentar tersenyum sambil mengetuk telapak tangannya.
"Ooooh... aku dah faham! Adeh!" Gentar berpusing ke arah Rob saat sisi kepalanya terkena batu-bata lagi. Ini yang geram ini! Silap hari bulan, boleh berlubang kepalanya! Rob yang berada di kejauhan terus diterpanya. "Woi, woi! Dah dahlah tu!"
"ZAP!"
Rob terkedu melihat Roberto Santana menghalang Gentar mendekatinya meskipun dia berada dalam keperitan. Kanak-kanak itu menggenggam tangannya yang kesejukan. Hampir-hampir sahaja dia fikir dia perlu berlawan dengan Gentar tadi.
Tangannya makin kuat dipeluknya. Penakutkah dia?
"ROBERT! BOS! TOLONG! SESIAPA, TOLONGLAH!" Suaranya sendiri dari serpihan memorinya bergema di telinga. Mengingatkannya cukup membuatkan nafasnya tersekat.
Sungguh... dia tak mahu sakit lagi...
Lambat-lambat wajahnya diangkat, memandang ke arah tangan encik Separo jauh tercampak di tepi tiang kedai. Kalau dia makan, dia akan jadi kuat ke?
Gentar : Aduh, aduh, aduh. Rasa boleh patah tubuh aku ni. Padahal baru misi pertama.
Ochobot : Aik, kata hebat...
Gentar : Eh, kau tak merajuk lagi ke Ochobot?
Ochobot : Kenapa aku kena merajuk pula? Oh, ke sebab semalam...
Gentar : Hei, hei, jangan sambung merajuk pula. Aduuuh... dahlah badan aku tengah 'merajuk' juga ni.
Ochobot : Kau selama ni angkat Duri okey je.
Duri : Hmm? *baru muncul*
Gentar : Memanglah, aku ni macam pokok juga. Cuba kau tebang pokok. Walau dia kuat, dia jatuh juga kan?
Ochobot : Analogi apa macam tu...
Duri : Hmm! ( Cuba angkat ni pula) *baling kayu balak*
Gentar : Woooh! Duri, hati-hatilah sikit! *sambut* Macam mana kalau kepala aku yang kena? *peluk kayu balak dengan sebelah tangan*
Duri : Hmmm! *campak lagi*
Gentar : *sambut satu-satu* OKEY! KALAU MACAM NI. BAK SATU-SATU DEKAT AKU. AKU AKAN SAMBUT SEMUANYA MUAHAHAHA! *sambut setiap satu kayu balak dengan penuh bersemangat*
Ochobot : *pandang dengn penuh pasrah dan ketakutan* Oh, ya... inilah rahsia Elemental kita.
✨✨✨
Kekuatan Gentar menakutkan aku...
Oh, ya. Tak terlupa ini gambar Gentar yang aku ada lukis. Alang-alang nak hias buku nota universiti, selitkanlah Gentar sekali!
Dan juga, Palestin sekarang alami krisis yang agak teruk dari Israel. Sudahlah sekat elektrik dan air dia orang. Siap bom hospitallah... kedai rotilah.
Kemudiannya semua letak bawah kesalahan HAMAS. Ah dia punya geram tuuuuuuu. Masalahnya kalau Palestin bom negara sendiri, sekat elektrik sendiri, kenapa Israel nak minta sokongan ketenteraan bagi pihak mereka pula? Ha itu salah tu!
Jadi, marilah kita salurkan bantuan kita ke Palestine menerusi duit dan doa. 😔✨ Doa Israel akan berjaya dikalahkan! Aaamin. #IsraelCuak
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top