| 16 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kita lawan sama-sama!"

.
.
.

Selepas waktu Zohor...

                                             SEUTAS tali berloceng digantung pada leher Ochobot. Ochobot mengusik beberapa kali tali yang diikat pada lehernya sehingga dia sendiri berasa selesa. Tangannya membelai kertas yang disertakan secara bergulung di belakang loceng tersebut.

   Gentar yang sibuk membetulkan tali kotak yang digalasnya menoleh ke arah Ochobot dan Tok Sah. "Apa benda yang tok bagi dekat Ochobot ke?" Tidak semena-mena, Gentar menekup mulutnya. "Jangan kata... Ochobot dah jadi kucing perliharaan tok?"

   "Apa kau merepek ni?" Ochobot membuat muka menyampah.

   "Itu untuk berita misi kamu. Kalau ada misi yang kamu kena lakukan, loceng pada Ochobot tu akan berbunyi. Dan pada kertas itu akan muncul misi yang kamu perlu lakukan." Penjelasan Tok Sah menyebabkan aksi drama Gentar automatik terhenti. Haih... Gentar. Gentar. Memang drama sangat!

   "Tapi kenapa Ochobot yang dapat?"

   Tok Sah mengerutkan dahinya. "Habis tu, nak gantung dekat leher kamu?"

   "Ah... hehehe. Tak adalah, tok." Gentar mengusap lehernya yang tidak lenguh. Salah dia juga bertanyakan soalan yang bukan-bukan.

   Tok Sah merenung Gentar yang lengkap berpakaian laksana Elemental Slayer yang sebenar. Dengan jaket haori digandingkan baju Melayu dan bersampin. Tok Sah meletakkan tangannya pada kepala Gentar yang bertengkolok juga pada kotak yang digalas Gentar.

   "Hati-hati ya, Gentar, Duri." Tok Sah menurunkan tangannya setelah mengusap kedua-dua benda berharganya. Gentar membalas pesanan itu bersama senyuman yang lebar. "Mestilah. Dan terima kasih juga pada Tok yang ajar saya selama ni. Dan jaga Duri."

   "Dan memang tugas Tok. Oh, ya. Tok ada sesuatu nak bagi kamu." Tok Sah menyeluk dua pucuk sampul. Setiap sampul itu mempunyai label dan salah satunya bernama...

   Mata Gentar dilimpahi sinar cahaya. "Jangan kata... tu slip gaji saya?"

   "Ya, ini duit daripada Tok Sah dan ini pula duit daripada RamenMan." Dua sampul itu kini tiba di tangan Gentar. Gentar pun apa lagi? Terujalah dia mendapat slip gaji seperti yang dijanjikan. Lumrah hidup sebagai pekerja dan hamba bawahan.

   "Huhuhu... saya ingat RamenMan kedekut tahi hidung masin. Tapi rupa-rupanya dia adalah juga kebaikan dalam diri beliau." Ochobot memandang mendatar ke arah Gentar yang pura-pura mengelap air mata palsunya menggunakan kain haorinya. Tiba-tiba, loceng Ochobot bergerak-gerak.

   Ring! Ring!

   "Eh, ada misi dah ke?" Gentar menyengetkan kepalanya ke arah Ochobot. Beg kecil berisi pakaian turut diangkatnya. Aduhai... ini sudah macam hendak pulang ke kampung pula!

   "Nampaknya begitulah." Tok Sah duduk melutut lantas membuka gulungan pada loceng Ochobot. Terdapat sebaris tulisan pada kertas itu sebelum kertas itu serta-merta digulung sendiri setelah ia selesai dibaca.

  "Misi kamu seterusnya di penempatan Seremban. Mungkin ambil masa sampai Mahgrib daripada kampung Jelebu ni." Tok Sah bingkas bangun daripada duduknya. Wajahnya dipalingkan ke arah Gentar. "Kamu dah ada peta yang tok bagi?"

   "Dah. Ada dalam poket ni." Gentar memukul-mukul poket kecil pada baju Melayunya sambil menunjukkan ibu jarinya.

   Tok Sah menarik senyum lega. "Baguslah kalau macam tu. Jangan tersesat pula."

   "Eh, tak adalah sampai macam tu. Hehehe..." Gentar berjalan terkedek-kedek ke arah Tok Sah seperti anak itik mendatangi ibunya. Tangannya malu-malu dihulurkan pada Tok Sah.

   "Tok Sah, nak salam?"

   Tok Sah menggeleng kecil dengan keluhannya di balik senyumannya. Huluran Gentar disambut baik Tok Sah. Anak muda itu menyalam tangannya, tidak terlupa juga si Ochobot! Tidak fasal-fasal Tok Sah kena menunduk sekali lagi untuk bersalam dengan tangan berbulu Ochobot.

   Tuk!

   Gentar tergelak saat menangkap bunyi pada kotak tersebut. Mesti Duri pun mahu mengucapkan salam terakhir pada Tok Sah juga. Yalah, masakan mahu keluar pula. Nanti jadi debu dan habuk pula kalau terkena sinaran matahari.

   "Bye, Tok! Assalamualaikum!"

   "Bye, Tok! Terima kasih bagi saya makan ikan tiap-tiap hari!"

   Tok Sah membalas lambaian mereka. Bayangan Gentar dan Ochobot menghilang ditelan beberapa pokok kelapa sawit. Pandangannya dialihkan pada rumah tuanya yang menyimpan memori lama... dan juga memori baru yang dikurniakan oleh Gentar sendiri. Matanya dilirikkan semula ke arah tempat yang terakhir Gentar, Ochobot dan Duri berdiri.

   'Semoga jumpa lagi...'

   Skreeek... skreek... skreek...

   Tubuh lelaki dewasa diheret mendekati dua kanak-kanak syaitan itu. Siapa sangka di bawah rumah usang itu, ada sebuah lubang digali menempatkan syaitan bersembunyi? Syaitan kecil itu mengheret tubuh manusia yang berdarah itu mendekati syaitan gemuk dan syaitan kurus tersebut.

   "Nah, ini untuk kau, Rob. Untuk Robert. Dan untuk aku, Roberto Santana!" Roberto Santana mengagihkan bahagian-bahagian tubuh manusia bagi setiap mereka. Yang dapat bahagian terbesar pastilah dirinya sendiri dan juga...

   "Rob... kau tak nak makan ke?" Syaitan kurus bernama Robert mengetepikan niatnya ingin menyambung makan. Sebaliknya perhatiannya tertumpu pada perut manusia yang langsung tidak diusik oleh Rob.

   "Aku tak nak makan manusia..." Rob berdegil. Malah, tubuhnya dipusingkan bagi tidak menghadap hidangan yang dipamerkan untuknya.

   "Tapi kita kena makan, kalau tak macam tu... kata. Kalau kau tak makan, kau tak boleh jadi yang terkuat. Dan kau akan mati!" Roberto Santana cuba meyakinkan Rob seraya mulutnya sibuk mengunyah sisa manusia itu. Kuku manusia yang terlekat pada giginya dikeluarkan.

   "Aku nak makan makanan kedai kita balik... aku lagi lera mati..." Suara Rob kedengaran sudah pecah. Meskipun dalam kegelapan, mata syaitan mereka dapat melihat bahu Rob yang sudah terhinjut-hinjut gara-gara sibuk menangis.

   "Tapi..." Kata-kata Robert dicelah Roberto Santana. "Kalau macam tu, kita pergi makan dekat kedai restoran malam nilah. Kau jelah makan. Kita orang tolong temankan."

   Bebola mata Robert membulat, tidak percaya. Namun, melihat wajah Rob yang bersinar kembali, Robert seperti tiada pilihan. Masakan tidak, Rob kini sudah mengesat air matanya serta tersenyum gembira. "Betul ni... aku boleh makan nasi ayam dekat sana?"

   "Kita pesan ayam sahajalah kat sana. Risau makan nasi kau termuntah pula nanti." Roberto Santana menyorokkan tulang-tulang yang tersisa di belakangnya.

   "Terima kasih, bos!"  Rob tersenyum menampakkan gigi taringnya.

   Robert dan Roberto Santana saling berpandangan, barulah kedua-duanya memaksa tersenyum bersama. Mahu tidak mahu, mereka perlu melakukan pelan terdesak. Semuanya bagi memastikan mereka bertiga kekal bersama.

   Bagaikan sudah tidak menjamah makanan lebih dari seminggu, Gentar terketar-ketar kaki memerhati sebuah kedai mamak yang terbuka dari jauh. Ochobot tersentak ke belakang apabila Gentar meletakkan kotaknya secara mengejut.

   "Duri, kau dah bangun ke?" Gentar menunduk pada pintu kotak tersebut. Tidak lama kemudian, pintu kotak itu berbunyi lalu keluarkan figura budak 12 tahun daripada kotak tersebut. Comel betul menggigit buluh di mulutnya!

   "Hmmm!" sorak Duri. Tangannya dijulang ke langit penuh bersemangat. mengangkat tangannya. Gentar tersengih besar. Hilang terus penat lelahnya berjalan hampir sepanjang hari. "Baguslah bersemangat! Sebab kita nak pergi makan sekarang. Bukan kitalah... akulah."

   "Huh... aku pula macam mana?" Ochobot tidak berpuas hati ketika dirinya tidak disebut Gentar.

   "Ala kau makan rumput pun tak apa. Ah, janganlah marah. Nanti aku pesanlah ayam untuk kau nanti." Gentar cepat-cepat menarik balik kata-katanya. Kan Ochobot membuat mogok tidak mahu berjalan, menjadi satu kerja untuk mereka hendak memujuk.

   "Kalau macam tu, jomlah kita pergi makan!" Laju sahaja Ochobot mengajak mereka. Macam dialah yang bayar semuanya nanti!

   "Ha, yalah. Yalah." Gentar menutup pintu kotak itu lantas menggalas beg kotak yang kosong itu. Tangannya diberikan kepada Duri.

   "Jom Duri."

   Duri menggenggam tangan Gentar.

   Beberapa pelanggan dekat situ pasti menggaru kepala masing-masing. Yalah, dapat lihat secara langsung seekor kucing yang bercakap, seorang kanak-kanak keluar dari kotak dan seorang orang gila. Nak halau pun rasa risau.

   "Kau tak rasa berat ke angkat Duri sepanjang masa?" Ochobot memanjat kerusi plastik bersebelahan Gentar. Gentar terjeda seketika untuk meletakkan jaket haorinya ke atas kotak di bawah meja.

   "Taklah, aku rasa ringan je."

   "Huh..."

   "Nak pesan apa?"  Seorang nenek bermata sepet menghampiri mereka bersama buku nota kecil di tangan.

   "Nak... nasi ayam. Ayam nak 2. Dengan air teh tarik sekali," pesan Gentar sementara Duri seronok membaca kertas menu yang ditampal pada permukaan kertas itu. Ada nasi... mee goreng mamak... apam daun rambai. Huh, nasi tak takut bini? Nasi janda seorang?

   "Adik tak nak makan ke?" Nenek itu merujuk pada Duri yang masih berkerut-kerut muka. Serius benar baca menu mamak tersebut.

   "Ah, dia dah makan dah tadi," bohong Gentar, panik. Lehernya digaru kerana rasa bersalah. Lagipun, takut pula terjadi apa-apa pada Duri jika tersalah makan. Mana tahu ada alergik ke.

   Mujur nenek itu mengiyakan sahaja. Baru sahaja nenek itu ingin berlalu pergi, matanya menyambung merenung Gentar. "Kamu semua Elemental Slayer? Cucu saya pun Elemental Slayer juga. Baru-baru ni pun dia ada masuk pemilihan Elemental Slayer."

   "Oh, yakah? Nama cucu nenek siapa?" Gentar yang bersilang kaki dari tadi, menurunkan kakinya. Saja-sajalah bertanya... mana tahu dapat berkawan

  Nenek itu menaikkan bibirnya. "Nama dia Ying. Nanti kalau kamu jumpa, kirim salam nenek pada dia nanti."

   Hrm... Ying. Peliknya nama.

   "Huh..." Gentar menoleh ke arah Duri yang bersandar ke belakang. Dahi Duri berlipat-lipat dan mukanya kelihatan tidak puas hati sangat? Macam baru lepas menjawab ujian sahaja!

   "Tok rasa... Duri tidur sebab nak kumpul tenaganya. Berbeza dengan syaitan yang perlu makan manusia dan binatang mentah untuk dapat kekuatan, Duri hanya perlu tidur."

   "Kenapa kau stress sangat? Ada apa je dekat menu tu?" Gentar memanjangkan lehernya ke hadapan, meneliti tiap menu yang tentera. Namun, lambat-lambat Gentar duduk semula ke kerusinya.

   Erm... tak apalah.

  Ochobot yang cuba menangkap rama-rama terbantut serta-merta tatkala Gentar tidak lagi bersuara. Duri pun sudah mendongak ke langit malam dengan pandangan yang pasrah. Apa hal pula dia orang ini? Ochobot memerhati tindakan Gentar membuka sampul surat yang diterima petang tadi.

   "Huh..." Hidung Gentar berkerut-kerut. Sampul RamenMan dibelek-belek tidak puas hati. Malangnya, hasilnya tetap sama. Ochobot merinding secara mendadak akan aura Gentar yang berubah tiga ratus enam puluh darjah.

   'Berani si RamenMan tu tipu aku. Mesti duit dia habis buat beli ramen." Sampul RamenMan yang dipegang Gentar hampir direnyukkan. Sudahlah bagi seringgit sahaja, siap dimasukkan kertas-kertas kosong supaya dilihat tebal sampul itu. Nasib Tok Sah memberikan 100 ringgit banyakknya!

   "Eh, kenapa muka berkerut ni? Lama tunggu ke?" Nenek itu tercengang melihat dua orang yang sudah kelihatan perasaan. Seorang tayang muka tak bernyawa  manakala seorang lagi menampakkan wajah tidak puas hati yang jelas sangat.

   "Tak adalah, nenek. Fikir isu semasa je." Nenek itu menjongketkan keningnya menerima balasan Gentar. Tidak sangka pula remaja seusia Gentar sudah berminat dengan hal yang cuma dicampuri orang dewasa sahaja.

   "Ini nasi ayam dengan air kamu." Nenek itu meletakkan dulang ke atas meja. Bau-bau nasi ayam mula menusuk hidung yang ada. Ochobot cuba menahan dirinya daripada menaiki meja tersebut tetapi tidak dapat menyorokkan air liurnya yang meleleh. Amboi, lapar sangat ni!

  "Waaaah..." Gentar menarik pinggan itu mendekatinya. Sempat lagi dia mengacah untuk menampar Ochobot yang cuba menaiki meja. Semacam kucing liar pula engkau. Ayam itu diletakkan bertentangan Ochobot beralaskan sehelai tisu.

   "Terima kasih, nek. Oh, nenek." Gentar memanggil nenek itu. Suaranya diperlahankan. "Tuan kedai tak takut ke buka kedai lepas Isyak? Biasanya syaitan Elemental banyak berkeliaran waktu macam ni."

   Nenek itu menghela nafas, berat. "Itulah nek cakap. Tapi nampaknya encik Separo tidak percaya wujudnya syaitan Elemental. Dia fikir tu dongeng semata-mata. Padahal dekat kampung sebelah, ada banyak berita orang hilang waktu malam."

   Hilang waktu malam? Tu mesti sebab dia orang dipanggil di sini!

   "Huh..." Duri menggenggam kerusi plastik sampai bunyi 'prakk' memasuki telinga sekelilingnya. Matanya menjegil ke belakang, seakan-akan baru sahaja menangkap musuh ketatnya.

   Hampir sahaja Gentar menggelabah menyedari perubahan Duri. "Duri, kenapa ni?"

   Wajahhnya diangkat. Gentar terpaku pada tiga orang kanak-kanak berpakaian lusuh melangkah masuk ke kawasan kedai mamak itu. Setiap kanak-kanak itu mempunyai bentuk yang berbeza. Berani betul budak-budak itu keluar waktu malam sebegini!

   Yang bezanya, mata setiap kanak-kanak itu bukannya beriris hitam bulat tetapi berbentuk petak.























Duri : Hurrgh... *timbul urat-urat pada badan*

Gentar : Nah, Duri. Kitkat!

Duri : Hu... *ambil Kitkat*

Gentar : *tepuk bahu Duri* Kau bukan diri kau bila kau lapar.

Ochobot : Woi, woi silap zaman ni! Ehem! *curi-curi baca skrip*

Ochobot : Oh, ya. Aku sebenarnya tertanyalah juga.

Gentar : Oh, hai 'Tertanyalah juga'.

Ochobot :

Ochobot : Aku nak menangislah macam ni.

Gentar : Oh, hai 'Nak Menangislah Macam Ni'!

Ochobot : *lari penuh berdrama*

Gentar : *tahan gelak* Aduuuh! Aduuh! Duri!

Duri : Hmph!

[Sesi Rahsia Elemental kali ini terpaksa ditunda kerana Gentar terpaksa memujuk Ochobot]





















✨✨✨

Kesian pula Gentar hidup tak bergaji. Siapa baik nak kasi dia gaji, berilah dia walaupun seringgit. 😔

50 sen takat boleh beli gula-gula je.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top