| 15 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."

.
.
.

                                           SIAP-SIAP sahaja solat Isyak, para jemaah mula mencari selipar masing-masing. Kalau ada dapat selipar kahwin itu lebih bernasib baik daripada pulang dengan kaki ayam. Di perkampungan ini tiada istilah 'moreh' atau makan-makan selepas solat isyak sebabnya risau menjadi lauk si syaitan. Jadi, mahu tak mahu kenalah balik awal!

   "Esok kamu akan dapat keris kamu." Tok Sah yang sudah menyarung selipar memberi berita mengujakan buat Gentar.

   "Wah, betul ke Tok Sah?" Gentar yang hanya menyarung sebelah selipar bersinar-sinar memandang Tok Sah. "Bila dia orang nak datang? Pagi ke petang?"

   "Rasanya pagi-pagi dalam pukul 10 macam tu. Nanti kalau boleh, kita buatlah latihan terakhir esok. Sambil-sambil tunggu. Baju kamu jangan lupa bawa pula." Tok Sah berpesan kepada Gentar dalam anak muridnya sibuk mencari pasangan selipar Jepunnya. Gaya pesanan Tok Sah sudah macam gaya bapa-bapa menasihati anak pula!

   "Ha, jumpa pun!" Kakinya segera Gentar sarungkan pada seliparnya yang dilindungi sandal yang lain. Alhamdulilah, selipar-seliparnya masih lagi bujang dan tidak berkahwin-kahwin lagi. Macam kau oranglah.

   Tok Sah menjongketkan keningnya. Si Gentar ini dengar ke tidak semua nasihat dia tadi? Selepas lengkap berselipar, Gentar laju mengangkat muka memandang Tok Sah. "Semua baju-baju saya dah kemas dah lepas balik 'latihan' dekat padang  tu. Dan siapa kata ni latihan terakhir? Lepas balik dari misi pun saya nak berlatih lagi dengan Tok!"

   Satu senyuman terbit di wajah Tok Sah. "Yalah, Gentar." Kepala Gentar diusapkan.

   "Eh! Eh!" Riuh-rendah suara orang-orang ke tepi. Gentar dan Tok Sah sama-sama berpaling laju ke hadapan. Ada syaitan datang ke masjid ke? Rajin pula dia hendak solat. Eh, apa dia merepek ini? Fokus, Gentar! Fokus!

   "Ochobot?" Bahu Gentar yang meninggi akhirnya menegur. Dia melihat tubuh kecil Ochobot berlari menyusuri orang ramai penuh kelam-kabut. Kucing itu termengah-mengah, menarik nafas di hadapan Gentar.

   "Gentar... Gentar..."

   "Kenapa ni, Ochobot?" Tok Sah bertanya punca Ochobot lari bermarathon bertemu mereka berdua.

   "Bukan kau jaga Duri ke dekat rumah? Ke kau rindu aku ni?" Gentar berloyar buruk seraya bibirnya acah-acah tersenyum bangga. Namun, selorohan itu langsung tidak membuatkan Ochobot rasa menyampah mahupun tergelak sama.

   Ochobot menggeleng laju. "Bukanlah! Duri hilang!"

   Mendengar khabar itu, situasi antara mereka bertiga berubah tiga ratus enam puluh darjah. Tatkala semua menyorok di dalam rumah masing-masing, Gentar, Tok Sah dan Ochobot mula mundar-mandir mengelilingi kawasan kampung. Daripada luar kawasan kampung hinggalah hutan kelapa sawit yang dihuni rumah Tok Sah. Walaupun begitu, bayang-bayang Duri masih tidak kelihatan.

   "Macam mana Duri boleh hilang?" Gentar bertanya setelah menyoal keberadaan Duri pada salah satu rumah. Ada beberapa rumah memberi kerjasama meskipun mereka tidak terlihat Duri dan ada segelintir rumah menghalau mereka pergi. Mungkin takut syaitan akan perasan akan  kehadiran mereka.

   "Aku tidur masa tu. Bila aku bangun-bangun je, Duri terus hilang! Maafkan aku, Gentar." Ochobot digunung rasa bersalah yang amat. Jika dia tidak terlelap tadi, pasti semua benda ini tak akan terjadi.

   "Tak apalah, Ochobot. Kau bukan nak benda ni jadi." Gentar cuba menyedapkan hati Ochobot, juga hati sendiri. Keris kayu di pinggangnya sebagai pertahanan diri digenggam kemas. "Ha, apa kata kita pergi dekat rumah RamenMan... mana tahu Duri nak makan ramen ke?"

   "Kalau macam tu, Tok pergi dekat kampung yang ada bunga wisteria tu. Kamu semua cari Duri dekat sana. Hati-hati." Tok Sah mengusap dagunya, memutuskan kata putus.

   Mereka bertiga membawa haluan masing-masing. Dalam kegelapan malam yang hanya ditemani cahaya bulan dan pokok-pokok padi, Gentar mencari Duri di seluruh ruang rumah RamenMan yang kosong itu. Malangnya, harapan mereka bertukar menjadi hampa.

   "Aku dah cari dekat tandas kat luar. Duri tak ada lagi!" lapor Ochobot yang baru masuk ke dalam rumah. Gentar menoleh laju ke arah Ochobot. "Apa? Tak ada juga?"

   Gentar menjadi semakin resah melihat Ochobot menggoyangkan kepalanya. Sudah berkali-kali dia memeriksa setiap celah rumah ini. Rasa risau mula melemaskan dirinya. Nafas Gentar menjadi tidak teratur tanpa sedar.

   Macam mana kalau ada Elemental Slayer yang terjumpa Duri dan penggal kepala dia? Atau bagaimana kalau Duri keluar untuk mencederakan orang lain. Macam mana kalau Duri hilang selama-lamanya? Apa dia nak buat selepas ini?

  "Gentar!"  Teriakan Ochobot mengejutkan Gentar yang sudah berpeluh lebat. Sesudah memastikan tumpuan Gentar kembali, Ochobot bersuara. "Kita carilah dekat kawasan kau berlatih pula. Dekat kubur ke? Selagi kita tak cari seluruh kawasan kampung ni, kita tak boleh mengalah!"

   Bahu Gentar terasa ringan sesudah menerima kata-kata semangat dari Ochobot. Gentar menyimpulkan senyuman. "Terima kasih, Ochobot."

   Mereka  melanjutkan pencarian. Ada kala mereka terserempak dengan seorang Elemental Slayer yang sibuk meronda. Sampai kedua-duanya terus menyorok seperti syaitan pula! Yalah, kalau terjumpa muka ke muka, dihalau balik rumah pula!
  
   Walau tidak dihalau, usaha menelusuri kampung bagi mencari Duri memaksa juga mereka untuk pulang ke rumah. Masakan tidak, mereka sudah mencari Duri berjam-jam lamanya. Kaki mereka pun sudah lenguh-lenguh dibuatnya. Namun, Gentar masih tidak berputus untuk mencari.

   Ochobot mendongak ke arah Gentar yang masih berjalan. Katanya, Gentar ingin berulang-alik dari rumah RamenMan ke rumah Tok Sah dalam mencari Duri. Ochobot mengeluh melihat kaki Gentar yang sudah bergetar, penat. "Gentar, kita rehatlah dulu."

   "Tapi, macam mana kalau masa aku rehat tu, aku terlepas Duri. Atau Duri terkena cahaya matahari kalau kita terlambat cari dia?" Gentar nampaknya masih tidak mengalah. Setiap langkahnya diperkuatkan walaupun kakinya sudah lenguh berjalan sepanjang malam.

   Sepi.

   "Semua salah aku, Ochobot..." Gentar lemah meluahkan.

   Ochobot laju menidakkan. "Mana ada, Gentar! Masa kau kalah dekat hantu Ezra pun... kau tak putus asa dan makin bersemangat nak berlatih. Mesti kita dapat jumpa Duri punya, jangan risau!"

   Gentar tidak menyahut walaupun sedikitpun. Tetapi, Ochobot tetap memberikan motivasi kepada Gentar. "Kau kan Gentar. Takkan pernah 'gentar' punyalah. Kita kan cari sama-sama. Ha, apa kata kita jumpa Tok Sah dulu? Mana tahu Tok Sah dah jumpa Duri dulu ke?"

   Cengkerik mula memainkan muzik mereka. Ochobot menghentikan empat kaki bulusnya apabila Gentar menjedakan langkahnya. Akhirnya Gentar membuka suara.

   "Okeylah."

   Langkah mereka diteruskan melalui lorong rumah RamenMan. Gentar mengecilkan bukaan matanya. Eh, kenapa rumah kedai dari jauh itu kelihatan terbuka lampunya? Biasanya rumah-rumah dekat kawasan ini semuanya gelap-gelita bagaikan terputus bekalan elektrik. Hal ini bagi mengelakkan syaitan 'merompak' rumah mereka.

   "Tu bukan rumah kedai mak cik kantin yang kau selalu singgah ke?" Ochobot dan Gentar saling berpandangan. Belum sempat Ochobot bersuara, Gentar bersemangat berkata terlebih dahulu. "Betullah. Eh, jomlah. Mana tahu dia ada nampak Duri ke?"

   Ochobot memerhati Gentar berlari mendahuluinya menuju ke rumah kedai milik mak cik kantin. Amboi, tadi bukan main lemah sahaja kakinya tadi, kini boleh berlari melebihi kelajuan juara basikal Le Tour de Langkawi pula! Cepat-cepat Ochobot mengikuti larian Gentar dari belakang.

   "Mak cik!" Gentar membalas lambaian mak cik kantin tersebut. Tergopoh-gapah dia mendapatkan mak cik kantin tersebut. Mujur tidak terjatuh!

   "Perlahan-lahanlah Gentar." Mak cik kantin menegur Gentar yang hampir tersandung batu di hadapannya. Gelabah betullah. Ochobot tiba bersebelahan Gentar.

   Tanpa membuang masa, Gentar segera menyapa mak cik kantin dengan pelbagai soalan. "Maaf menganggu, mak cik. Mak cik ada nampak adik saya tak. Dia rupa macam saya. Rambut... putih. Lepas tu...."

   "Sebab tu mak cik panggil kamu. Kalau tak, takut mak cik nak buka kedai malam-malam!" Mak cik kantin itu mencelah. "Tadi lepas azan Isyak tadi, mak cik nampak adik kamu tengah ulang-alik depan kawasan ini. Mak cik ingat itu kamu, rupa-rupanya adik kamu."

   Suara Gentar bergetar. "Ma... mana di...

   Kreeek...

   Saat pintu itu dibuka, terpapar wajah Duri menyarungkan wajah terkejut merenung Gentar. Laju Duri berlari mendakap Gentar, menyebabkan topi di kepala Gentar terjatuh. Rambut putih Gentar terserlah. Pelukan semakin dieratkan Duri.

   "Gen.... tar..." Tidak disangka-sangka, Duri turut menyebam kepalanya pada bahu Gentar. Bahu Gentar kini basah dengan air mata Duri sendiri.

   Mak cik kantin tersenyum meskipun terkejut melihat rambut asing milik Gentar. "Kamu tahu, adik kamu cari kamu tadi... Gentar?"

   Air mata turun laju dari mata Gentar. Gentar memegang kepala Duri. "Janganlah keluar macam tu je. Kau buat aku risau je, Duri. Macam mana kalau ada orang jumpa kau? Nanti aku..." Ayat Gentar semakin perlahan gara-gara rintihannya.

   Tok Sah menonton babak menyebakkan antara dua beradik tersebut. Duri yang tadi menangis kini membelai kepala Gentar bagi menenangkannya. Cemas pula hati bila si Gentar ini makin meraung. Tidak fasal-fasal tambah mak cik kantin tumpang memujuk.

   Memori Tok Sah tidak sengaja terputar pada perbualannya bersama RamenMan. Ketika itu, RamenMan masih tidak memberi sepenuh kepercayaan kepada Gentar untuk menjaga Duri sebenarnya. Mana ada syaitan dan Elemental Slayer dapat berkerjasama, bukan?

   "Tok yakin ke syaitan tu tak akan cederakan sesiapa? Macam mana kalau satu hari dia keluar dan makan orang kampung kita?" RamenMan masih spektikal dengan keputusan Tok Sah. Kalau ikutkan, mahu sahaja diikat Duri itu tetapi ditegah oleh tok gurunya sendiri.

   "Lagipun Gentar tu macam bebal sikit. Macam mana kalau syaitan tu makan Gentar masa dia pergi misi. Tak bahaya?" RamenMan menghela nafas berat mengenangkan Gentar.

   Sebenarnya... latihan Gentar sudah tamat beberapa minggu yang lepas. Tetapi Gentar bertegas untuk kekal di sini disebabkan beberapa urusan. Malah anak muda itu semakin kuat berlatih bersama-samanya sampai teknik pernafasan pun telah dimahiri Gentar.

   Dia tidak tahu urusan apa yang Gentar ingin selesaikan, sebaliknya dia tahu antara sebab Gentar tidak ingin angkat kaki... bukanlah takut akan bertarung berhadapan syaitan.

   Itu kerana Duri belum menyedarkan diri.

   "Dah dahlah Gentar menangis tu. Kata anak jantan! Kalau teruk sangat menangis, syaitan pun datang tegur kita kat sebelah nanti." Mak cik kantin meredakan tangisan Gentar. Sudahlah dia mahu tutup rumah kedainya serta lampu-lampu di dalam pula selepas ini.

  "Hehehe... mana ada nangis. Peluh mata je." Gentar langsung menutup rasa malunya. Kita kenalah ada keyakinan yang tinggi! Dia memandang Duri yang risau menatapinya. Maklumlah, kali terakhir Gentar menangis teruk semasa pemilihan syaitan hari itu.

   "Terima kasih mak cik kantin tolong jagakan Duri."

  Tok Sah mendekati mereka bertiga. Dalam hati, Tok Sah berdetik 'Tok yakin, RamenMan.'

   Matahari mula menjelma mengisyaratkan tanda hidupan akan bermula mencari rezeki sementara makhluk-makhluk yang lain bersembunyi dari terik siang hari. Berbeza pula dengan dua hamba Allah ini.

   Mana tidaknya, pagi-pagi Subuh lagi sudah membuat latihan!

  Ochobot di anak tangga menyaksikan pertarungan silat daripada Tok Sah dan Gentar. Kucing itu menoleh ke arah salah satu tingkap yang dibuka sedikit, pasti itu tingkap yang sedang digunakan Duri untuk sama-sama menonton latihan Gentar.

   Memandangkan Nooroo sedang sibuk menyiapkan upah lukisannya, biar dia, Ochobot sahaja menceritakan perlawanan Gentar dan Tok Sah dengan terperinci sekali! Hrm... walau macam mana pun, itulah. Mula-mula ketika kedua-dua mereka membuka bunga silat, pergerakkan mereka saling terlihat lembut dan perlahan. Lantas bila sahaja serangan pertama ditujahkan, segalanya berlaku dalam beberapa kerdipan mata.

   "Hiyargh!" Gentar menghalang tumbukan Tok Sah dengan menepis sikunya. Hrm... ada tumbukan dan tendangan. Masing-masing semua dapat elak. Sudahlah! Ingat dia penulis novel ke?

   Gentar dan Tok Sah saling berbalas tumbukan sehinggalah sebuah tendangan dari Gentar berjaya mematahkan rentak pertarungan itu. Seperti diagak, tendangan itu hanya membuatkan Tok Sah menjauh ke belakang. Cepat-cepat Gentar mengumpul nafasnya. "Fuuuuuh..."

   Nafas baru dikumpulkan bagi menyerang Tok Sah daripada pelbagai arah. Walaupun tiada satu pun yang terkena, Gentar sepertinya dapat mengawal emosinya! Tak ada tiba-tiba merajuk makan ramen seorang-seorang di dalam rumah.

   PAP!

   Lengan Gentar dipegang Tok Sah apabila Gentar cuba memukul dada Tok Sah. Segera Gentar meretapkan lalu membalasnya bersama tendangan baharu.

   "Selamat sejahtera, Tok Sah dan encik Gentar. Sayalah penempa keris." Seorang kanak-kanak perempuan muncul tiba-tiba bersebelahan mereka. Wajahnya disarungkan topeng panjang kuno berupa wajah serangga, sesuai dengan rambutnya yang berwarna merah.

   Eh, sekejap. Bila masa dia sampai dekat situ? Ochobot menghampiri Gentar sambil matanya kekal ke arah gadis muda itu. Gentar menurunkan kakinya yang terangkat dan dalam masa yang sama, Tok Sah memperkenalkan gadis itu.

   "Gentar, Ochobot. Inilah Papileon. Dia penempa keris kamu."

  "Saya, Papileon... sedia berkhidmat." Papileon menunduk dengan tangan diayunkan lembut ke bawah. Meskipun begitu, Gentar masih memandang spektikal ke arah gadis itu, menyebabkan Papileon mengukir senyuman sinis. "Kenapa? Tak pernah lihat penempa perempuan ke sebelum ini?"

   "Taklah. Kau cuma budak kecil." Gentar memeluk tubuh. Ala, macamlah umur dia dengan Papileon itu terlalu jauh bezanya.

  "Heh, mestilah! Budak kecil pun perlukan duit tau!" Papileon menyelak juntaian rambut merahnya.

   "Wah, dasar mata duitan!" Gentar menempelak Papileon sambil menuding jari ke arah gadis itu. Tiada angin, tiada ribut, jarinya ditepis kemudian berlakulah perang mulut yang baru lagi. Tok Sah pun sudah tayang muka bosan!

  "Hoi, kau orang dua-dua pun sama sahajalah!"  Ochobot memberi pandangan menyampah sebagai reaksi kepada Gentar dan Papileon yang masih sibuk beradu mulut.

   Setelah beberapa saat mereka bertengkar, semua orang (termasuk kucing) dipaksa bersimpuh di atas anak tangga. Kalau tidak, telinga kedua-dua mereka pasti merah dan ternaik ke atas. Papileon mengambil kesempatan dengan mengeluarkan kain batik yang diangkutnya sepanjang tadi.

   "Abang Deep yang hantarkan ini dekat saya. Jadi saya tempakan mengikut kesesuaian batu ni." Kain batik itu dileraikan ikatannya, menampakkan sebentuk keris yang dibungkus oleh surat khabar. Beberapa helaian surat khabar dibuka dan tibalah sebilah keris milik Gentar di hadapan mata.

   "Ini sarungnya. Dikenali sebagai sampir dan batang serunai." Papileon meletakkan sarung yang dibalut dengan kain batik dari pinggangnya. Sebuah garisan ternaik pada wajahnya.  "Tak terlupa, ini keris pertama saya yang saya tempa!"

   Bagaikan ada bunyi cd rosak, begitulah situasi yang dirasai Gentar sekarang. Niatnya ingin mencapai keris itu serta-merta terhenti. Gentar menunjukkan pedang itu dan Papileon menggunakan ibu jari silih berganti. "Pedang ini tak mudah patah, kan?"

   "Elok-elok ketua atasan Elemental Slayer bayar saya, jangan sampai saya suruh encik Gentar bayar pula." Kali ini senyuman yang dipakai oleh Papileon bukanlah seringai yang membesarkan diri sebaliknya senyuman mengugut.

   "Manalah tahu keris ni terpatah ke, terbelah ke. Nanti 'adik' juga marah dekat saya."  Gentar cuba mengekalkan intonasinya meskipun bengang diancam oleh budak kecil. Kenalah kekalkan imej sebagai orang yang lebih tua.

   "Biasalah adat berperang, pasti ada senjata yang patah. Bukan ia tidak boleh ditempa lagi. Lagipun dengan latihan Tok tadi, kamu pasti boleh elakkan keris tu dari terpatah. Jangan tebang batang kayu pakai keris tu sudah." Sempat lagi Tok Sah melawak di akhir ayat. Namun, ia serba-sedikit memujuk Gentar.

   "Hehehe... mana ada tok! Baiklah... bismillah..." Gentar memegang keris tersebut dan dihalakan menegak ke atas. Tidak semena-mena, bagaikan ada panah-panah petir berlaku dalam kelajuan cahaya pada keris. Perlahan-lahan, keris itu bertukar warna besi menjadi warna merah pekat dari bawah ke hujung matanya.

   "Pedang tu..." Bebola mata Tok Sah dan Papileon membesar serentak. Papileon hampir terbangun dari duduknya. Nasib tidak terjatuh dari tangga! "Ini pertama kali saya tengok keris warna merah! Selalunya orang-orang saya kata setiap senjata yang mereka tempa adalah pelbagai warna. Tetapi tak ada lagi warna merah macam tu."

   "Senjata diraja pun bukan warna merah." Papileon teruja menemui keris merah sehingga setiap fakta disebutnya.

   Gentar merenung kerisnya yang berwarna merah itu, ragu-ragu. "Jadi, tak apa ke saya guna? Kan kena tangkap pula guna barang pelik."

   "Biasanya warna-warna keris melambangkan jiwa setiap Elemental Slayer. Tetapi, jangan risau. Mungkin kamu pun ada keistimewaan sendiri." Tok Sah mengusap dagunya. Gentar yang terasa asing berkenaan kerisnya lama kelamaan tersenyum sendiri.

   "Atau saya ada keistimewaan dalam menempa pedang merah!" Eh, ada masa lagi si Papileon pergi memuji dirinya sendiri!

   Ochobot mengangguk, faham berkali-kali. "Tapi tulah, sepatutnya warna keris tu kena warna hitam. Barulah sama macam jiwa."

   "Huh..."

   Keris di tangannya dibawa masuk ke dalam rumah selepas pemergian Papileon. Papileon kelihatan terburu-buru hendak pergi pun kerana ada hal katanya. Tapi sempat lagi minta tip tambahan untuk pembuatan kerisnya. Mujurlah Tok Sah berikan sekeping roti buat si penempa keris. Jika tidak, sampai sekarang duduk meminta duit dari Gentar yang berpoket lalat itu.

   "Apa yang Tok nak tunjukkan?" Ochobot tertanya-tanya akan perkara yang dijanjikan Tok Sah setelah Papileon berlalu pergi. Yalah, sampai kena tunggu gadis itu hilang dari situ dahulu baru suara emas Tok Sah itu ingin menyahut soalan mereka.

   "Ya, ya. Mari ikut tok." Tok Sah mengajak mereka melalui koridor laluan dapur. Salah satu dari dua bilik sepanjang koridor itu dimasuki Tok Sah. Gentar memerhati bilik Tok Sah. Seingat dia, dia tak pernah lagi masuk ke dalam bilik Tok Sah selama dia berada di sini.

   "Kotak apa tu?" Gentar berhenti di sebuah kotak bersaiz manusia. Dia berpaling ke arah Tok Sah. "Tok tak ada mayat yang kita kena sorokkan, kan?"

   "Bukan mayat yang kamu kena sorokkan tapi Duri yang perlu kamu sorokkan." Tok Sah mengangkat kotak kayu itu menggunakan sebelah tangan. "Jangan risau, kotak ini ringan dan senang untuk angkat Duri sepanjang waktu siang nanti. Cuba kamu pakai."

   Gentar menyambut kotak tersebut. Dia terus teruja menggoyangkan kotak itu berkali-kali. "Betullah, tok! Ringan betul!" Perasan terdapat tali galas pada kotak tersebut, Gentar laju menyaut tali kotak itu pada kedua belah bahunya. Apa lagi? Terus lompat-lompatlah! Nak uji keringanan kotak itulah katakan!

   "Dah, dah! Berlubang lantai rumah Tok nanti." Tok Sah cepat-cepat menghalang tindakan Gentar itu. Menjadi satu hal dia kena bertukang nanti.

   "Betullah, tok. Ringan betul. Senanglah nak bawa Duri pergi misi nanti." Tersengih-sengih Gentar dapat menggalas kotak tersebut. Sudah seperti budak-budak baru mahu masuk sekolah sahaja!

          "Memanglah, kayu ni RamenMan ada hantar beberapa hari lepas. Dia boleh tahan ringan tapi tak berapa tahan tebal sangat. Sebab itulah penat juga tok mengecat semalam." Tok Sah mengurut lehernya yang terasa lenguh. Mungkin ini kesan terbongkok-bongkok semasa mencantikkan kotak Duri semalam.

   "Oh..." Separuh wajah Gentar dibayangi bayang-bayang keamarahan. Dia memeluk kuat kotak tersebut. "Jadi dia ada duit nak beli kayu, tapi tak ada duit nak bagi saya gaji?"

   "Kau... masih tak puas hati dengan benda tu?" Ochobot memandang Gentar yang masih ditenggelam rasa tidak puas hatinya. Kucing itu mengalih perhatiannya pada beberapa helai baju yang tergantung di atas kepalanya.

   "Wah, tok betul-betul bersedia, ya? Ni mesti baju untuk Gentar ni." Tok Sah lantas mendekati baju-baju yang tergantung setelah Ochobot selesai berkata-kata. Dia mengambil dua helai baju melayu beserta sampin setiap pasangan baju dibawa ke Gentar tanpa banyak soal.

   "Oh, ini memang baju untuk kamu. Baju ini bagus untuk ketahanan apa-apa serangan syaitan. Melainkan kalau kamu pergi bakar baju nilah." Gentar tersengih menangkap ayat terakhir Tok Sah. Memang tidaklah dia mahu bakar baju sendiri. Melainkan kalau ada orang yang tolong bakarkan.

   "Terima kasih, tok..."

   Baru sahaja Gentar ingin mencapai baju-baju tersebut, Tok Sah terlebih dahulu menarik baju itu daripadanya. Sehelai tali dikeluarkan daripada gantungan salah satu baju itu dalam Gentar tercengang dipermainkan sebegitu rupa.

   "Yang ini pula untuk Duri." Sebuah tali riben yang diikat menerusi sebatang buluh ditunjukkan di hadapan Gentar. "Sekurang-kurangnya selain tidur, Duri dapatlah juga hilangkan ketagihannya pada manusia dengan menggigit buluh."

   "Tok buat macam Duri ada ketagih benda berbahaya pula. Eh, tapi ketagih manusia benda bahaya juga." Gentar tersedar akan kesilapan dari bisikannya. Disambut segala pemberian Tok Sah. Wah, wah, wah! Dari segi persiapan barang pun sudah seperti mahu dihalau keluar rumah dengan segera keadaanya!

   Batang buluh dan baju-baju itu dihamparkan pada kotak Duri. "Terima kasih, tok. Susah-susah sahaja."

   Tok Sah hanya mampu menggeleng kepala. "Susah apanya. Dan apa yang kamu tunggu lagi? Pergilah cuba tu dekat Duri." Air muka Gentar disinari cahaya kegembiraan itu tidak mampu menyorokkan reaksi Tok Sah yang ingin tersenyum juga. Tidak putus-putus ucapan terima kasih dihulurkan kepada Tok Sah sebelum diangkut segala barang-barangan menuju ke bilik Duri.

   "Tunggu kejap, Ochobot." Terbantut pergerakkan Ochobot serta-merta. Ekor kucing itu bergerak ke kiri dan ke kanan, menanti ayat Tok Sah yang seterusnya. "Tok ada benda nak bagi kamu."













 









  
Ochobot : Eh, kenapa aku duduk dekat luar penghadang ni? *lompat ke bawah*

Ochobot : Eh, Tok Sah ada dekat sini?

Tok Sah : Oh, kamu Ochobot.

Ochobot : Ha, saya lupa nak tanya. Mana Tok dapat semua duit nak beli semua barang Gentar tu?

Tok Sah :

Ochobot : Hrm?

Tok Sah : *bunyi berdengkur*

Ochobot : Tok?

Tok Sah : Maaf, Tok termenung tadi. Baju-baju Gentar tu bukan Tok beli, tapi ambil dari baju-baju lama anak-anak murid Tok dulu.

Ochobot : Anak-anak murid Tok Sah? RamenMan, Ezra dan Amat tu ke?

Tok Sah : Kamu ingat anak murid Tok berapa kerat je ke?

Ochobot : Tak adalah, tok. Saya gurau-gurau je. Ha, apa lagi... saya lupa baca skrip *keluarkan kertas entah dari mana* Apa ni? Tanya Tok Sah fasal gaji a.. erm. Aduh, memang tak bawalah!

Tok Sah : Ochobot, Tok nak tanya fasal rambut Ge...

Ochobot : Maaf, apa tok kata tadi? Oh... jumpa pun!

Ochobot : *keluarkan kertas panjang berjela* Dan rahsia Elemental hari ini... alamak, dah 3382 lebih patah perkataan sekarang. Ha, dah 3388 lebih! Tak cukup



















✨✨✨

YAAAAAAAAY! TAK SABAR NAK BAGI SYAITAN-SYAITAN TU TERSEKSA JUMPA GENTAR LEPAS NI

Dan pengembaraan Gentar,  Duri dan Ochobot akan bermula!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top