| 14 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."
.
.
.
AIR singki yang ditadah di tangan diratakan ke seluruh wajah. Rasa sejuk angin Subuh mula melaputi muka. Ochobot mencodak ke arah Gentar yang sudah bergetar-getar tangan kerana terlalu teruja. Maklumlah, dia akan berlatih mulai hari ini!
Akan tetapi... latihan itu tak adalah seindah yang disangka.
"Hiyargh!" Gentar menglayangkan batang kayu lagenda menghala Tok Sah namun senang-senang sahaja Tok Sah menahan menggunakan batang kayu yang lebih kecil.
Melihat Gentar yang ingin mundur ke belakang, Tok Sah segera berpusing lalu menggerakkan batang kayu itu ke kaki Gentar. Mujur Gentar sempat melompat sekilas kalau tidak pasti dia akan terjatuh bagaikan nangka busuk.
Tanpa membuang masa, Gentar segera membuat serangan baru dan meluru ke arah sasaran iaitu leher Tok Sah. Fikirnya serangan itu akan berjaya sebaliknya tengkuknya ditahan dari belakang oleh batang kayu Tok Sah.
"Ergh... ergh!" Gentar meronta-ronta untuk bangun tetapi lehernya yang ditahan membuatkan dia semakin jatuh ke bawah.
"Cepat, Gentar! Cepat!" Ochobot menjadi tukang sorak tidak berbayar memberi semangat kepada Gentar.
"Hiyaaaaaaaargh!" Gentar kemudian membuat serangan balas. Tiada kesan. Sudah ditolak dan dipukul-pukul Tok Sah bahkan ia hanya seperti memukul dinding rumah sahaja. Akhirnya Gentar mengaku kalah sahajalah.
Tok Sah menarik batang kayunya apabila Gentar berhenti meronta. Cepat-cepat Gentar ingin menyerang tetapi ia ditepis lagi oleh batang kayu. Kini, batang kayu Gentar pula yang tercampak jauh! Hendak menangislah begini.
"Cuba lagi ya?"
Latihan itu tidak setakat itu sahaja, Gentar terpaksa mempelajari cara mengelak jerangkap samar yang pernah hampir membunuhnya dahulu...
DUM!
Dua batang kayu balak berlaga hingga bergegar hutan kepala sawit itu dibuatnya. Gentar menepis-nepis habuk kayu yang melekat pada topinya sambil menelan air liur, kesat. Naya kepalanya hancur kalau dia tidak tunduk tadi!
"Tok... tak boleh ke berlembut sikit?" Gentar berpusing mencari bayang-bayang Tok Sah. Namun batang hidung pun tidak kelihatan di hadapan mata. "Tok?"
Ternyata Tok Sah telah meninggalkannya menghadapi segala rintangan tanpa belas itu. Jika sebelum ini, semua perangkap yang dipasang itu palsu tetapi kali ini... kalau terkena, memang maut akan menanti!
Beberapa jerangkap samar lagi menyeluruhi permandangan Gentar. Di hadapannya pula terdapat lantai konkrit yang berselang-seli duri kayu. "Alamak..." Tekaknya kering untuk menelan air liur lagi.
... belajar pencak silat...
Gentar sudah kepenatan sampaikan matanya terpejam-pejam saat nafasnya dihela panjang. Rehat itu serta-merta terhenti tatkala arahan Tok Sah berbunyi lagi. "Kedua-dua tangan kamu tak sepatutnya dikeluarkan serentak. Namanya pun Teknik Dasar Tangkisan."
"Teknik Dasar Tangkisan pun bukan ada satu je. Teknik Dasar Tangkisan kepada beberapa bahagian. Contohnya kalau ada musuh menyerang kamu dari atas." Tok Sah mula melakonkan demonstrasi. Kakinya siap dibuka seperti langkah-langkah kekuda dengan tangan yang diletakkan di pinggang. Seolah-olah bersedia untuk dilayangkan ke atas.
Tiba-tiba, Tok Sah menarik tangannya ke langit sementara tangan yang berlainan digunakan untuk melindungi kepala. Walaupun nampak seperti ringkas, pergerakan itu berlaku dengan sangat pantas. Terbingung Gentar sama ada mahu rasa gerun ataupun bersorak gunakan pom pom.
Masa mula-mula dia belajar pencak silat... dia fikirkan segala gerakannya lemah lembut dan tidaklah sehebat yang dia sangka. Sebaliknya apa yang dia remehkanlah yang dia sukar untuk kuasai sekarang.
"Sebab itulah kamu kena rajin berlatih, Gentar." Tok Sah menutup kaki kudanya. Tangannya dibawa ke belakang, mengeluarkan aura guru yang bertauladan.
"Ha, dengar tu Gentar." Sampukan Ochobot mendapat jelingan tajam daripada Gentar. Laju Ochobot memandang ke langit.
Melihat raut Gentar yang dibayu pasrah, Tok Sah menambah lagi. "Lagipun, kamu dah nak mahir Teknik Dasar Pukulan, bukan? Yang penting, kalau kamu tak putus asa berusaha, pasti akan berbuah nanti hasilnya."
Gentar menyimpulkan senyuman teragak-agak. Haih... macam mana dia nak lawan dengan Tok Sah? Sedangkan gerakan biasa-biasa Tok Sah itu pun tidak kurang hebatnya, apatah lagi pencak baru yang Tok Sah baru-baru berlatih sekarang.
Bila malam menjelma, dia selalu kadang-kadang terjaga akibat bunyi Tok Sah berlatih. Adalah juga hendak menegur Tok Sah sebabkan bunyinya mengganggu mimpinya.
Tapi, ketika matanya bertentang dengan mata kepala patung orang-orang yang patah. Yakni tidak lain tidak bukan disebabkan tangan Tok Sah sendiri. Jadi selepas menonton aksi bawah 18 tahun itu, dia buat keputusan untuk sambung tidur sahajalah.
Dan urgh... jangan buat dia ingatkan dekat latihan yang tak berhenti-henti lagi! Hrm... kenapa macam ini ulasan diari Gentar pula?
"AAAAAAAAH..."
Kawasan kelapa sawit itu terganggu oleh jeritan seseorang. Sudahlah kasar bunyinya, mendayu-dayu pula itu. Tikus yang hendak singgah mencuri pun dah fikir dua tiga kali.
"Aish, kalah lagi!" Rumput-rumput itu disentap kuat Gentar, kemudian dibuang begitu sahaja. Tidak puas hati agaknya asyik kalah setiap masa. "Bila saya boleh jadi kuat macam tok?"
Batang kayu yang dihalakan pada leher Gentar dialihkan. "Kalau kamu berlatih lagi, mungkin kamu akan jadi lebih kuat... mungkin lebih kuat daripada diri kamu sebelum ini." Nasihat Tok Sah itu tidak menyuntik sedikit pun semangat ke dalam diri Gentar. Bahkan membuat anak muda itu keliru sesaat.
"Ingat nasihat tok, jangan biarkan emosi jadi senjata kita. Tapi semangat batin yang kita gunakan sebagai alat pertarungan."
"Kamu faham, Gentar?" Tok Sah memerhatikan Gentar bangun tanpa bantuan. Lambat-lambat Gentar menjatuhkan kepalanya, lemah. "Hrm..."
"Faham?"
"Faham..." Gentar meregangkan tubuhnya. Dalam sibuk otot-ototnya diregangkan, perutnya pula menyelit ingin berkeroncong. Tersengih-sengih Gentar memegang perut sendiri. "Tapi lagi faham kalau saya dengar sambil makan sekarang."
Tok Sah melukiskan senyuman di wajahnya. "Yalah, kita singgah dekat warung Aceh. Makan nasi lemak."
Malangnya, walaupun sudah berpinggan-pinggan nasi lemak dia lahapkan, pedang kayunya tidak berjaya mencapai leher Tok Sah. Batang kayu Tok Sah yang dera dia adalah! Huhuhu...
"Lenguhnya belakang aku." Habis tangan Gentar merayap ke belakang, mengurut-ngurut leher dan tangan. Kalau sendawa pasti sudah serupa orang tua sakit urat gayanya!
"Lepas tu kau nak buat apa sekarang?" tanya Ochobot.
"Buat apa? Mestilah nak berlatih lagi! Takkan dah nak dekat sebulan nak putus asa!" Gentar menampar dada sendiri berulang kali, tanda bersemangat.
"Tu... tak jawab persoalan aku kenapa kau ada orang-orang dekat tangan kau." Ochobot membuang pandangan tidak puas hati ke arah patung penghalau gagak berada di tangan Gentar sekarang. Bahkan sedang mereka berjalan, dia asyik bertakaruf memproses tujuan orang-orang itu dijemput tanpa rela oleh Gentar.
"Ala, dia orang kata orang-orang ni tak ada guna dah. Jahitan pun dah nak tercabut. Jadi dia orang bagilah dekat aku." Gentar memacakkan patung orang-orang itu ke tanah. Tengok itu, siap panggil orang-orang itu tak berguna lagi. Tanda pagar, pembelaan untuk orang-orang.
"Kejap, maksudnya kau nak gunakan benda ni buat latihan kau?" Ochobot sudah membeliakkan mata. Bukan tidak boleh, gaya orang-orang ini kalau sekali tumbuk, terus arwah, bang!
"Daripada tak ada langsung." Gentar memegang kembali orang-orang yang lusuh itu. Kaki kayunya juga hampir tercabut disebabkan pacakan Gentar tadi.
"Lagipun, nak habis sebulan dah. Kalau aku tak ada perkembangan. Sia-sia jelah aku berlatih selama ni." Nada kendur Gentar membuatkan kaki Ochobot terhenti melangkah. Dia mendongak, mengamati tuannya dengan penuh bersimpati.
"Tapi, jangan risau, dengan orang-orang ni. Aku boleh berlatih dengan dia sebelum aku berlatih dengan Tok Sah. Dan, lepas tu. Aku mesti akan berjaya! Insya-Allah!" Gentar tergelak terbahak-bahak sambil merangkul orang-orang yang kini telah dianggap teman sehidup semati.
"Hahaha... yalah." Ochobot pasrah dan hanya mampu menyokong sahajalah. Lagipun bagus jika Gentar bersikap positif begini sepanjang latihan.
Fiuuuuu~
"Alamak, topi dia!"
Ochobot melihat Gentar berlari seakan-akan anak kecil mendapatkan topi jerami si orang-orang. Matanya tertoleh ke tepi, di mana si orang-orang sudah merebahkan diri.
Hrm... mungkin terlalu positif.
Latihan tidak rasmi dirasmikan berdekatan padang sekolah. Terletak selepas simpang kanan laluan kubur. Kalau ada yang berminat dan tak berminat, mohonlah sertai bersama sebelum...
"HIYAH! HIYAH!" Gentar menumbuk dada orang-orang tersebut dengan laju berkali-kali. Ajaibnya, tubuh orang-orang itu langsung tidak jatuh walaupun sudah senget postur tubuhnya. Rasa maruah tercalar pun ada. Sudahlah gelar dia tak berguna tadi.
"Cuba kau target dekat leher pula!" Ochobot mencadangkan setelah serangan Gentar terhadap orang-orang itu tidak membuahkan hasil.
"Baik!" Gentar memusatkan tangannya pada graviti sebelum dilayunkannya kembali menuju ke leher orang-orang tersebut. Dan... "SHING!"
"Gentar!"
Naik dan turun dada Gentar melihat sebilah keris melintas laju di hadapannya. Kalau dia tumbuk tadi, pasti dia jadi kudung sebelah tangan pula. Matanya mengerling ke arah Ochobot yang sibuk mencerlung tajam ke arah seseorang.
Satu senyuman sinis muncul di bawah topeng tengu yang disarungkan remaja itu. Topeng kayu itu hanya menutup mata dan hidung pelaku itu dengan tengkolok yang digayakannya.
"Siapa kau ni?" Soalan itu tidak dijawab malahan bunyi keris dihunus pula berdesing dari belakang. Tergesa-gesa Gentar dalam mengelak, tanpa sedar dia telah membiarkan keris itu terbang kembali ke tangan pemiliknya.
Remaja itu melindungkan tawa kecilnya menggunakan keris. "Macam mana kau nak belahkan kepala orang-orang tu, sedangkan ilmu kau masih berlubang dan penuh cacat cela?"
"Apa maksud kau?" Gentar membuka langkah berjaga-jaga.
"Kau lebih gunakan emosi kau sebagai senjata, bukannya batin kau macam Tok Sah ajar," jelaskan remaja itu sambil menyelitkan keris berserta sarung di celah pinggangnya.
"Tok Sah..." Gentar terkedu mendengar nama tok gurunya disebut oleh orang asing "Macam mana kau kenal Tok Sah?"
Seperti bercakap dengan orang bisu, semua kata-kata itu dibalas tanpa suara. Remaja itu membuka langkah kekuda menyerupai langkah Tok Sah sebelum ini. Tangannya dikeluarkan bersama siku yang dilapikkan tangan sebelah.
Melihat keadaan itu, Gentar bersiap sedia meletakkan tangannya ke sisi pinggang, bersedia untuk menepis serangan akan datang. Siapa sangka... tiba-tiba remaja itu hilang sekelip mata!
"Eh, mana dia pergi?"
Shring!
Selaju cahaya menyimbah tanah, satu tumbukan tidak dijangka membuat serangan di belakangnya! Pantas Gentar menyilangkan tangannya, menahan serangan itu. Terseret kakinya ke tanah gara-gara tumbukan kuat tersebut.
"Meow!" Ochobot melompat lantas menyambar muka remaja itu. Namun, senang-senang sahaja dianggah si lawan. Bahkan, setiap terjahan dilakukan Ochobot ibarat seekor lalat yang terbang semata-mata.
"Hiyargh!" Gentar memberi tendangan berkali-kali ke arah remaja itu. Paling tidak masuk akal, segala tendangan itu ditahan oleh tapak tangan remaja itu semata-mata. Kuat betul!
Sudahnya, satu tendangan dilayangkan menuju kepala remaja itu dan dengan mudahnya remaja itu laju menunduk.
"Perjuangan kau sebab apa sebenarnya?"
"Apa?" Gentar hilang tumpuan mendengar pertanyaan tiba-tiba itu. Mengambil kesempatan, remaja itu menghantar sebuah tumbukan namun cepat-cepat remaja itu mengangkat sebelah tangan apabila Ochobot cuba menyerang dari tepi.
Pada jangka yang sama, Gentar berpusing ke belakang remaja itu lantas mengunci kedua lengan si lawan. "Cukuplah! Apa fasal kau tiba-tiba serang kita orang?"
"Hiyargh!" Remaja itu mendepakan tangannya, membuka dan menyentakkan kunci Gentar. Tidak sempat Gentar memberikan apa-apa reaksi, kepalanya ditarik oleh remaja itu. Sedar-sedar sahaja dia sudah berpusing dan dihempaskan ke tanah. Gentar dapat merasakan angin daripada musuh pihak lawan, menandakan serangan baru bakal menghinggap.
Dan akhirnya. Satu buku lima terawang di hadapan muka.
"Kalau setiap tarian kau cuma ikutkan emosi, senang sahaja kau akan rebah."
Kelopak matanya terbuka dan susuk remaja tersebut hilang di hadapan mata. Ochobot pun turut terkejut bagaikan baru melihat kucing yang bertanduk... walau dia kucing boleh bercakap. Ochobot menoleh ke arah Gentar yang tidak berpuas hati mencari-cari remaja yang hilang ditelan udara.
Entah kenapa Gentar semakin bertarung lebih keras sejak daripada itu. Yalah, kalah macam itu sahaja. Siapa sahaja yang tak terasa jika kegagahan yang ada ditewaskan macam itu saja?
Lagi-lagi orang macam Gentar.
"Huh... fuh... URGH!" Gentar tertunduk, menahan senak balasan daripada pukulan Tok Sah tepat ke perutnya. Berkerut-kerut Ochobot melihat Gentar sudah melutut sambil memegang perutnya. Pukul perut sebelah, perut sendiri terasa juga. Eh, macam lain sahaja!
"Apa yang saya salah tok?" Gentar bertanya sedang dia bangun dalam keperitan.
"Cara kamu bernafas terlalu pantas dan tiada tatatertib." Tergaru kepala Gentar mendengarnya. Hendak bernafas pun perlukan langkah-langkah dia? Meskipun begitu, Tok Sah terus menyambung penjelasannya tanpa dipinta. "Setiap perbuatan kita perlukan langkah demi langkah. Barulah semuanya tak akan kelam-kabut."
"Tadi pun kamu serang tok secara melulu tanpa analisi setiap serangan Tok. Sebab tu kamu hanya mampu menepis dan kerana diserang amarah, jiwa kamu pun hilang. Kalau langkah kamu serabai, sedar tak sedar semangat jiwa tidak mustahil untuk tiada tiba-tiba."
Wajah Gentar memasuki permandangannya. Mata anak muda itu pun sudah terkelip-kelip. Entah faham ke tidak si Gentar ini.
"Oh, maksudnya... kalau setiap tarian saya cuma ikutkan emosi, senang sahajalah saya nak rebah, kan?" Gentar teringatkan kata-kata remaja aneh beberapa hari lepas.
Tok Sah terkedu sesaat. "Mana kamu dengar tu?"
"Ah... err..." Menyedari mulutnya terlepas bicara, jari Gentar automatik menggaru pipi. Anak matanya dielak dari bertentangan dengan Tok Sah. Helaan berat terbit dari bibir tua itu sayup-sayup. Mengapa Gentar sering bersembunyi hal-hal berkaitan dengan Ezra?
Ayat itu... ayat yang selalu Ezra sebut.
"Betul. Dalam gerakan ada tari, dalam tarian ada buah. Bila buah dipetik, nescaya musuh akan rebah." Batang kayu di tangan dihayunkan ke kaki Gentar. Dengan cepat Gentar terjatuh akan serangan tiba-tiba itu. "Aduuuuh..."
Tok Sah menjelaskan seraya menghiraukan rintihan Gentar. "Dalam perlawanan, kamu tak patut cari cara nak menang, tapi cari kelemahan pihak lawan."
"Macam mana, tok?" Mata Gentar menangkap dua tangan Tok Sah yang ditarik ke pinggang. Sebelah tangan kelihatan lebih kemas pegangannya. Tok Sah mengacah tumbukan di tangan kanan sementara tangan kirinya membuat serangan dalam sekelip mata.
"PAP!" Buku lima Tok Sah dipeluk tangan Gentar.
Gentar mengoyakkan senyuman bangga. "Heh, macam ni ke, tok?"
"Ya, begitulah..." Tangan Gentar dipusingkan Tok Sah. Habis terbelit lengan si Gentar apabila diputarkan 180 darjah secara paksa. Terpekik-pekik Gentar meminta dilepaskan. "ADUH! ADUH! ADUH! LEPAS, TOK! AMPUN!"
"Nampaknya kamu kena berlatih lagi." Tangan Gentar dilepaskan dan bunyi gedebuk memasuki ruang telinga mereka.
...
Seronok remaja lelaki itu menggoyangkan kakinya di atas pokok. Dua kali lima nampak seakan puntianak jika disarung rambut palsu. Remaja lelaki bertopeng tengu separuh itu menongkat dagu.
'Mana pula dia ni? Dah sebulan tak datang sini? Ke dia dah pergi berlawan dengan syaitan dah?' Remaja itu melompat turun daripada pokok itu. Tidak semena-mena, angin sejuk yang pantas menghinggap bulu roma tengkuk. Dia menunduk secara mendadak dan berpusing menendang pihak lawan di belakang.
Bunyi derapan kaki melompat secara mengundur, menghindari serangan dia sebentar tadi. Satu senyuman terbit di bawah topengnya. Tidak sangka pula Gentar akan muncul setelah beberapa lamanya. "Dah bersedia untuk kalah setelah sebulan lamanya?"
"Itu soalan yang aku patut tanya pada kau!" Gentar berteriak, bernada teruja. "Tak sangka kau sanggup tunggu aku untuk sebulan? Hantu penunggu ke ni atau hantu Ezra?"
Garisan di bibir remaja itu mati. Nampaknya dia tidak suka digelar sebegitu.
Gentar mengambil kayu berbentuk keris yang terselit di dalam poket seluarnya. Sarung itu dibuka dan beralih ke tempat asal semula. Raut wajah remaja itu berubah serta-merta saat dia menyedari aura Gentar berubah 360 darjah daripada sebelum ini.
'Nampaknya dia pun tak bawa si Ochobot tu hari ini. Hrm, kalau begitu, baiklah..." Seperti Gentar, tangan remaja itu juga menyeluk sesuatu dari belakang, mengeluarkan sebilah kayu berupa keris ke hadapan.
Kalau Gentar lebih bersikap kaku di tempatnya, remaja itu sudah menarikan setiap langkahnya. Remaja itu mendepakan kakinya ke hadapan sementara tangannya menggerakkan keris di udara lantas keris itu dihadapkan betul-betul di hadapan wajahnya. Sudah seperti melihat persembahan silat di hadapan mata pula.
Remaja itu masih lagi dalam posisi bunga silatnya. Tetapi kali ini, matanya yang terkatup rapat akhirnya dibuka menampakkan Gentar juga sudah bersiap sedia.
"Baiklah... mari kita mulakan."
Kayu berbentuk keris itu dihulurkan ke arah Gentar. Tidak sia-sia dia mengasah untuk membentukkan keris sebegitu rupa. Walaupun serupa senjata mainan semata-mata, eloklah itu kalau Gentar yang gunakannya buat sementara waktu.
"Wah, jadi saya boleh guna ini untuk lawan Tok Sah lah?" Gentar tidak semena-mena mengaduh ketika dahinya dijentik oleh Tok Sah. Tok Sah segera menegur. "Bukan. Kamu kena berlatih cara kawal pernafasan kamu terlebih dahulu."
"Kawal pernafasan?" Gentar mengulang, kurang jelas.
"Maksudnya Gentar boleh hentikan nafas dia sekejap lepas tu bernafas sekejaplah? Macam mana kalau Gentar lupa nak bernafas?" Ochobot di anak tangga mencelah sesi pengajaran mereka. Ketakutan Ochobot itu cuma ditertawakan Gentar. "Alah, merepek sahaja. Kejap, ke boleh jadi benda macam tu?"
"Bukanlah. Dalam sistem tubuh kita ada sistem luar kawal yang diciptakan oleh Allah SWT. Jadi tak adanya kamu akan mati kalau kamu terlupa nak bernafas." Tok Sah menghentikan kekusutan yang melanda di dalam kepala Gentar. Maklumlah, tadi Gentar siap memeriksa udara yang lalu di bawah hidungnya lagi!
"Tapi kalau kita dapat memanipulasikan gaya pernafasan kita." Tok Sah membuka bunga silatnya. Kedengaran nafas ditarik panjang. Tangannya perlahan-lahan dihalakan ke arah bertentangan seiring dengan nafasnya dihela keluar. "Kita boleh fokus pada setiap langkah kita. Tak adalah tersilap serangan semasa berlawan."
"Simpan nafas bagi setiap langkah. Dan silap-silap, jiwa kita boleh jadi dua kali lebih kuat dari biasa."
Pasir-pasir pada tanah itu berterbangan laju ke udara apabila kedua kaki dari pihak berbeza bergeser ke tanah, mengelak serangan keris dari terkena pada leher masing-masing. Gentar memalingkan tubuhnya sepantas kilat dan menghunus keris ke dada remaja itu. Malangnya, serangan itu laju ditepis oleh tangan pihak lawan.
"Ergh..." Gentar lekas mengundur ke belakang. Nyaris-nyaris sahaja hujung keris itu bertemu anak matanya! Nanti tidak fasal-fasal gelap masa hadapan. Perasan degupan jantungnya lari daripada rentak asal, Gentar menarik nafas dalam-dalam.
"Shring!" Remaja itu menghayunkan kakinya ke kepala Gentar. Meskipun begitu, ia tidak seperti yang dijangka apabila Gentar memegang sebelah kakinya. Merasa genggaman kuat pada pergelangan kakinya, remaja itu melempar kerisnya ke muka Gentar memaksa Gentar menjarakkan diri daripadanya.
Remaja itu menyembunyikan kesahnya. Kerisnya kembali ke tangan. Hatinya mengesan sesuatu yang aneh akan Gentar.
Lebih-lebih lagi rentak nafas Gentar sentiasa berubah-ubah.
"Shring!" Keris yang kini di tangan digunakan bagi menyerbu terus ke dada Gentar. Hanya seinci sahaja keris itu ingin menyentuh baju Gentar, remaja itu terpaksa membuat brek mengejut ketika Gentar menendangnya. Baru sahaja dia ingin mengambil nafas, Gentar sudah cuba menikam perutnya. Mujur dia sempat menangkis serangan tersebut!
"Eh?" Gentar tercengang tatkala tusukannya cuma menikam menerusi udara semata-mata. Kepalanya didongak, mencari kelibat remaja itu. Haih... tidak mungkin hilang lagi! Matanya terpaku pada sosok seseorang bersembunyi di sebalik dedaun pokok.
Setiap pergerakkanya sedaya-upaya dia perlahan, memastikan bunyi tapak kaki tidaklah kuat mana untuk membangunkan seseorang di dalam bilik gelap itu. Padahal entah bila Duri hendak bangun daripada lena panjangnya. Gentar menarik pintu bilik itu rapat.
"Nampaknya kamu memang betul-betul nak jaga Duri, ya?" Terhinjut bahu Gentar kala disergah sebegitu rupa. Lambat-lambat dia menoleh ke arah Tok Sah di belakangnya bersama riak muka yang selamba.
"Bukan ke saya dah bagitahu tok? Yang saya nak lindungi dia... jadi mestilah saya akan pastikan dia jadi manusia balik." Gentar menyorakkan keazamannya dengan penuh bersemangat. Fuh, gaya seperti hendak pergi berperang!
"Tok rasa mungkin kamu ada hubungan dengan Duri." Kata-kata Tok Sah membuatkan Gentar terkedu. Tangannya yang dijulang ke atas diturunkan, cuba fokus akan penjelasan Tok Sah yang seterusnya. "Kuasa dia pun bukanlah bertukar rupa seperti yang kamu kata. Dan muka kamu berdua pun seiras. Mungkin ada sesuatu berlaku menyebabkan kamu hilang ingatan dan pasti ada kaitannya dengan Duri."
Kepala Gentar tertunduk ke bawah sebelum wajah itu diangkat berserta senyuman lebar. "Jadi kalau macam tu, usaha saya akan lagi berbaloilah."
Tok Sah menghela nafas dengan senyuman meleret sedikit. Tangannya diletakkan pada kepala Gentar yang diselindungi topi. Tahu sangat, Gentar bukannya lembap mana. Dia cuma terlalu teruja dan bersemangat. Kepala Gentar diusap menyebabkan topi Gentar tersenget berkali-kali.
"Mungkin... sebab ini jugalah dia menguatkan semangat jiwa kamu."
Pertarungan antara kedua remaja itu menjadi semakin sengit. Setiap tusukan, tikaman malah serangan keris itu langsung tidak mengenai mana-mana pihak. Sahkan calar pada kulit, kesan koyak pada baju pun tiada!
"Huh!" Sekali hembus, Gentar melibas kerisnya ke arah pinggang remaja itu. Dalam mengumpul udara di dalam dada, tangannya tidak semena-mena dipegang oleh pihak lawan.
'Genggaman dia makin kuat. Dia nak pusingkan akulah ni!' Gentar laju mengelilingi ke belakang remaja itu menyebabkan peluangnya untuk dikunci secara paksa menjadin tipis serta-merta. Remaja itu ingin menyentakkan tangannya, tetapi secepat kilat pergerakkan tangannya telah dikancing oleh Gentar.
Perut remaja itu disenakkan berkali-kali oleh lutut Gentar. Sampaikan si penentang terlepaskan senjatanya dan merungkuk, merasa sakit. Perasan remaja itu dalam keadaan lemah, Gentar mengambil kesempatan lalu menjatuhkan kaki remaja itu menggunakan hayunan kaki.
"Huh!" Gentar mendorong kerisnya ke tempurung kepala remaja itu. Akan tetapi, tangannya automatik terhenti. Perlahan-lahan dia membawa dirinya beberapa langkah ke belakang. Gentar menghala kerisnya pada remaja itu. "Perlawanan kita sampai sini sahaja. Aku dah menang!"
Lagipun... mengalahlah sedikit. Yang dilawannya itu bukanlah syaitan mana pun, cuma orang gila. Dan...
"Jadi, rehatlah Ezra. Aku dah buktikan yang latihan Tok Sah tak sia-sia. Dan untuk soalan kau sebab aku berjuang tu... kau tak perlu tahu." Gentar menurunkan pedangnya. Tangannya dicekakkan ke pinggang. "Lagipun kau dah tahu sendiri, kan?"
Tidak fasal-fasal sebuah tawa terletus kuat sedang remaja itu cuba membangunkan diri. 'Ezra' berpusing sambil memegang topeng tengunya yang terbelah dua. Dia bertekuk lutut dan menghayunkan tangannya, sopan. "Kalau macam tu, terima kasih, Gentar."
Badannya ditegakkan kembali. "Jaga diri."
Gentar memintalkan senyuman bangga memandang tubuh si kawan yang sudah menghilang bagaikan debu. Kalau orang lain, sudah tergopoh-gapah berlari kerana terkejut. Dia boleh pula bercakap kepada hantu seakan-akan berborak bersama sahabat handai pula! Tak apalah, Gentar bukan betul sangat pun.
"Meow!" Singkat sahaja sapaan dalam bahasa kucing itu. Gentar menoleh laju ke belakang, mendapati seekor kucing berbulu putih lebat dan beriris berwarna merah. Tahulah kalau kucing pelik-pelik sebegitu selain Ochobot mestilah BolaBot.
"Lepas pemilihan Elemental Slayer, kau langsung tak datang tempat terakhir kita berlatih dulu. Ke kau dah lupa janji kita? Itulah... tinggal sangat dengan RamenMan dan dietnya yang tak sihat tu." BolaBot menegur Gentar seraya dia cuba mengawal nadanya. Yalah, tak mahulah kedengaran terlalu teruja. Maklumlah, hampir dua bulan tak ketemu!
"Kejap, kenapa kau pandang aku macam..."
"HUH, kau lambat!" Herdikan Gentar membuatkan BolaBot menarik muka jengkel. "Lambat? Bukan kau ke yang lambat! DASAR TAK SEDAR DIRI!"
"KAU NI! KAU TAK TAHU AKU JUMPA SAPA TADI! Aduh, kalau kau tak terlambat beberapa saat lagi." Bagaikan ibu yang kecewa akan keputusan peperiksaan anaknya, Gentar memicit sisi kepalanya. Amboi, drama sangat ini!
"EH, JANGAN CAKAP MACAM KAU TAK BUAT AKU TERTUNGGU SELAMA DUA BULAN!"
Dari jauh, seorang pak cik tua menarik jendela, memerhati pergaduhan itu dengan pasrah. Daripada pengtengkaran Gentar melawan seorang diri sehinggalah Gentar berlawan mulut dengan seekor kucing. Kalau diikutkan, niatnya pagi ini ingin menyiapkan ukiran batu nisan untuk arwah keluarga pelanggannya.
Namun nampaknya, kena tunggu budak pelik itu pergi dululah.
Gentar : Mana kau duduk dua bulan masa aku tak ada? Bukan kau tak ada rumah ke?
BolaBot : Jadi kau mengakulah yang kau tak lawat aku dua bulan?
Gentar : ... kau... kau rindukan aku ke?
BolaBot : Oh, fasal soalan kau tadi. Aku duduklah bersiar-siar macam kucing biasa. Duduk atas rumput, berbaring di bawah matahari yang nyaman...
Gentar : Maksudnya kau mencuri makanan oranglah! Kau kan kucing.
Bolabot : EH, KAU PERNAH MAKAN MAKANAN RAMENMAN!
Gentar : WAH, SEKARANG NAK MENGAKU PENGINTIP AKULAH
BolaBot : HUH!
Ochobot : *tengok dari jauh* Apa bendalah dia orang ini... oh, dan sekarang masa untuk rahsia Elemental!
Ochobot : Kebanyakkan cara pernafasan Elemental Slayer sama macam cara pernafasan penyair-penyair dan penyajak.
Gentar : *ada kesan cakar kucing* Oh, dia orang pun mesti ada semangat jiwa, kan? Sama macam aku.
BolaBot : Kau... bersemangat ke?
Gentar : Mestilah... cuba dengar aku nyanyi.
Ochobot : Eh, jangan!
Gentar : Ehem, BER...
✨✨✨
Fuh, BAB PERTAMA YANG DITULIS DI UNIVERSITI. Heh, pandai tak aku cari masa nak menulis bab Gentar ni. Astagfirullah. Sepatutnya bersyukur Allah beri masa nak tulis TvT.
Dan lepas ni Gentar boleh jadi Elemental Slayer! Haih... rasa kasihan pula dengan syaitan-syaitan yang akan jumpa Gentar nanti.
Oh, ya! Tak terlupa. Aku ada buka commission. Jadi sesiapa nak beli lukisan aku, boleh dm aku atau beli sahaja dekat Shopee macam dalam gambar dekat bawah. Nak promosi pun boleh!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top