| 13 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."
.
.
.
HUJUNG balutan lengan itu digigit seraya matanya sibuk mencari gunting. Siap terpusing-pusing bagaikan anjing mencari ekor sendiri pula! Gentar melepaskan gigitannya. "Mana pula gunting ni?"
Telinganya tidak semena-mena dijentik oleh seseorang. Gentar segera mendongak, mendapati huluran gunting daripada Tok Sah. Tersengih-sengih dia menyambut pemberian tersebut.
"Terima kasih, tok." Gentar memotong lebihan kain kasa itu. Dia sekali lagi berpaling ke kiri dan kenan, mencari sesuatu. Melihat pin tidak jauh daripadanya, dia lantas mencapainya menggunakan kaki. Amboi!
"Mana kamu belajar membalut semua ni?" Tok Sah duduk bersila di hadapan Gentar. Boleh pula budak ini duduk membalut luka di luar bilik Duri.
"Oh, saya dulu pernah terseliuh kaki. Jadi kawan hijau saya yang pernah balut kaki saya. Dari situlah saya belajar." Gentar mengenakan pin pada balutannya. Tangannya kemudian disapu-sapu kononnya menggosok habuk yang melekat.
Sementara Tok Sah pula sudah mempersoalkan di dalam hati. Kawan hijau? Mungkin kawan Gentar itu suka pakai baju warna hijau agaknya.
Sedang Gentar sibuk menyimpan kit kecemasan, anak mata Tok Sah merenung tubuh anak muda yang berbalut itu. Pasti itu luka-luka akibat berlawan dengan syaitan beberapa hari yang lepas. Hingga ke paha pun ada berbalut sama. Rasa bersalah pula jika tidak memberi peluang kepada anak ini setelah apa yang Gentar usahakan.
"Ah... Duri tidur balik." Gentar mengintip keadaan Duri melalui celah pintu. Bukan setakat Duri, Ochobot pun tumpang terlentang sama. Penat sangat mungkin.
"Tidur balik? Maksud kamu?" Tok Sah menjongketkan keningnya.
"Ah... erm..." Gentar melarikan pandangannya setelah menyedari dia tersilap kata. Ah, dah terlepas cakap... cakap sahajalah! "Lepas Duri balik dekat sini, dia tetiba tertidur beberapa hari. Saya paniklah juga... sebab saya fikirkan dia nak mati. Tapi rupanya dia tidur."
Tok Sah terdiam sejenak. Janggut-janggut halus pada dagunya diusap. Memandang Tok Sah yang tidak memberi respon, Gentar mengalihkan pada sepucuk surat yang ditindih oleh kit kecemasan itu. Inilah surat yang baru diterimanya petang semalam.
"Kamu pasti ke nak teruskan latihan lepas ni?" Pertanyaan Tok Sah membantutkan niat Gentar untuk membuka surat tersebut. Gentar tersengih besar. "Mestilah! Lagi cepat saya buat latihan, lagi cepat saya boleh jadi Elemental Slayer!"
Tok Sah menyembunyikan senyumannya. Topi Gentar yang senget dibetulkan. "Ikut kamulah."
Gentar menyentuh topinya bersama senyuman yang masih tidak lekang daripada bibir. Dia menyengetkan kepalanya melihat Tok Sah sudah bangkit dari silanya. "Tok nak pergi mana?"
"Tok nak pergi warung kopi kejap. Nanti petang ni kan Deep nak datang. Lepas tu kita boleh mula latihan." Tok Sah berhenti seketika, memandang Gentar. "Kamu nak ikut ke, Gentar?"
"Tak apalah, tok. Tok pergilah." Gentar mengangkat suratnya sambil tangannya di sebelah digoyangkan berkali-kali. Mendapat balasan tersebut, Tok Sah buat apa lagi? Tak akan nak menari inang pula. Buang tebiat namanya. Terus lelaki berumur separuh 50-an berlalu pergi.
Gentar sempat melihat keadaan sekeliling. Rumah RamenMan kini sunyi ditemani suara burung dan kucing yang ketiduran di dalam bilik sebelah. Katanya si RamenMan itu pergi jadi penunggu Deep di pondok bas berdekatan. Tak apalah, yang penting... dia nak baca surat ini!
Kepada; Gentar.
Hai, Gentar! Aduh rindu betul kat kau nak pecahkan pinggan bos lagi. Tapi sebabkan kita orang terpaksa lindung kau, tak rasa nak rindu pula. Hehehe, gurau sahajalah!
Cuma tak sangka latihan kau berlanjut sampai sebulan lagi lamanya. Lama betul, ya? Haih, tak adalah orang yang nak rasa masakan aku belakang dapur lagi.
Nak cakap fasal apa lagi, en? Ha, kucing-kucing bos pun elok-elok dekat sini. Cuma asyik mengiau siang malam tak henti-henti. Ayam pun asyik-asyik berkokok-kokok waktu pagi... eh, bukan selalu ke? Tak apalah, maksud aku.. dia orang pun rindu kau dekat sini! Cepat-cepatlah habiskan latihan tu!
Adudu? Hrm, dia... okey je.
Alamak, tinggal beberapa jam sebelum nak masuk kerja. Nak hantar dekat pejabat pos lagi. Okeylah, aku berhenti tulis kat sinilah. Jaga diri tau, Gentar! Ochobot pun!
Dari sahabatmu yang bakal menjadi chef yang berjaya,
Qually.
Surat itu disimpan di bawah tilam yang dituduri Duri. Ochobot yang kini telah membuka kelopak matanya, meregangkan tubuhnya. Ini namanya senamrobik setelah bangun tengah hari! Selimut yang terlondeh itu ditarik Gentar menutupi dada Duri.
"Haih... lamanya kau tidur. Macam puteri beradu pula." Gentar mengeluh perlahan. Mujur tidak terkeluar air liur basi dari mulut Duri. Kalau tidak, buruk sahaja rupanya! Sudahlah rupa Duri serupa dengan dia.
Baru sahaja dia ingin keluar dari bilik Duri, cahaya yang keluar dari pintu Duri berjaya membuatkan dia menjerit sekuat hati. Bukan cahaya yang mengejutkan dia, tapi muka yang keluar di sebalik cahaya itu!
"AH, apa abang Deep buat dekat sini!"
"Jadi betullah ada syaitan dekat sini." Deep terangguk-angguk sendiri. Tiba-tiba belakangnya ditarik seseorang menjauhi muka pintu. Patutlah... RamenMan ada sekali. "Kau dah kenapa? Buang tabiat intai bilik orang sesuka hati?"
"Oh bilik kau ke? Meriah sangat rumah kau. Aku fikir kau tak adalah kawan mana." Selamba Deep mengejek tuan rumah di hadapan mata. Gentar pula jenis tidak bertapis, laju sahaja tergelak terbahak-bahak. Nasib tidak tersedar Duri!
RamenMan melepaskan pegangannya hingga Deep jatuh terduduk menahan perit. RamenMan menuding jari ke belakang. "Cepatlah, Tok Sah dah tunggu."
Tawa Gentar terhenti. Lambat-lambat dia dan Ochobot sama-sama keluar dari bilik, menemui Tok Sah dan surat khabar yang dibungkus bertentangan Tok Sah. Gentar menggaru pipinya yang tidak gatal.
"Tok Sah nak niaga apa ni?"
"Bukanlah."
Gentar duduk dengan melipatkan serta menyilang kakinya. Ochobot memerhatikan tindakan Tok Sah membuka ikatan pada surat khabar itu, mempamerkan pelbagai jenis besi yang memenuhi ruang permandangan mereka berdua.
"Besi besi ini untuk apa?" Ochobot mengusik-ngusik besi itu menggunakan telapak kakinya. Serta-merta kakinya ditepuk oleh RamenMan. "Eh, jangan sentuh!"
Tok Sah menerangkan. "Itu untuk membuat senjata kamu sendiri. Tak perlulah kamu guna pedang tu lagi." Pedang yang dimaksudkan ialah pedang dipinjam Gentar yang sedang ditilik Deep sekarang.
"Pedang saya sendiri? Betul ke ni, tok?" Sinaran keluar daripada mata Gentar. Teruja benar nampaknya!
"Mestilah. Kamu perlu pilih jenis besi Tawo untuk dibuatkan keris kamu. Nanti Deep akan bawa ke kampung halaman dia untuk ditempa menjadi keris. Betul tak, Deep?" Tok Sah beralih ke arah Deep yang masih meneleah struktur pedang pinjam Gentar.
"Hrm... ini macam pedang Katana. Tapi dia tak melekung mana. Ke ini pedang Ninja-To? Erm, belah buah tembikai ni sedap ni." Deep sibuk membuat analisis tanpa menyedari dia bercakap seorang diri dengan suara mengalahkan watak utama. Sedar semua mata memandang, pantas dia mengubah topik." Ha, betul tu, Tok! Betul tu! Saya setuju seratus peratus."
Malangnya balasan yang diharapkan tidak seperti yang dijangkakan. Sebaliknya yang dia dapat cumalah renungan menyampah dari semua orang. Ochobot dan Gentar kembali pada besi yang ditayangkan tatkala Tok Sah dan RamenMan masih memandang Deep dengan penuh spektikal.
"Besi Tawo? Memang besi khas dia ke?" Setelah Ochobot bertanya, Gentar turut mengujarkan soalan. "Keris? Tapi kenapa bukan pedang macam encik RamenMan?"
"Eh, satu satulah soalan. Kau ingat ni kaunter pertanyaan ke?" RamenMan mencelah sebelum semakin banyak soalan keluar dari mulut mereka berdua. Macam hendak minta keterangan bayar cukai sahaja lagaknya.
"Besi Tawo pula antara salah satu besi yang digunakan untuk tempa keris kamu. Mengikut jenis bentuk besi yang dipilih, semoga-semoga dia dapat bantu kamu, Gentar nak melawan syaitan nanti." Tenang sahaja Tok Sah menjawab satu demi satu pertanyaan mereka berdua. Bukan macam orang itu.
"Dan fasal keris tu?"
"Cara kamu berlawan tu berbeza dengan cara RamenMan berlawan." Tok Sah menunjukkan kedua belah tangannya sebagai demonstrasi. "RamenMan lebih kepada dua cara iaitu melawan atau menepis. Tapi cara kamu ialah melawan sambil menepis."
"Jadi sesuai dengan kegunaan keris yang bakal kamu gunakan nanti."
Gentar terkedu buat sesaat. Satu senyuman terbit dan ditarik sampai ke telinga. "Maknanya saya lagi hebatlah daripada RamenMan."
"Hoi!"
"Tak kiralah siapa paling hebat antara satu sama lain, setiap Elemental Slayer ada satu matlamat yang sama, iaitu melindungi yang lemah. Kamu nak lindungi Duri, kan?" Bicara Tok Sah menyentapkan Gentar. Tidak jadi hendak sambung berlagak.
"Ha, pilih yang ni Gentar. Ni nampak macam lawa." Ochobot berkali-kali menunjukkan ke arah besi berbentuk bulat.
"Eh, tak naklah. Macam tak lawa je. Lebih baik pilih yang ni." Gentar mengangkat besi tawo berwarna emas keperangan. Namun ia tidak cukup membuatkan Ochobot berpuas hati. "Mentang-mentang nampak macam emas. Terus pilih, ya! Dasar mata duitan. Pilih yang nilah."
"Tu macam ada karat-karat je."
"Karat-karatlah bagus. Nampak macam samseng sikit."
"Kau yang nak guna keris ni ke aku yang nak guna?"
RamenMan memberi pandangan tidak puas hati kepada Tok Sah dalam kesibukan Gentar dan Ochobot bertelingkah. Tengoklah, nak pilih bahan untuk senjata pun macam mak cik-mak cik berebut ayam. Tidak serius langsung! Tok Sah cuma bersahaja akan keadaan tersebut.
"Yang inilah." Gentar mengangkat besi sebesar telapak tangan. Besi itu seperti batu biasa dan hanya akan berkilat pada satu arah walaupun bertesktur kasar. Entah kenapa, dia dapat rasakan besi ini sesuai dengannya.
"Ha, berikannya kepada aku." Tangan Deep muncul secara tiba-tiba di hadapan Gentar. Besi itu sampai ke genggaman Deep lalu disimpan di dalam sehelai surat khabar yang dibawa keluar dari beg Deep.
"Kau pasti ke nak pilih besi tu?" Ochobot masih ragu-ragu dengan keputusan Gentar. Atau tak puas hati sebab pergaduhan mulut tadi.
"Mestilah!" balas Gentar, penuh yakin.
"Kalau macam tu, baguslah." Tok Sah membungkus dan melipat semula surat khabar itu. Bungkusan itu dipulangkan kepada Deep. "Malam nanti kita kena angkutkan Duri ke rumah Tok. Barulah esok kita mulakan latihan."
"Angkut Duri? Kenapa?" Dahi Gentar berkerut-kerut.
"Sebab aku dapat pedang baru lepas kau PATAHkan pedang aku." RamenMan menayangkan sarung pedang yang tergantung di pinggangnya. Hrm... nadanya macam tak puas hati lagi sahaja. "Jadi, aku nak pergi jalankan misilah."
"Oh..." Tertunduk Gentar mendengarnya. RamenMan terangkat bahu jadinya. Kenapa pula budak ini? Sedih sangat ke dia nak berangkat pergi. Tak tahu pula hubungannya bersama Gentar jadi semakin rapat.
Tidak nafikan... semasa Gentar menghilang, jantungnya terasa mahu melompat keluar. Takut jika nasib yang ditimpa Ezra dahulu menjadi pisang berbuah dua kali kepada Gentar. Meskipun seberani Gentar, pasti anak remaja itu takut untuk menghadapi syaitan yang lebih teruk pada masa akan datang. Yalah, nak lindungi Duri lagi.
"Gentar..."
"Sampai hati encik RamenMan nak pergi. Dahlah tak bayar gaji saya!" Gentar memprotes tidak puas hati. Hingga sedar tidak sedar, urat-urat memenuhi wajah RamenMan.
"Eh, inilah gaji kau yang sebenarnya! Makan kau, duit ganti pedang aku. Ha, nasib aku tak suruh kau bayar semua."
"Huh, kalau macam tu, bos lama saya pun boleh buat. Dahlah, semua bos sama sahaja!" Gentar menarik muka dan berpusing mengelak pandangan RamenMan, seolah-olah merajuk.
"Bila masa aku bos kau pula!"
Ketika RamenMan dan Gentar asyik bertikam lidah, Tok Sah, Deep juga Ochobot sudah keluar daripada rumah. Siap berbincang-bincang lagi tatkala drama Melayu sedang berlangsung di dalam rumah RamenMan.
"Tengok, dasar tak sedar diri! Culik anak orang! Lepas tu tak bayar duit gaji pekerja. Kena buat laporan polis ni!"
"Huh!"
Ochobot mengangguk mendengar pesanan terakhir Tok Sah. Bebola matanya bergerak ke dalam kawasan rumah, di mana Gentar dan RamenMan masih bertengkar.
Gentar menunduk ketika menuruni anak tangga. Mana tidaknya. Jika terlalu dongak ke atas semasa turun tangga, tidak fasal-fasal jatuh terjelopok macam buah nangka. Haih, tidak sia-sia jatuh maruah begitu sahaja!
"Ha, tu Tok Sah." Ochobot menjuih hidungnya ke arah Tok Sah yang tidak berdiri jauh dari mereka. Eh, Ochobot ada? Mestilah! Kalau ada Gentar, mesti ada Ochobot!
Langkah mereka dipercepatkan mendapatkan Tok Sah berdekatan sebuah meja lipat. Di atas meja tersebut terdapat sebilah keris kayu dan sebuah batu sebesar kepala manusia. Hrm, harap-harap bukan betul-betul kepala syaitan mahupun manusialah.
"Assalamualaikum, Tok." Salam Gentar dijawab Tok Sah. Gentar lantas menyambung. "Ini nak buat apa, tok? Takkan tok nak suruh saya belah batu guna batang kayu kot."
"Nasib tak suruh belah guna kain batik," bisik Ochobot. Gentar hanya mampu menahan tawa. Tawa tersebut hilang sekali nafas saat telinga mereka menangkap deheman daripada Tok Sah.
"Bismillah, segala puji bagi Allah SWT... mari kita mulakan latihan kita." Tok Sah memulakan ajarannya dengan satu pertanyaan. "Kamu rasa apa yang patut ada pada diri seorang Elemental Slayer?"
"Senjata?"
"Semangat?"
"Jawapan Gentar salah tetapi jawapan Ochobot betul." Bangga Ochobot setelah jawapannya diterima Tok Sah manakala Gentar pula sebaliknya.
"Semangat? Apa maksud tok?"
"Untuk tewaskan syaitan, kamu perlukan jiwa yang tinggi. Kalau hanya bergantung kepada senjata semata-mata, orang bersama niat yang jahat pun boleh berlawan. Tetapi semangat yang menentukan batin kamu yang sebenarnya." Begitu panjang lebar Tok Sah menjelaskan, namun tiada satu pun dapat difahami sepenuhnya oleh Gentar.
"Tok Sah, gunalah bahasa Melayu untuk terangkannya."
"Astagfirullah, aku terang pakai bahasa Melayulah ni."
"Nak dipermudahkan, semangat jiwa ini sama macam perumpamaan orang Cina iaitu 'Chi'. Chi pula bermaksud semangat hati yang kuat. Ini sebab untuk tewaskan syaitan yang penuh cabaran, bukanlah benda senang macam buat roti canai." Tok Sah berkata lagi. "Hatta buat roti canai pun tak mudah mana."
"Jadi, daripada semangat itulah kita dapat jadi lebih kuat?" Gentar meminta kepastian daripada apa yang difahaminya.
"Betul, dengan batin dan niat yang jelas, manusia pun boleh ada kuasa untuk kalahkan syaitan. Ini sebabnya pun, kuasa kamu bukan terletak pada senjata, tapi ia terletak pada keberanian kamu dan rasa tanggungjawab." Tok Sah menekan lembut dada Gentar. Dadanya sendiri disentuh Gentar.
"Lihat ini..." Tok Sah membuka lilitan kain pelikatnya, mendedahkan baju dan seluar panjang yang disarungkannya. Mulutnya terkumat-kamit membaca bismillah, barulah kain pelikat itu dilibaskan terus pada batu di atas meja.
Krak!
Batu itu terbelah!
Terjatuh rahang Gentar dibuatnya. Bulu-bulu milik Ochobot pun habis tegak kesemuanya! Pakai kain pelikat pun boleh buat batu terbelah dua, apatah lagi leher anak orang.
"Hebatnya!" Gentar memuji Tok Sah. Siap dibelek-belek lagi batu itu. Panas-panas lagi, bagaikan dipotong menggunakan bilah pedang yang panas!
"Kamu pun boleh buat." Tok Sah melemparkan pedang kayu ke arah Gentar. Kelam-kabut Gentar melepaskan serpihan untuk menyambut pedang kayu itu. "Cuba belahkan serpihan batu kayu tok."
"Baik! Hiyargh!"
Pap!
"Lah, tak jadi apa-apa pun. Adeh!" Gentar berundur beberapa langkah ke belakang apabila dahinya dijentik. Tok Sah menggeleng sekilas. "Mestilah, tak jadi... kamu dengar tak apa tok cakap tadi?"
"Maaf, maaf, tok." Gentar menggenggam erat pedang kayu itu.
"Ingat, Gentar. Semangat batin! Semangat batin!" sorak Ochobot. Amboi, sampaikan ada daun-daun digoyangkan menggantikan pom pom lagi!
"Bismillah..."
Tok Sah sempat menambah. "Ingat, Gentar. Perkara pertama kita kena buat, kita kena buat semuanya kerana Allah SWT. Kemudian, barulah sebab-sebab yang lain. Dengan itu, kekuatan kita akan menjadi lebih berkat."
Gentar kelihatan tergamam buat beberapa minit, tetapi satu senyuman bersama semangat baru mula membara di dalam diri anak itu. "Baiklah!"
"Bismillah..." Dadanya naik mengumpul udara di dalam. Oksigen dirasakan semakin menyeluruhi seluruh badannya. Tangannya menghayunkan pedang.
Prak!
Batu itu pun patah!
"Wah, alhamdulilah! Dan yay!" Gentar mula melompat-lompat kegembiraan seperti kacang direbus satu. Ochobot pun makin teruja menghayun-hayunkan daun pom-pomnya. "Cayalah, Gentar!"
"Terbaik, kan?"
Tok Sah melepaskan senyumnya meleret ke tepi. Meskpun ini baru sahaja langkah pertama, Gentar sudah teruja semacam. Tidak nampak penat walau sedetik pun walhal semalam dialah yang mengendong Duri yang masih tidur menerusi hutan bagi tiba di rumahnya.
Nasib baik tiada siapa perasan Duri di dalam bakul besar motornya semasa dia diangkut semalam. Duri pun tidur mati, orang angkut dia pun tidak sedar-sedar. Bagaimanalah syaitan itu bertahan di dalam hutan wisteria tersebut?
"Apa lagi latihan saya, tok?"
Mesti senang-senang sahaja, kan?
"Kamu nak latihan lagi, ya? Baiklah... kamu kena berlawan dengan tok. Kalau kamu berjaya sampaikan pedang kamu pada leher tok, kamu menang."
Hrm... habislah.
Gentar : Baiklah! Tinggal lagi satu latihan sahaja lagi, dan aku boleh balik!
Ochobot : Kau lupa ke tujuan asal kau?
Gentar :
Gentar : Ha'ahlah, aku nak tukar Duri jadi manusia! Tapi tulah, rupa raja syaitan pun aku tak tahu lagi....
Ochobot : Mana tahu dia rupa macam kau?
Gentar : Huh...
Ochobot : Err... ah... kembali ke sekmen rahsia Elemental kita!
Ochobot : Besi Tawo dan besi tahi bintang dijumpai oleh sekumpulan pemburu selandang. Dia orang terjumpa sebuah batu meteorit dekat Gunung Kinabalu.
Ochobot : Besi itu pun ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang. Ada kata dulu raja-raja datang turun melawan syaitan syaitan tu!
Gentar : Dan disebabkan batu tu disinari cahaya matahari untuk beberapa tahun lamanya, ia kira sesuai untuk digunakan ke atas syaitan-syaitan tu.
Duri : Apa... korang... buat?
Gentar : Eh, Duri! Awalnya keluar! Belum masa lagi kot!
Duri : Belum... masa? *pandang langit* Oh... masa... tidur *terus tidur*
Ochobot : Hoi, hoi, jangan tidur kat sinilah!
✨✨✨
Ambil kau, banyak unsur Melayu aku kaji semata-mata nak tulis novel ini. 😔
Kalau Kimetsu No Yaiba gunakan unsur Jepun macam Katana apa semua, takkan aku tak nak tunjuk darah Melayu aku. Ah, mestilah kena tunjuk!
Dan paling menariknya fasal silat. Silat bukan sahaja gerakan lembut, tetapi setiap gerakannya boleh menghancurkan musuh. Lagi-lagi terdapat satu silat yang dicipta untuk peperangan; Silat Gayong. Fuuh, nampak tak betapa terbaiknya!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top