Chapter 8 Who?
Luke POV
Aku terasa pipiku seperti di sentuh oleh sesuatu. Perlahan-lahan aku mencelikkan mata. Aku menggosok mata kananku kerana penglihatan ku masih kabur. Semasa aku membuka mataku aku agak terpana and terkejut.
"Cantiknya. "
Itu sahaja yang keluar dari mulutku. Tempat didepan mata aku memang cantik berwarna warni.
Aku melihat ke arah pokok yang aku berehat tadi.
"Wow! " kataku kagum. Pokok macam cendawan kot! Unik!tambah pulak dedaun pokoknya berwarna warni. Serious talk, Tempat ni memang cantik! Tepukau habis!
"Wait aku dekat mana ni? " soalku sendiri.
"Last thing that I remember is... "
"... nothing? Huh strange? Macam mana aku boleh tak ingat apa ni? " aku menggaru Kepala ku yang tidak gatal.
Dan disitulah idea yang merapu bersambung dengan sel sel otak aku.
"NOOO!!!!! TAK KAN AKU DAH MATI?!!! WAHHH!!! "
Jeritku sendiri.
Lalu aku pun melutut pada tanah sambil menangis.
"Huhu.. aku tak nak mati lagi.. aku nak kahwin! aku nak usik and kenakan kawan kawan aku lagi! Aku nak cikgu Lion belanja aku makan free!!! WAHH!! WHY ME?!!! "
Pipiku sudah mencium tanah disitu.
"My life is done..! " aku membetulkan posisi yang berbaring ke posisi bersila. Aku memandang ke arah langit. Baru aku perasan bawah Pokok cendawan tu ada cahaya cantik bersinar kebiruan. Cahaya-cahaya tu semua mengelilingi pokok tu.
"Haii... tak sangka pulak aku mati awal macam ni. "
Aku perasan pakaian aku juga berbeza.
'Ni ke pakaian orang dah mati?hitam, putih je?Naahh...bukan aku kesah pun. I already dead, so kenapa nak kesah kan? '
"Kau masih hidup lagilah.. "
Kata seseorang membuatkan aku tersentak. Aku menoleh ke belakang.
'Peliknya tak ada orang pun kat sini? 'Apabila aku toleh ke depan...
"Yo! "Sapa seekor Musang kecil tetiba didepan muka aku. Aku pun apalagi..
"Oh mak kau musang pelahab!! "
BAM!
Membulat mata aku apabila aku tak sengaja tersepak musang tak beralah itu. My god!
"KYUUUUU! "
PLUP!
"WAHHH! MUSANG COMEL, JANGAN RISAU AKU AKAN SELAMATKAN KAU!" Kataku tanpa membuang masa terus sahaja aku melompat masuk kedalam anak sungai yang telah menelan musang comel itu.
2 minit kemudian..
"Aku.. uhuk! Uhuk!... ingat tak dalam. Dalam gila! Haii... sungai sungai kenapa kau dalam sangat? " bebel ku sendiri. Aku merebahkan badan sambil melihat langit. Aku melihat mata anak musang. Matanya berpinar.
"aku tendang kuat sangat, kot? " bisik ku sendiri.
"Uhuk! Uhuk! " aku terdengar musang kecil itu terbatuk air. Lantas terus sahaja aku bangun untuk melihat keadaannya.
"Wey-" sebelum sempat aku bertanya. Satu libasan daripada ekor musang itu terkena muka aku yang kacak ini. Uhuhu.. hodoh dah teman..
"Aduhdudu.. sakitlah! Kau pahal?! " soal ku sambil menggosok muka ku. Merah siot!
"Hhpm! Tu sebab kau tendang aku! Kau ingat apa?! " marah musang itu lalu mengoncangkan badannya untuk dikeringkan.
"Kau boleh bercakap!? " soalku agak terkejut.
"Kenapa? ada masalah?! " katanya masih marah yang mana aku rasa cute sangat!
Nak gigit!
"Hihi... Sorry lah. Tapi kau ni cute lah! " kataku sambil menggosok kepala anak musang itu.
"Ak-aku tak cute lah! Kau nak kena gigit? " ugutnya bersama bulu yang mengembang.
"Elehh. Tipu! Habistu kenapa muka kau merah? " kataku sambil mengangkat sebelah kening. Lalu aku menggosok perutnya pula. Dia mengeluarkan bunyi sedikit. Aku tergelak kecil.
"Nampaknya kau sudah memilih pengganti yang sesuai untuk menggantikan aku. " kata orang tua yang datang entah dari mana. Terkejut aku!ingat siapalah tadi. Selamat aku kawal rasa terkejut tu kalau tak, memang sah dapat cap kurang diajar or kurang ajar sampai mati.
"Ad! Ad! " panggil anak musang itu lalu berlari kearah orang tua itu dan menggesel tubuhnya pada kaki orang tua itu.
"Seronok dapat mandi? Kau kena sepak baru nak mandi ya? " seloroh orang tua itu. Anak musang itu menghembus nafas kasar tanda kegeraman.
"Bukan salah aku okey?! " katanya. Orang itu hanya tergelak kecil, kemudian memandang aku sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Aku membalas senyuman itu sambil bangun dari tempat duduk ku. Ad? atau orang tua itu memanggil aku.
"Apakah nama kamu wahai pewaris generasi ke-3? " soalnya dengan nada tenang.
"Nama saya Luke. Luke Tsuyoshi and pewaris generasi ke-3? "
Ad tidak menjawab soalanku. Dia hanya tersenyum. Biasalah kalau soalan aku tak kena pulau ni, memang tak sah. Tiba tiba aku terasa sakit di leher. Leher ku terasa seperti digigit. Aku mengerang kesakitan. Apabila aku melihat siapa punya taring puaka. Aku terkejut.ANAK MUSANG tadi yang gigit aku. Dia minum darah aku!!!! Nooo!!!
Kemudian dia melepaskan taringnya dari leher aku. Dia melompat ke atas bahu Ad. Aku melutut kesakitan. Ad menghampiriku lalu meletakan tangannya di leherku yang telah digigit tadi. Pandanganku mula kabur. Aku terdengar Ad berbisik sesuatu ayat atau Mentera mungkin?
"The next heirs of the third generation of lost Aura ,
You are chosen because of pure heart,
My job has been done in the past,
Now it's your job to help darkness and holiness. "
"A.. apa? " kata ku perlahan.
" Luke Tsuyoshi kamu bukanlah keturunan kegelapan mahupun suci. Kamu adalah keturunan yang hilang. Pada suatu hari nanti bangkitkan kuasa Lost Aura ini. "
"Siapa kau sebenarnya? " soalku. Mataku hampir tertutup. Ad hanya tersenyum.
"Kamu akan mengenali siapa diriku, disaat kamu mengenali siapa dirimu sendiri. Ingat kata kata itu sampai bila bila, kerana kata kata itu akan memberi sedikit harapan pada yang hampir tumpas. " katanya.
"A-pa.. maksud... kau" lalu sekeliling aku menjadi hitam.
"Aku akan tunggu kau. " itulah kata kata terakhir yang aku dengar dari mulutnya. Tanpa aku sedar darah yang keluar dari tempat gigitan musang kecil itu membentuk sebuah lambang..
"Lu.. "
'Siapa? '
"Lu.. "
'Siapa Lu? '
"LUKE!! "
Aku tersedar dari tidurku. Nafasku tercungap-cungap sedikit. Mata ku membulat apabila melihat ramai Nurse dan Doktor mengelilingi aku. Semuanya dalam posisi berjaga jaga. Aku pelik. Lalu aku memandang bilik itu. Hampir separuh bilik ditelan oleh ais . Aku terngamam. Siapa yang buat ni? Aku ke? Tapi kenapa? Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Kemudian seseorang memeluk ku.
"Luke sengal!! Kalau kau nak bangun, bangun terus jelah, tak payah lah beku kan bilik ni!kau macam orang lain tahu tak tadi! " kata Akari sambil menangis di dadaku. Dia memeluk ku erat. Aku hanya membiarkan sahaja.
"Maaf. " ujarku sambil mengusap rambutnya.
"Tapi apa jadi? "
"Kau tak ingat ke? " soal Akari sambil meleraikan pelukannya. Aku menggeleng kepala tanda tidak.
"Serious? " soalnya lagi.
Aku tersenyum dan mengangguk lalu mengesat air matanya menggunakan ibu jari ku. Sebelum sempat Akari menjawab seorang Doktor yang berambut hitam kebiruan memndahului.
"Kamu hilang kawalan untuk mengawal Kuasa Ais kamu. Ini hanya angggapan, tapi ia mungkin berpunca daripada kesakitan yang dirasai secara tiba tiba. " terang Doktor itu.
"Maksud doc? " soalku.
"Kau mengerang kesakitan tadi. Mula mula tangan kau bergerak sedikit lepastu aku panggilah Doc. Tapi bila kami sampai kau menyerang kami pulak. Kau masih tidur dekat atas katil ni sambil pegang leher kau.kau, adalah menjerit sikit. Kalau aku dengan Doc tak cepat mesti kau dah bekukan hampir seluruh kawasan.. " kata Akari.
"Bekukan hampir seluruh kawasan? maksud kau? "
"Tengok luar.. " kata Doktor itu. Aku hanya Akur. Akari membantu aku menaiki kerusi rodar. Yelah kaki aku still sakit, Tak boleh nak berjalan.
Apabila aku melihat ke luar, aku tergamam. Bukan bilik aku je yang ditelan oleh Ais, tapi hampir separuh kawasan hospital dipenuhi oleh Ais! Apa yang menarik perhatianku ialah pusaran awan hitam ditengah bandar
"Kamu hampir memusnahkan bandar.. " kata Doktor itu pelahan dan tenang.
Aku terkedu. Aku macam tak percaya.
Aku mendiamkan diri untuk sementara waktu. Doktor itu seperti faham aku memerlukan masa sikit untuk memahami situasi sekarang, jadi dia mengambil keputusan untuk keluar.
"Nampak macam kau dah sedar. " ujar satu suara yang sangat aku kenali. Tapi tak mungkin dia ada kat sini.
"Haha.. bagus betul! Sebab otak aku tak boleh nak hadam situasi sekarang, aku boleh pulak dengar orang tua beruban tu punya suara. " bebelku sendiri.
"Siapa kau panggil orang tua beruban hah!? " ujarnya lagi.
"Huh? " Akari menolak kerusi ku kebelakang. Betullah Shiro ada dekat sini. Tapi kenapa dia pun pakai kerusi roda? Tahu lah dia tu malas tapi tak lah sampai macam ni sekali. Teruknya!
"Aku tahu aku ni malas tapi tak lah aku nak guna kerusi roda ni. Kau nak tuduh agak agak lah! " katanya.
"Hihi kau baca fikiran aku eh? " kata ku dalam nada manja. Shiro tayang muka menyampah. Kemudian kerusinya ditolak oleh Lucia.
"Kau tu hah.. Yang nak bekukan tempat ni kenapa? Selamat aku kat luar, kalau tak mati kebekuan lah jawabnya. " bebel Shiro.
"Bukan aku sengaja. Aku sendiri pun tak tahu tau. Ermm... Shiro aku nak tanya, apa jadi sebenarnya? " soalku
"Kau tak ingat langsung ke?"
"Kalau aku ingat, taknya aku nak tanya kau. Serius aku cakap,aku tak ingat apa apapun. "
Shiro mengeluh kemudian idea yang tidak masuk logikal diakal singgah di mindanya.
"Weyy, Akari kau sini jap."
Akari hanya akur lalu Shiro membisikan sesuatu. Akari hanya mengangguk.
"Okay, aku cuba! "
Kemudian dia berjalan kearah aku. Sekarang dia betul betul didepan aku.
Dia meletakan kedua dua telapak tangannya di muka aku.Aku menelan air liur.
"Errr... Akari? Kau buat apa?"
"Maaf. "
"Huh? "
ZZINGG!!!
Satu kejutan Elektrik seperti halilintar terasa ditubuh ku. Sakit?
SAKIT LAH WOI!
"Dah ingat? " soal Shiro sambil membuka cermin mata gelap yang dipakai tadi. Begitu juga Lucia. Mana diorang dapat pun aku tak tahu.
"Yes aku dah ingat. Aku dah ingat 10 cara untuk seksa kawan didunia! " Jerit ku sambil menjeling tajam kearahnya.
"Aku just trying je. "
"Trying otak kau! Kau ingat kalau kena renjatan elektrik boleh buat aku ingat?! Kau pun satu Akari, yang kau ikut mamat tua ni punya Idea tu kenapa? "
"Dekat TV jadi je.. " kata Shiro Akari serentak.
"Kepala botak kau! "
"Kitorang ada rambut ok? ! "
"Dah-dah lah tu gaduh. Ni Hospital bukan tempat untuk korang berdebat! nanti tak pasal pasal kena halau! " kata Lucia tegas.
"Yeloo... " kata kami serentak.
"But still... aku nak tahu jugak apa jadi sampai kau pun kena masuk hospital ni. " Shiro mengeluh lagi.
"What a troublesome. Lucia Can you explain to him, please ? " minta Shiro pada Lucia.
"Nope! " katanya ringkas sambil minum air didalam cawan yang baru dia tuang.
"Huuuh... explaining is such a pain. But you're not gonna stop begging until you know right?" Aku mengangguk laju. Jadi dengan hati yang tidak rela, Shiro terpaksalah jugak menceritakan semuanya dari A sampai Z. Akari dan Lucia yang sudah tahu hanya mendiam kan diri.
Setelah beberapa puluh minit, Shiro pun habis bercerita. Aku pada awalnya terkejut tapi aku sempat mengawal riak wajahku. Tidak aku sangka aku hampir mati. Shiro pulak terpaksa guna kuasa yang sudah lama dia kunci.
***
"So macam mana sekarang? Guardian dah tahu kuasa kau kan? " soal Luke.
Shiro hanya mendiamkan diri.
"Kalau guardian dah tahu maknanya... " kata Akari.
".. abang kena masuk Aureum Academy. " kata Lucia tunduk.
Mereka bertiga memandang satu sama lain.
"Luci-" kata kata Shiro dipotong Lucia
"Lucia nak ikut. "
"Huh? "
"Kalau abang kena masuk Aureum academy Lucia pun nak ikut! Kalau diorang tak benarkan pun Lucia tetap akan ikut abang! " kata Lucia tegas.
"Apa maksud Lucia ni? "
"Haha.. of course lah kau akan ikut kepala kau je. Shiro kan abang kesayangan kau." Kata Luke.
"Haii... tulah payah kalau ada kawan keras kepala ni. Tapi aku pun setuju! Aku pun akan ikut kau Shiro! " kata Akari sambil meletakkan sebelah tangannya di depan. Luke tahu apa yang ingin disampaikan oleh Akari meletakkan telapak tangannya diatas tangan gadis itu.
"Kalau kau keras kepala, aku pun! Alang alang joinlah sekaki! " kata Luke sambil tersenyum. Giliran Lucia pula meletakan telapak tangannya diatas Luke.
"Lagi pun kita ni kan kawan. No.. kita sahabat dan saudara. Sayang dan kasih kita sampai bila bila! " mereka memandang satu sama lain kemudian melihat kearah Shiro.
"Kita akan bersama sampai mati! "Kata mereka serentak. Shiro tersentak dan terharu sangat,dia tidak tahu nak cakap apa. Tetapi air mata dan senyuman cukup memuaskan mereka. Shiro gembira. Sangat gembira dan tersentuh.
"Tch, tak guna. Aku tak tahu korang boleh buat ayat yang sampai mata aku bertakung air . Sial, korang buat aku nangis lak.. " kata Shiro tersenyum dengan beberapa air mata menitis.
"Alololo... kau tersentuh sangat ke? Meh sini abang lap kan permata-permata yang cantik tu... haha. " kata Luke sambil ketawa
"Seriuslah? haha Shiro nangis! Kena rakam ni! " kata Akari sambil mengeluarkan Handphone nya.
"Abang jangan nangis! nanti Lucia pun terjoin sekaki! " Lucia ketawa kecil. Terburai gelak tawa mereka..
Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang memerhati dan mendengar dari luar.
Dia tersenyum apabila melihat gelagat 4 remaja itu.
"Alahaii... anak murid aku ni.. drama memanjang!.. " katanya lalu ketawa kecil.
"Tapi kali ni drama korang memang menambat hati cikgu. Cikgu janji, cikgu akan buat yang terbaik supaya kau semua tak terpisah antara satu sama lain... " kata cikgu Leon lalu beredar dari situ dengan senyuman di bibir.
Beautiful friendship 😢
Enjoy❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top