Chapter 7 Lost Aura or Memory
Derapan tapak kaki memasuki kawasan yang gelap. Orang ramai semua berkerumun untuk melihat apa yang sudah terjadi.
"Tadi aku dengar ada orang berlawan. "
"Entahlah orang cakap kumpulan Dark Cyber buat hal lagi. "
"Seriuslah?! Wahh bahaya nya! "
"Eh ada dua orang guardian lah! "
"Mesti kes berat ni. "
Dan bayak lagi gosip gosip yang dikeluarkan oleh orang ramai. Para Knight dan Pasukan Khas menjalankan tugas mereka sebaik sahaja mereka sampai di tempat kejadian. Knight menyuruh orang ramai untuk menjauhi kawasan dimana tekanan kuasa yang kuat berlaku beberapa minit tadi.
"Huh? Lucia apa jadi kat sana? Jom tengok. " ajak Akari.
"Errmmm...tak payahlah Akari. Nanti lambat abang aku pulak yang risau. Kalau kes berat,aku percaya esok keluar berita.Dahlahh...jom aku hantar kau balik. " ujar Lucia.
"Yelah, cik puteri Lucia. " sakat Akari. Lalu pipi gebu miliknya menjadi tempat cubitan yang amat sakit! Akari terjerit kecil lalu mencebik.
"Tu padahnya! Kau pun tahu aku tak suka kau guna panggilan tu! Selamat menjamu cubitan yang sedap itu. " kata Lucia sambil tergelak kecil.
"memang sedap pun kau punya cubitan! Bravo! Bravo! " kata Akari dengan nada sarkastiknya. Lalu mereka pun berlalu pergi dari tempat itu.
Di Hospital Airies.
"Tuan Lance, Tuan Kyo anggota saya sudah memeriksa keadaan tiga Konco konco Dark Cyber itu... nampaknya yang masih hidup hanya ketua sahaja manakala lagi dua orang mati. Salah seorang dari mereka terbelah dua. Manakala seorang lagi jantungnya ditarik keluar dari badan.. Ketuanya pulak hanya Nyawa nyawa ikan... itu sahaja maklumat sekarang. " kata salah seorang Doktor di hospital tersebut.
"Terim kasih Doktor. Kasai.Lagi satu macam mana pulak dengan dua orang budak tu? " soal Kyo.
"Tentang dua orang budak tu pulak. Tak silap saya nama pesakit berambut oren ialah Luke Tsuyoshi manakala yang berambut putih pulak Shiro Ryuzaki, betul? " soalnya. Kyo, Lance dan Emyriel hanya mengagguk.
"Pesakit Luke dalam keadaan yang stabil hanya beberapa tulang sahaja yang sudah patah. Tapi jangan risau dia hanya perlu berehat supaya boleh sembuh sepenuhnya termasuk jugak dengan pesakit Shiro." Terang Doktor Kasai. Mereka hanya mengagguk tanda faham. Emyriel menghembuskan nafas lega.
"Tapi.... " kata doktor itu lagi membuatkan mereka berpaling ke arahnya.
"Tentang pesakit Luke. Saya nak tanya apa sebenarnya kuasa dia kalau kamu tahu? " soal Doktor itu. Kelihatan Lance mahu menjawab tetapi membatalkan sahaja niatnya. Kyo yang perasan akan hal itu membiarkan sahaja.
"Apa yang saya tahu dia cuma ada kuasa Elemen ais dan masa je... yang lain tu saya tak pasti pulak.. " kata Emyriel. Doktor kasai hanya mengagguk kecil.
"Kenapa doc? " Kali ni Lance pulak yang membicarakan soalan.
"Sebenarnya semasa saya merawat luka dia,saya menggunakan kuasa Healing tapi ada tenaga lain yang menghalang. Walaupun banyak kali saya cuba, kuasa Healing saya tetap tak boleh nak merawatnya. Yang pelik nya tempat yang saya nak rawat tu tiba tiba je sembuh seperti tidak ada apa apa dan.... " kata kata Doktor Kaisai terhenti seketika.
Lance hampir sahaja menarik kolar baju doktor Kasai, tetapi dihalang oleh Kyo dan Emyriel. Kata kata yang disambung oleh Doktor Kasai tidak boleh diterimanya.
"Doktor ini bukan gurauwanlah! Saya tak percaya! Doktor tipu je kan?!" bentak Lance yang tiba tiba marah.
"Woii! Lance yang kau marah tiba tiba ni pahal?! " soal Kyo yang pelik dengan kawannya yang tiba tiba naik hantu.
"Tolong Bertenang dulu Lance. " pujuk Emyriel lembut.
"Macam yang saya cakap, saya dapat merasai kehadiran Lost Aura yang kuat dari pesakit Luke. Kalau Tuan Lance masih tidak percaya, Tuan boleh tanya pada anggota yang telah membatu saya tadi. " ujar Doktor Kaisai tenang sambil membetulkan kotnya.
"Kau.. Aahhh!!! " marah Lance hampir tidak dapat dikawal olehnya lalu dia mengambil keputusan untuk beredar.
"Kau nak pergi mana tu? " soal Kyo.
"Pokok Sakura. " jawabnya ringkas lalu hilang dari mata.
Kyo hanya mengeluh kecil. Tahu sangat perangai sahabat dia ni. Kalau jawapannya ringkas, maknanya mood nya tak baik.
'Selamatlah aku tahu pokok mana. Kalau tak mahu berabad nak cari si Malaun ni. ' getus hati nya. Lalu meminta maaf kepada Doktor Kasai. Emyriel juga berbuat begitu.
"Tidak mengapa, saya tidak kesah. Mungkin dia dan Luke ada kisah tersendiri membuatkan dia tidak dapat menerima pesakit itu mempunyai Lost Aura. Saya cadangkan baik kamu berdua tanya masalah yang dia hadapi sekarang. Saya tak nak tambah pesakit lagi. Pesakit apa?pesakit sakit jiwa. " ujar Doktor itu sambil tersenyum. Emyriel dan Kyo hanya tergelak kecil.
"Yelah Doc. Anyway thanks for every thing. You the best doctor here. " kata Kyo.
"It's nothing. Saya hanya Doktor pakar sahaja. Jadi tak payah lah nak puji puji, memang tugas saya." Kata Doktor itu. Mereka tersenyum lalu meminta diri untuk mendapatkan sahabat mereka, Lance.
gambaran (abaikan gambar budak perempuan)
imaginasi Author lebih kurang macam ni☝️
Lance meletakkan motosikal berkuasa tingginya dibawah pokok sakura . Lance akan datang kesini setiap kali berasa tertekan.
"Haiih.... kenapa semua ni jadi dekat aku? " keluhnya sambil mendongak ke atas.
"Mak, kenapa semua ni jadi pada kami? Lance baru je jumpa adik. Lance ingat adik dah tak ada, Lance marah sangat masa tu sebab Lance tak boleh nak lindungi dia. Tapi bila dah jumpa dan tahu dia masih hidup dia ada Lost Aura pulak... " kata Lance sedih. Dia menyandarkan badannya pada pokok sakura itu sambil melihat pulau pulau yang terapung.
"What!!? " kata seseorang membuatkan Lance terkejut. Apabila melihat empunya suara itu. Lance hanya mengeluh kecil.
"Kau ni Kyo.. Kalau nak cakap tu tak payah lah menjerit! Boleh sakit jantung aku tau? " ujar Lance geram. Kyo hanya senyum kambing.
"But seriuslah.. kau ada adik? Tak pernah citer pun! " kata Kyo sambil memgembungkan pipinya.
"Yelah saya pun tak tahu awak ada adik Lance. " kata Emyriel pula. Mereka berdua mendekati Lance lalu duduk bersandar melihat keindahan bandar Averil.
"So, kau nak kongsi apa apa tak dengan kitorang? " soal Kyo
"Luke. Luke Tsuyoshi tu adik aku. " kata kata Lance membuatkan mereka berdua tersentak.
"WHAT?!!! " kata Kyo sambil terjerit kecil.
"Kau kalau nak bagi riaksi pun tak payahlah jerit! Kau ni kalahkan perempuanlah! Emyriel pun tak macam tu. " kata Lance agak marah.
"Hihi sorry aku terlebih Action pulak. Tapikan, patutlah kau marah tiba-tiba tadi. " kata Kyo sambil menggaru pipi yang tidak gatal itu.
"Aku dengan dia terpisah selepas kematian mak aku. Aku dengan dia membesar tanpa ayah. Mana mana aku pergi mesti dia ada. Kalau korang nak tahu aku kadang kadang boleh jadi Overprotective sikit dengan Luke. Yelah selain mak, dia je yang aku ada. Bila aku terpisah dengan dia, aku menyesal sangat. Menyesal sebab aku tak cukup kuat nak lindungi dia. Aku biarkan je waktu tu. Aku dah janji dengan mak aku akan sentiasa lindungi dia.... Tapi sekarang.." luah Lance dengan keluhan penyesalan. Kyo dan Emyriel hanya mendengar.
"Abang!!! " jerit Luke yang masih kecil sambil menangis
"Jangan bawak adik aku pergi lah bodoh!! " jerkah Lance. Tetapi orang yang berbadan besar tetap membawa Luke pergi lalu menutup mulutnya membuatkan Luke pengsan.
"TAK! JANGAN BAWAK DIA! BAGI BALIK ADIK AKU LAH SIAL!! " Lance meronta ronta sebelum semuanya menjadi gelap.
Tanpa Emyriel sedar air matanya menitis.
"Eh, Emyriel asal kau nangis?! " tegur Kyo risau.
"Huh? " Emyriel menyetuh pipinya. Dia dapat merasakan air mata nya keluar.
"Kau ternampak memori aku kan? " soal Lance lembut.
"M-maaf. " pohon Emyriel sambil mengesat air mata nya.
"Tak apa. "
"Lance. Saya cuma nak cakap, awak jangan lah risau pasal Lost Aura milik adik awak tu. Saya yakin mesti ada cara lain untuk kita tolong Luke kawal benda tu." Emyriel memberi semangat.
"Entah lah Emy... korang sendiri tahu tentang Lost Aura. Kuasa yang kehilangan tuannya.. " kata Lance sambil menundukkan mukanya. Kyo dan Emyriel hanya memandang sayu.
Lost Aura. Lost Aura ialah aura yang paling kuat selepas Aura kegelapan Dan Aura suci. Lost Aura telah banyak membunuh sesiapa sahaja yang memilikinya. Macam yang dikatakan Lance, Lost Aura juga ialah kuasa yang kehilangan tuannya. Lost Aura masih lagi misteri kerana tidak ada seorang pun yang berjaya mengawal Aura kuat itu.Dikatakan jugak Lost Aura mencari seseorang yang boleh mengawalnya tetapi kebanyakan nya mati kerana dikawal oleh Aura itu sendiri.Baru seorang sahaja yang boleh mampu mengawal Aura tersebut. 600 tahun ketika peperangan Antara Elemen kegelapan-suci II, Adhian Aldriono. Salah seorang pahlawan yang telah membantu Raja kegelapan Aiken, dalam menamatkan permusuhan antara Elemen Kegelapan dan Suci. Hanya dia seorang sahaja yang telah berjaya mengawal Lost Aura tanpa ada masalah.
Back to the story
"Hey!!! Ini ke Lance Tsuyoshi yang aku kenal? Yang aku tahu Lance ni jenis yang Free Spirit! Suka buat keja main main, Keras kepala, Cerewet, Playboy pulak tu! Dia bukan yang mudah mengalah tau? " ujar Kyo sambil memengang kedua dua belah bahu sahabatnya itu.
"Kau jangan risau sangat boleh tak? aku dengan Emyriel janji akan tolong kau. We are friends right? We help each other . So don't bear the problem alone okey?"
soal Kyo sambil tersenyum Emyriel juga tersenyum sambil mengaggukan kepala. Lance terkejut dengan kata kata kawannya itu. Lalu tersenyum kecil.
"Thanks ".
"Haha see? Dah senyum! Baru hencem macam ni, kan Emyriel? " Emyriel hanya tergelak kecil.
"Aku memang hencem sejak aku lahir lagi tau? Jangan main main! Haha. " ujar Lance sambil ketawa.
"Haiih... menyesal pulak aku puji. " keluh Kyo.
"Alahaii.. jealous ke Old Commander Kyo? "
"Haha tak ada kerja aku nak jealous dengan kau. And wait, kau kata aku old tadi?! My age is 23 you idiot! "
marah Kyo apabila dipanggil tua.
"Ehhh!!! Aku ingat kau 190 tahun! yelah sebab muka kau banyak kedut lah !huhu kesian kat Atok tak ingat umur dia. Inilah orang tua zaman sekarang,walaupun dah tua masih berjiwa muda.ish ish ish... " kata Lance selamba lalu mengambil motosikalnya untuk melarikan diri...
Kening Kyo mula terangkat angkat kegeraman.
"That's it! Siap kau Lance, aku dapat je kau, memang kau gali kubur harini!!! " marah Kyo.
"Kalau kau dapat tangkap akulah!! Lagi satu kalau aku gali kubur, kau pun ikut sekali sebab jantung kau bergerak laju akibat berlari!! Kau kan semput?hahaha!!! " kata Lance lalu pergi dari situ sambil ketawa.
Emyriel hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Kyo hanya mengeluh. Tapi dalam masa yang sama dia juga suka apabila melihat sahabatnya tersenyum. Kyo mengajak Emyriel untuk pulang sebelum pergi ke Hospital Airies pada hari berikutnya. Emyriel hanya akur lalu pulang ke rumahnya.
Di Hospital Airies
"Dekat mana aku ni? " soal ku sendiri.
"Kenapa... " kata seseorang memanggilku.
"Kau siapa?!! " jerit ku.
"Kenapa Mereka tinggal kan kita? " soal suara yang seperti kanak kanak perempuan.
'Kejab.. s-suara ni. Jangan jangan.. ' fikirku.
"Abang sayang saya tak? "
Soalnya lagi.
"TAK! KAU BUKAN DIA! " bentak ku . Setiap kali suara itu ada, gambaran disekeliling aku akan berubah.Tiba tiba sekeliling aku yang hitam menjadi sebuah Hutan yang telah dijilat api. Kelihatan tiga susuk tubuh dari pandangan aku. Aku tergamam.
'Te- tempat ni.. ' badan aku mula bergetar..
'tak... jangan... ' aku memengang kepala ku.
"Abang... "
Apabila aku menoleh ke belakang masa seakan akan terhenti. Ketakutan menyelembungi aku. Kelihatan seorang kanak kanak perempuan yang sangat aku rindui berdiri dibelakang ku.
"Abang sanggup bunuh saya ke? " soalannya membuatkan aku diam seribu bahasa.
"Tak.. a- abang.. tak.. " sebelum sempat aku menghabiskan kata kata ku. Budak itu ketawa. Lalu menangis. Kemudian apa yang keluar dari mulutnya membuatkan aku terkejut.
Dia tersenyum lalu berkata.
"Saya sayang abang. Tapi saya tak boleh tinggal dengan abang. Bagi saya ucapkan nama abang untuk kali terakhir ya? Maaf Abang. Maaf Shiro. Tolong jaga adik kita ya? " katanya menangis sambil tersenyum kemudian hilang. cahaya putih mengelilinginya.
Sekeliling aku juga bercahaya.... lalu hilang satu persatu... apabila aku menoleh untuk melihat tiga susuk tubuh itu.... mereka juga Hilang....
"TUNGGU LAYLA!! "
panggilku tetapi sudah terlambat..
"TUNGGU LAYLA!! " aku terus bangun dari tidurku.
Nafasku tercungap cungap.
Peluh membasahi tubuhku
'Mim-minpi ke?' Aku menyoal didalam hati.
"Bukan.. itu memori lama..." kataku lalu memengang kepala ku.
"A- abang... "
"Lucia.. " kataku apabila melihat satu susuk tubuh yang tertidur di tepi katilku. Aku perasan dia menangis. Matanya sembab.
Aku mengeluh.
"Abang buat kamu risau lagi. Maaf kan abang ya? " kata ku sambil mengusap lembut kepalanya. Kemudian aku mengucup dahinya.
"Abang akan tunai kan janji abang tak kira apapun. " kataku. Lalu sikit demi sedikit mata ku kelihatan kabur. Aku tertidur sambil tangan ku memengang tangan adik ku Lucia.
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top