Chapter 68 Kurayami Wish

Hakuryu mengaum garang! Badanya banyak menjamah serangan bertali arus daripada Kurayami! 2 naga kegelapan itu menggigit dan mencakar satu sama lain tanpa henti! Libasan daripada ekor juga digunakan kadang-kala.

"ROUURR!! "

Kurayami terbang keudara dengan laju. Alverta yang menjadi side kick Hakuryu terkejut apabila naga itu dengan ganas menyerang dirinya!

"ALVERTA! "

Hakuryu yang berada ditanah melaung kerisauan. Dengan pantas sayapnya dikibar dan meluncur laju kearah Kurayami! Kurayami yang bergelut dengan Alverta tersengih sinis apabila Hakuryu membuta tuli datang kepadanya! Mata Alverta membulat besar apabila hujung ekor Kurayami berubah menjadi sebilah pedang!

"Hakuryu jangan! "

Tetapi amarannya tidak sampai ke Hakuryu! Ekor Kurayami laju meluncur mahu menikam Naga kegelapan itu! Hakuryu juga membulat mata apabila melihat ekor Kurayami! Dia tak dapat mengelak dan hanya pasrah. Mata dipejam rapat. Alverta dan Emyriel melaung namanya tetapi hampa. Masa seakan bergerak perlahan dan bilah pedang itu semakin menghampiri.

"Kau memang tak boleh jaga diri kalau tak ada aku kan? "

"Huh?"

ZRRRRAANGGGGG!!!

Membulat mata Hakuryu apabila susuk tubuh Shiro yang dalam mode naga syaitanya menghalang pedang itu dengan pedang Dark Fire. Shiro menolak ekor itu lalu pedang masa pemberian Luke diseru. Dengan pantas ekor Kurayami dicincang 18 bahagian! Naga kegelapan itu menjauhkan diri daripada Alverta dan melolong kesakitan yang tidak terhingga!

"Shiro.. "

"Hey, baru berapa jam tak jumpa dah rindu naga hangus? "

Selamba Shiro mendarat diatas kepala Hakuryu. Hakuryu pula tersengih.

"Terima kasih selamat kan aku budak. Sayang jugak kau dekat kau kan? " ucapnya.

"Aku selamatkan kau bukan sebab sayang ok? tapi aku nak balas balik jasa kau yang lindungi aku. Kau, aku sayang?mimpilah! " Nafi Shiro seraya berpeluk tubuh dan mengalihkan pandangan kesisi. Hakuryu sekadar ketawa kecil. Eleh, muka pun merah. Dah malu cakap!

"Grrr.. woi! Woi! Cicak hangus, cepatlah bawak cicak rentung tu ke bawah! Aku dah tak sabar nak ratah daging dia ni! " pandangan Hakuryu jatuh musang putih bertanduk. Urat merah timbul didahinya.

"Diamlah anjing gila! Kau ingat senang nak jatuhkan dia?! "

"Kau anjingkan aku cicak hangus?!"

"Kau cicakkan aku boleh pulak?! "

Tepuk dahi Shiro dengan Luke. Spirit diorang pun 2×5 aje perangainya. Tak lama kemudian, mereka tersentak apabila ngauman garang Kurayami yang maha dahsyat kedengaran!

"Kau mahluk jijik! Kau patut mati!!!! "

Laungnya lalu menerpa kearah Hakuryu! Shiro dan Hakuryu tersentak dengan serangan mengejut itu! Taring Kurayami elok terbenam dileher Hakuryu.

"ARGHHHH!!! "

"HAKURYU! KAU..!! "

2 bilah pedang diseru! Api kegelapan mengelilingnya di sebelah kanan. Manakala disebelah kiri dikeliling angin kencang!

"Harrghhhh!!!! "

Shiro berlari turun kearah Kurayami lalu 2 bilah pedang dilibas dalam satu masa! Kesanya puting beliung berapi ganas menghentam wajah Kurayami sehingga naga kegelapan itu melepaskan cengkaman!

Dia mengeleng kepala lalu cuba menerkam kearah Hakuryu sekali lagi! Shiro mendengus lalu membuat api kegelapan yang lebih besar! Hakuryu turut menyedut udara disekelilingnya..

"COMBINED ATTACKS! DRAGON ROURRRRRRRR!!!"

"DARK FLAME DRAGON, ROUUURR!!"

BURNNNNNNNNN!!!

Kombinasi antara Hakuryu dan Shiro membuatkan Kurayami diasak hebat! Dia terundur ke belakamg sebelum badanya tetiba sahaja di jamah ratusan panah ais !! Matanya sempat mengerling pada Luke yang memanah berasama sembilan bulatan sihir seakan membentuk ekor musang

"JAHANAM KAU ANJING SIAALLLLLL!!!"

BURRRRRRHHHHHHH!!!

Kurayami mengaum kuat apabila api milik Shiro dan Hakuryu berjaya mencederakannya! Melihat Kurayami yang leka dan mengerang sakit, Shiro mendapat idea!

"ALVERTA! EMYRIEL! JATUHKAN DIA SEKARANG! " Arahan Shiro terus dipatuhi! Ais-ais berbentuk kon gergasi mengeliling Emyriel. Tangan didepakan lalu kon-kon itu meluru laju kearah Kurayami yang masih melolong kesakitan! Alverta pula membuka mulutnya lalu cahaya berbentuk bebola muncul dan membesar!

"ROUR OF LIGHT DRAGON!!! "

ROUUURRR!!!

Gauman cahaya dan kon Ais menghentam tubuh Kurayami! Naga itu tidak sempat mengelak lalu melolong kesakitan yang tak terhingga! Tubuh Kurayami menghentam tanah!

BUUUUMMM!!!

Tubuhnya berasap hebat! Dia ingin bangun tetapi tidak berjaya apabila Luke menggunakan kuasanya! Badan Kurayami mengeras! Seakan masanya terhenti! Kitsu tersenyum teruja. Gigi taringnya jelas kelihatan! Kukunya juga memanjang tajam!

"GRRR!! Aku akan balas balik apa yang kau pernah buat dekat Adhian dan Luke!! "

NGAPPP!!!

ROUUURRR!!!

Kitsu menyerang Kurayami demahn ganas! Giginya mengigit naga syaitan itu dan kukunya tajam mengiris daging naga itu! Darah mengalir keluar dengan banyak.

Luke diatas kepalanya dah melompong sebelum acah pengsan. Drama pulak. Shiro yang merawat Hakuryu diudara memandangnya blur.

"Gila always gila. "

"Kau pun sama aje. "

"Diamlah gila! "

"Yang kau gilakan semua orang apahal?! "

Alverta mengeluh dengan perangai Hakuryu dan Shiro yang asyik nak bertekak 24 jam. Emyriel pula tersenyum kelat. Tak lama kemudian mereka berempat turun dan mengelilingi 'bangkai' Kurayami. Shiro, Emyriel dan Luke berubah menjadi manusia. Para Guardian yang selesai menghapuskan Demon juga mengelilingi bangkai itu.

"Siot arh Kitsu. Tak serupa naga dah aku tengok dia ni. " ujar Hakuryu.

"Dia ni naga ke? Bukan spesies cicak macam kau? "

"Grrr.. "

Ikut hati nak aje Hakuryu terkam musang tak cukup akal ni tapi niat terbantut apabila melihat pandangan membunuh Shiro. Tak lama kemudian bangkai Kurayami bercahaya dan stuktur tubuh yang 'telerai' daripada badan bercantum semula.

"Apa yang-"

"Dia nak dilahirkan semula. " sampuk Shiro sebelum sempat Kyo membuka mulut. Kakinya diayun kearah Kurayami yang sudah sempurna tetapi badanya mula bercahaya hijau.

"Kurayami.. " panggil Shiro seraya tangan dilekapkan di kepala naga itu. Kurayami mencelik matanya sebelum tersenyum tawar.

"Aku akan dilahirkan semula kan? " soalnya. Shiro sekadar mengangguk.

"Huh.. Liat betul nyawa aku. " keluhnya. Kemudian matanya memandang Shiro.

"Bila aku dilahirkan semula.. boleh kau bunuh aku lagi? " soalnya menyentakkan semua yang mendengar. Emyriel menghampiri dan berada disisi Shiro. Tangannya juga menekup sisik naga itu.

"Kenapa awak cakap macam tu? " soalnya.

"Lebih baik kau orang bunuh aku dalam bentuk yang lemah daripada kau bunuh aku dalam bentuk yang-"

"Tapi fikiran kau kata lain. " sampuk Shiro. Kurayami terdiam.

"Aku masih boleh baca fikiran seseorang dan kau tak nak dibunuh. Kau nak hidup. Dan kau nak mula balik daripada awal, kau nak jadi.. baik. " ujar Shiro.

Kurayami menggali nafas. Sisik-sisiknya mula gugur bersama badan yang mula menghilang.

"Tapi boleh ke? Boleh ke aku yang bergelar Dark Side ni berubah? "

"Itu terpulang pada kau. Kau ada pilihan kan? Cuba kau tengok aku? Aku dulu pun bukannya baik. Jahat siaaa..! Tapi ada aku kekal jahat? Kejam? Tak kan? Aku berubah, dan perubahan itu diatas kehendak aku sendiri. "

Ujar Hakuryu. Kini Hakuryu berada dihadapan Kurayami sambil tersengih. Alverta juga berada disisinya. Naga putih itu mengeselkan atas kepalanya dibawah dagu Hakuryu. Hakuryu memandang Kurayami sambil menjongket-jongket sebelah keningnya.

".. siap dapat betina cantik merecik lagi! Ahak!"

"Hakuryu tu memang gila sikit tau? Kau jangan terasa dengan dia." bisik Shiro dengan muka menyampah pada Kurayami. Urat merah timbul dikepala Hakuryu.

DUUSHH!!

"Kau kalau nak mampus cakap sekarang, aku pun dah lapar ni. "

"Ohoho.. cicak mana boleh makan manusia. Kau patut sedar diri tu sikit! "

Hakuryu dan Shiro melagakan kepala mereka dan aura hitam mengelilingi dua susuk tubuh itu. Yang lain hanya mampu tepuk dahi dan mengeluh. Kurayami pula ketawa. Ketawa bahagia.

"Kau.. betul-betul menghiburkan.. "

Kini pandangan Shiro beralih kepada Kurayami yang tertutup matanya. Badanya berpecah menjadi cahaya emas! Sisiknya yang gugur tadi berkumpul di tangan Shiro! Cahaya terang menerangi sehingga mereka semua menutup mata.

"Uwek! Uwek!! "

Serta merta Shiro membuka matanya. Membulat irisnya apabila seorang bayi lelaki yang mempunyai sisik dibahu kananya berada dalam dukungan dia. Bayi itu putih dan rambutnya berwarna hitam.

"Hey.. "

Shiro mendekatkan jarinya dan bayi itu terkapai-kapai mengenggamnya. Shiro ketawa kecil apabila bayi itu menghisap jarinya.

'Ini kelahiran baru aku, aku harap kau boleh jaganya.. '

Satu suara menyapa membuatkan Shiro tersentak. Kepala diangkat melihat tempat Kurayami tadi. Shiro sekadar menganggukkan kepalanya. Emyriel dan para guardian mengelilingi anak itu.

"Kau yakin kau boleh besarkan dia Shiro? " soal Leon sambil berpeluk tubuh. Shiro sekadar senyum seraya bermain dengan bayi kecil itu. Jari jemarinya elok digoyangkan oleh bayi lelaki itu.

"Kalau tak cuba kita tak tahu kan? Lagi pun.. "

Emyriel yang teruja melihat bayi itu mencucuk-cucuk pipinya dengan jari.

"Haffuu... "

"EHIHI!! COMELNYA!! "

Shiro ketawa kecil dengan kerenah Emyriel yang masih lagi mencucuk pipi bayi itu. Pinggang gadis itu dirangkul dan satu kucupan hinggap didahi.

".. saya tak sendiri. Saya akan kahwin dengan Emyriel. "

"Ha'ah. Eh? "

Emyriel yang ralit bermain dengan bayi tadi terkejut macam nak keluar anak mata. Dengan muka yang blurnya dia pandang Shiro.

"Siapa nak kahwin tadi? "

"Shiro Ryuzaki dan Emyriel Celeste. Tapi lepasni nama kau Emyriel Ryuzaki tau? Sayang kau! Muah! "

Dengan selamba tanpa amaran, Shiro mengucup bibir Emyriel. Emyriel dah membahang manakala yang lain sudah bersiul dan bertepuk tangan.

"SHIRO! "

Shiro sekadar sengih lalu menoleh kebelakang. Sebelah tangan didepa lalu membuat portal untuk pulang ke Grandiflora. Para Guardian masuk terlebih dahulu dan membiarkan sahaja 2 pasangan sejoli itu. Spirit mereka juga telah pulang kedalam badan mereka. Shiro memusing badan kebelakang. Emyriel berpeluk tubuh. Merajuk!

"Cepatlah sayang. Cepat kita balik, cepat aku rasa malam pertama. "

Ujar Shiro seraya menghadiahkan satu kenyitan mata nakal. Emyriel dah gigit bawah bibir. Teruja nak mati dia dekat sini!! Shiro pula sudah simpan sengih, kaki diayun masuk kedalam portal.

"Tak nak tak apa, aku cari lain. Cari yang mantap punya! Auch! "

"JANGAN NAK BERANI! "

____________________________________________________________

YEAH!! Peperangan akhirnya tamat jugak!! 😂lepas ni boleh lah korang baca part2 sweet (kalau jadi😂) antara watak watak kita. Ah ya and sabar dulu, Story tak habis lagi. 😂

Thanks for the vote and comment 😍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top