Chapter 66 Hidden Truth
KRRANGG!!
ZRRRAANGG!!
KTINGGG!!!
"Wow, kau makin kuat lah pulak, haaa..makin banyaklah kuasa aku kena guna. " kata Yurei bersahaja sambil mengelak bilah pedang yang hampir menebas kepalanya! Shiro pula buat muka bosan sebelum menumbuk permukaan tanah! Api kegelapan naik bagaikan gunung!
"Grrr.. huh? Huwarrhh!!! "
Luke yang elok bertarung dengan Demon dalam bentuk musang, terpaksa berubah menjadi manusia apabila api kegelapan hampir membaham dirinya!
"Woi! Tengok sekelilinglah gila!"
"Maaf. Kau hitam sangat sampai aku tak nampak. " sempat Shiro berkata sebelum kembali berlawan dengan Yurei. Luke dah melompong.
"Tak guna punya member. "
"Heh, jangan risau. Nanti kau tak akan nampak dia lagi! "
Luke terkejut dengan sapaan itu terus bertukar menjadi musang dan mengelak duri-duri tanah yang muncul tanpa disangka! Matanya melilau kesekeliling sebelum jatuh pada satu susuk tubuh lelaki yang elok tersenyum sambil mendepakan tanganya. Luke berbunyi garang.
"Gggrrr... "
"Wow, jadi kau lah kan kawan si jahanam tu? Mmm.. menarik! "
"ALGER!!! "
Terus Luke melompat menerkam kearah Alger! Alger sekadar senyum seraya mengeluarkan kapak miliknya!
DUSSHHH!!
KKRUUSHH!!
Cakar dan bilah kapak itu saling berlaga! Kedua dua mereka menyerang dan menyerang tanpa henti! Bulu musang Luke mengembang dan tubuhnya semakin membesar sehingga sama besar dengan tubuh Alger!
"GGGGRRRR!! "
SRRRANNGG!!
Satu cakaran maha kuat menghentam batang tubuh Alger sehingga lelaki itu terpelanting jauh! Luke yang ingin mengejar lelaki itu terbantut apabila tubuh belakangnya tiba-tiba menjadi berat! Matanya membulat apabila melihat Shiro yang tersengih tak bersalah.
"What the.. "
"CEPAT ELAK!! "
Dengan terkejutnya, Luke melompat kesisi! Hampir gugur jantungnya apabila berbilah-bilah pedang daripada Larva kegelapan menyerang! Kaki musangnya laju mengelak setiap serangan!
"Fuuh.. sikit lagi. " keluh Shiro. Luke yang bengang terus melibas salah satu ekornya di muka Shiro!
"Aww! Hey sakitlah! "
"Kau fikir apa hah setan?! Kalau aku mampus tadi macan mana? Cuba kasi amaran ke apa dulu sebelum naik belakang aku! " marah Luke didalam fikiran Shiro. Shiro mencebik sebelum selamba menarik kedua belah telinga musang Luke. Mahu tak melompat kawan tu!
"Woi! "
"Membebel lagi, aku gigit telinga kau! "
"Grrr... "
Dek kerana geram, Luke berhenti mengejut lalu bertukar menjadi manusia! Shiro yang terkejut terus jatuh.
GEDEBUK!
"Arghh! Gila! Cakaplah kau nak berhenti tadi! Sakit my ass tau? "
"Gediklah kau! "
Shiro menjelir lidah. Luke bila-bila masa aje boleh tukar jadi musang balik. Nak makan kawan yang seko nilah!
"Stupid is always be a stupid, even though they are reborn huh?"
Kini mata mereka berdua bersambung dengan dua pasang mata milik Yurei. Alger juga turut muncul disebelahnya sambil melutut. Pipinya jelas berdarah dek kerana cakaran Luke.
"Reborn ? " soal Luke.
"Yes. Oh dan tak sangka kelahiran Adhian Aldriono juga disini. Man, kau dengan dia memang sama bengap. "
"Ya damn right. " sokong Shiro selamba. Luke pulak rasa macam nak cekik aje malaun tu.
"So.. " Yurei menepuk tangannya.
"Like a old time? My stupid brother and uncle try to stop me like this , but nahh.. keinginan untuk aku memiliki kuasa yang mutlak mengatasi segalanya. So i kill them . Tapi sayang, Adhian ada pewaris. Dia jadikan anak dia Raja negara ni dan tukar sistem pemerintahan dan Puak Ryuzaki terpaksa hidup dalam bayang." Yurei ketawa kecil.
" Dan semuanya salah aku! Di sebabkan aku, Puak Ryuzaki dipandang sebagai puak rasaksa zaman tu! Leader pula Ayah aku. Sebab, yelah kan.. dua-dua anak dia mati. Opss, silap. Anak yang paling dia sayang mati. So sad kan? "
Ikut hati syaitan, nak aje Shiro layangkan penumbuk. Sebab tu keluarga dia tak tinggal dibandar! Mereka hidup didalam hutan dan jauh daripada masyarakat!
"Kau tak menyesal ke Yurei? " soal Luke.
"Wrong question kid. Sepatutnya, kau tak puas ke? And yes! Aku tak puas! Aku tak puas lagi nak membunuh! Hahahaha! "
Tutur kata Yurei sudah cukup untuk buat Shiro hilang sabar. Sayap hitam dibelakangnya serta merta mengembang besar! Bagaikan kelajuan cahaya, Shiro berada betul-betul dihadapan Yurei! Alger jelas terkejut! Yurei membulat biji matanya!
"KAU MEMANG BINATANG!! "
DUUSHHHHH!!!
"TUANKU! "
"Kau pun, pergi mampus.. " bisik Luke yang sudah berada dalam mode Demon Fox. Mata hitamnya tajam membalas anak mata Alger! Luke mencengkam wajah Alger, lalu dihentakkan kedalam tanah! Sama seperti yang dilakukan oleh Shiro kepada Yurei! Tanah tempat benaman kepala Alger retak dan merekah hebat! Serta merta darah terpacu keluar daripada tempat benaman itu. Tubuh Alger yang mengelumpur terus kaku. Luke masih dengan posisinya sebelum perlahan-lahan mengalihkan tanganya. Alger mati.
"Arghh!! "
"Shiro! "
Shiro terpelating agak jauh! Luke yang ingin mendapatkan rakannya terkejut apabila Yurei tiba-tiba muncul disisi kananya! Matanya membulat melihat wajah Yurei yang berdarah hitam!
"Pergi pada kawan kau lah! "
DDDUSHHH!!
Satu sepakan maha kuat menghentam badan Luke! Darah merah keluar daripada mulut lelaki musang itu! Badanya terpelanting jauh! Shiro yang baru sahaja bangun, membulat mata apabila badan Luke melayang kearahnya.
"Tak ada tempat lain ke kau nak hantar dia? " Shiro dah buat muka pasrah aje.
BUUUMMM!!
Terus badan Luke merempuh tubuh Shiro! Emyriel yang melihat daripada atas mengelengkan kepala. Dia kena fokus! Dia patut yakin dengan kebolehan Shiro dan Luke.
GRROOR!!
Gauman daripada Kurayami membingitkan kepala! Naga kegelapan itu meluncur laju dan ingin menyerang Alverta! Belum sempat pun dia ingin mengigit naga itu, Alverta hilang dan digantikan dengan Hakuryu! Emyriel tersenyum manakala Kurayami terkejut!
"DRAGON TELEPORTATION!"
"RROOURRR!! "
Hakuryu tak membuang masa! Terus dia melibas ekornya 360° dan menghentam tubuh Kurayami sehingga naga itu terhempas ke tanah daripada aras beribu kaki daripada laut! Alverta mengaum kegembiraan lalu mengeselkan kepalanya dibawah dagu Hakuryu. Selamat Emyriel sempat terbang, kalau tak penyeklah dia! Mulut dimuncungkan.
"Awak ni Al! Kalau nak manja dengan Haku tu nanti-nantilah! Sikit lagi saya nak penyek. "
"Oh, sorry dear. "
Alverta sengih tak bersalah. Hakuryu pula dah senyum. Kemudian selamba dia mengucup pipi naga Alverta. Jilat sikit! Emyriel yang melihat dah tutup mata! Mata tercemar!!
"Oi! Oi! Lawan seriuslah Naga hangus! " sempat Shiro berpesan didalam fikiran Hakuryu. Hakuryu buat muka.
"Suka hati akulah! "
"Eh, naga tak cukup akal ni. Aku halau Alverta nanti baru tahu! "
"Beranilah buat! Hilang Emy jangan tanya aku kenapa! "
"Beranilah buat! Hilang nyawa kau jangan tanya aku kenapa! "
Dek kerana malas bertekak Hakuryu terbang kebawah dan membalas pandangan membunuh daripada Kurayami. Kedua-duanya berbunyi garang!
GRRROURR!!
____________________________________________________________
Author tak tahu macam mana nak bunuh Alger😂hentam ajelah. And Author akan cuba update secepat mungkin. Yelah tak sabar nk complete kan buku ni and edit👀. Bila tengok balik Fuh.. typo banyak nk mati😂ampun😅kekadang Author update pastu tak tengok dah.
Thanks for vote and comment guys!! ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top