Chapter 65 Final Battle
Yurei berdiri di luar istananya. Mantel hitamnya beralun mengikut angin. Senyuman disebalik topengnya terukir lebar.
"Dah tiba masanya. "
Angin tiba-tiba sahaja berubah kencang. Yerei mendongak keatas dan tersenyum sinis. Dia melangkah kebelakang beberapa tapak lalu melompat naik keatas Kurayami yang terbang diudara itu. Naga kegelapan itu mengaum sekuat hati sehingga dapat dirasaai dimedan peperangan.
Shiro yang menutup matanya kembali dibuka. Mukanya kini berubah serius dan mata merahnya menyala garang. Emyriel yang mencempung tubuh Fuyu menghampiri Shiro . Jelas kerisauan di wajahnya.
"Shiro. "
"Bawak Fuyu ke tempat selamat. Arahkan semua tentera kita yang masih selamat keluar daripada medan peperangan. Tuanku raja juga. Yang tinggal hanya para guardian lelaki yang masih boleh bertarung sahaja. "
"Tapi kenapa? "
Soalan seperti tidak puas hati itu membuatkan Shiro tersenyum kelat. Bahu Emyriel diusap.
"Aku tak nak ada lagi yang mati. Cukuplah."
"Shiro.. "
"Tolong Emy. "
Dahinya direhatkan dibahu gadis itu. Emyriel tersentak dengan kelakuan Shiro. Kepala dianggukan juga lalu dia terbang kebawah. Sempat dia mengerling Shiro yang tersenyum kelat.
Sebaik sahaja kelibat Emyriel hilang, Shiro terbang ke bawah dan menghampiri susuk tubuh Luke yang kaku disebelah Katsu. Mata dipejam mencari kekuatan. Setapak demi setapak dia menghampiri. Sebaik sahaja berada betul-betul di sebelah tubuh Katsu, Shiro membuat sebuah bebola yang bercahaya kehitaman. Bebola itu dibawa ke jantung Katsu. Degupan jantung Katsu yang lemah, sedikit sebanyak kembali berdegup. Darah yang keluar daripada lengan lelaki itu juga sudah berhenti. Luke yang melihat hanya berdiam diri.
"Aku gunakan kuasa yang sama masa nak selamatkan kau dulu, pada Katsu. Aku harap kau tak cemburulah. "
Luke sekadar senyum kelat sebelum menumbuk lembut bahu Shiro.
"You idiot. Buat apa aku nak cemburu? Aku bersyukur sebab Katsu masih ada peluang untuk hidup. Thanks buddy. " ujar Luke.
"Nahh. Aku cuma tak nak mainan aku mati. Tak puas duh nak belasah mamat ni. " ujar Shiro mendapat tamparan daripada Luke.
"Kepala hotak kau mainan! Memang syaitan betul lah kau ni! "Ujar Luke dengan riak muka bengang. Shiro pula pandang dia dengan muka bosan.
"Aku Raja kegelapan dan juga Raja Naga Syaitan. Dua-dua gelaran raja jahat. So apa yang kau harapkan daripada aku? Jadi baik? As if! "
"Gelaran aje kut! Aku Raja Musang Syaitan baik aje. "
"Raja baik tak akan ngaku dia baiklah! Lagi satu kau tu Raja kepada segala kesengalan! Sengal pastu biul lagi! Huh, Dasar sengal tak sedar diri! "
"Mengata aku, kau tu pulak Raja segala kehodohan! Perangai hodoh, muka lagi hodoh! Dasar hodoh segala hodoh! "
"Hah?! Kau memang nak kena kan?! Dasar musang hilang akal! "
"Kau yang mula dulu tanduk kerbau! Membuang pun merata! Pengotor! "
Sudahnya Katsu elok terabai dan dua ekor tu pulak bergaduh. Jadi betulah, serius dan 2 ketul ni tak boleh langsung nak bersama. Tepuk dahi. Urat merah di dahi Katsu juga timbul.
KETUK!
TUK!
"ARRGHH!! "
"Diamlah gila! Orang nak bersemadi pun tak aman tahu tak? "
Terkebil-kebil mereka berdua memandang Katsu yang sudah hilang segala luka kecuali lengangya yang sudah hilang sebelah. Nampaknya kuasa Shiro betul-betul berkesan. Dengan air matanya, Luke memeluk remaja lelaki itu.
"Huwarhh!! Kau hidup! Kau hidup! Kau hidup! Sayang kau Shiro! Muah sikit weh!! "
"Arghh!! Aku rela mampuslah!!! "
CUP
"Arghh!! Serangan yang paling jijik!! "
"HAHAHAHAHA!! "
Shiro dah bantai gelak melihat telatah Katsu yang dah macam memang nak mampus balik apabila Luke dapat kasi satu kiss dekat pipi dia. Hah.. macam tulah dia rasa bila mode 'tak guna' Luke tu datang. Pernah sekali Luke buat macam tu kat dia, remaja tu elok kena belasah dengan classmate dia dulu.
"Seriously? Time-time perang korang sempat lagi gelak-gelak?! "
Jerkahan seseorang membuatkan 3 ketul itu teguk liur. Lion king mai dahh. Dengan sengihan tak bersalah perlahan-lahan kepala dikalih kebelakang. Semua muka pucat apabila melihat wajah ngeri Leon yang penuh darah. Tak campur lagi aura seram belakang dia. Sah psycho.
"Hai cikgu. " ujar mereka serentak sambil melambai tangan.
"Hai eh? "
KETUK!
KETUK!
TTUUKK!!
Berbenjol tiga tingkat kepala 3 manusia tu. Sampai berasap jugaklah benjol tu. Leon berpeluk tubuh dengan muka dinginya.
"Wanna have fun now? "
"Boleh ke?"
KETUKK!!!
Shiro dan Katsu pejam mata. Luke dan sengalnya berpisah tiada. Kan dah kena lagi.
"Memang Raja Kesengalan betul member aku ni. " ujar Shiro pasrah.
"Agree. "
Tak lama kemudian, hampir kesemua guardian lelaki sampai disitu termasuk Lucia. Lance sahaja yang masih belum kelihatan. Luke mula risau tentang Lance.
Shiro memerhati mereka yang berjumlah tak sampai 20 orang.
"Emy dah bagi tahu, hanya guardian lelaki sahaja yang akan bertempur kali ni. Daemon dan demon juga tiba-tiba berundur tadi. " ujar Kyo sambil berpeluk tubuh. Shiro sekadar memgangguk.
"Lance? " soal Luke. Semua terdiam.
"Lance masih bertempur. " jawab Lucia yang berada disisi Lucas.
"Jeneral Rossy masih hidup. Tak lupa juga si Alga maksud aku Alger. " ujar Leon.
'Aku pun hampir lupa fasal dia. ' ujar Shiro dalam fikiranya.
"Kalau macam tu, Katsu. "
"Apa? "
"Kau balik dengan Lucia. Dengan keadaan kau yang macam ni, aku tak rasa kau boleh bertahan. Musuh yang kita bakal hadapi kali ni bukan mudah." Anak mata Shiro menikam mata Katsu tajam. Katsu yang ingin membuka mulut, terkunci serta merta.
"Yelah.. " pasrah saje. Lucia juga hanya mendiamkan diri dan mengikut kehendak abangnya.
"Jaga diri. "
Lucia memeluk Shiro erat. Shiro tersenyum kelat seraya mengusap rambut adiknya. Lucia melepaskan pelukan lalu memeluk Lucas pula.
"Jangan mati untul kali kedua. " bisik Lucia ditelingan Lucas. Lucas mengangguk tanpa perasaan.
"Aku cuba. "
Tak lama lepastu, pelukan dilepaskan. Kini Lucia berdiri didepan Hyden. Tanpa amaran Lucia mencengkam kolar baju Hyden sehingga lelaki itu tertunduk kebawah. Matanya membulat besar apabila Lucia mengucup bibirnya.
Semua yang melihat melompong besar. Katsu dan Luke berpandangan sebelum teguk liur. Aura membunuh daripada Shiro dan Lucas jelas terasa.
"Weh Lucas, kalau Hyden hidup lagi lepas ni, kau tolong abang bunuh dia tau? "
"Abang cakap aje bila. Nanti saya set kan dekat tempat yang sesuai. "
"Good. Jangan kasi orang. Benda ni antara kita dua aje. "
"Kalau orang tahu, kita bunuh aje sekali."
"Umu. Not bad little brother."
"Thanks big brother."
Walaupun Shiro dan Lucas berbisik, Luke dan Katsu masih dapat dengar.
"Aku tak rasa Hyden akan selamat lepas peperangan ni. " bisik Luke.
"Siapkanlah baju nak lawat kubur lepas ni. " balas Katsu balik.
Leon sekadar menggeleng kepala dengan kerenah 4 ekor itu. Kemudian dia menolak Katsu kearah Lucia yang sudah berdiri di hadapan portal untuk teleport ke tempat selamat.
"See ya bro. Make sure korang menang! " ujar Katsu.
Shiro dan yang lain-lain mengangguk faham. Akhirnya Katsu dan Lucia hilang dari pandangan.
BAMMM!!!
BBAAMMM!!
Hempasan satu susuk tubuh mengejutkan mereka semua. Pandangan dikalih menghadap satu susuk tubuh yang termengah-mengah bangun daripada tempat hempasan nya. Zirah yang dipakai juga sudah musnah teruk.
"Haiih.. tak fasal-fasal aku lambat datang meeting. "
Lance elok tersenyum di hadapan mereka semua. Badannya juga tidak terelak daripada kesan luka dan darah. Luke menarik nafas lega. Kyo pula sudah meleleh air mata.
"Kawan aku hidup!! Sob.."
"Siot arh Kyo! Tahulah sayang aku. Janganlah nangis weh. Aku hidup baby boy. " ujar Lance seraya mendepakan tangannya.
"Baby taik kau! Kau tahu tak aku risau?! "
"Eleh adik-"
Tak jadi Lance nak cakap adik dia okey aje. Luke dah menangis-nangis dekat bahu Shiro. Dipeluknya kawan baik tu macam tak nak lepas. Shiro pula buat muka redha aje. Kyo buat muka.
"Adik kau apa? "
"Sila abaikan. Aku tak ada adik. "
"Sampai hati! "
Lance buat tak tahu aje dengan muka Luke yang dah tercebik-cebik. Leon dah tanpar dahi. Drama memanjang!
PAP!
PAP!
PAP!
Bunyi tepukan itu menyentakkan mereka. Angin yang tadinya lembut berubah ganas. Kesemua mereka mendongak keatas. Rossy tersenyum lebar apabila kelibat Yurei jelas kelihatan diatas kepala Kurayami.
"GGROOOUURR!! "
Shiro mengepal penumbuk. Hakuryu didalam juga sudah mengaum. Kali ni dia juga mahu bertarung!
"Tu-tuanku. " panggil Rossy.
Yurei sekadar senyum. Dia kemudian mendepakan tangan lalu badan dijatuhkan kebelakang. Semua yang melihat tergamam kecuali Shiro dan Leon.
DUSHH!!
Dia mendarat betul-betul dihadapan Rossy. Rossy tanpa sempat berkata apa-apa, terus berasa diawangan.
"KAU-! "
Lance ingin mara kehadapan tetapi dihalang oleh Luke yang sudah berubah dalam mode demon fox nya. Dia mengelengkan kepala. Lance mengetap gigi.
Yurei tanpa perasaan, memancung kepala Rossy. Shiro yang sudah lali dengan kekejaman Yurei menghela nafas berat seraya berjalan ke hadapan.
"Kau memang kejam kan? " soalnya apabila dia berdiri beberapa depa sahaja daripada Yurei. Yurei tersenyum sinis.
"Why not? Jadi kejam menyeronokkan. "
"Heh, macam budak. "
"Oh really? "
KTANGGGG!!
Bagaikan kelajuan cahaya, kedua-dua Shiro dan Yurei menghunus pedang dan menetak satu sama lain! Impak daripada serangan mengejut itu membelah tanah! Para Guardian terkejut tak terkata!
"THIS IS FINAL BATTLE!!! "
Serentak dengan itu, Demon mula keluar daripada tanah yang terbelah! Luke bertukar menjadi musang lalu menyerang dan mengigit Demon-Demon itu sehingga mati! Para Guardian juga tidak terlepas membunuh kesemua mereka!
Kurayami diudara juga turun girang! Dia ingin menyerang musuh dibawah tertapi terbantut apabila satu serangan hendap membuatkan dia melayang beberapa kaki!
"Grrr.. ALVERTA!! "
Alverta tersenyum. Dikepalanya pula ada Emyriel yang berada dalam mode tempur. Shiro dibawah tersengih. Badannya bercahaya hitam pekat! Yurei yang terkejut melompat 360° kebelakang!
"ROURR!!! "
Cahaya seperti silinder naik keudara! Kurayami yang agak leka terkejut apabila Hakuryu muncul dalam bentuk barunya! 3 ekor naga itu berentap antara satu sama lain!
"HAKURYU!!! "
"KURAYAMI!! "
DAANNGGG!!!
Kepala Hakuryu dan Kurayami menghentam satu sama lain! Dalam masa yang sama pedang hitam milik Shiro menetak pedang Exdeath milik Yurei! Jarak wajah mereka juga dekat!
"Aku akan pastikan kau bayar balik apa yang kau dah buat dekat keluarga aku!! "
"Kau boleh cuba tapi aku tak akan benarkan ianya berjayalah jahanam! "
___________________________________________________________
Huwarhh!! Lagi beberapa Chap and buku ni complete! 😂by the way, nak tanya. Korng nk Bonus Chapter moment siapa? Ni pilihanya.
1. Shiro × Emyriel
2. Luke × Shiro (😂Saya suka lelaki punya Friendship lagi2 dua ekor ni, sporting nk mampus. )
3. Luke × Shiro × Katsu
4. Luke × Fuyu (sedih/happy, korang rasa? 😂)
5. Atau korang nk tahu macam mana Shiro & Luke kenal Katsu?
Come on guys👀sila comment k? Nk tahu pndpt.
Thanks for the vote and comment❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top