Chapter 64 Final countdown


KTAANGG!!

KTIIINGG!!

Katsu dan Arata berentap hebat! Kuasa mereka digunakan sehabis baik. Katsu mengetap gigi dikala serangannya banyak dipatahkan. Arata pula tersengih kegembiraan!

"Kau lemahlah putera! No fun langsung! "

"Kau ingat kau tu fun sangat ke hah?! "

ZRANGG!!

KRANGG!!

Pedang Katsu dan Arata menghasilkan percikan api. Katsu mendengus seraya berubah menjadi bayang! Arata yang tidak menjangka tindakan itu terkejut!

"Apa yang.. "

BAAMMM!!

Dikala Arata terlalu leka, Katsu muncul dan menghentam wajah lelaki itu! Tak berlengah, terus dia mendapatkan tubuh Arata yang melayang! Tangannya mencengkam kepala Arata lalu menghentamkannya kedalam tanah! Darah mula tersembur keluar! Katsu menghilangkan diri sekali lagi.

"HAHAHAHA! KAU MEMANG MENARIK! HAHAHAHA! "

Arata bengkit daripada tempat benamannya. Kepalanya mula dibanjiri darah segar. Sayap hitam dibelakangnya mula berkibar dan menghasilkan puting beliung!

"Tch. Dia ni rasaksa ke apa? " soal Katsu didalam bentuk bayangnya. Sekali lagi dia hilang. Arata memerhati sekelilingnya. Sengihan masih tidak lekang.

"I kill you. "

ZAAAPPPP!!

"Arghhh!!! "

Katsu yang muncul dibelakang Arata tidak sempat mengelak! Satu tusukan pedang berjaya dibenamkan kedalam perutnya! Darah segar keluar membuak apabila Arata menarik kasar pedangnya! Katsu melompat 360° kebelakang. Dek kerana kesakitanya, dia terjelompok jatuh. Tangannya menekup bahagian yang ditusuk. Mulutnya juga tidak terlepas daripada memuntahkan darah.

"Uhuk.. uhuk! "

"HAHAHAHAH! Ouuu.. come on little prince. Are you give up already?"

Katsu tak dapat membalas. Pandanganya kabur. Tanpa sempat untuk dia bangun, rambut belakangnya dicengkam. Matanya membulat besar.

"Aku bagi hadiah okey? "

BAM!!!

BAM!!!

BAM!!!

Bukan sekali, tetapi berkali-kali kepala Katsu dihentamkan ketanah! Darah merah mula keluar dengan banyak! Bunyi tulang retak juga kedengaran! Arata pula semakin mengila!

"Katsu!!! "

Jeritan Spirit Guardian miliknya hanya samar-samar. Kage tidak mampu membantu. Dia seperti terkurung!

"Dammit! "

Arata yang membuat muka sedih. Kepala Katsu terdongak keatas.

"Poor you. Dah mampus rupanya. Haiih.. "

Terus cengkaman di rambut Katsu dilepaskan. Perlahan-lahan badan itu jatuh ketanah. Kaku. Arata pula selamba merenggangkan tubuhnya. Perlahan-lahan dia tinggalkan Katsu yang kaku itu.

Matanya meliar kesekeliling. Senyuman sinis terukir. Matanya tertumpu pada satu susuk tubuh gadis berambut merah jambu yang bertarung dengan garangnya. Jari-jemari diletupkan.

"Rasanya aku dah boleh hantar kekasih kau ke alam sana juga. "

Sebelum sempatpun Arata terbang kearah Anne, 5 jejari bayang membalut dirinya lalu dihempaskan ketanah! Matanya terbeliak dek terkejut. Darah tersembur keluar dan tulang-tulang patah kedengaran!

Arata mengetap gigi kegeraman. Matanya menyala kemerahan dek amarah yang menggunung. Dia melompat keluar daripada tempat hempasannya lalu laju kakinya berlari ke arah susuk tubuh Katsu yang bersusah payah bangun.

"KAU MATI AJELAH!!! "

Katsu yang tak sempat mengelak, elok menjadi tempat tumbukan padu Arata! Sekali lagi, dia galak memuntahkan darah! Badanya melayang sehingga terhempas beberapa kaki! Arata tidak berhenti, malahan semakin ganas menyerang!

Shiro yang memerhati di angkasa ingin membantu tetapi matanya membulat dikala melihat isyarat yang diberikan oleh Katsu. Shiro mengetap gigi kegeraman. Buku lima dikepal. Pandangan dialihkan kekawasan lain.

"Pastikan kau hidup Katsu.. "

Nafas Arata mengah. Dadanya berobak kencang. Badan Katsu kini lebih kurang 10 depa daripanya. Dia meludah darah ke sisi. Dia tersenyum sinis melihat keadaan Katsu itu. Pedang mereka berdua entah kemana.

"Tch. Kau kuat. Aku kagum. Tapi sayang, kau tak setanding aku. "

"A-aku ta-tak mu-mudah mengalah! "

Katsu bangkit dalam kepayahan. Nafasnya tidak teratur. Mukanya juga sudah berlumuran darah. Matanya lebam sebelah. Bibirnya pecah.

Arata yang melihat semangat Katsu itu mula berang. Pedang yang berada berhampiran diambil sebelah tangan. Serta merta pedang itu berubah bentuk kepada pedang sumpahan! Arata tersenyum penuh ngeri.

Katsu juga tersenyum seraya membuat sebilah pedang daripada bayang. Matanya dan mata Arata saling bersambung. Kedua-dua mereka berada dalam keadaan bertarung!

"The final countdown. "

Sebaik sahaja ayat itu ditutur, mereka meluru kearah satu sama lain! Pertarungan mereka lebih sengit berbanding tadi walaupun Arata lebih Mendominasi dek kerana Katsu yang cedera parah!

KTAANGG!!

KRAANNGG!!

Mereka melagakan pedang sebelum melompat kebelakang! Nafas kedua-duanya tidak teratur. Darah semakin membuak keluar daripada badan. Pandangan juga semakin kabur dan berbalang.

"Mari tamatkannya. "

"My pleasure. "

Arata dan Katsu meningkatkan kuasa mereka! Aura disekeliling mereka membuatkan tanah-tanah merekah dan hancur. Pedang berada dalam keadaan untuk menyerang! Mata menatap satu sama lain.

"Sorry Anne.. "

Entah kenapa, mata Katsu begitu lunak ketika itu. Dia tersenyum seraya menutup sekejap matanya. Kenangan demi kenangan. Semuanya ketika dia bersama Shiro, Luke, Anne dan rakanya yang lain. Katsu mengukir senyum. Mata kembali dicelikkan.

"Thanks for everything. I love you guys. "

Selang beberapa saat, sehelai daun yang terbakar jatuh ke tanah! Serentak Kastu dan Arata menghunus dan meluru kearah satu sama lain!

"HIARRRRHHHHH!!! "

"HARRRRRRHHHHH!!! "

ZRAANGGGG!!!

KRAAAANGGGG!!!

Mereka melepasi antara satu sama lain. Dua-dua kaku di posisi menyerang.

Arata mengukir senyum seraya menoleh kebelakang. Kemudian matanya menyapa Katsu yang kini elok berdiri dan memandang dirinya juga.

Tapi..

Lengan kiri Katsu tiada.

"I win. "

DDDUUUSHHH!!!

Katsu terjelompok jatuh kebelakang. Darah merah mula membanjiri dirinya. Dalam kepayahan Katsu ukir senyuman.

"Tapi tak lama.. "

Mata Arata membulat apabila tiba-tiba sahaja pandanganya terbelah dua.

"... sebab aku pemenang yang sebenar. "

BBBAAMMM!

Tubuh Arata yang terputus dua itu menyembah tanah. Satu lagi Jeneral Dark Cyber tumpas dimedan peperangan. Katsu yang sudah kehilangan banyak darah merenung langit yang sudah tidak jelas baginnya.

"Kalah atau menang..? " bisiknya perlahan. Matanya lemah memandang lengan kiri yang sudah tiada.

"Hilang satu tangan ialah bayaran untuk kalah kan dia huh? Arhh.. malangnya nasib. "

Dia ketawa. Ketawa yang sangat lemah. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir dan bercampur dengan darah dipipinya. Matanya semakin lemah, begitu juga jantungnya.

"Ini aje kisah hidup aku? Tragis jugak.. " Katsu bersuara perlahan.

"Yurushitekudasai.. Anne . Watashi wa anata o aishite iru. (Sorry Anne, I love you) "

Akhirnya mata Katsu tertutup rapat. Semuanya gelap tanpa cahaya. Dari jauh, satu susuk tubuh datang menghampiri tubuh Katsu. Matanya sayu sebelum terduduk. Air matanya mengalir deras.

"Katsu. "

Anne yang elok bertarung tiba-tiba jatuh terduduk. Entah kenapa, air jernih mengalir keluar daripada matanya. Dia ingin bangun, tetapi badannya mengeletar hebat.

"Jangan risaukan aku. Lawan. "

Suara Katsu yang tiba-tiba menyapa, mengejutkan dia.

"Semuanya baik sahaja. "

Anne mengali nafas. Dia bangkit kembali.

"Jangan tinggalkan aku.. Katsu. "

Anne bagaikan dapat melihat bayangan Katsu yang tersenyum kearahnya sebelum berpaling kebelakang dan beredar.

"Aku harap, aku boleh janji yang itu. Tapi kau kuat Anne. Kau sentiasa kuat. "

__________________________________________________________________

Emyriel, Shiro, Luke and Fuyu

Shiro: Ala nanti dia okeylah tu. Abaikan aje. Thanks for the vote and comment👋💖

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top