Chapter 61 You Dumbass
KRAASHHH!!
Jantung berdetak tidak seirama. Nyawanya hampir-hampir sahaja melayang kalau bukan kerana Iroha yang tiba-tiba muncul dibelakangnya lalu menendang dirinya tanpa sebab yang kukuh. Bapak sakit! Dia tendang dekat dada aku duh!
"Heh, ingat aku tak berpeluang untuk jumpa kau budak.. " kata si dia yang menyerang Lance tanpa amaran. Iroha hanya tersengih dalam bentuk darahnya. Serius Creepy.
"Aku pun ingat macam tu. Yelah,kau pun muka katak, mana tahu mati pun mati katak kan? "
Hampir tersembur ketawa Lance tetapi ditahan. Kalau tidak dikenang yang mereka berada di medan peperangan dah lama dia ketawa tak ingat dunia. Tetapi risau jugakalah dia kalau tetiba jadi pelanduk dihimpit gajah. Dahlah Iroha dengan penyerang tu nampak tak sebulu.
"Lance, simpan sikit bodoh kau tu. Kalau namapun musuh, mana nak datangnya sebulu?" Kutuk Spirit Guardian didalamnya, Korin.
"Yelah-yelah, aku tahu aku bodoh. Kau pun janganlah nak bodoh-bodohkan aku. Kau bodohkan aku, kau lagi bodoh. Sebab kau bodoh kan orang bodoh. " bebel Lance tak puas hati. Korin pula buat tak tahu. Dah lali sangat dengan perangai manusia seko ni.
"Hahaha... apa bendalah. Guardian, tapi tak faham situasi! Woi! Baik kau tukar tempat dengan mamat darah ni ajelah! " kutuk Akuma. Lance dah melompong manakala Iroha hanya ketawa pasrah. Habislah..
BBBBAAAMMMM!!
Membutang mata Iroha apabila tubuh Akuma melayang jauh. Lance pula beriak selamba dengan tangan yang berasap.
"Sedap makan buku lima aku? " soalnya. Iroha dah membulat mata dengan cahaya.
"Hebatnya!! "
BBBBBBAAMMMM!!!
Kali ni muncul pula Akuma. Dia juga beriak selamba menumbuk Lance.
"Sedap makan buku lima aku? " ajuk Akuma. Iroha yang tadinya teruja terus berubah durja.
"Tak hebatnya... "
"DIAMLAH! "
Marah Akuma dan Lance serentak. Iroha hanya buat muka. Cakap aje!
"Nampak macam kau tengah berseronok.. "
Pandangan mereka berkalih kepada seorang wanita. Rambut perangnya beralun. Iroha berdiri bersebelahan dengan Lance. Mata mereka tajam memerhati wanita tadi.
"Kau buat apa dekat sini Rossy? " soal Akuma tanpa nada.
"Buat laki. Kau nak? "
Akuma hanya membalas dengan ludahan kesisi. Rossy mencebik apabila Akuma menolaknya mentah-mentah.
"AHAHAHAH kau kena tolak! Hahahaha.. dasar perempuan murahan...! "
Siapa lagi kalau bukan Lance. Siapa aje yang suka tambah minyak pada api? Iroha hanya sengih kelat. Memang serupa dengan abang Luke! Tak faham situasi betul! Dek kerana terlalu geram, Rossy menghunus tombaknya dan direnjam kearah Lance! Lance yang ketawa tak ingat dunia, terkejut apabila tombak itu betul-betul tercacak dihadapanya.
"Tch, sikit lagi nak mampus! "
"Woi! Kau kalau nak baling pun agak-agaklah! Kalau aku mampus, siapa nak jaga wife-to-be aku hah?! " tengking Lance tak puas hati. Iroha memandang blur kearah Lance.
"Bang, kalau dah musuh.. diorang kesah apa tentang kau? Janji mampus. "
"Oouhh.. ha'ah kan? "
"Bodoh tu simpan sikit, Lance. "
Seorang lagi manusia muncul dihadapan mereka. Lance mencebik manakala Iroha memandangnya hairan. Kot yang dipakai lelaki itu berkibaran. Rambut hitamnya berjalur putih sedikit, beralun mengikut tiupan angin.
"Kau pun suka cakap aku bodoh . " kata Lance dalam nada merajuk.
"Okay lepas ni aku cakap kau bangang. Sedap sikit kan? " perli Leon.
"Memang suka memerli ke macam mane? " balas Lance kegeraman.
"Lebih kepada penyeksaan mental. So yeah. " Leon angkat sebelah bahu. Lance yang kelihatan bengang tidak dihiraukan. Matanya selamba membalas pandangan tajam Rossy dan Akuma.
"Half Ryuzaki huh? " ujar Akuma.
"Half human dan half lion huh? " balas Leon selamba.
Akuma ketawa kecil sambil mengelengkan kepala. Tak lama kemudian, dia mula duduk dalam posisi menyerang. Rossy disebelah di pandang sekilas bersama kepala yang diangguk. Rossy membalas anggukan itu.
"ATTACK!!! " jeritan Rossy menyentakkan Lance dan Iroha! Abnormal Daemon mula menyerang dari semua arah!
"Ah shit! "
BAMMMM!!
SLAAASSHH!!
KABABOOMM!!
Membutang mata Lance dan Iroha apabila melihat lubang yang dibuat bayang Leon muncul tiba-tiba! Sebaik sahaja lubang hitam itu menelan Abnormal Daemon, terus ia meletup menjadi ketulan ais kegelapan! Leon pula beriak selamba kerana itulah kuasanya. Kuasa daripada puak Ryuzaki. Puak pengasas kuasa kegelapan.
"Nampaknya Leon betul-betul serius. Jarang dia guna kuasa ni. " gumam Lance.
"Leon? "
"Leon Fuller. Salah seorang puak Ryuzaki yang selamat. Tapi dia hanya half. Tak seperti Lucia, Lucas dan Shiro yang sememangnya Ryuzaki tulen. " terang Lance. Kemudian tempat mereka berdiri bergegar hebat! Kepala mereka terdongak keatas apabila 2 susuk tubuh mula beradu kuasa! Leon dan Akuma berbalas tumbukan dan sepakkan! Impak daripada lagaan penumbuk mereka merekahkan tanah disekeliling. Rossy pula mengambil peluang dengan kelalaian mereka.
"GO TO HELL HUMAN! "
Iroha menoleh kebelakang dan terkejut. Lance yang berada disisinya menolak remaja itu! Lance mengeluarkan pedang aisnya lalu menghalang kapak besar milik Rossy. Kini, Rossy dan Lance berbalas tetakan! Iroha turut membantu dengan membunuh semua Abnormal yang cuba mengacau!
SSSLLAASHHH!!
"For a woman, you kinda strong. "
"Thank you, Young man. "
"Most welcome. "
Lance dan Rossy tersenyum sambil cuba membunuh antara satu-sama lain.
KTAANGGG!!
BAAAAMMM!
Tak ketinggalan juga Leon dan Akuma yang berbalas tumbukan! Masing-masing dengan teknik dan serangan yang lincah!
"GRRRAAAAOOOUUURRRR!!! "
Ngauman yang maha dasyat menyentakkan mereka semua! Angin tiba-tiba berubah kencang dan kilat hitam dan merah bertukar biru laut! Abnormal daemon juga ada yang terduduk begitu juga tentera mereka. Leon yang sedar akan hal itu mendongak ke arah selatan. Apa yang dilihatnya membuatkan dia terkejut habis.
"No way.. "
"Jangan alihkan pandangan kau! "
BBBAAMMM!!
Satu tumbukan hinggap di muka Leon. Leon terpelanting beberapa depa diatas tanah! Apabila dia mendarat sahaja, terus dia mengesat darah dibibir lalu membuat pedang bayang!
"Cukuplah aku bermain-main. "
Sepantas bayang, dia muncul dan hilang! Akuma mula terdesak apabila setiap serangan hanya menjamah angin!
BBBAAAMMMM!!!
"Arrghhhh!!! "
Akuma mengaum kesakitan apabila penumbuknya dibelah oleh sebilah pedang bayang. Darah mula tersebar merata-rata! Leon pula hanya berwajah kosong dan hilang daripada pandangan! Akuma mula hilang kawalan! Aura kuat mula dilepaskan.
"Kau, betul-betul terdesak. Lemah. "
"Diamlah! "
KRRRANGGGG!!
"A-apa? "
Leon hanya diam tak bersuara. Pedang bayangnya elok menusuk jantung Akuma. Darah tercalit diwajahnya. Akuma memuntahkan darah seraya melutut sebelah kaki. Leon pula hanya memandang tanpa perasaan.
"Tak-tak mungkin. "
"Maaflah, tapi ini kenyataan.. " Leon menghampiri. Dia menyentuh bahu lelaki singa itu lalu berbisik.
".. kenyataan yang aku lagi kuat daripada jeneral Dark Cyber. "
"Jahanam kauuu!!! "
Leon ketawa sinis dikala Akuma mula mengamuk dengan mulut yang mula keluarkan darah. Tanpa Akuma sedar, Leon telah lama meletakan lohong hitam dibelakangnya.
"Melututlah kau di alam kematian. "
"Apa? ARHHHHHH!!!! "
Akuma mengaum kesakitan apabila tanganya putus ditelan lohong hitam kepunyaan Leon. Darah mula merembes keluar daripada badan. Tidak cukup dengan itu, hampir separuh badanya ditelan. Mata Akuma terbeliak dan semakin lama dunianya ditelan kegelapan.
BAAAMMM!!
Leon menutup matanya dikala lohong hitam itu meletup. Darah pihak musuh mula merajai tubuhnya. Muka tanpa sebarang emosi sentiasa dikekalkan.
"Cikgu dah uruskan satu, sekarang kau pulak.." tak semena-mena Leon tumbang tetapi disambut oleh seseorang.
"Ayana.. "
"Kau tahu, badan kau tak cukup kuat untuk guna kuasa puak Ryuzaki kan? "
Leon ketawa kecil mendengar bebelan Ayana. Tak lama kemudian, matanya jatuh pada seekor musang putih bertanduk. Mengamuk dan membunuh sesiapa sahaja yang berdekatan. Matanya berubah layu.
"Shiro.. tolong hentikan dia.. "
***
Kuasa yang maha kuat menyentakkan Shiro dan Yurei serentak. Yurei yang berada di istana memerhati daripada tingkap besarnya. Senyuman sinis terukir dibibir.
Shiro yang berlegar di udara menarik Emyriel kesisinya dikala melihat seekor musang putih bertanduk mengaum dan membunuh sesiapa sahaja tanpa mengira kawan ataupun lawan. Emyriel yang melihat menekup mulutnya. Shiro pula mengetap gigi.
"You dumbass.. "
___________________________________________________________________________________________
K sorry lambat update😂. Ini ajelah yg saya mampu, tapi jangn risau! Nanti saya akan buat double update! Cuma buat masa ni mungkin akan menghilang kejap sbb data dah habis! Hahahaha😂. So yeah, bila dah kembali baru saya bals comment korang tau? Psstt.. yg ni pun saya curi2 update guna wifi jiran😂😂baik tak saya? 😂
Jangan lupa vote and comment 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top