Chapter 60 Another Tsuyoshi?
Luke mengelak setiap serangan dengan tangkas tanpa ada cacat-cela. Bilangan musuh yang ramai mula bekurang. Di tambah lagi dengan kehadiran mengejut dua gadis yang entah siapa-siapa, memudahkan lagi kerja mereka. Luke menyeringai. Ekornya elok meliuk-liuk dengan ganas! Hampir kesemua musuh yang mendekat mati ditangnya. Kitsu pula sudah lama kepenatan.
"Kau dah tua. So tak hairan kuasa pun macam siput aje. "
"Siput-siput pun, banyak jugak ahh yang tempah maut. " balas Kitsu dalam nada geram. Suka hati mak nenek Luke aje kata dia tua! Umur dia baru berapa ratus aje..
"Apa-apa jelah musang tua."
PAP!
PAP!
PAP!
Satu tepukan yang tiba-tiba kedengaran menyentakan Luke dan Kitsu. Mereka tergamam dikala melihat susuk tubuh Riz dan Yuki. Yuki hanya tersenyum kelat manakala Riz tersenyum dengan lebar.
"Mak.. "
"Hahaha…wow! Pertemuan yang tak dijangka!"
Luke memandang bengis kearah lelaki bernama Riz itu. Lelaki yang menjadi punca ibunya terpaksa mencuci tanganya dengan darah manusia yang tidak bersalah! Riz pula hanya membalas dengan nyalaan mata merahnya.
"Kau memang tak ingat aku budak?" Soal Riz tertiba. Luke pula mendengus lalu pedang emasnya muncul ditangan kiri. Pedang itu diangkat paras bahunya.
"Kau hanya manusia yang dah jahanamkan hidup mak aku! "
"Hahahaha....! " tak semena-mena, Riz ketawa. Apa yang Luke katakan seperti bahan jenaka buatnya. Dia melapkan air matanya lalu kepala diangkat memandang muka keliru Luke
"Mak kau memang tak bagi tahu eh siapa aku?"
"Hentikannya Riz-"
"No. Budak tu patut tahu siapa aku. " tegas sekali nada suara yang digunakan oleh Riz. Luke semakin bengang apabila melihat wajah sunggul ibunya. Pedang emas digenggam erat.
"Siapa kau dalam.. hidup aku? " soal Luke walaupun agak payah untuknya. Seperti ada sesuatu yang merobek hatinya. Jiwa musangnya juga meronta-ronta.
"Kau rasa? " soal Riz berteka-teki. Psycho. Matanya yang berwarna merah kembali kepada warna emas. Peluh mula menitik. Luke tak tahu kenapa dia seperti takut untuk menelan apa yang bakal terungkap.
"Kau bukan sesiapa. Kau.. kau bukan sesiapa." Tutur Luke. Riz mengeleng kepalanya bersama ketawa. Tak sampai beberapa saat dia hilang daripada pandangan. Luke tersentak tetapi tidak sempat untuk melakukan apa-apa tindakan apabila perutnya tiba-tiba terasa senak! Darah mula keluar daripada mulut!
"I'm your brother... "
BBAAMMM!!
Terbeliak mata Luke dikala itu! Badanya mula melayang sehingga terhempas beberapa depa diatas tanah. Darah mula keluar daripada celahan bibir dan dahinya. Tangan digenggam erat. Satu demi satu kenyataan pahit menghentam diri. Dahulu ibunya kini Abang?
"Hahaha.. kenapa? Kau tak percaya? " soal Riz yang kini elok mendarat dihadapanya. Yuki pula hanya membisu dan menggenggam erat tanganya. Ibu mana yang mampu melihat anaknya dibelasah teruk?
"Tipu.. " bisik Luke. Matanya mula berbalang-balang. Berselang seli dengan air mata dan darah.
"Aku tak tipu little bro. Aku abang kau. Kita ada ayah yang sama tetapi berlainan ibu. " terang Riz dengan nada selamba. Dia berjalan kearah Luke. Riz melutut sebelah kaki. Dagu Luke diangkat untuk melihat wajahnya. Dia tersenyum sinis dikala melihat mata Luke yang berselang-seli bertukar warna oren dan merah.
".. and guess what? Lance tu bukan daripada rahim mak kau. Dia daripada rahim mak aku. Happy tak bila tahu Lance dan aku ada pertalian darah yang sama? "
Luke cuba menumbuk muka Riz tetapi digenggam kemas oleh lelaki itu! Badan Luke di tolak sehingga remaja itu jatuh semula ketanah! Dia menindih badan Luke bersama senyuman penuh makna! Tumbukan dilayangkan bertubi-tubi pada remaja dibawahnya! Luke menyilangkan tanganya dan menghalang tumbukan mengenai mukanya. Darah yang mengalir semakin membuak keluar.
DUSSHH!!
DUSSHHH!!
DUUUSSSHHH!!
"Kelakar kan? Kau yang selama ni hidup seorang diri akhirnya terpaksa bunuh keluarga kandung kau. Sebab apa? Sebab takdir. Takdir memang teruk kan? " Riz menyinis selepas puas menghentam badan Luke dengan tumbukan. Luke kelihatan agak longlai dikala itu. Riz bangun daripada Luke. Sempat dia menyepak kepala Luke sehingga terteleng kawan tu. Kejam!
"Menyedihkan. Sama aje macam mak kau." Yuki diam dan menahan rasa. Riz pula hanya senyum melihat ibu dan anak terseksa fizikal dan mental!
"Kau.. yang menyedihkan.. hanat.. "
Riz kembali memberi perhatian kepada Luke. Luke dengan muka yang lebam sedikit ,bangun dalam keadaan payah. Segaris senyuman terukir bersama gigi taringnya.
"Kau salahkan takdir. Tetapi aku tidak. Itu yang membuatkan kau lebih menyedihkan berbanding aku. "
"Apa maksud kau? "
"Mungkin selama ni aku hidup sendiri, tetapi episode hidup aku dah cukup indah. Sebab aku yang lakar sendiri kisah hidup aku. Takdir? Ya, tiada siapa yang boleh menghalang, tetapi tak bermakna kita tak boleh ubah. "
Aura putih mula mengelilingi Luke. Warna rambut dan matanya perlahan-lahan berubah putih kehijauan.
"Dalam hidup aku, aku jumpa ramai manusia. Manusia yang takut dengan kisah silam dia.. "
Satu bayangan mula bermain. Wajah Shiro ketika kecil yang sering menangis di malam hari semasa mereka masih dirumah anak yatim. Luke yang selalu menenangkan kanak-kanak itu dan berbisik 'semuanya baik, bukan salah kau'.
".. sang putera yang mengingikan cabaran.. "
Kali ini bayangan Katsu semasa kecil pula mengantikan bayangan Shiro. Hari dimana dia dan Shiro terkejut menjumpai susuk tubuh seorang kanak-kanak yang terdampar dipantai tanpa tahu statusnya.
".. seorang abang yang sentiasa ingatkan adiknya.. "
Kalini wajah ceria Lance menyapa. Dari hari pertama mereka bertemu sehinggalah kehari ini.
".. dan manusia yang sentiasa menganggap aku sebagai sahabat dan saudara. "
Kali ini semua bayangan rakan-rakanya menyapa mata. Setiap episode sedih, suka dan duka bermain-main seperti video. Tercalit senyuman bahagia diwajah Luke. Kini penampilanya sangat jauh berbeza. Berambut putih, berbelang hitam dan bermata hijau daun. Auranya juga lain daripada yang lain.
"Sebab tu aku cakap, kau lagi menyedihkan. Siapa aje yang ada dengan kau? " sinis sekali Luke melempar kata. Anak mata Riz bergerak sedikit tanda amarah. Tanpa didunga segaris senyuman diukir.
"Kau memang hebat! Kau memang iku peragai ayah! "
Luke diam membisu. Ekor dan telingan musangnya dalam keadaan berjaga-jaga. Pandangan dia lebih tajam. Kuasa dia juga lebih kuat apabila mencapai tahap maksimum ini.
"Dan aku tak sukakannya... "
ZZAAAPPP!!!
KTAANNGGG!!
Luke mengetap gigi sambil menahan diri daripada terseret kebelakang dek serangan mengejut daripada Riz. Pedang masanya kini berubah lebih besar dan mempunyai jalur-jalur hitam! Mata jamnya juga masih sama kecuali sudah berubah warna hijau. Riz tidak henti-henti mengehentamkan tukulnya! Tetapi Luke senang sahaja menangkis! Dek kerana geram, Riz membuat sesuatu yang tidak dijangka!
"YUKI BUNUH ANAK KAU! INI ARAHAN! "
ZZZAAPPPP!!
DAAASHHH!!
Terbeliak mata Luke dikala melihat bongkah-bongkah ais yang bagaikan duri naik keatas! Aura seperti ais kutub utara mengelilingi ibunya. Luke mengetap gigi sambil mengelak serangan daripada ibunya dan Riz!
ZZZARRSSSS!!
SLLLLLAASHHH!!
KKRRAAASHHH!!
"ARRHHH!! "
Luke mengerang sakit dikala ais yang berbentuk panah menyerang daripada belakang. Darah mula membuak keluar daripada bahagian ekor sembilanya yang menjadi perisai belakang. Ekor yang berwarna putih mula berubah merah dek tompokan darahnya.
"JANGAN PANDANG TEMPAT LAIN! "
SSSLLLAASSHH!!
Terbeliak mata Luke apabila Riz muncul secara mengejut lalu melibas pedangya secara serong pada dadanya. Luke membuat lompatan 360° kebelakang dan menutup bahagian dadanya. Nafasnya mula tercungap-cungap. Darah segar mula membuak keluar!
Bapak laju mamat ni! Gumamnya dalam kegeraman. Kitsu didalam menyalak kerisauwan. Dah lah masih baru dengan tahap kuasa ni. Tak ke hura-hara sikit cara gunanya?
"Selamat tinggal.. adikku.. "
Mata Luke terbeliak dikala suara Riz betul-betul dicuping telinganya. Apabila dia toleh sahaja kebelakang, susuk tubuh Riz betul-betul dibelakangya dan tukul Riz tiba-tiba bertukar menjadi kapak!
SSLLLLLASSSHHH!!
***
Lance yang elok menyerang mangsa-mangsanya tetiba hilang keseimbangan dan kesedaran sesaat. Nafasnya tercungap-cungap dan jantungnya berdetak tak seirama. Malapetaka apa pulak ni?
"LANCE! "
KKKKRRRAAASHHHHH!!!
_____________________________________________________________
Sorry duhai pembaca2 daku😂sebab ambil masa yang lama untuk meng'update'.
Rindu tak character2 sengal korang? 😂ke sedih sebab Lance dengan Luke dah tak lamaa... muhehehe.
Jangan lupa vote and comment guys.. 😙.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top