Chapter 6 The element of darkness
Masa seakan-akan terhenti. Sekujur tubuh yang sentiasa berada disisinya tidak lagi bergerak. Shiro terdiam seribu bahasa apabila melihat keadaan rakannya.
"Tak... Tak mungkin. "
Tergetar getar suaranya. Rei melemparkan badan Luke tetapi sempat disambut oleh Shiro. Shiro memeluk tubuh Luke yang cedera parah itu .Butiran-butiran jernih membasahi kelopak matanya. Emyriel yang baru sahaja sampai tergamam. Dengan langkah yang perlahan dan berat dia mendekati Shiro.
"Lu-Luke. " suaranya bergetar.
"Emy.. Shiro" panggil Luke lemah.
"I'm here Luke..! I'm here! Please don't leave me..! Kau tak boleh pergi... Kau dah janji kan? Kau tak akan tinggalkan aku, Akari, Lucia, Emyriel macam ni kan? Tolonglah Luke! Tolong jangan tinggalkan kami macam ni!!" Tanpa Shiro sedar air matanya mengalir.
"Shiro.. " panggil Luke lagi.
"A-aku guna kuasa healing aku... lepas tu kau.. kau..."suara Shiro tergelam timbul kerana tidak dapat menahan sedih didada.
Emyriel memandang sayu. Roi dan Rei tersengih sinis lalu mengambil kesempatan untuk menyerang Emyriel dan Shiro! Emyriel menyedari serangan yang hendak dilakukan oleh mereka, mengeluarkan pedang cahaya berwarna putih.
"You Bastards! " bentak Emyriel yang dikuasai amarah. Tiada lagi tutur kata yang lembut didalam suaranya.
Emyriel bertahan dan menyerang jika mempunyai peluang. Walaupun perempuan, Emyriel mahir dalam seni petarungan pedang.
"Wah kuat jugak kau eh? " kata Roi dengan sinis.
"Aku tak akan maaf kan kau. " kata Emyriel dingin. Personaliti yang ceria dan lembut hilang. Hanya kesedihan dan kemarahan mengawal diri. Walaupun Emyriel baru di sekolah itu, dia sudah menganggap mereka sebagai keluarganya sendiri.
TINNNNNGGGG!
ZZZZZINGGG!
TIIIIINGGGGG!
Bunyi lagaan senjata sang gadis dan dua orang lelaki dapat didengari. Emyriel masih tidak mengalah dan terus bertarung. Dalam satu serangan Emyriel kebelakang agak jauh. Serangan demi serangan tidak dilupakan juga pertahanan yang dapat mematahkan serangan. Dalam masa yang sama Emyriel risau akan keadaan Shiro dan Luke.
"Habislah kau perempuan!! " jerit Rei dan Roi serentak. Rei menggunakan kuasanya yang lagi satu iaitu tanah, untuk mencengkam kaki Emyriel.Roi mengambil kesempatan itu untuk menyerang menggunakan kuasa kilat lalu membuat berbola kilat yang besar berwarna Hitam.
'Pengguna elemen kilat kegelapan?! ' Emyriel agak terkejut dan cuba untuk melepaskan dirinya. Walaupun dapat melepaskan diri. Serangan yang akan dirasainya tidak dapat dielak. Emyriel menutup matanya untuk menerima serangan itu.
BUSHHHH !!!
Bebola kilat berwarna hitam hilang dari pandangan. Semuanya meletup! Emyriel membuka matanya. "Apa? " soalnya sendiri.
Beberapa minit sebelum itu...
Shiro POV
"Shiro.. " panggil Luke yang berada di pangkuan aku.
"Tolong Luke.. tolong jangan tinggalkan aku macam 'Dia'...." kataku sambil menangis.
Aku tidak kisah keadaan sekeliling, yang penting kawan, sahabat dan saudara aku. Luke antara orang yang paling penting dalam hidup aku. Aku sudah menganggap dia sebagai saudara sendiri, kami sudah membesar bersama. Susah senang pasti dia akan berada disamping aku.
"Ha.. ha.. ha kau nangis lagi lah... tak malu. " kata Luke lemah. Tanganya mengelus lembut pipiku.
"Aku tak kesah... biarlah kau nak kata aku apa pun... kau tu... Tolong Luke.. " suara ku tersekat sekat. Aku memeluk tubuhnya erat. Aku menggenggam tangan nya. Aku dapat merasakan suatu kuasa mengelilingi diri. Seperti mahu dilepaskan. Kuasa yang Sama aku rasakan dahulu.
"Uhuk.. uhuk... apa.. apa.. jadi kau.. kawal emosi kau.. tu..Never let the darkness control yourself"
Tangan Luke yang lemah, jatuh ke tanah. Kepalanya yang tersandar di dadaku, aku lihat. Matanya tertutup habis. Anak mataku membesar.
"Luke? " suara ku bergetar.
"Hey, Luke ni bukan gurauwan tau.. Luke bangun! Tolonglah bangun! Aku perlukan kau! Wake up you idiot ! "
Aku menggoncangkan badan nya sedikit. Tiada tindak balas.
'Tak.... ini tak mungkin.. '
badan Luke aku peluk erat. Badan ku mula menggigil. Memori hitam mula menerjah masuk ke dalam fikiran.
"Maaf Shiro " kata seorang budak perempuan dengan lemah.
"Tolong jaga adik kita ya? "
Aku menggenggam kepalaku. Sakit . Aku nak menjerit tetapi suaraku tidak mahu keluar. Sekeliling aku mula gelap. Lantai penuh dengan warna merah darah. Aku takut. Aku takut kehilang orang yang aku sayang. Cukuplah aku merasainya dulu.
'Tak, aku tak akan biarkan. ' bisik ku.
"Apa kau boleh buat? " ujar seseorang.
"Siapa kau hah?!! "Soal ku.
"Kau tak ingat aku? Auch! Sedihnya hati ini... Tapiii..
Kau lagi menyedihkan aku rasa hahaha.. " gelaknya.
"Aku tak menyedihkan lah!"
"Iya ke? Habistu kenapa kau tak guna kuasa kau? " soalnya lagi dengan nada sinis.
"A-aku" aku teragak agak untuk menjawab.
"Takut. Kau takut kau hilang kawalan? Kau takut tak dapat lindungi mereka? atau kau... " kata katanya terhenti seketika.
"DIAM LAH KAU!! " bentak ku kerana tidak mahu mendengar ayat seterusnya.
Tiba-tiba sekunjur tubuh memelukku daripada belakang.
"... kau takut kau akan BUNUH diorang dengan tangan kau...? " katanya sambil berbisik ke telingaku.
"Aku tak akan bunuh sesiapalah!! " amarah semakin bermaharajalela.
"Jadi lepas kan. Lepaskan kuasa Elemental kegelapan kau yang bahaya itu.. . "
"Aku.. "
"Guna kuasa kau, mungkin kau masih boleh selamatkan pengguna kuasa masa yang terakhir itu.. " kemudian dia lenyap.
Sekelilingku kembali seperti tadi. Kata-kata itu masih bermain di kepalaku.
" Guna kuasa kau, mungkin kau masih boleh selamatkan pengguna kuasa masa yang terakhir tu."
'Kuasa aku?'
Aku melihat wajah Luke yang semakin pucat. Pelahan-lahan tubuhnya aku letak ke bawah.
"Aku akan gunakannya lagi." gumam ku perlahan.
"Hanya sekali... " aku menutup mataku. Aku dapat rasa kuasa kegelapan yang aku sentiasa berharap aku tak ada.
'Ya lepaskan kemarah kau! Mereka berhak rasa apa yang kau rasa budak! ' kata kata itu masih bermain di fikiranku.
Pelahan lahan Aku membuka mata. Rambut putih ku bertukar hitam. Mata biruku bertukar merah. Aura kegelapan semakin menguasai aku.
kedua-dua belah pergelangan tangan aku kini bukan lagi tangan manusia, tetapi tangan tengkorak.
Tiada lagi darah atau daging di sekelilingnya . Dan satu sahaja perkara yang bermain di fikiranku.
"Bunuh Mereka. "
Kataku dan orang itu serentak. Tangan kiriku mengeluarkan berbola berwarna putih lalu meletakannya di dada Luke yang kecederaannya sangat teruk dek kerana tertusuk bilah pedang milik Roi.
Jantungnya mula berdegup semula. Luka-luka yang kecil juga semakin menghilang. Berbola cahaya ku lama kelamaan bertukar hitam. Aku dapat merasakan racun racun yang ada didalam badan Luke meresap dan mula sebati dengan darah aku, namun begitu aku tetap tidak merasakan apa apa kesakitan atau pun berasa lemah.
"Jangan risau aku akan selamatkan kau. " gumam ku perlahan. Degupan jantungnya semakin lama semakin berfungsi.
No One POV.
Apabila Shiro terdengar lagaan senjata, terus sahaja dia memandang tempat dimana Emyriel berlawan dengan dua orang lelaki. Rei. Roi.
Shiro memandang tajam kearah dua orang lelaki itu. Dia mengetap gigi, mata merahnya semakin bersinar kemerahan seperti sudah dahagakan darah. Berbola cahaya hitam itu hilang dari tangannya, dia memandang Luke sambil tersenyum kecil lalu meletakan sebelah tangannya dipipi Luke.
"Tunggu aku. " ujarnya perlahan.
Pandangannya dialihkan kepada pertarungan tersebut. Kelihatan Emyriel tidak dapat mengelak serangan yang dibuat oleh salah seorang dari dua orang lelaki itu. Shiro menggunakan kelajuan seperti kilat dan berada di depan Emyriel lalu mengeluarkan scythe berwarna hitam merah.
Kemudian Shiro menghayunkan scythe miliknya ke arah berbola kilat hitam itu. Semua berbola itu terbelah dua lalu meletup sambil mengeluarkan cahaya berwarna hitam dan ada sedikit kilat kilat kecil yang menyambar. Emyriel membuka matanya apabila tidak merasakan apa apa serangan.
"Apa? " gumamnya perlahan tapi masih boleh didengari oleh Shiro.
"Pergi duduk dengan Luke. Jaga dia. " kata Shiro tanpa melihat Emyriel. Nada suaranya jugak agak dingin.
"Tak akan awak nak lawan dengan mereka seorang? Kita ken-" sebelum sempat menghabiskan kata katanya Shiro memotong.
"Kalau Tunggu Knight atau warrior belum tentu diorang akan balas apa yang terpendam dalam hati aku. Baik kau ikut apa yang aku suruh. Kau ada kuasa healing kan? sembuhkan luka kau. " kata Shiro dingin dan tegas.
Emyriel agak terkejut dengan sikap Shiro yang berubah 360°. Emyriel hanya akur Walaupun agak terkilan sedikit. Roi dan Rei mula membuat serangan, tetapi sempat ditahan oleh Shiro.
"Lawan kau berdualah akulah bodoh!! " kata Shiro.
"Hahaha kau nak lawan kitorang? Lawaklah. "
"Entah kau ingat kami ni siapa?! " balas kedua dua konco Dark cyber tersebut.
"I kill you... "
Amarahnya tidak dapat dikawal. Rambut hujung yang berwarna putih sedikit habis ditelan warna hitam.
"Sebelum kau bunuh kitorang, kau yang akan TERBUNUH!!! " kata Roi lalu menyerang Shiro tanpa henti. Shiro hanya mengelak dengan mudah. Matanya tidak lekang dari memandang tempat jantung milik Roi berada. Dalam sekelip mata Shiro hilang dari pandangan Roi.
"Apa? " pelik Roi. Tiba tiba dadanya ditusuk sesuatu berwarna putih. Tajam hujungnya. Tengkorang tangan. Mata Roi terbeliak. Ditangan itu ada jantung miliknya. Tangan itu menarik jantung nya sehingga keluar dari badan. Roi mengerang kesakitan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata kata.Banyak darah yang keluar dari tubuhnya. Shiro hanya memandang jantung itu kosong. Habis tangannya terkena darah tapi tidak diedahkan. Lalu dia menggenggam jantung itu sehingga berkecai. Roi mati bergitu sahaja. Lalu jantung yang tidak berfungsi dilemparkan kearah mayat Roi. Emyriel terkejut lalu menekup mulutnya, tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Shiro.
'Betul ke ni awak Shiro? '
Bisik hati nya. Rei jugak terkejut. Rasa takut menyelembunginya. Shiro melihat kesan darah ditangannya. Dia menyapukan kesan darah itu pada bilah scythe yang berwarna merah. Apabila Scythe itu bercahaya merah kehitaman, Shiro tergelak kecil yang akhirnya bertukar menjadi gelak jahat. Aura kegelapan semakin menguasai dirinya. Rei bertambah takut. Shiro menghampiri Rei bersama gelak tawa yang masih tersisa.
"Siapa kau hah!!!? " jerit Rei ketakutan. Langkah Shiro terhenti. Ketawanya hilang tetapi senyuman penuh makna masih terukir.
"Aku adalah orang yang akan menyeksamu sehingga MATI! " Shiro mengangkat tangan kirinya kearah Rei.
Tiba-tiba leher Rei dilingkari dengan angin kegelapan.
'Kenapa aku tak boleh hilangkan kuasa dia?! '
"ohhh tu senang aje. Aku pun ada kuasa yang sama macam kau. Best kan dapat hilangkan kuasa pihak lawan kita?best bila dapat tengok mereka rasa macam mana kalau kuasa mereka dihilangkan sewaktu masa genting...macam kau buat kat kawan aku kan? ...hahahah kali ni kau pulak rasa ahahahah! " gelak Shiro.
"Tak.... bo- boleh bernafas!! Arrhhhh!!!! " Rei menjerit apabila badannya tiba tiba dilibas oleh akar menjalar berduri yang berwarna hitam!
"Haha ya Jerit lagi!! Terseksa lagi!! Hahah." kata Shiro seperti orang tidak siuman. Kegelapan semakin menguasai. Ketawanya tiba tiba mati serta merta. Dia mengangkat scythenya.
"Tolong Mati. " katanya serious. Sebelum sempat scythe miliknya mengena tubuh badan Rei, dua susuk tubuh berhoodie menghalang mengunakan pedang mereka.
"Alahaiii bunyi bising dari sini rupanya. " kata salah seorang dari mereka yang berambut Blonde.
"Ada orang berlawan. patutlah.. "ujar seorang lagi berambut hitam. Shiro melibas Scythe nya dengan laju. Kedua dua pemuda itu pantas mengelak. Kemudian mata mereka bertembung dengan seorang yang sangat mereka kenali.
"Emyriel? " soal mereka serentak. Sebelum sempat soalan ditanya lagi..
"Jaga Jaga belakang korang!!! " kata Emyriel. Libasan Scythe milik Shiro sempat dielak.
"Woi, woi apa main serang dari belakang tak da kelas ke pakcik?! Mana aci gini! " kata si blonde. Tanpa menghiraukannya, Shiro masih menyerang.
"Tak pe! tak hiraukan kita,KECIK HATI! " ujarnya lagi. Dengan selamba badak dia duduk dimana tempat dia berdiri, lalu menjuiskan bibirnya sambil tangan di silangkan didada.
"Hmph! " katanya sambil memalingkan kepala ke arah kanan, mata ditutup dalam masa yang sama.
Si rambut hitam menampar dahinya sendiri.
"Macam mana aku boleh kawan dengan dia? " soalnya sendiri.
Shiro hanya memandang dengan muka Poker face tidak meminat lalu bergerak ke arah Rei kembali.
Rei kelihatan nyawa nyawa ikan sahaja. Sebelun sempat dia membenamkan bilahnya, Berjenis jenis pedang menghalang pergerakannya.
"Maaflah tapi kami perlukan dia tu. " kata lelaki berambut hitam.
"Kau masuk campur kau mati. " ujar Shiro sambil memandang tajam kearah lelaki itu.
Shiro mengeluarkan angin taufan kegelapan lalu semua pedang tadi jauh darinya. Dia mengambil kesempatan untuk menyerang tetapi langkahnya terhenti kerana dicengkam Ais biru.
"Maaf tapi dia tu kawan aku, kau nak cederakan dia betul? Sorry but I'm not going to let you do that. " kata si blonde yang pada awalnya bermain main, bertukar serious.
Shiro memandang mereka tanpa perasaan. Perkataan "bunuh" masih segar dihatinya. Shiro Kemudian ketawa. Dua orang lelaki yang Berpakaian guardian itu masih dengan posisi bertarung.Shiro berhenti ketawa.
"Lilit Mereka. "
sebaik sahaja berkata begitu akar yang memukul Rei tadi keluar lalu menyerang mereka berdua. Selamatlah mereka sempat mengelak.
'Akar hitam? Angin hitam? Taufan hitam? Seriously berapa banyak budak ni ada elemen kegelapan?! Aura dengan scythe milik dia pun bukan sebarangan. Siapa dia ni sebenarnya? ' fikir si blonde sambil mengelak setiap serangan.
Tiba-tiba dia terkejut melihat tubuh yang terbaring lemah dilantai bersebelahan Emyriel yang masih cuba untuk menyembuhkan luka luka pada tubuh itu.
'Tak..mungkin. Tapi waktu tu.. '
tanpa menghiraukan serangan yang dilancarkan, dia terus ke arah Emyriel
"LUKE!! " katanya. Shiro tersentak seketika. Kemudian memengang kepalanya yang tiba tiba sakit.
'Kau kena kawal emosi kau. '
Kata kata Luke menerjah masuk ke dalam kepalanya. Akar tadi mula hilang kawalan. Akar itu menyerang secara rawak. Kemuadian hilang begitu sahaja. Shiro duduk melutut.kepala masih dipegang.
"AARRHHH!!! "
jeritnya. Angin hitam mula keluar dari tubuhnya dengan kuat sekali. Tanah disekeliling pula retak. Scythe miliknya mula bercahaya kehitaman.
'Tolong aku. '
Emyriel terkejut mendengar suara Shiro seperti meminta Tolong darinya. 'Shiro? ' panggilnya.
'Tolong aku, aku tak nak membunuh lagi. '
Katanya lagi. 'Shiro? Shiro! ' tetapi panggilan ku tidak dijawab.
"Lance kita kena hentikan dia! Kuasa Kegelapan dia semakin bahaya! " kata lelaki berambut hitam separa menjerit kerana angin hitam yang datang dari Shiro sangat kuat.
"Kyo! Guna kuasa senjata kau tu! " balas Lance. "Tu masalahnya aku tak boleh nak guna kuasa aku! "Balas kyo.
"Maksud kau?! " soal Lance masih bingung.
"Kau ni begap ke pandai? Dah tak boleh tak bolehlah! Kau gunalah kuasa Ais kau tu! Tak pun kuasa Angin kau, buat penghalang sekarang! "
"Yelah aku pun tak boleh guna kuasa aku! Wahh mati lah nak!! Kyo aku nak cakap aku sangat sayang cin-" kata kata Lance terhenti dek kerana dibaling batu ke muka.
"kau jangan nak cakap sayang cinta bagai kat sini menyampahlah aku!japgi ada jugak yang kena sumpah! Kalau kau nak hidup cari jalan penyelesaian lah pandai!! " marah Kyo dengan sikap kawannya yang suka bermain main. Mereka memikirkan cara untuk hentikan Shiro. Sebelum sempat Lance berbicara, Emyriel memotong
'' sekejap. "
Emyriel bangun perlahan lahan lau berjalan kearah Shiro seperti tidak ada apa apa. Lance dan Kyo agak terkejut melihat gadis itu berjalan ke depan dengan mudah. Emyriel berada betul betul di hadapan Shiro. Sayu dia melihatnya.
"AARHHH!! "Jeritan Shiro membuatkan gadis itu memeluknya dengan erat. Shiro berhenti menjerit serta merta angin disekelilingnya juga hilang. Emyriel membisikkan sesuatu..
"Jangan risau awak tak keseorangan.. saya ada. Luke pun ada. Awak tak akan cederakan kami. Awak tak akan bunuh kami atau sesiapa. Semuanya akan jadi baik. Percayakan diri awak Shiro. Sebab saya akan sentiasa percaya awak,walaupun awak tak percayakan diri sendiri. "
*Posisi peluk diorang*
Aura kegelapan Shiro lesap. Rambutnya bertukar kepada warna asal sama juga dengan matanya. Scythe miliknya juga lesap "Terima kasih Emyriel " kata Shiro perlahan lalu pengsan. "Sama sama" balas Emyriel sambil mengeratkan pelukannya itu. Mereka berada dalam posisi tersebut dalam beberapa minit.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top