Chapter 59 The Return

Bunyi guruh dan kilat silih berganti! Sebuah kawasan yang terapung di langit tidak berhenti berbunyi dengan lagaan senjata! Mahluk- mahluk pelik semakin ganas menyerang!

Luke yang menyerang tanpa henti memandang sekeliling. Dia mengatur nafas bersama mata yang tajam seperti helang. Musuh disekelilingnya bagaikan kelaparan. Senyuman sinis terukir bersama taring yang memanjang.

"Kau sure nak aku ambil alih kau ni? Sakit nanti jangan nak marah aku. " soal Kitsu yang berada didalam badan Luke. Luke tersenyum seraya mengangguk. Selang beberapa saat, bahu Luke jatuh sedikit dan matanya tertutup. Demon yang mengelilingi mengambil kesempatan lalu mula menyerang!

"Your blood is mine!!! "

SRASSHHHH!!!!

Satu libasan yang maha kuat terhasil daripada 9 ekor musang dibelakang badan Luke! Kesemua Demon itu mati terbelah dua! 9 ekornya meliuk ganas! Sesiapa yang berdekatan menjadi mangsa! Matanya juga berubah warna dari oren ke hijau! Tajam bagaikan seekor musang kelaparan!

"Err... aku tahu lah Luke tu Psycho. Tapi tak tahu pulak sampai macam ni. " ujar Katsu yang juga menentang musuh! Pedang Athiar tidak langsung digunakan.

"Well people do have their own light and dark side. Apa yang kita lihat sekarang ialah Dark side Luke. "

Terang Anne yang berada disampingnya dari tadi. Katsu hanya mengangguk sebelum meneruskan serangan!

"GRROOO!!! "

Gauman sang naga bersama libasan ekor dari udara, memberi ruang untuk para tentera membunuh musuh! Lucas berada diatas kepala Ryuuki manakala Lucia berada dalam dakapan Sidero. Lucia dan Lucas saling berpandangan sebelum mengangguk.

"MARI!! "

Terus Ryuuki menterbaliknya dirinya! Lucas pula hanya mendepakan tangan bersama badan yang mula menjunam kebawah! Lucia pula di lepaskan oleh Sidero dengan senyuman.

"Be careful milady. "

"I will. "

Apabila kembar itu mendarat diatas tanah! Sekeliling mereka retak serta merta! Lucia tersenyum girang manakala Lucas berwajah tanpa perasaan.

"Pastikan mereka mati ,Lucas. "

"That's my line Lucia. "

Lucia tersengih sebelum meluru dan merempuh segala Demon. Begitu juga Lucas. Serangan demi serangan. Hentakan demi hentakan! Mereka menyerang bagaikan gasing yang berputar!

Pada masa yang sama, kesemua Jeneral Dark Cyber memerhatikan target masing-masing. Yurei pula hanya menongkat kepala di singgahsananya.

"Tuanku.. " seru Arata.

Yurei tersengih sebelum mengangguk. Membenarkan jeneral-jenaralnya beraksi. Arata antara jeneral yang paling gembira. Lebih gembira apabila Riz akan mati. Itu janji dia.

"Jumpa kalian di neraka nanti!! "

Terus Arata keluar menjunam daripada Istana Hitam itu. Jeneral yang lain hanya mengeleng kepala. Kerja gila dan Arata berpisah tiada..

"KATSU!! "

Dari jauh Arata melaung! Katsu yang tersentak cepat cepat menahan serangan mengejut dari Arata dengan pedang Athiar! Gigi diketap kegeraman.

"Tak guna kau Arata! Baru nak panaskan badan! "

"Ehh.. tapi aku pun baru nak panaskan badan!"

KTANGG!!

GRRAAAGGG!!

Lagaan pedang mereka tak henti henti berbunyi! Anne yang selalu disisi entah kemana. Katsu menarik nafas lega. Dia tidak mahu Anne disisi tika ini. Biarlah Hanya dia yang berlawan dengan Arata.

"Ingatkan boleh lah buat kau jadi kawan Arata."

"Nahh, aku lebih suka membunuh. Lagi lagi kalau keturunan diraja! " Katsu hanya tersengih suka.

***

Shiro dan Emyriel yang baru sahaja tiba, terbang di angkasa. Hakuryu dan Alverta sudah lama berada di dalam badan mereka.

"Nak serang? " soal Emyriel.

"Nanti dulu. Selagi kesemua jeneral belum keluar, selagi tu kita akan memerhati. " balas Shiro.

Pandangannya tajam memerhati setiap askar askar daripada Dark Cyber. Mata dipejam kemudian 2 bulatan magic hitam muncul dihadapannya.

"2 curse... "

Sebaik sahaja perkataan itu di sebut, 2 susuk tubuh muncul sambil menunduk. Perlahan-lahan Shiro membuka matanya. Mata kanannya mempunyai nombor 2 berwarna putih.

"2 sumpahan bersaudara...both of them was from hell. " terang Shiro sebelum sempat Emyriel menyoal. Emyriel mengangguk tetapi masih memuncungkan bibirnya.

"Tapi kenapa perempuan? " mata dikecilkan memerhati Shiro.

"Jangan fikir bukan bukan. Mana lah aku tahu 2 curse ni perempuan. Lagi satu, Aku setia pada kau ajelah." Ujar Shiro dengan sengihan.

"Hurmmm.. "

"Aii.. merajuk ke? "

Emyriel tidak pula membalas. Shiro ketawa lalu perhatian diberi kepada 2 sumpahan.

"Dea and Liv."

"Tuanku. "

"Korang tahu kan apa yang aku nak? " soal Shiro bernada tegas. 2 gadis yang berambut merah api itu mengangguk. Shiro tersenyum sinis.

"Pergi sekarang. "

"Arahan diterima. "

Terus dua susuk tubuh itu hilang daripada pandangan. Emyriel terbang mendekati Shiro. Selamba sahaja Shiro merangkul pinggangnya.

"Saya harap Luke dan yang lain tak apa-apa. "

"Mereka lagi kuat berbanding dahulu. Aku yakin mereka dapat bertahan sehingga Yurei keluarkan senjata utama dia. "

Faham dengan apa yang dikatakan oleh Shiro Emyriel diam memerhati peperangan daripada atas. Tangan ligat memeluk Shiro daripada sisi. Kepala di sandarkan di dada lelakinya itu.

"Selepas semua ni berakhir.. "

".. aku tahu. "

Shiro mencantas sambil tersenyum. Emyriel pula hanya diam. Pelukan semakin erat.

"I love you. "

"I love you more. "

***

Musuh yang mula menyerang secara ganas menyesakkan dada para tentera. Mereka kini diasak semakin kuat apabila bilangan musuh tidak berkurang malahan semakin banyak Daemon yang pelik pelik keluar!

"Lance! "

Teriak Akari apabila tersedar seekor Demon cuba menyerang hendap Lance! Lance yang mendengar mengelak sipi lalu melibas kepala Demon itu sehingga terpisah daripada jasad!

"Thanks my love !"

"Shut up you stupid pervert! "

BAMMMM!!!

Satu dentuman kilat hitam menyambar tidak jauh daripada mereka! Angin kencang terhasil sehingga menolak sesiapa sahaja berdekatan dengan kawasan itu. Lance pantas merangkul tubuh Akari apabila gadis itu hampir sahaja menjadi tempat hempasan badan Daemon yang melayang.

ZUPPPP!!

BUSSHHH!!!

"ARHHH!!!! "

Dalam sekelip mata, rantusan Kepala Daemon bertembangan diudara! Semua yang melihat tergamam apabila yang melakukan serangan itu adalah 2 orang gadis berambut merah. Mereka berbaju kimono hitam dan putih. Kiri dan kanan tangan mereka memegang katana.

"The Curse Twins. " membulat mata Akari yang mendengar bisikan Lance. Kepala didongak melihat wajah lelaki yang masih merangkul badannya.

"Mereka kembar yang disumpah untuk menjaga istana King Demon Dragon. Mana ada manusia biasa yang boleh seru mereka! "

"Melainkan.. "

Mata Lance dan Akari bertaut. Mata mereka membulat sebelum serentak meninjau kearah langit. Lance melepaskan rangkulan daripada Akari. Mata tidak lepas mencari sesuatu diangkasa.

"Shiro masih hidup! " ujar Akari tidak jauh daripadanya.

"Persoalannya. Mana? "

Faham dengan soalan Lance, Akari hanya menggelengkan kepala.

"Aku tak tahu. Dia tu liat sikit kalau bab berlawan. Pemalas! "

"Sedap kau kutuk aku ya? " satu suara yang tiba tiba sahaja kedengaran di fikiran Akari membuatkan gadis itu tersentak.

"Shiro? I-ini Shiro ke?! Warh!!! Kau hidup lagi pemalas durjana?!"

"Siot arhh kau. Bunyi macam tak suka aku hidup aje. " cebik Shiro disebelah Emyriel.

"Tak adalah.. kau tahu tak aku menangis bila dengar kau..." Akari tidak terus menyambung kata kata. Air mata yang menitis di lap dengan sebelah tangan. Lance hanya diam memerhati. Dari jauh, Shiro hanya tersenyum kelat.

"Jangan lah risau. Aku masih hidup kan? Sekarang ni, aku nak kau fight habis-habisan! Tunjukkan kuasa singa kilat kau!"

Tangan, Akari genggam dengan kuat. Dia ketawa kecil sebelum menyeru pedang kilat merahnya. Cas cas electric mula kelihatan di tangan kanannya.

"I will. Dan bila perang ni tamat, aku nak tumbuk muka kau sebab dah buat aku menangis! Biar mata lebam sebelah, huh! "

"Ahaha.. mampus aku lepas ni. " Shiro hanya ketawa dengan ayat Akari yang kasar seperti selalu.

"Jangan mati. "Itulah ayat terakhir Shiro sebelum memutuskan hubungan.

Akari tersenyum lalu perlahan lahan dia melepasi Lance. Lance ketawa kecil lalu mengikuti Akari yang mula merenggangkan badan.

Kilat akan menyambar medan petempuran.

"Lance.. " Seru Akari. Lance hanya dia tidak bersuara.

"Lepas ni.. kalau kita menang. Aku terima lamaran kau. "

ZUPPP!!!

Sebaik sahaja ayat itu meniti diatas bibir Akari, terus gadis itu hilang daripada pandangan. Kilat merah dan kilat hitam saling sambung menyambung!

Lance pula yang tercegang. Mata mula bersinar. Hidung mula berdarah. Lalu dia melompat kegembiraan.

"Wuhuu!!!! Aku bakal jadi suami!! Hahahah!!! "

Dengan selamba sahaja dia mula melompat keudara lalu medaratkan kaki diatas kepala kepala Demon dan Daemon. Setiap kepala yang terkena kaki Lance, berubah menjadi Ais lalu hencur bekecai. Tentera yang melihat tergamam melihat Lance yang bagikan menari nari diatas kepala musuh musuh mereka. Yang tak boleh blanya muka bahagia gila.

"Bahagia betul Guardian Lance membunuh. "

Ujar Aiz yang tidak ketinggalan melihat kegilaan Lance. Iroha yang berada disebelah sudah melompong.

"Bestnya membunuh. " terus kepalanya di ditunjal oleh Kyo.

"Bunuh Daemon aje. Jangan nak bunuh manusia. "

"Yelah... "

____________________________________________________________
__

Enjoy The Story ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top