Chapter 58 War Begins

Dari jauh permaisuri Saori memerhati dua orang anaknnya. Sayu dia melihat dari dalam Istana memandangkan dirinya tidak dapat mengikuti peperangan kali ini.

Keizo kelihatan lengkap dengan zirah perangnya manakala Katsu pula hanya berkot labuh denga hoodie. Warnanya hitam berjalur putih. Dibelakangnya pula disisipkan sebilah pedang iaitu Althiar. Jelas abang dan adik itu sedang berbincang mengenai sesuatu, Atau lebih tepat... peperangan yang bakal berlaku dalam beberapa minit sahaja lagi. Nyawa menjadi taruhan. Askar dan android yang dicipta sudah bersiap sedia.

"Bonda? "

"Ah Rin.. kamu buat apa disini? Bukan sepatutnya kamu bersedia untuk berperang? " soal Permaisuri. Pelik juga kerana anak daranya masih disini. Kuririn sendiri yang berdegil mahu turut serta walaupun sudah diugut Ayahandanya. Nak tak nak, terpaksa juga Raja Kaisar membenarkan Kuririn turut serta.

"Memanglah.. Rin saja datang tengok bonda dulu. Mana tahu ini kali terakhirkan.. "

"Ish! Apa cakap macam tu? Bonda yakin semuanya akan baik. " ujar permaisuri seraya mengusap lembut rambut merah jambu anaknya.

Rin tersenyum seraya mengucup pipi bondanya.

"Bonda doa kan kejayaan kami ya? "

"Sentiasa. "

***

"Kamu yakin ke kita boleh percayakan Arata? "

Soal Keizo kepada Katsu yang berpeluk tubuh. Katsu hanya tersengih seraya mengangguk perlahan. Masih segar diingatan dia perbualannya bersama Arata.

***

"Aku datang ke sini hanya untuk membantu. Tapi tidak bermakna aku sudah berpihak kepada kalian. Alaa.. senang cerita ianya lebih kepada dendam. " terang Arata dengan senyuman.

"Dendam? " soal Katsu

" Ya. Lelaki yang telah membunuh adik aku ialah Riz. Dan lelaki itu ada kaitan dengan ibunya. "

Kata Arata sambil menunding jari kearah Luke. Luke kelihatan tergamam manakala Katsu meneguk liur. Arata tersengih.

"Terpulang pada kau nak percaya atau tidak. Tapi.. apa yang pasti aku hanya mahu membunuh lelaki itu. Selain daripada itu, tiada. Dan bermakna kita masih lagi musuh. Dude, aku masih teringin nak rasa darah kerabat diraja! HAHAHAHA!!"

Katsu merenung Arata tajam. Arata tersengih lagi lalu memandang Luke yang masih tidak boleh memproses apa yang dikatakan olehnya.

"Kau budak lembab... aku nak tanya. Kau masih berharap boleh selamatkan ibu kau? "

"Huh? A-aku.. "

"Jika ya, tanam balik niat kau tu. Kau tak akan dan tak mungkin boleh selamatkan dia. "

Cantas Arata membuatkan Luke tersentak. Matanya membulat memandang Arata yang tiada perasaan.

"Kau tahu tak apa maksud perjanjian nyawa? " soal Arata.

"Perjanjian yang membuatkan seseorang berkongsi nyawa. "

"Betul. Dan dia telah berjanji dengan Riz. Kau tahu kan peraturan perjanjian itu? Apa yang akan berlaku jika Mak kau atau Riz mati? "

Luke hanya memandang tanah. Tangan dikepal penumbuk. Perlahan lahan kepalanya dianggukkan.

"Jadi kau sanggup nak hianati rakan- rakan kau? Macam Alger? "

Luke hanya diam tidak bersuara. Arata mengeluh lalu berjalan kearah Luke. Bahu remaja itu ditepuk seraya portal terbuka didepannya.

"Ingat.. ini peperangan. Aku hanya mahu pastikan kau tidak teragak- agak untuk membunuh ibu kau. Jika tidak.. " mulutnya didekatkan ditelinga Luke.

".. kau yang akan mati. "

Katanya lagi. Arata tersenyum lalu menjarakkan kedudukkannya.

"Ingat sikit,ini peperangan. Kalau keluarga sendiri pun boleh jadi musuh,inikan pula rakan sendiri. "

Itulah kata kata terakhir Arata sebelum hilang dari pandangan.

***

"Jangan risau lah bang. Apa-apapun, ingat pesan aku. Jangan sesekali kau bertempur tanpa ayahanda dan Rin disisi. Aku tak nak lah tetiba nanti kena naik tahta terus bila perang ni tamat. " seloroh Katsu mengundang tumbukan dibahunya. Dia tersengih melihat muka abangnya.

"Mulut kau tu tak boleh jaga sikit ke? Kalau ayahanda dengar memang mati dia kerja kan kau. "

"Haha.. chill lah. Gurau aje. Tapi aku peliklah.. asal kau tak mahu naik Tahta? Kau boleh aje gabungkan Kerajaan Light dan Grandiflora nanti." Soal Katsu.

"Malaslah aku nak memerintah dua kerajaan. Kalau kecik tak apalah jugak, ini! Perhh.. besar beb. Lagi pun aku lebih selesa memerintah di Kerajaan Light. Bukannya jauh pun dari Grandiflora. "

"But still.. "

"Dah- dah lah dik... ni apa kata kau jumpa kawan-kawan kau dulu. Suruh mereka bersedia. "

"Roger. "

Katsu membuat tabik hormat seraya berlari kearah Luke dan yang lain lain. Anne terlebih dahulu perasan akan kehadiran Katsu.

"Katsu, kita semua sudah bersedia. Sekarang hanya menunggu arahan sahaja. "

"Baiklah kalau macam tu. Aiz! Arahkan kumpulan kau duduk di barisan Worrior. Tinggalkan aku Anne, Luke dan Fuyu sahaja."

"Baik! Guys let's go. "

Arah Aiz mendapat anggukan mereka semua. Terus kesemua ahli kumpulannya bergerak ke posisi masing-masing.

"Akari dan Ayana mana? "Soal Fuyu.

"Akari akan ikut Lance dan Ayana bersama Leon. Kau pula bersama Luke, aku dan Anne. Kita akan berada di barisan hadapan. Faham? " soal Katsu mendapat anggukan Anne dan Fuyu. Luke yang hanya diam tak bersuara dipandang sebelum helaan nafas berat dilepakan. Katsu memberi isyarat kepada Anne untuk bawak Fuyu ke barisan hadapan tentera untuk membiarkan dia bersama Luke. Anne akur.

"Hey Luke. " panggil Katsu seraya menepuk bahu Luke. Luke tersentak seraya memandang kearah Katsu dengan senyuman kelat.

"Something bothering you buddy? "

"Not really... just thinking. "

"Seriously? First time aku dengar kau berfikir."

"Oit! "

Katsu ketawa kecil melihat muka Luke yang kebengangan.

"Aku bergurau ajelah. Chill. Kau ni, dari semalam asyik termenung aje. Buruk tau muka kau tu kalau termenung? Kau kalau ada apa -apa masalah cerita aje dekat aku. Aku tahu kau masih fikirkan apa yang Arata cakap. Just, don't worry too much alright? Aku kan ada? Kita kawan,dan kawan tak akan sesekali menghianati satu sama lain. Aku tahu aku tak sehebat Shiro, tapi sekurang- kurangnya kau boleh berharap pada aku. Jadi ceria lah! "

Terus belakang Luke ditepuk bersama sengihan. Luke pula seperti tergamam dengan bicara Katsu. Sedikit demi sedikit mulutnya mengukir sengih.

"Thanks, Katsu. "

"Anything for ya. "

"Even a kiss at lips? "

"Yup! Even a ki-WHAT THE HELL LUKE?!! "

"HAHAHA..! Eww! Aku tak tahu kau ni gay Katsu? HAHAHA! Sian Anne dapat kau, heartbroken lerr dia.! AHAHA! "

"Tengkorak kau! "

Terus Katsu menumbuk perut Luke. Luke pula hanya ketawa walaupun perut agak sakit. Usai ketawanya terhenti terus dia memaut tangan Katsu lalu menariknya sambil berlari.

"Jom lah! Ada peperangan yang menanti kita!"

Katsu pula hanya tersenyum seraya mengangguk.

"Yeah! "

***

"Nampaknya kau betul,- betul sudah sedia. " kata Ryuzaki kepada Shiro sambil melihat tangan kanannya yang sudah hilang. Bahagian pipinya pula kelihatan dihiris. Shiro pula hanya mengaru pipinya. Badannya juga tidak terelak dari tercedera.

Pertarungan antara Shiro dan Ryuzaki tamat sebaik sahaja asap yang terhasil daripada serangan Shiro lesap. Ketika itulah tangan Ryuzaki hangus sekaligus bertukar abu. Begitu juga dengan pertarungan antara Emyriel dan Celeste.

"Yeah. Err.. tapi tangan kau akan OK ke? "

"Kau jangan lah risau, tangan ni akan tumbuh balik." Ujar Ryuzaki seraya menepuk bahu remaja itu.

Aiken, Eren, Yuna dan Celeste hanya tersenyum dibelakang Ryuzaki.

"Pergilah, ada peperangan yang kau harus sertai. Semuanya bergantung kepada kamu berdua. "

Serentak dengan itu, cahaya mula mengelilingi Emyriel dan Shiro. Mereka juga mula hilang bagaikan cebisan kertas yang dikoyakkan.

"Save the world kid. "Shiro tersenyum mendengar ayat yang keluar dari bibir Ryuzaki.

"I will. "

***

Shiro POV

Perlahan- lahan aku membuka mata. Sekitar aku berasa hangat dan Lembut? Tetapi kenapa masih gelap? Dan aku dimana? Emyriel?!

"Emy! "

Tiada sahutan, semuanya gelap. Tetapi tidak lama apabila aku terasa seperti ada gegaran disekeliling. Bukan itu sahaja, tempat yang aku duduk juga agak melekit seperti cecair!

"Shiro? "

"Naga Hangus?! "

Panggil aku apabila suara Hakuryu kedengaran. Aik, hilang dah? Woit!! Naga hangus!! Janganlah bagi Fake hope!! Tetiba aku ternampak cahaya yang panjang dihadapanku, semakin lama semakin jelas cahaja itu. Tapi..

"HUWAARGG!!!! "

Menjeritlah aku bila tetiba sahaja aku dilayangkan keatas! Apabila aku melihat kebawah, rupa- rupanya aku dalam mulut Hakuryu oit!!

Urgh..Patut berledir. Air liur dia..

Euww..

"Benda pertama yang kau cakap selepas kau mati pada aku 'Naga Hangus?!' Kau memang nak mati sungguh ke hah?!! "

Aku hanya tersengih melihat kebengangan Hakuryu sambil terapung diudara. Nampak macam form full demon aku still ada. Kemudian aku ternampak senyuman yang jarang di buat oleh Hakuryu. Aku juga membalas senyumannya seraya mendekatkan kepala aku dengan kepala nagannya. Dahi kecil ku bertemu dengan dahi sisiknya.

"Selamat kembali budak.. "

"Terima kasih pada usaha keras kau lah. "

"Aku buat apa sahaja untuk anak angkat aku."

Ujar Hakuryu seraya menjarakkan dahi mereka. Shiro pula hanya tersengih dan duduk diatas kepala Hakuryu.

"Yeah, kau memang ayah naga aku. And wow, cool betul penampilan kau sekarang ek? "

"Bukan kau sorang yang boleh tingkatkan kuasa. " ujar Hakuryu bangga. Shiro ketawa. Seronok dapat kembali.

"Shiro.. "

Panggil Emyriel yang sudah berada diatas kepala Alverta yang turut berubah bentuk. Shiro tersengih seraya mengangguk.

Dan dalam masa yang sama para tentera Garandiflora sudah sedia dengan senjata mereka. Raja Kaisar menjulang Pedangnya diudara. Raja-raja Kerajaan kecil juga mengambil posisi masing- masing.

"Peperangan kali ini adalah penentuan untuk Kerajaan kita! Jika terkorban sekali pun, kita telah menyelamatkan beratus nyawa dan insan tercinta! Jadi angkat senjata kalian dan jilatlah darah musuh dihadapan!!! "

"YEAH!!!!! "

Portal gergasi muncul dihadapan mereka bersama kilat yang sambar menyambar dilangit! Sebaik sahaja mereka memasuki portal itu, askar tengkorak sudah mula berlari kearah mereka bersama Daemon dan Demon!

"FIGHT FOR OUR KINGDOM AND FAMILY!"

Ketika itu jugalah Raja Kaisar mula menetak kesemua musuh dihadapannya bersama Kuririn dan Keizo!

"Matilah mahluk hodoh!! "

SLLLAASSHHHH!!!!

Katsu menebas setiap musuh dihadapannya ! Mudah sahaja dia mengelak dan menyerang!

"Muka kau pun hodoh tak payah kata orang lah! " jerit Luke bersama pedang masa dan ais yang mula menjilat darah Daemom dan Demon. Kemudian sebilah pedang melayang kearah dirinya.

"Woit! Asal serang aku ni begong?! "

"Kau lah begong hanat! Dalam perang pun nak cari gaduh ke hah?! "

"Nak gaduh ke sedara?! "

"Hah marilah sedara! "

GRRAAA!!!

"BISINGLAH SETAN! "

KEBUSHHHH!!!!

Terus badan besar seekor Demon dicincang oleh Katsu dan Luke! Luke dan Katsu kembali melagakan kepala mereka! Anne yang melihat dari jauh mula terangkat angkat kening. Demon yang menyerangnya dari belakang ditangkap tangannya lalu dibaling Demon itu pada Luke dan Katsu! Tergamam mereka apabila Demon melepasi mereka lalu terhempas kedalam tanah!

"BOLEH TAK KALAU KORANG BERLAWAN SECARA SERIUS?! NAK MATI DENGAN SAYA KE APA?!"

Luke dan Katsu yang melihat 'demon' Anne mula berpeluk sambil mengangguk laju. Anne tersenyum sebelum meneruskan 'buruannya'.

"Girlfriend kau badass lah. "

"Badass dia pun cute tau! Cair aku. "

"Eleh.. girlfriend aku lagi cute! Buah dada dia lagi besar! "

"Girlfriend kau 17 tahun boleh lah! Tengok nanti bila Anne dah besar! Fuyu pun kalah! "

"Alright mari kita tengok girlfriend siapa-"

KUKK!

KUKK!

"JANGAN NAK MEMIANG LAH!!! "

Marah Akari. Tangannya berasap setelah mengetuk kepala Katsu dan Luke yang sudah benjol.

"Thanks kak Akari! DAN KATSU, KAU MEMANG MATI LEPAS PEPERANGAN NI!! "

Jerit Anne yang lebih garang menyerang musuh dihadapan seperti geram. Katsu mula teguk liur. Luke pula selamba menepuk bahunya. Air mata palsu mula mengalir.

"Taniah kawan, kau dah tempah keranda. "

"Kau memamg setan Luke. "

***
GRROO!!

ROOUURR!!!

Shiro mengeluh sambil menongkat kepala. Bosan melihat Hakuryu berlawan dengan Demon- Demon yang bersayap itu. Baru beberapa minit mereka terbang diudara untuk ke medan perang, beberapa Abnormal Demon yang bersayap menyerang! Alverta dan Hakuryu menyerang tanpa henti!

Mulut yang menguap ditutup.

"Haku.. aku tidur dulu tau.. huaah.. dah siap kejut aku.. kroongg.. ."

"OIT! "

________________________________________________________________

HAKURYU NEW DEMON FORM.

ALVERTA NEW ANGEL FORM


Alright that's all😂enjoy 💕dan jangan lupa tekn Vote dan comment ya guys? ⭐😂💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top