Chapter 54 (part 4) Royal Siblings

"Luke.. "

Tegur seseorang membuatkan Luke tersentak. Terus dipalingkan badanya kebelakang. Matanya membulat sebaik sahaja bertembung dengan mata yang berwarna biru yang sudah berair.

"Fuyu.. "

Dengan spontan badannya di peluk erat. Darah daripada Demon dan Daemon di badan Luke tidak dihiraukan. Luke yang tergamam membalas pelukannya pelahan lahan.

Hujan mula menitis. Menangis dan membasahi dunia. Peperangan pertama sudah tamat dan peperangan terakhir bakal menyusul.

"Thanks.. god.. thanks for saving him. "

Ucap Fuyu dalam sendu didakapan Luke. Hujan yang membasahi diri mereka tidak dihiraukan. Luke tersenyum. Ubun-ubun Fuyu di cium sayang. Rambut hadapannya menutupi mata. Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah jua dilindung hujan. Wajah Shiro dan Emyriel mula bermain di fikirannya. Begitu juga wajah ibunya.

"Did we have a chance to win the war? "

***

"Urgh.. "

"Katsu..? "

Ujar Anne apabila Katsu mula bergerak . Sudah 2 hari berlalu sejak peperangan tak diduga itu. Dan 2 hari jugak Katsu terlantar di hospital yang masih boleh beroperasi. Banyak kerosakan yang telah berlaku di Grandiflora. Kematian seorang Guardian, pembelot dari unit Guardian dan juga kemusnahan di setiap kerajaan serta kematian ramai tentera...

Ianya seperti petanda untuk kemusnahan Grandiflora..

Itulah apa yang difikirkan oleh rakyat tika ini.

Kemenangan?

Tersangat samar.. terlalu samar.

"A-Anne..? Ak-"

"Shh... jangan banyak bergerak. Badan kau tak cukup kuat lagi. Baringlah. "

Katsu hanya akur apabila Anne menolak dadanya untuk berbaring semula. Badan Katsu di balut dengan kain pembalut luka dari bahu kanan ke pinggang dan di sekeliling bahagian perut hingga dada.

Kesunyian memenuhi bilik itu sehinggalah Katsu mengambil keputusan untuk bercakap. Dia menarik tangan Anne lalu mengangkat muka Anne yang sedari tadi menunduk. Katsu tersenyum kelat melihat air mata gadis itu menitis.

"Hey.. hey.. no need to cry.. I'm here and alive.. "

"Tapi kau cedera Kat... kau cedera teruk... mana janji kau? Pulang dengan selamat dan sentiasa di sisi aku? "

Anne mula menangis membuatkan Katsu sebak. Terus di tarik gadis itu kedalam pelukannya. Dia berdecit perlahan apabila luka di perut menyengat tetapi tidak diedahkan. Bahu Anne yang terhinjut kerana menangis diusap perlahan.

"Sorry Pinky... "

"Kau jahat Kat.. kau jahat.. "

"I know... "

Tersenyum Katsu mendengar luahan kecil Anne. Selamat dia ditempatkan di bilik private, kalau tak lagi dia nak bersweet dengan Anne.. hahaha...

"Lahaii.. dalam diam mengatal jugak Abang Katsu ni kan abang Keizo? "

Soal seorang gadis yang muncul tetiba membuatkan Katsu dan Anne menjarangkan diri antara satu sama lain. Katsu memandang gadis itu kegeraman.

"Sibuk lah kau! "

"Eii!! Tak padan dengan sakit, ada hati nak bertekak."

Dengan selamba gadis itu mencubit bahagian perut membuatkan Katsu mengerang sakit! Kejam punya adik!!

"Sakit lah bagang! "

"Huhu... sampai hati abang Atsu bagangkan titew.. "

"Dah dahlah..Rin.. abang kau sakit tu. Kau pun tak ceredik, yang pergi cubit dia kenapa?"

"Yelah yelah salah adik.. "

Balas si gadis yang dipanggil Rin atau nama penuhnya Kuririn Raynard. Keizo iaitu abang sulung Katsu hanya tersengih lalu mengusap kepala adik perempuannya yang dah muncung sedepa. Pandangannya dihalakan kearah Anne lalu tersenyum.

"Terima kasih sebab dah jaga Katsu selama ni. Maaflah kalau dia ada buat perkara pelik kat awak. Otak dia ni pun kekadang tak boleh pakai jugak. "

"Oit! I'm still here okay? Sedap je mulut tu nak mengutuk. "

Kalini Katsu pula yang mencebik tak puas hati. Elok lah tu, tadi kena ngan adik, kali ni ngan abang. Bagus sangat.

"Haha.. chill lah. Bukan selalu abang nak usik kau. Apapun.. siapa nama adik ipar abang ni eh? "

"Eh? "

Soal Katsu dan Anne Serentak. Mereka pandang satu sama lain sebelum mengalihkan pandangan ke arah yang bertentangan dengan muka yang mula merah.

"Ceh, malu malu pulak. Tadi bukan main berpelukan. Nanti dah kahwin bukan setakat peluk je-"

BUUUKKK!!!

"Kau jangan nak cakap bebukan Rin! Jangan sampai nanti ada jugak katil untuk seorang lagi kat sebelah aku ni!"

Ugut Katsu geram. Kuririn hanya tersengih melihat kemarahan abangnya. Bantal yang dibaling padanya di beri pada Anne yang sudah merah mukanya. Sempat dia berbisik sesuatu.

"Jangan risau, abang saya good punya. "

"KURIRIN!!!! "

Kuririn ketawa tanpa henti apabila melihat abangnya yang mula naik hantu. Keizo hanya menghela nafas berat dengan kepala yang digelengkan.

"Betuah punya adik.. abang kau sakit pun nak naik kan darah dia.. haiih.. " bisiknya sendiri dengan keluhan.

"Abang ada cakap apa-apa ke? " soal Kuririn.

"Tak lah. Dah lah Atsu, abang nak pergi tengok tentera kita dan rakyat. Nanti nak apa-apa kau panggil je abang okay? "

Katsu mengangguk faham. Keizo tersenyum lalu mengusap lembut kepala Katsu sebelum keluar bersama Kuririn. Sebelum keluar, sempat Kuririn menoleh ke belakang..

"Nak cium boleh dah ni, orang tak melawat time ni. Good luck bro! "

"Just get out will ya?! "

Jelas kedengaran hilai tawa Kuririn yang berdekah. Katsu meramas rambutnya seraya mendengus. Ada aje modal Kuririn yang bongsu itu untuk memalukan dirinya! Hantu punya adik!

Muka Anne yang menunduk dia pandang. Belakang leher di gosok. Rasa segan pula apabila berdua. Lagi lagi bila adiknya buat lawak bodoh tadi.

"Err.. maaflah sebab adik aku tadi. Dia memang macam tu. "

"Huh? O-oh, tak apa."

Bilik itu kembali senyap. Katsu pula hanya mengosok batang leher sambil merenung Anne. Anne yang menjeling kearah Kastu mengalihkan matanya apabila mata mereka bertemu.

Ketawa kecil Katsu membuatkan dia mengangkat muka. Keningnya bertaut hairan.

"Kenapa? "

"Haha... tak adalah.. muka kau tu hah. Comel sangat. Kalau nak tengok muka aku, kau tengok je. Tak payah malu malu lah.. "

"Ma-mana ada! "

"Tak nak mengaku hah? "

Terus di tarik tangan kanan Anne sehingga gadis itu berada di atas dirinya yang terbaring diatas katil. Makin merah muka Anne dibuatnya!

Tak kan Sakit-sakit ni pun nak mengatal King oit!!

"Say again.. "

"Huh? "

"Say that you love me again... i want to hear it. "

"I-i.. "

Makin membahang muka gadis itu. Nak meletup jantungnya apabila Katsu tersengih penuh makna.

"Cakap atau... "

"Atau apa? " soal Anne lebih kepada mencabar.

Tanpa amaran terus bibirnya bersatu dengan Katsu ! Membulat matanya apabila Katsu mengucup bibirnya sekilas.

"Aku cium kau lagi. "

"Ka-kau i-itu sa-saya..a-aku.. " tergagap Anne untuk bercakap. Matanya mula berpinar. Jelas seluruh mukanya merah umpama tomato. Katsu tahan ketawa.

"Just say it Anne.. "

"I-i... "

"Too slowlah. Just said it like this... I love you Anne Sereani.. i love you.. i love you so much.. " ucap Katsu romantis sambil membawa Anne dekat dengannya sehingga dahi mereka bersentuhan dan hidung berlaga. Anne terpana apabila Katsu mengucapkan kata-kata keramat itu tanpa sengan silu, malahan lelaki itu mengulanginya tanpa henti.

"I love you too, idiot. "

"Finally."

Terus dihadiahkan kucupan di bibir lagi. Anne juga membalasnya sehinggalah..

"Hey Anne, Katsu dah-"

Terus mati kata kata lelaki berambut oren itu. Serentak dengan itu Katsu dan Anne melepaskan kucupan lalu memandang Luke.

"Seriously Author? Kau nak aku mati ke? Dulu dengan Shiro, kali ni Dengan Katsu pulak? What the hell?! " bisik Luke sendiri.

"Luke.. "

Panggil Katsu yang sudah meletakkan Anne di kerusi duduknya semula. Muka Anne tekup kerana malu yang menggunung.

"Ha-hah? Ekk?!!! "

Terjerit Luke apabila Katsu mula membuat Tyrannosaurus dari bayang. Peluh dingin mula turun dari mukanya. Langkah keselamatan mula dibuka dengan senyuman dibibir.

"Kau sayang aku kan Katsu? Tak kan nak biar aku kena makan dengan natang ni?"

".. you the one who is asking for a ticket directly to hell."

GGGRRRRROUURRR!!!

"Huarrghh!!!! "

Tingkat atas hospital itu mula bising dengan suara menjerit seorang perempuan a.k.a Luke Tsuyoshi.

"Apabendalah budak ni.. haiih.. "

Keluh Leon yang dirawat dibawah bilik Katsu. Ayana yang menemani hanya ketawa kecil.

"Dah dahlah.. nah makan. Ingat sikit, diri tu tak sembuh lagi. "

"Aku tahu lah.. "
___________________________________________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top