Chapter 54 (part 1) The Best King Ever

Seorang lelaki berambut hitam tersenyum bersama mata yang tertutup. Sekelilingnya putih sahaja. 6 sayap hitam cantik berada di belakang badannya. Di sisi kepala ada 2 tanduk tajam yang berwarna hitam.

"Abang... "

Panggil seorang wanita berambut putih dan bermata biru. 6 sayap putih juga kelihatan di belakangnya. Lelaki itu menoleh kebelakang lalu didepankan tangannya. Wanita itu tersenyum seraya memeluk suaminya. Kepala didongak sambil dagu di atas dada lelaki itu. Lelaki itu ketawa kecil melihat isterinya yang manja.

"Something wrong Celeste?Sayang manja semacam lah."

"Ish.. nak manja pun tak boleh! "

"Hahahaha... ok ok..please jangan merajuk. Susah abang nak cium nanti. "

Ujar lelaki itu seraya memegang kedua belah pipi isterinya. Dahi wanita yang di gelar Celeste di cium sayang. Celeste tersenyum girang. Pelukan semakin erat.

"Oit Ryuzaki! Jangan nak buat sweet kat dini boleh tak? Benda lain tak settle lagi, kau dah kucup bagai kat sini. Mangkuk punya Raja. "

Sapaan satu suara membuatkan lelaki yang bergelar Ryuzaki berpaling ke kanan. Muka tak puas hati suara itu membuatkan pelukannya pada Celeste terlepas tetapi tangannya masih melingkar di pinggang wanita itu. Celeste tersenyum sipu.

"Kau ada pasangan jugak kan, Aiken? Mana nya? "

"Saya kat belakang Aiken ni Tuanku. "

Balas seorang wanita yang tingginya hanya paras bahu lelaki bernama Aiken. Aiken yang terkejut terus berpaling lalu menghela nafas berat.

"Ingat sapa lah tadi. Haiih... Yuna ni.. "

"Hihi... cowwy~"

Aiken berambut putih dan bermata merah. Badanya sasa dan tegap tetapi tidak terlalu berotot. Penampilanya hampir sama dengan Ryuzaki, cumanya dia hanya mempunyai sepasang sayap Hitam sahaja. Begitu Juga Yuna yang berambut hitam dan bermata biru. Penampilanya sama seperti Celeste tetapi hanya mempunyai sepasang sayap putih.

Muka Aiken mula berubah serius. Padangannya tercacap pada Ryuzaki yang beriak tenang.

"Masa telah tiba. "

"Aku tahu... "

"Jadi? "

"Kita tunggu.. Hakuryu dan Alverta akan bawa mereka kepada kita. Kau panggil Eren kemari. "

"Kau pasti ke mereka orangnya? "

"Aku Raja puak Ryuzaki yang pertama, Of course i know what I'm doing. "

Ujarnya dengan tenang tetapi masih menonjolkan keyakinan yang tinggi. Aiken akur lalu mengibarkan sayapnya begitu juga Yuna.

Apabila kelibat Aiken dan Yuna hilang, Ryuzaki berpaling kehadapan dan berjalan di alam yang serba putih itu. Celeste hanya menurut kemana sahaja dia pergi. Kemudian Alam itu di penuhi rumput hijau yang berbunga serta anak sungai yang mengalir jernih airnya.

"Abang.. "

"Mmmm...? "

"Boleh ke kita selamatkan 'dia'? "

Langkah mereka terhenti. Angin sepoi sepoi bahasa mengalunkan rambut mereka berdua. Ryuzaki tersenyum lalu membelai rambut Celeste.

"Abang yakin kita boleh. Dia ada darah seekor Phoenix, jadi jika dia dibunuh di peperangan kalini, tak salah jika dia menjaga kelahiran 'dia' yang baru. "

Celeste hanya mengangguk lalu diletokkan kepalanya di dada Ryuzaki. Tangan mereka bertaut.

"I trust you Ryuzaki.."

"Thanks Celeste.. "

***
Tanah di medan pertempuaran itu bergegar hebat! Kurayami mengaum nyaring sehingga memecahkan kesemua tingkap Academy! Angin kuat terhasil bersama puting beliung!

Yurei ketawa kegembiraan! Ini yang dia mahukan! Alger hanya diam dan tersenyum sendiri. Persekitarannya sungguh menawan hatinya.

"What are beautiful world.."

Tiba- tiba tanah bergegar dengan hebat sekali lagi! Kilat putih dan hitam sambar menyambar! Api juga turut keluar dari tanah dan menjulang ke atas!

RRRROOOURRRR!!!!!!

Gauman kuat 2 ekor naga kedengaran dan menarik perhatian Kurayami! Dalam sekelip mata Hakuryu menyerang Kurayami dari dalam tanah! Kaki Kurayami digigit! Naga kehancuran itu mengaum kesakitan!

"DAMN YOU HAKURYU!! "

Ngaum Kurayami lalu di libas ekornya ke arah Hakuryu. Hakuryu mengelak seraya melepaskan gigitannya! Yurei yang terkejut melihat Hakuryu, melompat ke atas kepala Kurayami. Dia memandang sinis Hakuryu.

"Long time no see Dragon King of Ryuzaki."

"kau dah melampau yurei! Sanggup kau lepaskan Kurayami setelah ayahanda kau bersusah payah mengurungnya dahulu?! Kau nak dunia ni musnah ke?! "

"Argh!! Bising lah kau! Aku tahu apa yang aku buat! Memang aku nak dunia ni musnah! Musnah macam mana kau musnahkan kerajaan ini suatu ketika dahulu dan membunuh Iryu! "

Keluh Hakuryu mendengar bicara Yurei. Benar. Dia pernah menjadi musuh kepada kerajaan ini suatu ketika dahulu. Pada awalnya kuasa Spirit tidak pernah wujud. Mereka wujud kerana ketamakan manusia sehingga mencipta haiwan-haiwan lagenda itu sendiri. Menggunakan Sihir dam sains, haiwan Spirit yang asalnya di gelar Fallen-Experiment [Fallen-Ex] dicipta untuk menakluk dunia. Fallen-Ex di kerah untuk membunuh manusia supaya kuasa mereka di serap dan yang paling berjaya adalah Hakuryu dan Alverta. Hakuryu banyak membunuh keturunan yang berkuasa Demon membuatkan dirinya Bergelar King Demon Dragon selepas Kurayami. Kerana terlalu tertekan dengan Manusia, dia memilih untuk membunuh dan memusnahkan Grandiflora.

Hakuryu tewas menentang Eren iaitu Raja Elemental Kegelapan bagi puak Ryuzaki ketika itu. Di sebabkan rasa simpati, Eren menyerahkan segala kuasanya kepada Hakuryu di samping menjadikan naga Itu Spiritnya. Sejak dari itulah kuasa Spirit Wujud. Perkara ini juga berlaku pada Alverta. Dia menjadi Spirit kepada bonda Eren iaitu Yuna.

"... "

"Kenapa kau tak jawab hah?!"

Makin berang Yurei dibuatnya apabila Hakuryu hanya mendiamkan diri.

"Kau tak patut hidup Hakuryu... "

Ujar Yurei lalu Exdeath muncul di tangan kanannya. Kurayami mengaum sebaik sahaja Yurei menyuruhnya menyerang Hakuryu.

Hakuryu yang tersentak mengelak serangan Kurayami! Naga itu mengetap gigi apabila semburan Larva dari mulut Kurayami di tujukan kerahnya!

Tiba tiba satu cahaya putih muncul di depan Hakuryu! Alverta menggunakan kuasa pelindungnya!

"Hati hati... Haku.. saya tak nak kehilangan awak pulak...."

Ujar Alverta pilu. Hatinya masih sedih dengan kehilangan Emyriel. Air matanya juga mengalir membuatkan Hakuryu tersentak.

".. Hakuryu.. "

Membulat mata Hakuryu apabila satu suara kedengaran di benak fikirannya.

"Eren.. "

Waktu seakan berhenti! Hakuryu melihat sekeliling tetapi tiada kelibat sesiapa.

"Masanya telah tiba.. bawa mereka ke tempat itu sekarang.. "

"Tapi mereka.. "

"Mereka akan hidup.. "

Makin terkejut Hakuryu dibuatnya. Suara kalini sangat berbeza!

"Siapa kau? "

"Kau akan tahu nanti. "

"Apa? "

"Oit! Oit! Tak payah tanyak banyak soalan. Bawak je 2 mayat tu ketempat yang Eren suruh!"

"Ayahanda.. "

"What? "

"Its that you Aiken? "

"Yes aku. Why? "

Memang tergamam habis Hakuryu apabila mendengar suara Aiken. Sukar untuk dia percaya dengan keadaan sekarang.

"Hahaha.. dah dah lah tu. Sian Hakuryu. "

"Yuna?! "

"Err.. hihi.. yes ini saya. "

"Apa-apapun, baik kau gerak sekarang Hakuryu. We waiting for you. "

"Sekejap!! "

BBBBAAAMMMM!!!!!

Kepulan asap mula naik keudara! Serangan yang maha kuat dari Kurayami menghancurkan sebuah gunung! Rekahan terjadi di mana mana!

Hakuryu menghalang habuk dari memasuki matanya dengan sayap . Apabila sayapnya dialihkan, tergamam dia melihat sekeliling! Api banyak menjulang ke atas! Lavar keluar dari dalam tanah! Seluruh bandar Alterald hancur dan retak! Akademy juga telah musnah!

"HAKURYU!! "

Panggilan Seekor musang berekor sembilan yang bersaiz sama sepertinya, membuatkan dia tersentak.

"Kitsu.. "

"Hakuryu, mana Shiro?! "

Soal Luke yang berada di bahu Kitsu dan dia cedera parah. Lance dan Ayumi yang tidak sedarkan diri berada di belakang badan Kitsu.

Pilu Hakuryu untuk menjawab. Kemudian dia terdengar suara tangisan seseorang.

"Abang.. hik.. hik.
Tolong.. jangan.. hik.. jangan tingalkan Lucia... hik... hik.. ABANG!!!! "

Lucia mendakap tubuh Shiro. Sidero pula berada di sisinya untuk melindungi. Dia diam tidak terkata.

"Tak.. mungkin.. "

Terduduk Luke melihat keadaan kawannya. Makin terkejut apabila melihat keadaan susuk tubuh Emyriel yang sempat diselamatkan oleh Katsu semasa pemuda itu datang kemari kerana Arata menghilangkan diri secara tiba tiba.

"Aku akan datang kembali Hakuryu. Buat masa ni aku akan berundur. Angaplah ini amaran untuk peperangan sebenar. Aku akan musnahkan kerajaan Ini 5 hari dari sekarang. "

Ujar Yurei diatas kepala Kurayami. Kesemua jeneral Dark Cyber juga berada di sisinya.

"Tch. Kau bernasib baik kali ni Katsu. Aku akan pastikan kau terbunuh di tangan aku!" ujar Arata. Katsu hanya mendiamkan diri bersama renungan tajam.

"Sorry child.. nampaknya pertarungan kita terpaksa ditangguhkan. Cepat sembuh ya? "

Kata kata Yuki menyakitkan hati Luke. Terutama apabila wanita itu berpaling darinya.

"Oit Blood user! Make sure you can be more strong went we fight again! "

Ujar Akuma kepada Iroha yang baru muncul bersama Leon dan Lucas.

"Heh, not bad you hot guys. Its my pleasure to kill you next time. "

Ujar Rossy bersama flying Kiss membuatkan Leon geli geliman. Lucas pula tidak mengedarkan bicara Rossy, tumpuannya kini hanya pada Shiro.

"Abang... "

Kalimat itu terlepas tanpa sengaja. Air matanya juga turut mengalir tanpa sedar! Terus dia berlari kearah Lucia.

"Kau juga di pihak mereka Ryuuki. "

Ujar Yurei sebaik sahaja Ryuuki muncul di sebelah Hakuryu.

"Apa boleh buat. Budak tu je yang boleh tahan kuasa sumpahan aku. " Balas Ryuuki selamba.

"Hakuryu.. "

Panggilan Ryuuki menyentakkan Hakuryu. Hakuryu memandang Ryuuki.

"You the best King ever.. so be like one. Aku yakin pada kau. Sahabat. "

Ujar Ryuuki dengan sengihan. Membulat mata Hakuryu mendengarnya. Ayat ini pernah di ujarkan oleh Shiro semasa dia masih kecil.

***

"Say.. Hakuryu.. "

"Tch.. what you want brat.. "

"Thanks for saving me and Luke. Kalau tak, mesti kami dah kena makan dengan jerung tu. You Sure the best King ever! " ujar Shiro yang masih dalam lingkungan 9 tahun.

"Shut up. Siapa suruh kau main dekat kawasan tu. "

"Mana ada aku main. Aku nak tidur dalam laut tu je. Kalau aku tidur dalam tu mesti tak payah mandi dah kan? "

KUUUKK!!!

"Ayyee!!! Sakit lah Naga hangus!! "

"Boleh tak kau utama kan keselamatan berbanding tidur tu?! "

"Mana boleh! Tidur diutamakan!! "

"Mulut kau tukan.. ! "

"Mulut paling manis! "

"Hoi! "

***

"Damn that guy.. "

Ujar Hakuryu dengan senyuman. Kemudian dia mara ke hadapan dan membalas pandangan Yurei.

"Come and attack us. But remember.. we gonna win this time! "

"Heh, jangan belagak atau kau yang akan menyesal. "

Kurayami mengepakkan sayapnya, lalu satu portal terbentuk di dibelakangnya. Akhirnya mereka hilang dari pandangan.

"The real war will begin.. "

Susuk Tubuh Shiro dan Emyriel dipandang. Dia bergerak ke arah Shiro terlebih dahulu.

"Lucia.. "

Lucia yang masih dengan air mata memandang Hakuryu. Lucas yang berada di sisi lagi satu hanya mendiamkan diri. Hakuryu tersenyum.

"Your twin still alive. "

"Huh? "

Membulat mata Lucia apabila mendengarnya.

"Silent no.. Lucas. Protect your Twin while i try to bring Shiro and Emyriel back. "

"I will. "

Sebaik sahaja mendengar ayat itu terus Lucia memandang Lucas tidak percaya. Makin galak air matanya mengalir. Terus didakapnya Lucas.

Dia menangis semahu mahunya. Hakuryu menunduk kan kepalanya lalu di masukkan Shiro kedalam Mulutnya.

"Jangan risau aku tak akan makan dia. Aku mahu bawa dia kesuatu tempat. " ujarnya apabila melihat wajah mereka.

"Alverta.. "

Alverta mengangguk lalu dia menyuruh Katsu memasukkan Emyriel kedalam mulutnya.

"Tolong kembalikan mereka. Ini harapan terakhir kami. "

Ujar Katsu dengan harapan. 2 ekor naga itu mengangguk lalu mengibarkan sayap mereka.

SSSSWWWAAAASSSHH!!

Terus mereka meluncur laju di udara. Luke memandang dengan pandangan penuh makna.

"Please god, Please save my friends."

Thanks for vote and comment. 😊

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top