Chapter 44 I'm Home
Shiro POV
Pandangan aku jatuh Pada sebuah rumah lama yang didiami aku dan rakan rakanku dahulu. Rumah yang banyak menyimpan kenangan yang pahit mahupun manis.
Rumah Anak Yatim Zodiak.
"Masih sama macam dahulu." Ujar ku pelahan.
Ary dan Iroha hanya mengangguk. Emyriel di sebelah aku manakala Katsu dan Anne hanya memerhati dari jauh. Mereka kata, mereka ada misi yang diberi oleh raja. Tak sangka aku yang Katsu ni berkerja dengan Raja. Walhal umurnya sama seperti aku.
"Jom abang kita masuk! "
Ajak Ary lalu menarik tangan ku. Aku tersenyum sahaja. Aku melambai tangan ke arah Katsu dan Anne. Katsu dan Anne melambaikan tangan sebelum beredar dari situ menggunakan superbike bayang yang dicipta Katsu.
"See ya later bro! "
"Yelah! Jalan baik-baik! "
***
"Eh, Shiro ni siapa pulak? "
Soal kak Ayrina apabila aku berpegangan tangan dengan Emyriel. Aku tersengih sambil membawa Emyriel lebih dekat dengan Kak Ayrina.
"Dia ni Girlfriend saya. "
"Huh?! Serius? "
Soalnya tak percaya. Wanita bunian itu melihat ke arah Emyriel yang sudah tunduk malu. Alahai~
"Ya!! Comelnya dia!!! "
Terus dia memeluk Emyriel tanpa menghiraukan aku. Aku mencebik tak puas hati apabila pasanganku di rampas begitu sahaja. Tak kira lah sama jantina ke tak, Emyriel aku punya!
Terus aku menarik Emyriel dalam dakapan aku semula.
"She's mine! "
"Eii!!! Kedekut! Biarlah akak peluk dia! "
"No! Pergilah peluk Iroha tu! "
"Iroha tak lembut macam dia! Akak nak dia! "
"Blewwkkk!! Tak leh! "
Terus aku dan kak Ayrina membalas jelingan. Dakapanku pada Emyriel semakin ketat.
"Apa yang bising sangat ni? "
Ujar satu suara yang sangat aku kenali. Aku melihat kerahnya. Terbutang mata aku.
"Tok Sagittarius!! "
Lelaki itu tersenyum gembira. Aku memandangnya pelik. Bukan akak Ayrina kata yang tok sakit teruk ke? Jangan jangan..
"Kak tipu saya ke? "
"Huh? Tipu apa? "
Soalnya sambil mengelipkan mata beberapa kali. Sah dia tipu! Argh!! Tak guna punya bunian tua!!
"Tipu apa ni Shiro, Ayrina? "
Soal tok yang sememangnya tak tahu apa apa. Aku hanya tayang gigi. Manakala Kak Ayrina dah jalan masuk dapur. Sial.
"Tak ada apa lah tok. Anyway tok sihat tak? "
"Atok sihat je. Tak nampak ke badan atok yang tegap lagi sasa ni? "
Katanya sambil mengangkat ngankat tangannya yang berotot- otot. Just nak bagi tahu korang yang Tok Sagittarius ni Centaur. Kaki kuda dia berwarna Hitam begitu juga rambutnya yang panjang paras bahu. Sebagai tambahan, dia suka banggakan otot- otot dia.
"Eh yang ni siapa? "
Soalnya kepada Emyriel. Emyriel memperkenalkan diri kepada Tok. Merah padam mukanya apabila memberi tahu bahawa dia teman wanita aku. Keh. Itu pun nak malu. Tengok aku steady je. Hahaha.
Selepas berkenalan, atok mengajak kami ke ruang tamu untuk bertemu semua kanak kanak yang lama mahupun yang baru.
Aku tersenyum melihat suasan yang meriah. Iroha datang kearah aku lalu tersenyum.
"Welcome home brother. "
"Yeah, I'm home. "
***
Katsu POV
"Tak apa ke, awak tak bagi tahu siapa diri awak yang sebenar pada dia? " soal Anne kepada aku. Tangan kecilnya erat memeluk pinggang ku.
"Belum masanya lagi Anne. Belum masanya. Kalau boleh biarlah rahsia. Aku lebih suka kalau dia tak tahu siapa diri aku. "
Ujarku lembut lalu memfokuskan pemanduanku di jalan raya. Sekarang kami menuju ke Bandar Orca di Negeri Orochi. Ada sesuatu yang aku perlu selesaikan.
"Saya tak sedap hati lah Katsu. "
Ujar Anne tiba tiba. Aku tidak pula membalas. Bukan aku seorang je nampaknya. Dari tadi lagi hati aku juga tak berapa sedap. Ia seperti pertanda sesuatu akan berlaku.
"Jangan risau Anne. Aku ada. " dan aku akan lindungi kau.
Pelukan Anne semakin erat dan aku hanya membiarkan. Bagi aku pelukan itu hangat dan penting bagi aku.
BAMMM!!!!
***
"FUYOO!!! "
Jerit seorang lelaki berambut hitam dan bermata Ungu. Dia terpegun dengan apa yang dilihatnya. Aureum Academy.
"Aiz.. "
"Mm? "
"Jom sekolah balik!!! "
"Pftt!! "
Tersembur air yang diminum Aiz apabila mendengar kata kata Rid. Dia memandang rakannya tak percaya.
Baru sampai dah nak dah nak sekolah terus?
"Saka mana yang rasuk kau ni? "
"Saka tak ada tapi Spirit ada. Alaa.. kau ni! Tak terpegun ke dengan keindahan yang tertera di depan mata?! "
Ujarnya melutut sebelah kaki dan kedua dua belah tangan diangkat keatas dan ditunjukkan ke banggunan sekolah itu. Sengihan sudah dipaparkan dengan mata yang bercahaya. Entah mana datang cahaya pun tak tahu.
Aiz hanya papar wajah kosong sebelum berpaling ke belakang dan bercakap dengan Akari.
"Oh patah sejuta hati ku! "
"Taniah! "
Balas Aiz sepatah lalu bersambung bercakap dengan Akari. Ridz yang sudah menangis kesepian tidak dihiraukan.
"Apa salah aku?"
"Annoying! "
"Haishh!! Setakat nak patah kan lagi hati aku baik tak payah balas lah setan! "
"Dah balas dah pun. "
Ridz hanya mengetap gigi. Aiz pula hanya sembunyi sengih. Akari yang melihat adegan mereka ketawa kecil. Haiih.. teringat pulak dekat Shiro dan Luke.
"Jadi Akari, mana Kyo dan Lance? "
"Huh? Oh ya diorang pergi laporkan pada Leon fasal misi kami. "
"Kau tak ikut? "
"Tak. Aku ditugaskan untuk bawak korang berdua ke bilik pengetua Arnius. "
"Kenapa? "
"Kan korang dah setuju nak jadi Guardian. Jadi korang kena jalani latihan di sini. "
Aiz mengeluh sebelum mengangguk faham. Akari membawa mereka masuk ke dalam Academy itu sambil menunjukkan beberapa tempat yang dilalui mereka.
***
Leon POV
"Baiklah. Apa- apa pun aku nak mereka berdua di bawah jagaan korang faham? " Ujar Aku kepada Kyo dan Lance.
Mereka mengangguk faham sebelum berlalu dari bilik pejabat aku. Sebaik sahaja mereka hilang terus aku menyandarkan badan pada kerusi. Haiih.. makin bertambah kerja aku sekarang. Ingat boleh lah aku keluar dari Guardian tapi..
***
Beberapa hari yang lepas.
"Leon, aku nak kau baca benda ni. " ujar Blade kepada aku. Kami berada di bilik mesyuarat Guardian memandangkan perjumpaan Raja Kaisar yang tiba tiba dibuat antara aku, dia dan Blade sahaja.
"Apa ni? "
"Daya kuasa yang dirasai di Bandar Orca. "
"Daya kuasanya mencecah sehingga tahap 4?! Kau biar betul Blade! "
Terkejut aku melihat daya kuasa ini. Hampir sama dengan daya kuasa milik Shiro ketika dia hilang kawalan.
"Mungkin kejadian dengan Wover itu berkait dengan ini. " ujar Blade yang masih dengan rokok di bibirnya. Screen Komputer tidak lekang dari penglihatannya.
"Macam yang dikatakan oleh Shiro. Mungkin betul yang Wover memberi amaran. Tapi untuk apa? " soal ku Hairan.
"Peperangan. "
Ujar seseorang membuatkan kami berdua tersentak. Terus kami meliarkan mata ke hadapan dan satu susuk tubuh yang sangat aku kenali berdiri bersama seorang gadis.
"Katsu.. "
"Hey Bro.. long time no see! You too brother Blade. "
Blade hanya mengangguk. Aku berpeluk tubuh lalu cuba memproses apa yang dikatakan oleh Katsu tadi.
"Wait Katsu. Apa maksud kau dengan peperangan? "
Wajah Katsu bertukar serius. Dia meletakkan sesuatu di atas meja.
"Tengok dan dengar apa yang ada dalam Pendrive tu. Kesemua bukti yang kukuh untuk menandakan peperangan akan dilancarkan oleh Dark Cyber ada dalam tu. "
Aku memandannya tak percaya. Macam mana dia boleh ada kesemua ni?!
"Macam mana kau dapat semua ni? "
Katsu hanya tersenyum sebelum beredar dan meninggalkan seribu satu persoalan dalam otak aku. Gadis di belakangnya hanya mengikut dari belakang.
"Lagi satu, pastikan bagi ayahanda tahu fasal ni! Saya tak akan balik ke istana untuk sebab tertentu! "
Terus pintu tertutup sebaik sahaja kata katanya habis.
"Nampaknya kerja kita semakin teruk. "
"Ya. Haiih.. Katsu ni pun satu hal! Nama je Putera kedua Kerajaan Grandiflora tapi perangai! "
"Sabar lah Leon. Bukan boleh buat apa pun. Dah dia memang minat mengembara. Tapi apa yang penting sekarang.. "
Kami berdua melihat ke arah Pendrive hitam milik Katsu. Ya. Sekarang Kerajaan Grandiflora dalam bahaya. Peperangan akan tercetus bila-bila masa sahaja.
"So? "
"Kau tengok kesemua maklumat yang ada dalam Pendrive tu. Selepas itu, bagi kepada aku untuk diserahkan kepada Raja. Arahkan Kyo dan Lance untuk mencari beberapa orang yang boleh menolong kita melatih tentera untuk bersedia. "
Arah ku sambil menyilangkan tangan didada. Blade akur lalu melakukan tugasnya.
***
Kini.
Ya, peperangan akan berlaku tak lama lagi. Tentera kesemuanya dalam latihan. Aku harap peperangan ini tak mengorbankan banyak tentera.
Para sainstis juga telah dimaklumkan untuk membuat beberapa robot perang untuk membantu.
"Baik aku rehatkan fikiran dahulu. "
Ujarku. Benar. Otak aku terlalu serabut sekarang. Aku bangun lalu keluar dari pejabat ku.
***
Langkah ku terhenti apabila mendengar Alunan piano yang menyenangkan. Unik dan harmoni. Siapa yang main waktu ni?
Aku melangkah kearah bilik Muzik. Tanpa ketukan atau keizinan, terus aku masuk lalu dan terselah seorang gadis barambut hitam dan bermata biru.
"Err... "
"Tak ada adab ke? "
Soalnya dengan dingin. Aku hanya tersengih. Betul jugak. Dah lah main terjah, tak ada bagi salam ke apa.
"Sorry. Aku just terdengar Melody piano kau. Sangat indah. "
Ujar aku tanpa berselindung. Serius budak ni ada aura yang tersendiri. Mukanya merah sebelum bangun dari kerusi yang diduduki. Aku sempat menyambar tanganya. Dia memandang geram kearah aku.
"Nak apa?! "
"Main kan lagi boleh? "
"For what? "
"For me. Melody piano kau indah dan menyamankan. Aku mahukannya sekarang. "
"Like i said for what? Why i need to listen to you? "
"Please. Aku agak tertekan sekarang. "
Nadaku sengaja disayukan untuk menerima simpatinya. Dia kelihatan serba salah lalu mengeluh dan mengangguk. Aku tersenyum apabila dia duduk kembali dan memainkan melody tadi. Aku hanya bersandar pada dinding sambil duduk di sofa hitam yang berdekatan. Tanpa sedar aku terlelap dan terlena.
Leon POV End.
***
Gadis berambut hitam menamatkan lagu piano nya. Dia melihat ke arah Leon yang sudah terlena. Dia bangun lalu berjalan ke arah Leon. Badan di tundukkan untuk melihat wajah lelaki itu.
"Jahat. Dah lah buat aku mainkan piano tu. Pastu boleh pulak dia tidur. "
Bebelnya seorang diri. Tanpa sedar dia mengukir senyuman sambil merapikan rambut Leon yang agak kusut itu.
"Aku harap kau tak tertekan lagi. "
Tanpa sedar satu kucupan dia hadiankan didahi lelaki itu. Sekeping sticky note pink diambil lalu dituliskan sesuatu.
'Ayana Skywalker.
17 tahun
Kelas 5 Silver.
Kalau nak dengar lagi datang pada waktu rehat.'
____________________________________________________________
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top