Chapter 43 Dark Water And Unknown Person.

Di sebuah Hutan.

Kyo POV

Aku rasa hari ni baik je tapi asal seram sejuk je ni? Sebelah kanan aku mamat tak betul, Lance. Sebelah kiri pulak remaja perempuan yang keluarkan aura yang menyeramkan, Akari.

"Abang Kyo, kenapa saya pun kena ikut? Pergi misi untuk Guardian je kan? "

Soal Akari kepada aku. Jelas dia tidak berpuas hati. Masalahnya bukan aku yang yang paksa dia ikut! Mamat tak betul ni!

"Alaa.. Akari, bukan senang tau nak merasa pergi misi dengan Guardian handsome ni! "

"Pergi mati dengan handsome kau. Aku lebih rela buat ujian peperiksaan dari hadap muka miang plus hodoh kau. Kalau abang Kyo je tak apalah jugak. "

Ayat terakhir sengaja dia perlahankan tetapi aku yakin Lance boleh dengar. Aku yakin sekarang mamat tak betul tu tengah tenung aku tak puas hati. Apa salah aku?! Bukan salah aku Akari Annoying dengan dia! Dan aku tak suka bila Lance cemburu.

"You little devil Kyo!! Kau rampas separuh hati Akari dari Aku!! "

Tunding jari Lance kepada aku dengan muka tak percaya. Mamat ni, mati katak je dengan aku nanti.

" Lance aku tak pernah suka Akari. Aku setia pada Dr. Rikka je."

"Penipu durjana! Hati busuk sebusuk sampah!"

"Kau memang nak mati sungguh ke hanat! "

"Mari lah kalau kau boleh! "

Terus kami lagakan kepala. Seriuslah mamat ni? Aku tak pernah tahu kalau dia jatuh cinta akan seteruk ni!

"Dah lah Abang Kyo. Yang penting misi kita ni. Macam mana nak kesan kumpulan Garuda Hitam ni? "

Kami berhenti berbalah lalu memandang Akari yang bercekak pinggang. Betul jugak. Misi kami kena tangkap Kumpulan Garuda Hitam yang dah buat banyak masalah di sempadan  Kerajaan Verlliant dan Kerajaan Orochi. But how?

"Mm... Ha! Aku tahu! "

Terus aku dan Akari memandang Lance. Aku tak tahu kenapa but aku benci bila tengok sengihan macam tu.

"Kyo~"

"I hate you Lance. "

***

"I KILL YOU LANCE TSUYOSHI!!! "

"Ssshh!!! Jangan lah cakap kuat kuat! Nanti kantoilah kitorang dekat sini! "

"What the hell Lance? Asal aku yang kena 'tergantung' dekat atas ni? Sepatutnya kau yang tergantung supaya aku boleh tumbuk badan kau! "

"Relax lah. Aku yakin diorang datang. By the way, sorry aku sengaja tolak kau tadi sampai masuk jerat kumpulan Garuda Hitam ni. "

Ujar Lance tak bersalah. Otak dia! Masalahnya aku nak muntah dah sekarang. Dengan kepala dekat bawah kaki terikat ke atas. Kau rasa? Memang aku nak lepaskan diri tapi kalau bukan sebab tengah misi ni so aku batalkan niat. Damn you Lance! Aku patut tahu dari awal ini rancangan dia!

"Siapa tu?! "

Aku memberi isyarat mata kepada Lance dan Akari untuk bersembunyi. Mereka Akur.

"Wow! Kita dapat tangkapan yang lumayan lah!! Kyaa!! "

Jerit suatu suara lelaki. Ya tuhan macam mana aku boleh lupa yang kumpulanni..

"Kyaa!!! Handsome nya! "

"Eii.. boleh jadi pelayan kita yang baru! "

"Love at first sign aarh.. "

Not normal at all...

"Taniah! Kau ada peminat dari golongan songsang. " bisik Lance selamba dengan senyuman tak lekang dari bibir.

"Aku akan hapuskan setiap kewujudan tentang kau selapas ni Lance. " balas ku dengan mata yang berapi seperti lava panas.

"I will wait~"

Grr...

"Awak tersesat ke lelaki cute? " soal salah seorang lelaki dari kumpulan itu. Jujur aku kata aku nak menangis. Kenapa aku?

"Jangan apa apa kan saya! Sa-saya nak cari kumpulan Garuda Hitam je. "

Ujarku berlakon sedih yang mana memang aku tengah sedih. Otak dia aku cute. Muntah duh..

"Ja-jangan lah nangis. Awak betuah kerana kami lah kumpulan tu! "

Ujarnya ceria. Dia mengarahkan kumpulannya untuk melepaskan aku. Aku dengan keterepaksaan berterima kasih.

"Jadi mahu join abang manis? " soalnya sengih miang.

Pftt!!

"Siapa?! "

Mereka menghunuskan pedang masing- masing apabila terdengar ketawa seseorang. Aku yakin itu Lance. Jahanam.

"Mu-mungkin haiwan biasa. Apa kata awak semua ceritakan tentang kumpulan ni? Sebab apa yang saya dengar kumpulan ni agak hebat! " ujar ku untuk alihkan perhatian mereka. Kalau Lance tertangkap seorang aku dengan gembiranya menyambut kedatangannya. Tapi ada Akari. Dan aku tak nak ambil risiko untuk dia tercedera.

Kemudian tangan aku diraih oleh seorang lelaki berambut blonde. Dia melutut cara melamar.

"I will tell you everything about this group sweetheart. "

Dia mencium jemari ku membuatkan aku menepis kasar. Dia tersengih nakal. Mungkin bagi mereka aku malu but sebenarnya aku dah rancang macam mana aku nak belasah setiap dari diorang sehingga lunyai! Argh!!! Boleh jadi gila aku!!

"Dah dahlah Gie. Dia masih baru. Malu lah tu. "

"I know. "

"HAHAHHA-URMPPP!! "

SRUPPP!!!

Terus lelaki Bernama Gie itu membaling kunai tepat ke arah suara yang tergelak kuat tadi. Aku menekup muka apabila tempat persembunyian Lance dan Akari terbongkar. Tak ada guna pun Akari tutup mulut dia.

"Wow, our day really Lucky. Lagi satu lalaki cute and perempuan yang kita boleh buat tebusan. " Ujar Gie.

"Hahaha!!! Lawak apakah ini?! Hahaha!! Kyo dah songsang! Hahaha! Aku terhibur! Haha!"

Gelak Lance terguling- guling tanpa menghiraukan persekitaran. Akari dah menekup mukanya. Aku pulak?

BAMM!!!

"HANAT KAU LANCE!!! "

"I REGRET FOR NOTHING!! HAHHAA!"

Terus aku membuat lava berapi dan membaling kearahnya. Dia mengelak. Aku mengeluarkan dua bilah pedang dan mengejar mamat tak guna tu!

"BAHAYA!! MEREKA GUARDIAN!!! "

Jerit seseorang apabila melihat lambang guardian di bahu kanan Lance. Habislah.

"Ta-Tak mungkin! Oouh.. jejaka itu telah khianati cintaku~"

"Aku tak pernah dan tak akan jatuh cinta dengan lelaki lah setan!! Kau tu yang sesat dan sonsang!! "

Terus muka mereka berubah serius. Aku dan Lance juga mula serius dan barada dalam posisi memyerang begitu juga Akari.

"Jahanam!!! "

Terus mereka menyerang! Akari megeluarkan kuasa gravitinya lalu separuh dari kumpulan itu rebah. Kami terlompong dengan kekuatannya.

"Sorry. Aku terlebih guna kuasa pulak. Aku marah sangat sebab mamat dua orang ni annoying gila. "

Ujarnya tanpa perasaan. Dia melihat ke arah kami.

"Habiskan mereka. Aku akan cuba halang mereka dari terlepas. "

Kami mengangguk lalu bersiap sedia untuk menyerang.

"Dark Water: One Wave. "

SPLASHHH!!!

Apabila merasai satu kuasa yang agak kuat, terus aku membuat pelindung dari lava dan melindungi Akari. Lance sudah membuat perisai aisnya dan sempat lagi dia menjeling tajam kearah aku kerana 'mengambil' tempat sebagai hero Akari.

"Wow! Aku ingatkan ada parti atau hiburan, rupa-rupanya acara lawan lawan! Hahaha! "

"Tak kelakar Rid. "

Ujar dua suara yang tiba tiba muncul. Seorang lelaki berambut hitam dan bermata ungu. Manakala seorang lagi berambut ungu dan bermata merah dan emas.

Lelaki yang digelar Rid mencebik sebelum melihat keliling. Dia bersiul apabila melihat hampir seluruh kumpulan Garuda Hitam telah lemas. Kebanyakannya yang terkena kuasa Akari dan tidak berjaya melepaskan diri.

"Aku rasa kau terlebih guna kuasalah Aiz,"

"Whatever. "

Ujar lelaki bernama Aiz itu sambil menyilangkan tangan di dada. Riz mengeleng kepala sebelum mengangkat kedua belah tangannya lalu berkata.

"Mari lawan aku duhai kumpulan otak tak betul!! Hahaha! "

Kedebuk!!!

"Argh!! Tolong aku Aiz!! "

Terlompong aku apabila lelaki itu tergelincir lalu mukanya berjaya mencium pokok. Perh.. mesti sakit.

"Urgh.. kenapa kau tak tolong aku Aiz.. sakit. "

"Kau pun tahu tanah tu licin bila terkena air kegelapan aku. Yang lalu situ kenapa? "

"Enough with bebel bebel kau. Help me please ~"

Sebelum sempat dia hendak membantu kakinya dicengkam tanah. Dia tidak terkejut mahupun takut. Wow, interesting.

"Selepas apa kau dah buat jangan harap kau akan terlepas! "

Ujar Gie yang kini memanipulasi tanah di sekitar kami. Kaki aku, Lance dan Akari tidak terlepas dari cenkaman tanah. Sebelum sempat Aiz hendak bertindak, rakannya Rid sudah menggunakan kuasanya dan mengawal kembali tanah itu lalu membebaskan kami semua.

"A-apa? "

"Hahaha.. kau tak tahu tapi aku ada kuasa untuk kawal persekitaran jadi setakat tanah ni tak jadi masalah untuk aku rampas dari kau! "

Gie kelihatan berang lalu membuat beberapa golem tanah. Aiz yang sudah terlepas dari cengkaman tanah berada di samping rakannya.

"Like always bro? "

"Like always. "

Mereka berbalas pandangan sebelum meluru ke arah Gie dan menyerang serentak! Aiz membuat Katana daripada air kegelapan manakala Rid mengambil pedang biasa yang terpacak tidak jauh darinya lalu menukarkannya menjadi sebilah Katana yang unik!

"SWORD EDGE OF DARK WATER ! "

"DOUBLE SLASHHH!

SLASHHHH!!!

SLUSSHHH!!!

Terbeliak mata aku apabila kesemua golem golem tanah itu musnah serta merta. Rasa kagum mula timbul dalam hati aku.

"Fuyoo!!! Kyo!! Diorang hebat!! "

Ujar Lance teruja. Ya. Aku perlu mengaku. Diorang kuat. Akari juga kelihatan kagum. Dia tersenyum apabila melihat Aiz dan Rid berkerja sama.

"maybe they can help us in future. " ujar Akari disebelah ku. Aku tersenyum mengiyakan kata katanya.

***

"Jadi dah mengaku kalah? Mmm... " soal Rid dengan senyuman.

Gie yang terlalu takut pengsan begitu sahaja.

"Eh? EHHH?!!! Weyyhh asal kau pengsan?! Aku tanya elok kot tadi?! "

Terus dia menggoncang goncang Gie. Aiz hanya mengeleng kepala dengan sikap rakannya itu.

Pap'

Pap'

Pap'

"Taniah. Kamu berdua memang hebat! "

Ujar Kyo diiringi Lance dan Akari. Rid dan Aiz memamdang satu sama lain sebelum melangkah ke arah Kyo.

"Jadi apa nama kamu berdua? " soalnya.

"Nama aku Rid. Ni pulak Aiz. Korang ni pulak siapa? "

"Aku Kyo Aozora. Yang bodoh tu Lance. Dan yang cantik tu Akari. "

"Siapa kau panggil bodoh hah, gorila!? " terus Lance mencengkam kolar baju Kyo. Kyo juga berbuat sedemikian.

"Kau lah siapa lagi bangang! "

Terus mereka bergelut lalu bergaduh. Akari menghembus nafas berat. Rid seperti ingin meleraikan pergaduhan mereka tetapi di halang Aiz.

"Tak payah tolong. "

"Kenapa? "

ZAAASSSS!!!

"JANGAN BERGADUH BOLEH TAK?! "

"Sebab tu. "

Terlompong mulut Rid apabila 2 guardian itu rentung apabila di sambar kilat merah milik Akari.

"Susah buat bini dia ni. "

"Kalau aku jadi kau aku tak akan cakap macam tu. "

"Eh? "

ZASS!!!

Satu panah kilat meluncur baik dan melepasi telinga Rid. Muka Rid mula pucat apabila melihat muka Akari.

"Kau ada cakap apa-apa ke? " soalnya dengan senyuman.

Rid hanya tersengih lalu menggeleng laju dengan peluh dingin yang sudah menitis.

"Good. "

Aiz melihat Rid dari ekor matanya.

"Jangan cakap apa- apa lepas ni. "

"What?! Aku tak cakap apa apa pun lagi! "

"Whatever. "

Rid mencebik sebelum Kyo datang ke arah mereka lalu menyoal sesuatu yang tak dijangka langsung.

"Korang nak jadi Guardian tak? "

***

"Luke boleh tak kalau kita ermm.. berhenti dekat kelas tu sekejap? "

Fuyu kembali ke dirinya yang asal sebaik sahaja Luke menghabiskan penjelasannya. Sekarang mereka menuju ke kelas. Kes di kanti sudah di lupakan sepenuhnya. Sebab pergaduhan biarlah rahsia buat masa ini.

Luke melihat ke arah kelas yang di tunjukkan oleh Fuyu. Lalu memandang nya pelik.

"Kenapa nak singgah kelas 2 Golden pulak? "

"Saya nak tengok.. ermm.. tak pelah kalau awak tak nak. "

Fuyu kelihatan sedih tetapi di paksakan diri untuk senyum supaya tidak diperasan Luke. Dalam hati dia berharap agar Luke mengajaknya ke kelas itu. But Luke is Luke. Idiot like always.

"Okay. "

Dan dengan selambanya dia berjalan tanpa perasan akan riak wajah Fuyu. Fuyu kecewa tetapi digagahkan juga hatinya untuk mengikut Luke ke kelas mereka.

"Oh ya! Aku rasa kita boleh ke kelas tu! "

"Eh? "

"Cikgu Leon mintak aku jagakan kelas tu untuk sementara waktu tadi. Dia yang mengajar subject math di kelas tu. Tapi dia ada urusan dengan raja. Jadi aku rasa tak ada masalah kalau kita ke kelas tu. "

Muka Fuyu serta merta berubah ceria. Terus di tarik tangan Luke membuatkan lelaki itu hampir sahaja hilang keseimbangan.

Tok'

Tok'

Tok'

Terus senyap kelas itu sebaik sahaja Luke melangkah selamba bersama Fuyu di belakang.

"Alright Kiddos! Cikgu kamu tak ada jadi aku yang akan gantikannya. Kalau ada soalan ke apa boleh tanya aku. Jangan risau aku tak akan gigit korang selagi korang tak buat hal. Faham? "

Walaupu tegas tetapi masih lembut suara Luke membuatkan naluri perempuan Fuyu terusik sedikit.

"Apa nama abang and siapa kakak kat belakang abang tu? "

Luke ketawa kecil apabila sejak masuk ke kelas ini lagi Fuyu asyik menyorokkan diri.

"Nama aku Luke Tsuyoshi. Yang belakang aku ni pulak.. "

Luke menarik tangan Fuyu untuk memperkenalkan diri. Sebaik sahaja Fuyu menunjukkan mukanya, 2 orang pelajar perempuan bangun dari tempat duduk mereka.

"KAK FUYU! "

Fuyu yang melihat ke arah mereka tersenyum sebelum mendepakan tangannya.

"Marina! Hinari! "

Terus 2 orang gadis itu memeluk Fuyu dengan air mata. Fuyu memeluk mereka seperti melepaskan rindu.

"Mana akak pergi selama ni? Lama kitorang cari! " ujar Hinari.

"Betul tu! Bukan saya rindu atau apa. Saya cuma risau kan kakak je tau! " ujar Marina pula.

Luke yang memerhati tersenyum lalu berbisik sesuatu kepada Fuyu.

"Kau pergilah luangkan masa dengan mereka dulu. Nanti kau explain kan pada aku. "

Fuyu mengangguk lalu membawa ke dua dua adik angkatnya ke luar. Pelajar yang lain hanya kelihatan bingung.

"Wow, Family reunion. Awak tak terharu ke Yukari? " soal gadis berambut merah dan bermata biru dan hijau itu.

Gadis yang digelar Yukari hanya memandang sekilas ke arah gadis itu.

"Not interesting. Macam mana pulak dengan kau Ariane? "

"Huhuhu...hubungan mereka tersangatlah menyentuh jiwaku~ "

"Apa-apa jelah. "

"Kejam. "

Yukari tidak menghiraukan Ariane dan memandang keluar kelas. Ariane yang sudah biasa dengan perangai Yukari tergelak kecil sebelum mula bercakap dengan Spirit Kucing kecilnya.

"Nampaknya hari persekolahan semakin menarik! Betul tak Kitty, Catty? "

Meoww~


_____________________________________________________________

Thanks for vote and comment. 😄
Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top