Chapter 42 You Really A Devil, Katsu

Suasana sunyi diantara Luke dan Fuyu. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari kedua dua belah pihak apabila ayat yang dituturkan oleh si lelaki habis.

"Macam mana kau tahu tentang penyakit Fuyu? "

Akhirnya 'Fuyu' memecahkan kesunyian mereka. Luke tersenyum sebelum melepaskan cengkamannya. Dia menjaukan dirinya sebelum berjalan selamba ke arah anak sungai yang ada di situ.

"Wey aku tanya jawablah! "

Fuyu mula berang apabila Luke hanya memberinya senyuman acah Innocent. Eeii, mamat ni aku tumbuk kang! Eh asyik tumbuk je, kenapa tak terajang terus?

"Asal aku nak bagi tahu kau plak? "

Jawab Luke yang telah meng'copy' ayat Fuyu ketika menjawab soalan darinya tadi.

"Sebab itu sepatutnya rahsia aku dan Fuyu je! "

"Malangnya gua dah tahu lah bro! hahahaha.. "

Jawab Luke sebelum selamba menunjal dahi Fuyu. Fuyu mula geram lalu menumbuk bahu Luke. Luke hanya ketawa melihat muka merah padam si gadis. Suka benar dia melihat gadis didepannya naik hantu.

"Bagi tahu jelah sengal! "

"Kau panggil aku sengal? Ok fine! Lagi aku tak nak bagi tahu kau. "

Fuyu merengus sebelum berpeluk tubuh dan menghalang laluan Luke yang dari tadi berjalan di sepanjang anak sungai itu. Luke hanya papar wajah bersahaja.

"Kalau aku bagi tahu nama aku, kau kena bagi tahu macam mana kau tahu aku ada penyakit ni. Deal? "

"Deal sweetie. "

"Don't call me that. I hate it. "

"Ooww... really? But Fuyu like it. "

"That's Fuyu not me. I'm Karaysa. Just call me Raysa. Aku personality di sebalik kebaikan Fuyu. "

"Aku nak panggil kau Ara boleh? Lagi sedap. And maksudnya kau yang jenis biadap lah kan? "

"Sure. And yeah, Lebih kurang lah. "

Luke mengangguk lalu tersenyum. Tak pernah dia fikir masih ada lagi manusia yang mempunyai penyakit seperti Fuyu memandangkan magic dan tekno di sini sangat maju dan hebat.

"So like the deal. Kau pulak bagi tahu aku macam mana kau boleh tahu yang Fuyu ada penyakit ni. " ujar Raysa.

Luke tersenyum sebelum mencapai tangan si gadis. Dia mengajaknya untuk duduk di bawab pokok atas kerana dia tidak mahu membiarkan Raysa letih mendengar bicaranya.

Raysa hanya akur lalu duduk bersila. Luke juga duduk lalu memulakan ceritanya.

***
Di tempat Shiro.

"Shiro? Apa kau buat dekat sini? "

Soal Katsu yang telah menyimpan pedangnya. Anne di belakang turut sama melangkah dan berada di sisinya. Emyriel juga turut berada di situ setelah di panggil oleh Shiro.

"Aku nak ke rumah lama aku. "

"Rumah anak yatim eh? "

"Yelah mana lagi? Aku saja ikut jalan hutan. Senang. Tak ada traffic. "

Katsu hanya mengangguk sebelum perut seseorang berbunyi menyebabkan 6 pasang mata itu tertoleh ke arah gadis berambut pink yang tersengih malu.

"Hihi.. sorry. Lapar lah Katsu. "

Katsu hanya mengeleng kepala sebelum mengajak Shiro dan Emyriel ke tempatnya.

***

"Anyway Katsu, siapa budak ni? "

Soal Shiro yang kini duduk di atas sebatang kayu besar. Dia berada di sebuah tanah lapang yang menghijau yang berada betul betul di tegah hutan. Unggun api di hadapan di main dengan jari telunjuk lalu di bawa kemulut.

Kuk!

"Anne tu kawan aku. Lagi satu, kau jangan nak makan api tu! Kau ingat senang ke nak bagi api tu hidup?! "

"Emyriel ada. Aku mintaklah dia hidupkan balik api ni. Walaupun dia tak pandai nak guna kuasa elemental dia ketika berlawan, dia still boleh guna untuk perkara kecil tahu? Macam hidupkan balik api ni! "

Terus api itu terpadam apabila dengan selambanya Shiro menggunakan kuasa air kegelapannya ke atas api itu. Terlompong mulut Katsu apabil usahanya untuk menghidupkan api selama 5 hari lesap begitu sahaja.

"Jahanam kau Shiro! Kau tahu tak dah berapa banyak air mata aku bazir untuk api ni?! Arhhh!! I kill you! I kill you!! "

"I don't care!! "

"Argh!!Come here you bastards so I can kill you!! "

Terus di kejarnya si rambut putih yang sememangnya tayang muka selamba anak badak sematera.

"Kenapa dengan Katsu and Abang Shiro tu kak? " soal Anne dengan nada pelik.

"Entahlah Anne. Diorang melepas rindu mungkin? "

Terus Emyriel dan Anne berpandangan.

"Bisexual ke? "

Soal mereka serentak. Terus Shiro dan Katsu muncul dan berkata..

"Kami normal okay!! "

"Dah tu, main aci kejar macam 'tangkap lah saya darling~', macam abang Shiro dengan Katsu bercinta tahu? Lagi pun Abang Shiro bercinta dengan kak Emyriel gak. So bisexual lah kan?"

Shiro pandang Anne tak berkelip. Pandai betul budak ni bercakap. Innocent and pure. But Really creepy at the same time.

"Kau umur berapa hah budak? "

"14. Kenapa? Salah ke? "

Soal Anne yang betul betul tak tahu apa apa. Innocent lah katakan. Terus Shiro pandang Katsu.

"Apa? "

"You really a devil Katsu. Ajar budak bukan bukan. "

"What the heck?! Aku tak pernah ajar Anne bukan bukan lah! "

"Maaflah Anne terpaksa merana dengan sikap tak senonoh si Katsu ni ya? "

Katsu tidak di edahkan membuatkan lelaki itu merengus. Mulutnya tidak habis habis mencarut. Adoii. Shiro ketawa besar sebelum menyuruh Emyriel menghidupkan semula api. Anne didukung selamba seperti adik dan abang, lalu di bawanya ke tempat Katsu.

"Anne duduk dengan Katsu okay? Pujuk Baby boy yang dah tamat tempoh ni. Mengada, dah besarpun nak orang pujuk. "

Terus Shiro beredar dan mendapatkan Emyriel. Jelingan maut dan cemburu dari Katsu tidak diedahkan.

Tiba tiba mereka terdengar bunyi sesuatu. Anne dan Katsu memandang satu sama lain sebelum mengangguk.

Katsu mengeluarkan kuasa bayangnya. Anne pula hanya bersiap sedia. Shiro hanya beriak selamba sambil minum air tehnya. Emyriel pula dia letakkan di atas riba.

"Oit Shiro! Jangan lah duduk selamba je! " marah Katsu lebih Kepala berbisik.

"Alaa..kalau musuh, kau jelah lawan. Aku malaslah. "

"Kau-"

BOKK!!

"Aauww!! Sakit lah Ary! Asal kau tolak aku? "

"Oopss.. sowwy~ sengaja! "

Seorang remaja lelaki bermata emas menggosok pipinya yang sakit dek kerana terjatuh. Gadis yang bergelar Ary hanya tayang muka tak bersalah.

Kemudian apabila mereka merasakan diri mereka di perhatikan terus mereka lihat sekeliling Sehinggalah mata mereka bertaut dengan dua pasang mata Katsu yang sudah menjeling seperti mata helang. Terus pucat muka mereka apabila melihat aura bayang yang keluar dari badan Katsu.

"Wey Roha, saya rasa better kita cabut. "

"Aku still tak suka kau panggil aku tu, but yeah. Jom cabut. "

Sebelum sempat mereka lari, kaki mereka terus di belit dengan kuasa bayang Katsu. Badan mereka terus di tarik oleh Katsu tanpa perasaan.

"Noo!! Aku still nak hidup kemudian alami alam perkahwinan and then dapat anak yang comel!! "

"Iroha Kuro, kalau kau tengah buat lawak tolong hentikan. Saya tak rasa nak gelak pun. "

Ujar Ary dengan muka blur apabila melihat air mata palsu Iroha keluar. Terus Iroha berhenti menangis palsu.

Apabila badan mereka sampai sahaja di kaki Katsu terus mereka memeluk satu sama lain. Sekeliling Katsu kini terbentuk sesuatu yang sangat mengerikan dari bayang. Itu tak tambah lagi muka yang memang dibengiskan.

"Siapa korang hah? " soalnya dengan garang.

"Wey, Roha jawablah dia tanya. " bisik Ary kepada Iroha.

"Jangan panggil aku tulah! Lagi satu asal bukan kau je yang jawab? "

"Awak kan tua dari saya so logic lah awak jawab dulu! "

"Faktar mana kau dapat ni? "

Terus Ary pandang Iroha blur.

"Awak yang ajar dulu bukan ke? "

"Eh? "

Terus Iroha tayang muka tak bersalah. Shiro yang dari tadi senyap terus ketawa besar. Mereka semua memandangnya.
Iroha dan Ariane membulatkan mata apabila melihat Shiro. Mereka bangun daripada duduk dengan muka yang tak percaya.

Katsu yang perasan akan hal itu hanya membiarkan. Dia mahu tengok apa hubungan mereka dengan Shiro sehingga membuat wajah sedemikian rupa.

"Tak.. mungkin.. "

"A-abang Shiro? "

Ujar Iroha lalu di sambung Ary. Shiro tersenyum apabila melihat kedua dua mereka. Emyriel bangun dari riba Shiro apabila melihat isyarat yang di berikan oleh lelaki itu.

Shiro bangun lalu berjalan ke arah Iroha dan Ary yang tergamam. Dia berhenti betul betul di depan mereka.

"Yup, it's me kid. Rindu tak? "

Tanpa diduga terus badannya di peluk Ary dengan air mata yang sudah mengalir. Emyriel berjalan ke arah Katsu dan Anne lalu di ajak mereka untuk membiarkan 3 figura itu.

"Abang Shiro jahat! Kenapa tak pernah datang lawan kitorang semua? Tak sayang kitorang ke? "

Terus tangan kecil itu memeluk erat tubuh Shiro. Iroha pula hanya tersenyum gembira. Tanpa dia sedar Shiro menggosok kepalanya lembut. Tergamam juga dia dibuatnya.

"Sorry abang tak pernah datang melawat. Iro, kau dah makin matang eh sekarang? Ary pun dah makin besar. "
Ujarnya dengan senyuman. Iroha yang tadi hanya digosok rambutnya terus berada dalam dakapan Shiro seperti seorang abang.

"Abang sayang semua orang di Rumah Zodiac. Abang tak akan lupa memory yang pernah tercipta semasa di sana. "

Bisik nya kepada dua orang adik angkatnya. Mereka berada dalam keadaan itu untuk seketika.

Emyriel tersenyum melihat 'family reunion' kecil Shiro. Katsu hanya memerhati sambil tangan di silangkan ke dada dan bersandar pada pokok. Anne pula menghampiri Emyriel.

"Itu keluarga Abang Shiro ke? "

"Ya. Itu keluarga dia. Keluarga yang sangat berharga bagi dia. "

____________________________________________________________
Iroha Kuro
Umur 16


Thanks for comment and vote😉

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top