Chapter 4 The Strongest Lazy In School and New students

Seorang lelaki dalam lingkungan 24 tahun, berdiri di tepi padang sambil berpeluk tubuh. Cermin mata hitam, dipakai  sambil memerhatikan dua orang remaja berambut putih dan remaja berambut jingga yang sedang berlari mengelilingi padang yang agak luas.

"SAYA SURUH LARI BUKAN TIDUR PAKCIK! MASIH ADA 15 PUSINGAN LAGI! LAJU LAGI! KAMU PUN LUKE!TINGGAL 10 PUSINGAN JE LAGI KAMU PUNYA! "

Tegas suara yang sedang memerhati gelagat dua orang remaja yang suka buat benda tak masuk akal. Terutama sekali remaja berambut putih. Ada ke patut lari sambil tidur?

Macam orang selalu kata.. Malang tidak berbau.

TUK!

"Aduh! Sakitlah! apa hal kau duduk kat sini, hah?! Aku bunuh jugak karang... Orang tengah lari, dia boleh duduk dekat tengah padang. GILA! " marah si rambut putih tanpa melihat siapa yang dimakinya.

KUK!

"Aduh du duh... Ish ni seko lagi nak kena. Apahal main ketuk kepala orang?! kepala sendiri ada, ketuklah!"

"Aku kena ketuk kuat lagi kut kepala kau. Aku yang manusia ni kau sekokan? "

KUK!

"What the heck man?! Nak-"

Mulut Shiro ditekup. Luke sengih melihat muka merah padam rakanya. Marah latuww..

'Padan muka! siapa suruh kenakan aku tadi? ' bisik hatinya.

"Tak payah lah kau bazir air liur memaki aku. Bukan aku peduli pun."

Shiro mengulikan biji matanya keatas.

" Lagi satu, kau yang gila sekarang sebab marah dekat tiang gol bola sepak tu. Tadi dalam kelas, kau kata aku gila kan? haa... sekarang kau yang gila !  Siapa suruh tidur masa berlari? kan dah langgar tiang gol. Muka kau dah macam longkah pecah duh!! Hahahaha...! " ujar Luke panjang lebar. Lalu dia meneruskan denda yang dikenakan keatasnya bersama tawa.

Shiro terpinga-pinga. Tiang gol? Shiro memandang sebelah kanannya.

Oohh.. Tiang gol.

'Laa... Kau ke yang aku langgar? ... maaf lah yaa..? '

Ujar Shiro walaupun dia tahu tiang itu tidak akan memberi balasan. Dia menggosok tiang gol itu lagi. Kemudian timbul idea jahat.

' Hihihi..kau kata aku gila kan? siap kau...! '

Tiang gol menjadi target. Senyuman Shiro semakin melebar.

'Ada ubi ada batas, hari ini aku balas..! Rasanya? macam pelik je, gasaklah. Siap sedialah wahai dikau sahabat ku! muahahaha! '

Here we go! One, two three!

"LUKE ADA PELAJAR PEREMPUAN CANTIK AND FAMOUS PLUS CUTE PUTIH YA AMPUN!! MINTAK NAK COUPLE DENGAN KAU! "
Jerit Shiro .

Luke terkejut. Begitu juga rakan sekelasnya yang menjadi pemerhati.

"MA-"

Belum sempat Luke menghabiskan kata-katanya, dia pulak yang terlanggar tiang gol tanpa di duga.

"HAHAHA! Dasar tak sedar diri! Siapa aje nak kat kau hah? Muka pun macam jamban! Lain lah hantu! Hantu apa ? hantu yang tak siuman sebab boleh tertarik dekat kau sampai jadi tak siuman! HAHAHA ..! " Shiro terguling guling gelak kerana berjaya kenakan rakannya.

Rakan sekelas hanya menggeleng kepala begitu juga lelaki yang memerhati gelagat dua orang anak muridnya itu.Muka Luke kelihatan merah kerana marah.

"SIALAH KAU! KAU SINI RAJA PEMALAS PALING TAK GUNAAA!!  "

"HAHHAHA! DENDAM AKU TAK HABIS LAGI DEKAT KAU!! CIKGU! LUKE NAK HABISKAN LARIAN SAYA. DIA MERAYU SEKARANG NI NAK LARI LAGI! "

Pembohongan berani mati itu berjaya membuatkan Luke melompong. Whatda-

"Okey je.. lagi pun kamu berdua kan sehati sejiwa. Jadi Luke 25 round lagi. Shiro buat 5 je tadi. "
Cikgu Leon menyahut dengan tenang.

Dia sudah lali dengan dua orang pelajar dengan nama Luke dan Shiro. Drama memanjang.

"WHAT?!! DAMN YOU SHIRO RYUZAKI! COME HERE YOU STUPID LAZY HEAD! "

Dari situ mulalah aksi kejar mengejar antara remaja itu.

"Haaaihh.. budak budak ni. " keluh cikgu Leon.

Rakan sekelas yang lain turut tergelak dengan pelbagai aksi yang ada didepan mata.

Kenapa Shiro dengan Luke sahaja yang lari? Nak tahu? haa..ni dia

flashback...

"Mr. Luke Tsuyoshi. " panggil cikgu Leon a.k.a cikgu Lion. Yelah cikgu paling garang kut!

"Ye cikgu. " Luke menjawab walaupun ada getaran sikit.

"Mr. Shiro Ryuzaki? "

"Huwaa... yessiirrr.. "shiro membalas dalam nada malas.

Cikgu Leon mengangkat sebelah keningnya yang membawa maksud ' explain' untuk dua anak muridnya.

'Mati. Aku akan mati. Mati pada usia muda. Mati tanpa sempat rasai nikmat dunia. Mati. Mati dan mati.  ' Fikir Luke.

"Maafkan saya cikgu, tapi soalan dalam buku ni susah sangat . Sangat susah untuk menyelesai kan masalah masalah rumah tangga yang tidak cukup tiangnya walaupun tak de kaitan dengan kes kita yang sekarang ni! " terang Luke panjang lebar.

Krik.

Krik.

Krik.

Krik.

"Cikgu, kalau cikgu jadi saya kan, apa cikgu buat dekat Luke sekarang? " soal Shiro kepada gurunya.

"Kalau cikgu, cikgu tak ngaku kawan tak pun cikgu hempok je kepala dia. "balas cikgu Leon dengan muka blur.

"Huhu... sampai hati cikgu kata sebegitu rupa pada anak murid kesayangan intan belian emas permata perak yang pandai ditambah handsome lagikan bergaya ini. " kata Luke sambil membuat gaya sedih. Tch. dalam diam boleh lagi puji diri sendiri.

"Tak payah nak berdrama sangat lah.Kamu kata kamu handsome kan? So mari cikgu tambah lagi handsome kamu tu. " kata cikgu Leon sambil senyum penuh makna.

'Matilah nak. Papa rimau senyum. Oh.. Dunia ! terima kasih untuk segalanya. Shiro.. Kau juga, sahabat paling tak guna yang aku pernah ada! Terima kasih kerana berada dengan diri ini. ' detik hati Luke

"Jangan risau ya Luke? cikgu 'lepaskan' kamu kali ni. Tapi lain kali no mercy for you. Get it? And as for you... please do your homework..."

Shiro memandang kiri kanan belakang depan atas bawah... Shiro menunding jari kerah dirinya sendiri

"Saya? "

"Yelah siapa lagi tuan punya badan yang paling malas sampai dapat gelaran the strongest lazy in school. "

'Hahaha cikgu kita sekepala. Shiro memang paling malas tahap dewa. hahah. ' bisik hati Luke.

Luke yang tergelak kecil seorang diri dipandang pelik oleh Shiro.

'Sah sewel kawan aku ni'.

"Apa pandang-pandang? Hutang nak bayar ke? "Soal Luke apabila dipandang pelik oleh Shiro.

Shiro memejam mata sambil tersenyum sedikit.

"Tak ada apa apa. Insanus. (latin:Gila) "

"Insanus?" Luke pelik.

1

2

3

"Huhuhu.. sampai hati kau Shiro kata aku gila. "

"Sudah-sudah, tak payah nak tunjuk drama pagi-pagi. Baiklah jika kita bersenam ya dok? So denda kamu berdua, pusing satu padang sekolah kita 20 kali. NOW! " tegas cikgu Leon.

"Apa?! padang sekolah?! Cikgu mana boleh, besar kot padang kita. Macam stadium bola ! "Tentang Luke.

"Baiklah, kalau macam tu. Hurmm..how about kamu cuci semua longkang dan tandas yang ada di sekolah kita? Nak? " Soal Cikgu Leon tenang.

"Kami pusing padang sekarang. " kata Luke dan Shiro serentak.

Luke memandang Shiro dengan pandangan

'Siap kau! '

manakala Shiro pulak membalas dengan riak.

'Ada aku kesah? '

Terus kedua-duanya berlari ke bilik persalinan. Semestinya tidak terlepas daripada pergaduhan kecil sehinggalah didiamkan oleh pandangan helang cikgu Leon.

End

***

Selepas selesai sahaja denda dan adegan kejar mengejar..

"Baiklah nampaknya kamu semua nampak sihat dan bertenaga terutamanya kamu berdua. Shiro, Luke. "kata cikgu Leon tenang sambil tersenyum.

Walaupun dapat gelaran Lion, tapi mudah sangat dirinya untuk bertenang. Dia dapat title tu pun, sebab muka dia scary bila mengamuk and denda dia tidak ada belas kasihan langsung! Kalau dia senyum ikhlas macam ni, pelajar perempuan semua melting!

"Baik cikgu cuci mata cikgu. Saya dah letih sangat kena pusing padang tu. "
Balas Shiro. Kepala sudah diletakkan di atas meja bersama mata yang tertutup . Tunggu masa sahaja untuk dibuai mimpi .

'Satu biri-biri lompat pagar, dua ekor biri-biri lompat pagar, tiga... ' dan begitulah kiraan Shiro didalam hati sehingga tertidur.

"Cikgu kena pakai cermin mata ni.. sebab Shiro tak bertenaga langsung pun. Lagi malas ada lah. Ah dah tidur pun. " kata Luke pulak.

Cikgu Leon hanya menggeleng kepala kesal.

"Kejut dia, cikgu nak bagi tahu sesuatu. "Arah cikgu Leon kepada Luke.

"Baiklah. "

Luke mendekati shiro.

"Shiro bangun. " ujarnya lembut. Namun tiada balasan.

"Rambut putih. "

Masih tiada balas.

"Haa... tak ada cara lain. Maaflah Shiro. " keluh Luke.

"SHIRO, ADA ORANG NAK NGORAT LUCIA! CEPAT BANGUN! " dengar sahaja nama adiknya, terus Shiro bangun dari kerusi sebelum berlari keluar kelas menuju ke kelas Lucia.

Beberapa minit kemudian, Shiro masuk ke kelasnya kembali. Di kepalanya ada benjol. Teburai terus gelak tawa di dalam kelasnya membuatkan Shiro menjegil kearah Luke. Luke buat muka innocent sambil ketawa. Cikgu Leon hanya menggeleng kepala.

"Hahaha Kau mesti kena dengan Lucia hahahah.. "

kata Luke sambil tergelak kecil.

"Haah.. aku kena hembuk dengan besi sebab kacau dia buat latihan... Best gila! "

dengan nada sarkastik Shiro duduk ditempatnya.

"Haha Sorry lah. aku kejut kau tak bangun, tu je cara yang ada. " kata Luke.

"Yelah. " nada malas. Lalu meletakkan kepalanya diatas meja.

"Jangan tidur kalau tak nak kena hempuk lagi. " pesan cikgu Leon

"yeah. Thank you so much. Oh my lovely teacher. " Sekali lagi dengan nada sarkastiknya.

"Your welcome my lovely lazy student. " Leon membalas dengan nada yang tenang.

"Baiklah. Benda yang cikgu nak bagi tahu kamu tu sebenarnya kelas kita ada pertukaran pelajar. Bahasa mudahnya, pelajar baru yang akan bersekolah di sekolah kita buat masa ni. " kata cikgu Leon tenang.

Sepi.

'Aik? Tak ada respond ke? Pelik. 'Soal cikgu didalam hati.

"He-"

"YEAH PELAJAR BARU!! " bergema satu kelas 5-Mutiara dengan suara pelajar yang sangat seronok dengan rakan baru mereka. Kesemua mereka bersorak termasuklah Shiro walaupun dengan mata tertutup.

'Ada-ada je budak-budak ni. '

Cikgu Leon pandang keluar, memberi isyarat masuk kepada seseorang. Seorang gadis berambut hitam masuk ke dalam kelas. Dia menulis namanya diatas papan putih. Bunyi kelas yang riuh reda, serta merta sunyi. Gadis itu menoleh ke arah mereka bersama senyuman yang manis. Mata merah yang bersinar dek kerana cahaya matahari, menambah kecomelan dan kecantikannya.

"Hai guys! Nama saya Emyriel Celeste hope i can be friends with all of you. Jangan lah malu untuk bertegur sapa dengan saya ya? " nada suara yang lembut boleh mencairkan hati setiap jejaka diluar sana.

"CANTIKNYA! "

"COMEL! "

"AKU RASA AKU DALAM SYURGA.. "

"KENAPA KAU CAKAP MACAM TU? "

"ANGEL DEPAN MATA. "

"AKU PUN NAMPAK. "

Macam-macam yang keluar dari mulut lelaki mahupun perempuan.

"Ehem. Okey simpanlah pujian kamu semua tu. Nak cakap lepas ni bertimbun macam gunung pun boleh. Tapi jangan sebaliknya sudah.. " pesan cikgu Leon walaupun dia tahu anak muridnya tidak akan buat sebegitu.

"Ai! ai! sensei! "Kesemua mereka buat tabib hormat.

"Macam-macam lah kamu semua. Emyriel, kamu duduk sebelah Shiro. Shiro angkat tangan kamu."
Shiro mengagkat tangannya.

Cikgu Leon memberi isyarat untuk pergi ketempatnya. Senyuman yang manis masih tidak lekang.

"Hai! Nama awak Shiro kan? "

Shiro mengangguk pelahan dengan mata masih tertutup.

"Apa nama penuh awak? "Emyriel bertanya sambil duduk di tempatnya.

"Shiro Ryuzaki. " kata Shiro 2 patah. Emyriel pandang Shiro pelik. Sebelum sempat dia menanyakan soalan,Luke memperkenalkan dirinya.

"Hey Emyriel! Nama aku Luke. Luke Tsuyoshi. Pangil je aku Luke, lulu, Tsutsu or whatever you want to call me. Can i call You Emy?kalau tak kesahlah."

Emyriel mengagguk.Sambil tersenyum.

"Haha thanks Emy! By the way, welcome to Aurora high school. You one of us now !and about Shiro, kau tak payah risau. dia memang macam tu. "Kata Luke Sambil tersenyum manis.

"Hehe, tapi Shiro ni comel jugak. " jujur Emyriel.

"Macam kucing kan? " sambung Shiro dengan bangga. Mata birunya besinar- sinar.

KUK!

"That's hurt damnit! apa masalah kau ni?! " Shiro mengadu kesakitan walaupun tak sakit. Action lebih.

"Aku kejut kau punyalah susah. Ni puji sikit bangun terus! Lagi-lagi perempuan.Tak guna betul! " marah Luke.

"Biarlah, jealous. Tak pernah kena puji. Uwekkk!!! " Shiro menjeling lidah nya.

"Kau ni kan..! "

Dari situ mulalah adegan barang- barang dibaling.

"Err... awak berdua.. " Emyriel mahu menenangkan dua orang sahabat itu tapi dihalang oleh salah seorang pelajar perempuan.

"Tak payah risau Diorang memang macam tu. Kelas lain pun tak kesah. Kau tak payah layan sangat" jelas pelajar perempuan itu.

Emyriel hanya mengangguk pelahan.
Cikgu Leon yang dari tadi memerhati bersuara juga akhirnya.

"Okey kalau kamu semua tak hentikan Diorang dua dalam masa 2 minit dari sekarang siap kan buku math m/s 55 sampai m/s 105. Atau lari satu banggunan sekolah kita ni 25 kali.oh kamu pula Emyriel dikecualikan. " kata cikgu Leon tenang sambil mehirup air kopinya yang baru dia buat kerana dipulaukan oleh anak muridnya sendiri.

Yang lain. Dalam kepala.

a) keja math = Penyelesaian masalah+nombor memeningkan+50m/s=mati otak

b) lari satu sekolah+25 rounds =mati kerana terlalu kurus

Kemuadian semua padang satu sama lain kecuali Emyriel. Lalu ...

KUK!

Oleh kerana diketuk, Luke dan Shiro dapat mencium lantai yang sangat cantik dikelas mereka. Roh mereka seperti terbang keluar dari mulut dah berkata..

"apa salah kami? "

"Bising. " ujar rakan sekelas. Lalu meletak kan kedua dua belah tangan bercantum lalu menepuk sebanyak 2 kali.

"Semoga bersemadi dengan aman wahai sahabat tercinta. "

"bye bye korang. " maka roh berdua itu terbang ke arah cahaya.

"Mereka pergi. "

"Yup mereka pergi. "

"Aku rindu diorang. "

"Mohon tabahkan hati."

"Cikgu pun rindu akan lakonan drama Luke yang tak laku satu sen tu"

"Kita kena berhibur, jangan sedih! "

"KITORANG BELUM MATI LAH! " Kata Luke dan Shiro serentak.

"Wahhh mayat hidup! " rakan sekelas masih dengan lokonan mereka.

"WEYY KALAU KITORANG MATI DULU KITORANG KACAU HIDUP KORANG! "

"KORANG DATANG KITORANG BAGI BAWANG PUTIH! "

"APA KAITAN DOHH??! "

"KAITANNYA BUAH TANGAN SEBELUM MASUK KUBUR! "

Akhirnya terburai juga ketawa yang ditahan dari tadi termasuklah Cikgu Leon yang susah untuk ketawa.

'Bertuah aku jadi guru kelas budak budak ni. '

Emyriel juga ketawa melihat gelagat rakan-rakan barunya itu.

'Rapat betul Diorang ni' itulah yang Emyriel fikir tetang kelasnya itu. Walaubagaimana pun...

"Gelak-gelak juga, tapi kamu semua menambahkan lagi kebisingan so kerja m/s 55 sampai m/s 100. Emyriel kamu hanya mengulang kaji sahaja.Kalau tak faham tanya sahaja mereka.Itu sahaja. cikgu pergi dulu ya? "

kata cikgu Leon lalu beredar dari kelas itu seperti tidak ada apa apa yang jadi. Ketawa murid kelas 5 Mutiara bertukar kepada jeritan. Ya hanya satu perkataan.

"NOoooooooooo!!! "

"We died! " kata Luke sambil menitiskan air mata palsu kemudia pengsan diikuti rakan sekelasnya yang lain.

"Awak semua ok tak ni? " kata Emyriel risau sikit.

"Tak. kitorang KO" jawab mereka serentak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top