Chapter 38 The Orphan
Shiro POV
Aku merebahkan badan apabila terasa sengal dan sakit dek kerana terlebih guna kuasa tadi. Haishh.. kalau tahu jadi macam ni ,baik aku tutup mata masa tengok daemon- daemon tu supaya nafsu membunuh aku tak kuasai diri.
"Last-last aku dapat tangan serigala tu je. Dah lah bulu dia pun tak banyak dekat tangan. Ingat boleh lah buat permaidani ke baju sejuk kalau aku bunuh dia. Haiih... Nasib, nasib," omel ku seorang diri.
Tok
Tok
Tok
"Masuk jelah Luke. Bilik kau jugak. "
"Ehe, ingat kau tak boleh cam? "
"Kalau ketuk kalahkan gajah tu kau lah. "
Luke mencebik lalu masuk ke dalam bilik. Aku melihat dia atas bawah. Dude dia tahu tak apa itu pakaian?
"Luke where's your clothes? "
"What clothes? "
Okay sekarang aku faham maksud Akari bila dia tanya apa salah Luke sebab jadi bodoh kadang kala. No. He always be an idiot.
Dia tak pakai baju der. Boxer aje dia pakai sekarang. Tak malu ke jalan sepanjang koridor tak berbaju? Hentaii betul.
"Luke , I know you lost your brain and that make you an idiot. Tapi tolong jangan hilangkan hati kau sampai perasaan malu kau tak ada. "
"Hey! Aku ada otak lagi lah! But, apa maksud kau dengan 'where's your clothes? ' "
"Kau tak pakai baju lah setan."
"Huh? Ap-WHAA!!! SHIRO SEJAK BILA KAU TAHU HILANGKAN BAJU ORANG NI?! PERVERT! "
"BODOH! WAKTU KAU MASUK TADI MEMANG DAH TAK PAKAI BAJU! "
"HUWAA! JANGAN TENGOK! AKU TAK NAK KAU BERNAFSU DEKAT AKU! "
"GILA! PERGI PAKAI BAJU LAH!!"
Terus Luke berlari masuk ke dalam bilik air tanpa berfikir panjang. Masalahnya dia tak bawak baju! And what the heck? Aku mernafsu dekat dia? Eeww! Go to hell lah.
"Err... Shiro? "
"Kau nak apa lagi setan? "
"Nak baju. "
"Kau keluar ambil tak boleh ke? " soal ku geram.
"Mana boleh! Nan-"
"Kalau kau tak keluar ambil baju kau, pagi esok jangan tanya aku kenapa kau tetiba ada dalam keranda. "
Dia tersengih kambing dengan ugutanku sebelum berjalan ke arah almarinya. Tch, last- last pakai dekat depan aku jugak. Hanat sungguh.
"Apa tengok-tengok? " soalnya apabila aku merenung dia.
"Tengok bahagian badan kau yang boleh aku seksa kalau kau cakap benda bodoh lagi. Contoh macam dekat perut. Aku tikam banyak kali and then aku ambil darah kau tukar dengan darah orang pandai. Kau rasa darah tu sampai tak ke otak kau? Kalau tak, aku cuba aje lah anggota lain. "
"Siot, kau macam nak bunuh aku aje. "
"Kalau itu sahaja cara nak cerdik kan kau ,then yes. "
Luke mencebik apabila mendengar bidasan selamba aku. Kemudian aku termenung sendiri apabila teringat kan lelaki yang aku jumpa tadi. Kenapa dia ada aura yang sama macam Lucas? Betul ke tu Lucas? Kenapa aura dia lebih kepada negative berbanding dahulu?
"Oit! Mengelamun pulak kau. "
Terus lamunan aku terhenti dek kerana terlalu banyak memikirkan tentang lelaki tadi. Aku mengeluh sebelum mengerengkan badan aku menghadap Luke yang duduk di birai katil aku.
"Cuma terfikirkan lelaki tadi. "
"Guardian Silent? "
"Eh,dia Guardian?! "
"Bongok! Dalam buku Pekembangan Ekonomi ada tulis! "
"Maaf lah tapi membaca bukan sifat aku. Aku dah lama kuburkan perangai tu. Sekian."
Luke mengeleng kepala manakala aku hanya tersengih seperti kerang busuk.
"Tapi, asal kau kesah sangat fasal dia? "
"Dia ada Aura yang sama macam adik aku. "
"Lucas? "
Aku mengangguk membuatkan Luke sedikit terkejut lalu mengerutkan dahi.
"Tak mungkin, Mana boleh manusia ada aura yang sama! melainkan.. " Luke kelihatan agak bersalah untuk lengkapkan ayatnya.
".. adik aku dah Mati. "
Sambung aku dengan muka yang agak mendung. Luke kelihatan serba salah tapi aku tak salahkan dia. Memang manusia akan ada aura yang sama di dunia ni tetapi hanya selepas orang itu mati. Tetapi benda ni jarang berlaku.
"Shiro kau okay? " soal Luke sambil meletakkan tangan di bahu ku. Aku hanya membalas dengan semyuman kelat.
"Aku okay. Cuma... Entah lah Luke. Kau pun tahu sudah agak lama aku buat pencarian. Dan sampai sekarang aku tak dapat nak jejak dia. Kalau betul lah Silent tu bukan adik aku.."
Aku bersila sambil melihat ke luar. Setitis air mata ku jatuh.
".. Maknanya aku memang dah mungkir janji dengan Layla sejak awal lagi. Aku tak mampu nak lindungi Lucas. Lucia juga hampir terbunuh di sebabkan aku. Aku memang tak guna. "
Entah kenapa aku beremosi sejak kejadian tadi. Luke yang sudah lama aku anggap sebagai saudara ,memeluk aku.
"Menangislah. Kadang-kadang menangis boleh hilangkan tekanan dalam diri. " kata Luke sambil menggosok belakang badanku untuk menenangkan aku.
Aku membalas pelukan itu lalu menangis. Memori hitam itu mula menerjah masuk ke dalam otak aku menambah sebak di hati.
"Aku tak kuat Luke... aku seperti sumpahan kematian... aku hanya bawak bencana! "
"Kau kuat. Kau bukan sumpahan. Kau juga bukan pembawa bencana. Shiro dengar.. setiap orang pasti lakukan kesalahan. Setiap orang pasti akan merasa dirinya lemah. Kita bukan tuhan mahupun malaikat. Kita hanya manusia. Sebab tu kita kena berusaha. "
Ya. Aku bukan tuhan mahupun malaikat. Aku hanya aku.
"Thanks Luke. You always know how to make me feel better. " Aku merungkaikan pelukan sambil tersenyum. Luke membalas senyuman aku.
"No biggie. Aku cuma tak nak kau jadi macam diri kau yang dulu. Yelah suka menyendiri,dingin,baran dan yelah..Pemalas. "
"Hey! Sifat malas tu memang ada dalam diri aku ya? "Kami berdua ketawa.
"Beside, kau tak boleh mengalah dalam mencari Lucas. Aku yakin dia masih hidup. Just keep going okey ? " aku hanya mengangguk sambil tersenyum.
***
"Ah.. tak apa. Nanti bila kes tu dah selesai kita dinner ok? Haha.. jangan risau Aku okay. Alright. See you later. Love you too. "
Aku menutup telephone selepas berbicara dengan Emyriel. Alahai..kesian angel aku. Baru nak date malam ni dah kena tangguh sebab kes petang tadi.
Aku sekarang berada di bandar Alterald. Awalnya aku nak ambil angin sementara nak tunggu waktu dinner and tenangkan diri tapi nampaknya aku bersiar- siar jelah.
"Shiro Ryuzaki? "
Tersentak aku apabila tiba-tiba seorang memanggil nama aku. Aku menoleh ke belakang dan mata ku membulat tak percaya.
Seorang wanita bunian yang berumur lebih kurang 30-an, berambut kelabu dan berbaju putih lengan panjang bersama skirt panjang sehingga buku lali. Mata berwarna hazel.
"Ka-Kak Ayrina? "
"Shiro! "
Tanpa diduga wanita bunian itu memeluk aku erat. Pandangan orang ramai tidak di hiraukan.
"Err... akak kita dekat public ni. Jadi boleh lepaskan dulu? "
Kak Ayrina melepaskan pelukan sambil ketawa kecil. Aku menarik dia dari situ dan menteleport diri kami ke sebuah taman.
Dan lagi sekali aku di peluk. Tapi kali ni dia menangis pulak. Alahaii... sian akak kita ni.
"Sob sob .. sampai hati kamu kan Shiro? Bila dah keluar dari rumah anak yatim terus tak contacts akak dengan yang lain-lain! "
"Haha.. sorry lah kak saya sibuk kadang-kadang. Alah. Jangan lah nangis. Nanti orang kata apa pulak. "
Pujuk ku lembut. Kak Ayrina melepaskan pelukan sambil mengelap air matanya. Aku menarik tangannya untuk duduk di bangku berdekatan dengan air pancut.
"So.. ermm.. macam mana dengan rumah anak yatim? " soal aku memulakan perbualan.
Kak Ayrina tersenyum lalu melontarkan pandangan ke depan.
"Semuanya baik. Budak- budak yang lain pun sihat je. cuma.. "
"Cuma.. "
Wajah kak Ayrina berubah suram. Dia melihat kearah aku.
"Tok Sagittarius. Dia sakit. Akak tak tahu sampai bila dia boleh bertahan. "
Sebaik sahaja ucapannya berakhir, masa seakan akan terhenti.
"A-apa? Tak mungkin!"
"Ianya betul Shiro. Masakan Kakak mahu bergurau tentang pekara ni! "
Aku meraut muka ku. Argh! Satu persatu masalah timbul! Tiba- tiba bahuku di peluk lembut. Aku menoleh ke sisi. Akak meletakan kepalanya di atas kepala aku. Aku hanya membiarkan sahaja.
"Akak tahu kamu stress Shiro. Tapi akak cuma nak mintak satu aje. Boleh kamu tunaikan? "
"Apa yang akak mintak pasti saya akan tunaikan. "
Kak Ayrina tersenyum mendengar balasan aku.
"Boleh kamu pulang ke rumah anak yatim untuk beberapa hari? "
"Huh? "
"Begini. Sebenarnya kalau kamu nak tahu semua budak di Rumah anak yatim tu rindukan kamu, Luke, Akari dan Lucia. Kalau tanya sikit je kanapa menangis..mesti diorang jawab.. 'saya nak abang Shi', ' Bila Abang Shi nak datang?', 'Diorang tak sayang kita ke?' Banyak tau benda yang diorang tanya. Sebab tu akak nak kamu balik sekejap. Lagipun.. "
"Tok Sagittarius pun rindukan kami. Betul tak? "
Potong ku mendapat anggukan kecil dari wanita bunian itu.
Hmm.. aku rasa tak salah kot balik ke sana? Aku pun rindukan bebudak tu.
Aku mengangguk membuatkan kak Ayrina tersenyum gembira. Dia mengeratkan pelukan.
"Thanks Shiro. "
"You welcome. "
***
Tanpa Mereka sedar, seseorang telah memerhatikan mereka Bersama rancangan jahat.
"Heh, siaplah kau Shiro Ryuzaki. Aku akan pastikan Emyriel jatuh ke tangan aku. Hihihahaha! "
Thanks for vote and comment. 😉
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top