Chapter 35 A Sad Girl Under The Snow
Shiro POV
Drip'
Drip'
Drip'
Haiihh... sudah dua hari hujan tak henti turun. Aktiviti outdoor pun terpaksa ditangguhkan.
"Sekeliling ku basah dek hujan,
Airnya terus menitis ,
Hujan meratapi kesedihan, Aku di sini juga turut menangis... "
"Oit Shiro..aku tahulah kau bosan. Kalau ya pun, tak payah lah buat pantun sedih. Ceh,tah betul tah tidak. "
kata Luke yang menongkat kedua dua belah pipinya menggunakan tangan di atas meja belajar aku. kami sekarang ada dalam bilik. Hujung minggu.
"Yang kau duduk dekat tempat aku ni kenapa? "
"Ehe.. aku bosan lah. Layan lah aku... Sembang - sembang ke, melukis ke apa apa je! "
Aku menjuling mata ke atas apabila Luke mengelip-gelipkan matanya. Tak kuasa aku nak layan dia, baik aku tidur . Aku mengeluarlan earphone lalu menyumbatkannya ke dalam telinga. Lagu berjudul 'sad song' aku pasang. Aku menuju ke arah katil tanpa menghiraukan Luke yang mencebik.
"Nak tidur je kerja kau. "
"My lifestyle, not yours. Mind your own business, damn kisune. "
Luke mengeleng kepala sebelum memakai baju T-shirt putih berkolar. Dia juga mengambil baju sejuk berhoodie berwarna hitam. Seluar pula hanya seluar sukan hitam berjalur hijau. Aku memandang pelik ke arahnya.
"Kau nak ke mana? "
"Jalan-jalan. "
"But it's raining tho. "
"Nahh... I don't care. Dude, I'm so boring! Sekurang- kurangnya kalau aku keluar, mana tahu jumpa awek? "
Luke mengangkat- ngangkat kening kanannya dengan senyuman nakal. Haiih...mamat ni.
" Fine. Be careful Luke. Banyak benda boleh jadi masa hari hujan ni. "
"Hahaha... kau ni risau sangat lah! Yelah sahabat, terima kasih sebab risaukan aku. " kata Luke sambil tersenyum lalu keluar dari bilik sambil bersiul.
Aku menghela nafas lemah. Kemudian aku membaringkan badan di atas katil yang lembut ini. Mmm... It's so fluffy!
Dalam beberapa saat tiba-tiba telephone pintarku berdering tanda message masuk. Alahai.. siapalah yang message aku time-time macam ni? Kacau tidur aje.
Aku melihat nama yang tertera di screen telephone ku.
EMYRIEL (My Cutie Angel❤️ )
Aku sengih sendiri. Ehe, my angel message. Kau ada? Hahaha..
Emyriel
Hai Shiro, errmm.. awak sibuk tak hari ni?
Me
Hai
Mmm.. tak. Aku tak sibuk. Why?
Emyriel
Oh. Jom diner dengan saya
malam ni. 😶boleh tak?
Me
Sure.
Nanti aku choose restoran.
Emyriel
Eh! Tak perlah! Saya yang ajak awak.. lagi pun saya dah pilih restorannya.
Me
Okay. Pukul 8 aku jemput kau. Err.. tapi apa nama restoran tu?
Emyriel
Ah, nama restoran dia restoran Coffee Princess. Nanti saya bagi tahu detail nya ok? Baiklah, Shiro saya kena pergi sekarang. Akemi panggil. Love you Lazy Old Geezer! 😍👴
Me
Hahaha.. nakal ya? Love you too Cutie Angel 😗.
Emyriel
Hodoh lah kalau awak buat emoji macam tu😂. Bye bye❤️
Me
Bye❤️
Aku tergelak melihat message Emyriel itu. Dulu bukan main malu dengan aku. Sekarang, hahaha.. nakal and manja!
"Mungkin aku patut cari baju untuk malam ni? " omelku sendiri.
Lalu aku pun melangkah ke almari dan menyelongkar baju yang elok untuk dipakai pada malam nanti.
***
Luke POV
"Nampak macam hujan tak kan berhenti dalam masa terdekat ni.. " aku mengomel sedirian.
Baik aku pergi tengok sungai belakang taman botani tu. Mana tahu kot-kot air berlimpah ke? Boleh aku mandi! Hahaha!
Beberapa minit kemudian.
"Huh? "
Aku terkejut melihat persekitaran di kawasan sungai ini. Dekat sini tak hujan tapi..
"Bersalji? "
Kata ku lalu menoleh ke belakang. Hujan turun di Bandar Alterald iaitu bandar utama Kerajaan Grandiflora dan tempat letaknya Aureum Academy, tapi kenapa dekat sini bersalji?
"Something not right here. How in the world this place is snowing while the others place was raining? "
Soalku.
"Ini bukan semula jadi Luke." kata Kitsu tiba-tiba.
'What do you mean? '
"Salji ni. Salji ni datang dari kuasa seseorang. "
'Huh? '
Aku tersentak dengan kenyataan Kitsu. Tak mungkin.
'But who? '
"Mungkin gadis berambut putih tu ada jawapannya. "
Sebelum sempat aku bertanya siapa yang di maksudkannya. Satu suara yang lembut tetapi berbaur tegas menyapa gegendang telinga aku.
"Siapa kau? " soalnya.
Aku menoleh kebelakang lalu pandangan mataku jatuh pada satu susuk tubuh berkimono sambil membawa payung berwarna merah putih? Rambutnya putih seperti salji begitu juga kulitnya yang kelihatan pucat. Matanya pula berwarna biru lembut. Tapi entah kenapa.. matanya kelihatan sedih?
"Aku tanya lagi. Siapa kau? "
Soalnya dingin.
"Err.. aku Luke. Pelajar sekolah ni. Kau? "
"Kenapa kau ke sini? "Soalnya tanpa menghiraukan pertanyaan ku tadi.
"Jawab soalan aku dulu. " balasku sambil menyilangkan tangan di dada.
Dia merengus sebelum menuju ke arah sungai. Aku memandang pelik ke arahnya lalu berjalan mendekati dia.
"Leave. " katanya tanpa menoleh kearah aku. Aku memberhentikan langkah.
"Why should I ? Kau still tak bagi tahu nama kau dekat aku. " kata ku sinis.
"Ugly face like you, don't need to know my name. "
What the heck?! Dia kata muka handsome macam aku ni Hodoh? Ok chill Luke Chill.
"Well, this ugly duckling want to know your name. "kata ku sambil tersenyum kambing. Hambik kau, aku kutuk diri sendiri terus. Huhuhu.
Perempuan itu memaling mukanya dengan muka yang bengis. Wow, short temper ke dia ni?
"I said leave, you bastards!! " marahnya. Mata biru dia mula bercahaya
"Yup! Kau sememangnya short temper, " kata ku sebelum aku di serang oleh taufan salji! What the fish! Dia serang aku?
"Leave and dead!!! "
Kata gadis itu seperti seorang yang histeria. Wow, aku baru je lepas buat seorang gadis marah hanya sebab aku nak tahu nama dia. Teruk sangat ke?
"Hold on miss! I don't want to fight you! "
"ARGH!!! SHUT UP! KAU PUN MESTI DATANG SEBAB NAK BURU AKU KAN?!MATI! MATI! " Katanya yang kini memegang kepalanya sambil menjerit! Sah dia kena rasuk hantu ni! Eh? Maknanya kalau dia kena rasuk dari tadi...
"HUWAAA!!!! HANTU!! "
Aku menjerit dan mukaku mula pucat! Aku cakap dengan hantu dari tadi!! Huwaa!!! Shiro tolong aku!! Ada hantu salji dekat sini!!
"TENANG LAH SETAN! DIA BUKAN KENA RASUKLAH!! "
Marah Kitsu apabila aku mula kecut perut dan berlari seakan orang gila! Eiii!! Nak buat cam ne, aku memang takut dengan hantu! Muka diorang seram tho!
"Dia tak boleh kawal kuasa dia lah! "
"Huh? "
"Cuba kau tengok betul betul! "
Aku memberhentikan larian lalu melihat ke arah gadis itu. Dia meronta ronta dan menjerit 'mati mati mati banyak kali'.
"Betul lah dia kena rasuk. Selalu aku tengok movie dekat laptop diorang jerit jerit macam tu. " kata aku membuatkan Kitsu menepuk dahinya. Salah ke aku cakap?
"Dia hilang kawalan kuasa dia lah bodoh. "
"Ouuuh... "
Aku melihat ke arah gadis itu walaupun semakin sukar akibat Salji yang mula mengganas. Selamat aku ada kuasa Lost Aura ni. Setakat salji ni tak lah menjejaskan penglihatan aku.
"So? "
"So? "
"Oh my Angkasia! Kau tak nak hentikan dia ke?! "
"Ouh.. "
"Pergi tolong dia lah bebal! "
Aku tersengih apabila Kitsu mula berang. Saja aku buat bodoh. Sekali sekala kan?
"Alright... "
Mata aku mula berubah merah begitu juga rambutku. Aku kini berada dalam mode nine tail.
"It seems like i don't have any choice.. "
Ting!!!!
Bunyi lagaan pedang dan perisai salji bergema! Aku tersengih apabila melihat muka gadis itu yang tanpa perasaan.
"Alaa... tak pakyahlah lawan. Kita damai eh? "
Srushhh!!!
Pusaran taufan seperti gerudi dihasilkan lalu menuju ke arah aku. Aku melompat ke udara dan berputar seketika untuk mengelak serangan itu. Apabila aku mendarat sahaja terus aku meluru ke arah gadis itu dan menyambar tanganya lalu badannya terapung di udara sebelum dihempaskan di atas tanah. Dia mengerang kesakitan! Eiik! Kuat sangat ke aku buat? Kemudian dia pengsan tak sedarkan diri.
Salji turut berhenti dan digantikan dengan hujan. Aku menghilangkan mode nine tail lalu kembali kepada asal.
"Urgh.. " gadis itu mengosok matanya. Aku melihat kearahnya. Aik? Bukan pengsan ke tadi?
Apabila dia melihat kearah aku dia terkejut lalu menggapai payungnya tadi lalu dibuka dihadapannya membuatkan Aku tidak dapat melihat dia kecuali rambut dan kaki.
"Si-siapa awak?! "
Huh? Awak? Bukan kau-aku ke dia guna?
"Kau lawan dengan aku tadi. Tak kan dah lupa? "
"Huh?! "
Serta merta dia menutup payungnya dengan muka terkejut. Dah kenapa dia ni?
"Sa-saya serang a-awak?bukan Saya serang Daemon ke? "
"Muka aku macam Daemon-Daemon durjana tu ke? " soalku tak puas hati. Pahal muka aku macam daemon tu pulak?!
Dia menunduk lalu memegang kepalanya lagi. Tiba tiba bunyi esakan kedengaran. Dia menangis?
"Oi-oit! Asal kau nangis ni? "
Aku pun duduk bercankung di depanya sambil memegang bahunya. Tangisan dia semakin kuat.
"Maaf! Maaf! Maaf! "
"Shh... hey hey don't cry. Aku okay. See? "
Tangisan dia semakin kuat begitu juga hujan. Guruh mula kedengaran! Bahaya Kalau kami duduk di sini, makin lebat hujannya. Aku megangkat dia gaya bridal style. Dia terkejut tetapi air matanya masih mengalir.
"Awak nak.. hik.. buat apa? "
"Aku tak nak kau mati kesejukkan di bawah hujan. " balas ku selamba. Dia merehatkan kepalanya pada dada aku. Aku hanya membiarkannya sahaja.
"Mungkin saya memang patut mati... saya hanya menyusahkan orang sahaja... menyedihkan... "
Katanya sebelum tertidur. Aku tersentak dengan kata katanya itu. Dia nak mati?
"Apa yang kau dah lalui sebenarnya? " soalku lebih kepada berbisik.
***
"Eh Luke. Siapa ni? " soal Dr. Rikka.
"Nanti saya jawab. Boleh doc rawatkan dia? "
Dr. Rikka mengangguk. Aku meletakkan si gadis di atas katil. Sebelum sempat aku pergi hujung bajuku yang basah di tarik lembut. Aku tersentak sebelum menoleh ke arah gadis itu.
"Don't leave... " katanya lemah.
Aku tersenyum kelat sebelum megangguk.
"I wont leave you. "
Dia tersenyum kecil apabila aku melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelahnya.
"Fuyu. "
"Huh? "
"Fuyu Yukihime. My name. "
"What are nice name. Now you should sleep, princess. Kau perlukan rehat. " kataku lalu mencium dahinya. Dia mengangguk sebelum matanya mula tertutup. Pegangan dia mula lemah lalu aku meletakkan tangan dia di atas perutnya.
Aku merenung Fuyu untuk seketika. Well, she really beautiful if you asking me .
"Ehem! Seronok tengok badan budak tu ya? "
Terkejut aku di buatnya! Dr. Rikka ni pun satu! Cakap lah hello ke hai! Ini tidak sergah gitu je!
"Badan? "
Apabila aku menoleh ke arah gadis itu baru aku faham. Ouu... kimono dia basah jadi terdedah bahagian dada dia dan.. ermmm... kau tahu tahu je lah. Tapi apa yang aku tahu sekarang..... Muka aku mula merah siot!!!!!
"Bukan! Macam tu doc!! Sa-saya cuma tengok muka dia jer! "
"Errmmm.... reeeeaaally? or you see her-"
"HUWAA!!! SAYA TAK TENGOK APA APA!!! I'M STILL INNOCENT AND PURE KID!! "
Kata ku lalu berlari keluar dari bilik itu! Aku terdengar Dr. Rikka tergelak mengekek! Argh! Malunya! Bukan aku sengaja! Aku Ter ok?!
"NANTI NAK KAHWIN JEMPUT! "
" I SAID I DON'T SEE ANYTHING!! "
Seriously this doctors? damn. She sure know how to make me piss.
***
"Eh Luke dah balik? Aku nak mintak to-" Shiro memberhentikan kata katanya apabila melihat aku.
"Kau mandi hujan ke? "
"Err.. hehehe? " gelak kejanggalan sebelum masuk ke dalam bilik air. Shiro hanya mengangkat bahu lalu membelek baju-bajunya. Atau lebih tepat baju aku. Tch, dia boleh selongkar sekali almari baju aku.
"Luke aku pinjam baju kau eh?! " soalnya di luar bilik air.
"Yelah! "
Kemudian aku terdengar dia ketawa lalu menyanyi sikit. Apalah yang buat mamat permalas ni rajin cari baju. Selalunya dia tibai je pakai.
Aku membuka baju lalu membuka pancuran air panas. Argh!!! .... panas nya!!! Terus aku tutup air itu lalu melompat masuk ke dalam tab mandi yang sejuk!
"Shiro kau pasang berapa kepanasan air ni hah?!! "
"Err.. Air pancuran tu tadi aku test kuasa api aku.. so air dia macam air baru yang didihkan. Kau tak pasang lagi kan air tu? "
"Sebab aku dah pasang lah aku tanya setan!!! "
"SORRY! "
Huhuhu... apalah nasib aku.. selamat kulit aku tak melecuh. Aku merenung Siling seketika sebelum menghembus nafas berat.
"Fuyu Yukihime. A sad girl under the snow. Who... exactly are you? "
Soalku sendiri sebelum otak ku mula merancang kerangka jahat untuk kenakan si orang tua itu. Sorry eh? Siap kau! Muhahahaha!
***
Shiro POV
"Hihihi"
Aku meneguk air liur. Bulu aku mula meremang apabila terdengar bunyi ketawa jahat Luke.
"I should be careful start tomorrow. " kata ku sambil melihat kearah pintu mandi itu dengan muka yang memucat.
___________________________________________________________
Thanks for vote and comment 😄
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top