Chapter 30 Dark and White
Zzzz..
Zzzz..
Zzzz...
"Oit... Shiro! bangunlah! Kita dah lambat nak lapor diri lah! "Kata Luke sambil memakai baju seragam barunya dengan kalut.
'Lahanat betul! Asal payah sangat pakai baju ni? Eh, ni baju tidur aku? Wahhh! Silap baju! '
Zzzz...
"Mmm... tak aku... aku tak suka kau! ... aku sayang Alice... She more fluffy!! ..Zzzz..krongg... "
Luke buat muka blur. Seriously? Orang tengah kecoh dah lambat sampai silap baju, dia boleh mengigau lagi!?
"Tuan Luke!awak dah lambat ni! Hurry up! "
Pesan Cutiey yang muncul pada skrin phone miliknya. Luke mula cemas!
"I know! But this lazy bastards is really hard to awaken! "
'Arghh!mampus aku kalau lambat! sah kena sembelih punya dengan demon dua ekor tu! ' fikirnya
"Tak ada cara lain! "
Kemudian Luke berjalan ke arah katil Shiro. Dahi Shiro di sentuh begitu juga telinganya.
"Shiro tolong bangun, kita dah lambat ni.. "
Kejutnya lembut berbaur tegas. Shiro hanya membalas dengan dengkuran seperti kerbau. Aduh jadi kerbau betul-betul nanti baru tahu!
Zzzz...
"Tak nak bangun? Okay kau yang mintak! "
PANG!!!!!
PIATTT!!!
"ARGHH!!! SAKITLAH LAHANAT!!! "
Tak cukup di tampar kuat di dahi dan di tarik telinga, kolarnya direntap oleh Luke lalu di seretnya Shiro sampai ke bilik air.
"Argh... kejut cara baik tak boleh ke? Sakit dahi dengan telinga aku.. urgghh.. "
"Aku guna cara baik tak nak bangun, cara kasar lah aku guna. Dah mandi cepat! Kita dah lambat nak lapor diri! "
"Yelah, yelah. Dah keluar aku nak mandi. "
Kemudian Shiro membuka bajunya untuk mandi. Terkejut dia bila Luke masih di dalam bilik air itu.
"Mr. Tsuyoshi can you please get out? "
"Tak nak aku mandikan? kalau berteman best kan? Seronok gitu. "
"KELUAR LAH BODOH!! "
Luke ketawa besar apabila melihat muka Shiro yang merah padam. Geram gila! Haha.
***
Akari dan Lucia sudah lama berada di depan pintu pengetua. Akari mengerling ke arah jam didinding.
"Argh! What the heck ?pukul 8 dah wey! "
"Sabarlah Akari. Macam kau tak tahu abang aku tu. Kalau sekolah lama pun boleh lambat sampai pukul 10, inikan pulak sekolah baru. "
"Kalau diorang lambat sampai macam tu, sumpah aku akan pancung kepala diorang! grr.. " Akari memeluk tubuh dengan keadaan marah.
"Hah! Tu pun diorang! "
Sampai sahaja di hadapan pintu pengetua, Luke segera meminta maaf kepada Akari dan Lucia kerana lambat, manakala Shiro buat tak edah lalu melilau mencari tempat yang boleh dia tidur.
'Jumpa! '
Shiro tersengih sambil berjalan ke tempat duduk menunggu. Sebelum sempat dia melabuh punggung, belakang kolar bajunya di tarik untuk masuk ke dalam bilik pengetua. Dia menangis di dalan hati.
'Huhuhu...why aku? '
***
"Ah, selamat datang kamu semua ke Aureum Academy! "
Pengetua yang berusia 40-an itu menyambut kedatangan mereka berlima dengan gembiranya. Berlima?
Ayumi juga di masukkan ke Academy atas permintaan Luke. Sebab tiada siapa di rumah untuk menjaga Ayumi memandangkan Puan Rouma terpaksa berkerja sangat jauh dari mereka. Entah bila balik pun diorang tak tahu.
Overprotective brother lah katakan..
Shiro POV
"Kamu semua boleh panggil saya Pengetua Arnius. Jadi nampaknya kamu berlima akan memulakan perjalanan sebagai seorang pelajar di sekolah ini, saya harap kamu semua boleh membawa perubahan dalam pergaulan mereka di sini. "
Apa yang di katakan oleh pengetua mengundang rasa pelik kami.
"Kalau tidak ada apa-apa, kamu semua boleh masuk ke dalam kelas. Luke, Shiro dan Akari boleh ikut Cikgu Hayate. Lucia kamu boleh ikut Cikgu Avia. Dan kamu pula Ayumi ikut Cikgu Atsu. "
Kami semua mengangguk lalu berterima kasih kepada pengetua dan berjalan keluar bersama guru kelas kami.
***
"Err.. cikgu kalau tak kesah, saya nak tanya sikit boleh? "
soal Luke di sebelah kanan aku manakala Akari di bahagian kiri. Cikgu pula di depan. Aku Hanya menguap dengan muka biasa tanpa senyuman. Akari hanya menggeleng kepala.
"Mmm.. apa dia yang kamu nak tanya? Oh! oh! Pasal cara-"
"Semestinya bukan cara cara nak bunuh diri. I still love myself duh. "
Muka Cikgu yang pada awalnya bersinar-sinar terus pudar dan beriyak sedih. Kemudian serius kembali.
You know, Sometimes I just can't believe this guy is a teacher. Creepy as heck.
"Jadi apa yang kamu nak tanya? "
"Kenapa baju Shiro lain dari saya? "
"Aahh... kamu tak tanya Cutiey ke semalam? "
"Err.. "
Aku dan Luke berpandangan, macam mana nak tanya kalau dua-dua tidur tak ingat dunia. Tekangkang atas katil! Haha..
"Err..tak. "
Cikgu mengeluh sebelum memulakan semula langkahnya yang terhenti tadi.
"Ianya sebab Shiro berada dalam tahap S. "
"Tahap S? "
"Yeah, maksudnya kamu di tahap yang berbahaya atau sedang dipantau guardian. Kamu semua tahu kan sekolah ni juga mengambil orang-orang yang tak mampu mengawal kuasa mereka?Jadi Pengetua telah mengasingkan baju supaya boleh membezakan pelajar biasa dengan pelajar tahap S. Hanya baju yang dipakai pelajar tahap S sahaja yang lelaki dan perempuan sama. "
Kami hanya mengangguk faham. Tahap S huh..
"Haaiihh.. Tapi itu lah masalahnya. Di sebabkan perbezaan ini, ramai murid yang bertahap S di palau. Eh bukan ramai tapi semua. "
Aku tergamam. Kena palau? Bagus lah, tak ada orang nak kacau aku tidur! Ohohoho.. this is heaven!
"My dream come true. I can sleep forever now! "
KUK!!
Aku mengosok kepala yang di ketuk Luke bersama cebikan. Cis, aku ingat dia tak dengar.
"Tahu sangat kalau kau tiba tiba senyum macam tu. Haiih.. Such a lazy bastard! Haiih.. "
Aku hanya tersengih dan mengangkat bahu. What can I do? It's my habit and my hobby ! Dan tak dinafikan aku suka!
Lebih seronok kalau aku tak bangun langsung! Hahahaha!
"Yoshh! we are here! Come in you three and intro yourself! "
Kemudian cikgu membuka pintu kelas itu. Serius aku cakap macam lif dah pintu dia.
Apabila kami masuk ke kelas itu, kesemua mata tertacap pada kami. Ada yang mula berbisik sesama mereka apabila melihat aku. Ceh aku tahu aku handsome tapi tak payah lah puji belakang belakang.Face to face lah!
"Baiklah, Kamu semua. Mereka bertiga ini adalah pelajar baru di sini, jadi pastikan kamu semua layan mereka baik-baik ya? Kamu bertiga kenal kan diri masing-masing."
Kami menganggung lalu di mulai oleh Akari dan diakhir oleh aku. Ada yang buat muka bila aku perkenalkan diri, ada yang tak. Dude diorang ni ada penyakit muka ke? Betul lah kata Cikgu hanya di sebabkan baju mereka melayan orang di sekeliling tidak sama rata.
"Baiklah Shiro kamu akan duduk di sebelah Suoh. Luke kamu duduk sebelah Shiro dan Akari kamu duduk di sebelah Chiyo. "
Aku dan Luke berlaga penumbuk sebab kami dapat duduk sekali! Hahaha.. best friend forever!! Akari mencebik lalu menumbuk bahu kami sedikit. Jealous la tu! Kemuadian kami ketawa kecil sebelum beredar ke tempat masing-masing. Yang aku peliknya, budak dalam kelas ni tengok kami dengan mata membulat. Awat? Tak pernah nampak kemesraan antara spesis kah? Hahaha..
Aku meletakkan beg di sebelah meja lalu duduk di kerusi. Aku sempat melihat Suoh di sebelah lalu menguntum senyuman.
Hampagas betul, dia bagi jelingan jer. Selamat Luke duduk sebelah aku kalau tak, dah lama aku cungkil mata dia keluar! Jadi bola ping pong terus!
***
"Hey Shiro, selamat berkenalan! Aku Genji Fumiya! "
Aku yang baru bangun dari tidur, terkebil-kebil sebelum melihat seseorang lelaki di depan aku. Aku hanya mengangguk lalu menyambut hulurannya. Mmm..baju dia sama macam aku,maknanya dia Tahap S lah?
"Selamat berkenalan. Err.. cikgu dah keluar? "
Aku tahu soalan tu agak bodoh sebab terang lagi nyata cikgu tak ada dalam kelas.
"Tadi dah Cikgu keluar. Kau yang seronok sangat dalam 'dream land' tu. "
Sampuk Luke dari sebelah kiri aku sambil mengemas alat tulisnya. Walaupun kami menggunakan komputer yang berteknologi tinggi, kami masih menggunakan buku nota untuk menyalin setiap apa yang diterangkan Cikgu.
"Tu lah kau tak nak join sekaki, kan dah jeles. "
"Hahah yeah aku jeles! Jeles sebab nanti aku akan lagi pandai dari kau! "
"Hahahah.. bro ayat kau tu macam perli lah! Haha"
"Memang pun! "
"Pfft.. hahaha"
Kami berdua pun ketawa serentak. Apa yang lawak pun tak tahu. Tapi tu lah kami.
Gila gitu.
Genji yang memerhati, seperti tergamam begitu juga yang lain. Aku melihat ke arahnya pelik sambil Luke datang merapati aku.
"Asal kau tengok kami macam tu? " soalku.
"Err.. kau kawan dengan dia? " soal Genji lalu menunding jari ke arah Luke.
Aku dan Luke berpandangan. Pahal? Dah terang lagi nyata kami berkawan dan tak di nafikan juga sahabat baik.
"Yes, why? Get problem with that? " soalku agak dingin.
"Dude lek lah, dia tanya baik tu. Jangan buat muka hodoh kau duhh. " kata Luke selamba pada aku lalu menepuk bahu Genji.
Genji yang terkejut kemudian memandang muka Luke pelik.
"What? Try to stolen my Handsome face? "
Bangang, dia boleh puji diri sendiri pulak. Genji seperti teragak- agak untuk bercakap.
"Genji say what you want to say, Luke don't eat people. Unless you stolen his girlfriend and to bad he don't have one seems he damn so ugly. "
"Hey! "
Aku hanya menguap tanpa menghiraukan bebelan Luke. Genji ketawa kecil membuatkan aku dan Luke melihat kearahnya.
"I- I'm sorry! "
"Kenapa nak mintak maaf, bukan kau buat salah pun? "
"Yeah, Why say sorry? Besides you will be our friends too! "
Genji tergamam. Sebelum sempat dia bersuara ada suara lain yang menerpa.
"Hahahaha... you guys really funny! budak White dan Dark? Tak mungkin berlaku! Haha"
Gelak Suoh a.k.a manusia yang nak kena korek biji matanya dengan aku. Genji menunduk. Riak wajahnya juga berubah.
Suoh bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke depan. Baru aku perasan semua budak yang baju sama macam Luke berdiri di sebelah kanan manakala budak Tahap S macam aku semua duduk di tempat masing-masing dengan riak sedih.
What the heck?
Drama babak sedih apakah yini Author ?
Akari yang duduk di sebelah Chiyo hanya duduk di tempatnya. Akari memberi isyarat untuk tunggu dan jangan buat apa apa.
Urgh, tell the truth, i really want to stab Suoh's Eyes!biar buta! Man, he looks so cocky!
"Ryuzaki, kau nampak tak perbezaan kami dengan Tahap S macam korang? Heh, korang ni kan tak boleh kawal kuasa so kenapa nak terus kan hidup? " soalnya sangat bongkak dan sinis.
I kill him!
Aku akan siat-siat dia punya daging pastu bagi dekat Emus, Daemon milik Luke!
Mata dia aku buat bola ping pong! Grrr... mulut sial betul!
Sebelum sempat aku berbuat apa-apa Luke sudah menghalang.
Matanya tajam pada si mulut jahanem tu.
"Apa kau nak dengan kawan aku hah celaka! kau ingat diorang sengaja tak boleh nak kawal kuasa diorang?oo..sebab korang boleh kawal kuasa korang je korang boleh rendahkan mereka?Pfftt...tolong lah! I think they cannot control their power because their too strong and of course more stronger than you,you shitty head! "
"Kau jangan nak kurang ajar dengan Suoh! Dia ni yang paling kuat dalam kelas ni tahu tak! " back up rakan kelas yang lain.
"So what? Dia yang kurang ajar dengan kawan aku. Such a bastards"
Wow I'm bet, if not me the one who kill this Suoh guy, it will be Luke. Heh, of course I want to join too! Seksa dia habis habisan! Muahaha!! Readers ada nak join?
Keadaan di dalam kelas itu tegang sehinggalah..
Grouuppp
Aku sengih kambing sambil menggaru pipi comelku. Ahak!
"Can you guys continue later? I'm hungry. Jom isi perut dulu? Alang-alang boleh aku tidur kejap. "
"Seriously Shiro? Time tegang tegang ni kau lapar? Lawak hambar apakah ini?! "
Luke menggoncang bahuku laju laju. Aduh!pening aku macam ni! hey! yang bunyi perut aku! salahkan dia lah!
Suoh merengus sebelum keluar dari kelas bersama his ugly army! Finally!!
"Thanks Luke, back up kami. "
Ucap Genji dengan senyuman.
"Nahh.. It's not a big deal. Diorang rendahkan kawan baik aku, tak mungkin aku boleh berdiam diri! "
Genji tersenyum sebelum Mengucapkan terima kasih begitu juga yang lain.
Groouuppp.
"Aduh kau ni Shiro, spoil lah! "
"What?! Weyy aku dah lapar gila! Tak kira aku nak makan sekarang! See ya later Gincu! "
"Err.. Shiro it's Genji "
"What so ever, see ya, Ginji! "
Genji hanya tersenyum kelat dengan panggilan nama yang aku panggil, sorry bro setiap kali perut aku lapar nak mati, semua nama orang aku cakap salah! Haha..
Piungg!!!!
Terus Shiro memecut keluar bersama Luke dan Akari yang di tarik kolar dari belakang! Kesian sungguh. Tak bukan apa, kesian dekat Shiro je lepas ni sebab mesti kena belasah dengan Akari sebab tarik kolar dia macam tu je.
***
BAM!!
"Argh!!! Menyemak lah diorang tu! "
Kata Ayumi lalu menghempas buku di depan meja kami. Yes masa rehat semua serentak.
"Kamu kenapa Ayumi? "
Soal Luke pelik dengan kemarahan Ayumi tiba tiba. Selamat kami dah habis makan tapi Lucia tak keluar lagi namapaknya. Haaiihh... risau pulak aku
"Abang tahu tak budak budak dalam kelas tu annoying gila! Orang nak berkawan pun tak boleh! "
"Maksud Ayumi? "
"Haiihh...diorang tak bagi Yumi kawan dengan orang yang pakai baju macam abang Shiro! Abang tahu tak budak yang orang nak kawan tu baik jer! Eiii... kalau tak sebab peraturan sekolah dah lama Yumi belasah lumat lumat! "
Kata Ayumi sambil melaga lagakan penumbuknya. Kami bertiga hanya mengeluh. Nak tolong tak leh.. kitorang pun hadapi benda yang sama.
"Abang Shi asal diorang semua tengok kita semacam eh dari tadi? " soal Ayumi sambil mengerling sekilas ke tepi.
Yes, semua tengok kami semacam dari tadi dan kita tahu sebabnya. Yelah diorang bertiga pakai baju kumpulan yang menggelar diri mereka 'White' aku pula 'Dark' dan kami lepak sekali, tak mengundang rasa pelik mereka? Well aku tak suka ambil kesah dan tak nak kesah jadi aku biar je diorang tengok kami. Heh, ini rasanya jadi famous! Gihihi..
Luke dan Akari menceritakan segalanya dari A sampai Z Apa yang jadi di kelas tadi. Ayumi terangguk angguk tanda faham.
"Ooo... tu sebab diorang halang Yumi berkawan? Sebab perbezaan baju dan Tahap?that ridiculous! "
"Yeah.. kami pun tak suka cara macam mana diorang ni bergaul. It's annoying. Heck! Belagak nak mati! " Kata Akari sambil menyilangkan tangannya.
KRINGGG!!!!
Bunyi loceng berbunyi menandakan rehat sudah habis. Kami mengeluh. Sebab apa? Sebab kena menghadap manusia manusia yang memilih Status.
Haihh... lantaklah aku bukannya hadap muka diorang pun. Aku tidur. Well Shiro is Shiro. Tidur diutamakan rakan sekelas diketepikan! Hahaha!
Thanks for the vote and comment😘
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top