Chapter 26 Guardian Meeting
Seorang gadis berambut hitam bermata merah, bersama seorang lagi sahabatnya yang berambut pink dan mempunyai sepasang mata yang berlainan warna, berbaju guardian berdiri di sebuah bilik mesyuarat.
Gadis berambut hitam itu melihat ke arah rakannya dengan pandangan yang kelihatan risau.
"Semuanya akan okey, Emy. Relax, aku ada. " pujuk gadis berambut pink itu.
"Macam mana kalau mereka ingin berbincang pasal hukuman ke atas Shiro? Macam mana kalau mereka nak dia dimasukan ke dalam penjara Crustal? Saya tak nak!"
"Oit! Kau relax boleh tak? Okey tarik nafas... Lepas. Tarik. Lepas.... dah ok? "
Emyriel buat apa yang disuruh Akemi. Dia kena bertenang. Tenang.
Tiba-tiba dia memengang bahu Akemi lalu menggoncangkannya.
"SAYA TAK BOLEH BERTENANG AKEMI!!! "
BOKKK!!
"Hoi gila! Tenang sikit boleh tak? Aku tahu lah dia tu 'King in your heart' tapi jangan risau sangat boleh tak? " marah Akemi apabila sahabatnya itu asyik gelabah dan tak tenteram.
Emyriel menggosok kepalanya yang di luku oleh Akemi.
"Dah dah jom masuk"
Terus Akemi menarik tangan Emyriel dan menolak pintu kayu antik didepannya.
Apabila mereka masuk sahaja, mereka berdua tergamam.
"Tuanku Kaisar! "
Terus mereka menunduk hormat. Raja Kaisar hanya tersenyum lalu mengangguk apabila mereka mengangkat muka.
"A-apa yang Tuanku buat di sini? " soal Emyriel segan.
"Beta hanya datang kemari untuk berbincang dengan kamu semua, " kata Raja Kaisar tersenyum.
"Ah, dan lagi satu tidak perlu terlalu formal dalam mesyuarat ini okey? " soalnya dengan senyuman. Semua didalam bilik itu tergamam. Sebelum sempat Emyriel berbicara satu suara sudah menyampuk.
"Laa... Tuanku ke yang datang. Patutlah kereta diraja ada di banggunan guardian ni. Asal tak cakap awal-awal? kalau tak,boleh saya belanja kopi. "
Kata cikgu Leon selamba. Kemudian dia tanpa malu atau segan, duduk di sebelah kanan Raja Kaisar. Sekali lagi orang di dalam bilik itu tergamam. Selamba gila.
"Yelah tu nak belanja Kopi. Nak belanja saya kertas pun payah, ada hati nak belanja kopi yang mahal tu. " seloroh Raja Kaisar.
"Haha Tuanku kena faham saya berjimat. "
"Sangat. "
Terburai gelak tawa mereka berdua. 5 orang Guardian termasuk Emyriel dan Akemi hanya boleh berdiam diri.
"Laa... Emyriel, Akemi terjegat apa lagi? Duduk lah. " pelawa Cikgu Leon.
Emyriel dan Akemi hanya akur lalu duduk di kerusi pada meja yang panjang atau meja Mesyuarat itu.
Kini didalam bilik itu hanya ada 7 orang sahaja termasuk Raja Kaisar.
"Leon, semua dah ada didalam bilik ni ke? " soal Raja Kaisar.
"Ermm... Belum lagi. Ada lagi 4 orang yang masih belum masuk. Salah seorang dari Mereka pula masih dalam Misi dia. So lagi 3 orang lah. " terang Cikgu Leon
"Misi? "
"Misi untuk sebulan. "
"Siapa yang lakukan misi tu? "
"Haaihh...Silent. "
Jawab Cikgu Leon ringkas sambil mengeluh. Raja Kaisar hanya mengangguk Faham.
Silent.
Nama gelaran salah seorang Guardian yang terkuat menjadikan Rank 1 ditakluk oleh dua orang. Leon salah satunya. Dia digelar Silent kerana sifatnya yang sangat susah nak bercakap. Dia juga seorang yang Misteri. Tiada siapa yang tahu wajah sebenar Silent kerana mukanya sentiasa ditutup dengan topeng . Nama pula tidak pernah dia kongsi. Dia lebih suka bergerak sendirian.
"That guy... Always do something alone... " kata Raja Kaisar.
"You can say that again. He doesn't have any friend too, you know. "
Ya, Raja Kaisar agak kasihan dengan Silent. Dia tidak pernah ingin berkawan atau rapat dengan sesiapa. Lelaki itu terlalu bersendiri dan terasing.
BAM!
Tiba-tiba pintu bilik itu di tolak kuat, menampilkan dua susuk tubuh yang mereka kenali.
"Maaf lambat! Kyo bangun lambat tadi! " kata Lance.
"Wey Gila kau yang bangun lambat! "
"Whatever "
Dan mula lah perbalahan antara mereka. Cikgu Leon hanya mengeluh. Kemudian Raja Kaisar berdehem, membuatkan mereka berdua menoleh ke arahnya.
"Ah! Tuanku! " kata Kyo dengan sengihan begitu juga Lance.
"Wassup Tuanku! " kata Lance selamba.
"Hey Kyo and Wassup to you too Lance! " balas Raja Kaisar.
Mereka berdua tersengih kemudian Blade juga sampai dengan File ditangan.
"Haha Blade kau pun lambat! " Lance menunding jari ke arah jejaka berambut merah itu sambil ketawa.
"Maaflah ya, aku dah sampai sini lama dah sebelum Raja Kaisar lagi. " balasnya dengan senyuman sinis.
Lance hanya mencebik. Lalu mereka bertiga pun duduk di meja mesyuarat itu.
"Nampak macam semua sudah ada di sini. Baiklah hari ni saya nak berbincang dengan kamu semua tentang kejadian beberapa hari lepas di Bandar Eve atau lebih tepat.. "
Tiba- tiba Skrin visual diaktikan dan memaparkan wajah seorang remaja berambut putih bermata biru. Namanya ditulis dibawah gambar itu.
[SHIRO RYUZAKI]
".. Ia mengenai budak ni" kata Raja Kaisar menghabiskan ayatnya.
Emyriel menggenggam tangan. Dia tahu ini yang akan dibincangkan. Akemi di sebelah memegang bahunya untuk bertenang.
"Kamu semua nampak bukan? Kuasa yang ada pada dia sangat kuat dan gelap. Sebab tu hari ni saya nak berjumpa dengan kamu semua untuk berbincang langkah seterusnya yang perlu diambil" kat Raja Kaisar serius.
"Apa pandangan kamu tentang dia Leon? " soal Raja Kaisar pada Cikgu Leon.
"Haaiih... sepanjang saya mengajar, Shiro ni... " Leon berfikir sejenak. Kemudian mengambil nafas dan menghembuakannya.
"Pemalas, suka ambil jalan mudah, banyak merungut kalau kena paksa buat keja, sambil lewa dan paling penting Raja Tidur sebab tak kesah apa punya situasi pun, ada je masa budak tu nak tidur. Naik geram jugak saya dibuatnya! " Kata Leon dengan sekali lafas membuatkan semua di situ tercegang.
Emyriel manahan tawa. Shiro, Shiro.
"Tapi... "
"Budak tu ada jugak sifat yang saya puji walaupun tak banyak. Memanglah dia selalu kata 'saya malas itu ini' tapi sebenarnya dia jugaklah yang paling banyak berusaha. Dia selalunya berlatih kawal kuasa dia tu tiap tengah malam dekat padang sekolah. Senang cerita, dia lebih suka buat tanpa orang tahu. Mungkin itu sebab tu dia selalu mengantuk dan tidur dalam kelas. Siapa tahu bukan? Kalau nak hukum dia, saya rasa buat masa ni biarlah saya pantau dia di Aureum Academy. "
"Macam tu rupanya.. " Raja Kaisar hanya mengangguk untuk mempertimbangkan cadangan Cikgu Leon.
"Walaupun budak tu cuba kawal kuasa dia, dia masih dalam lingkungan orang yang berbahaya! Lebih baik kita masukan dia di penjara Crustal! " bantah seseorang.
"Apa faedahnya kalau dia di masukan ke sana? Kau sendiri nampak, hanya satu libasan pedang dia, dah boleh tumbangkan si Abnormal Daemon tu. Sekurang kurangnya kalau dia boleh kawal kuasa dia, kita juga yang dapat faedah bukan? " bidas Cikgu Leon.
"Habis tu, kalau dia hilang kawalan lagi macam mana? Kalau satu libasan boleh tumbangkan seekor Abnormal Daemon, ini kan pula satu Kerajaan. Kau masih nak agap dia anak murid kau? Heh, kalau dia bertukar pihak, bukan kita juga yang dapat susah? Fikirlah Leon, jangan sebab dia tu 'anak murid' kau, kau nak bela dia je! " bidas Alger Alanzo , si Guardian yang berambut blonde dan bermata hijau itu.
"Aku tak tahu apa masalah kau dengan aku. Tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bela dia sebab dia anak murid aku, tapi aku bela dia dari segi positive yang mana memberi kita faedah. Aku nak tanya kau,kalau dia di masukan di penjara,kau tak rasa peratusan untuk dia berdendam dengan kita tu ada? Sebab dendam tu, bukan kah dia boleh memusnahkan satu Kerajaan? Kalau nak halang dia pun, kau mampu ke? " soal Cikgu Leon sinis.
Lance dan Kyo, dua-dua dah laga penumbuh bawah meja. Emyriel tersenyum gembira begitu juga Akemi.
"Jadi kenapa tak bunuh sahaja dia sekarang? "
Soal perempuan berambut pink bermata hijau di sebelah Alger. Kaki di silangkan sambil menongkat pipinya. Senyuman sinis terukir di bibir.
"Saya bantah! "
Emyriel dengan beraninya bersuara. Cikgu Leon hanya membiarkan.
"Saya tak rasa kesalahan dia sehingga membunuh! Sedangkan dia juga telah selamatkan kita dari Stanus. Alvera saya nak tanya, kalau bukan sebab dia, mungkin awak pun tak bernafas harini. Hari tu bukan kah awak di kepung Daemon serdahana dan Daemon lemah dalam bilangan yang banyak? Kalau bukan sebab kuasa Shiro tu, saya tak rasa awal boleh handle mereka semua. " bidas Emyriel. Akemi berasa kagum dengan rakanya itu. Ini pertama kali Emyriel mempertahankan seseorang.
'Ouu.. buah hati dia beruntung betul! Jealous i. Haha' kata Akemi didalam hati.
"Heh, yeah sebab dia buah hati kesayangan kau, kau pertahankan dia bukan? "
Balas Alvera.
"Kalau ya dia aku punya buah hati, kau ada masalah? " soal Emyriel sinis. Perubahan mendadak Emyriel mengejutkan semua di situ.
Dalan kalangan Guardian, Emyriel lah yang paling lembut, sopan santun dan berhati baik. Tapi ada jer yang tak suka macam Alvera ni.
Alvera yang tak berpuas hati menepuk meja kuat. Dia merenung Emyriel tajam.
"Kau jangan nak tunjuk berani dekat sini! Kau Rank paling bawah kau sedar tak? Sekali aku tumbuk kau melayang! "
"Heh, cuba lah kalau kau berani! " balas Emyriel.
Kedua-duanya mula mengaktivekan kuasa mereka.
"HENTIKANYA SEKARANG! "
Suara lantang Cikgu Leon menghentikan perbuatan mereka. Ditambah pula Aura yang kuat dikeluarkan membuatkan Leon lebih mengerikan.
"Aku tahu Raja Kaisar cakap jangan terlalu formal tapi tak bermakna korang berdua boleh tunjuk kurang hajar nak berlawan! Mintak maaf sekarang! " marahnya lagi.
Emyriel dan Alvera hanya akur lalu memohon maaf. Raja Kaisar hanya tersenyum dan ketawa kecil.
"Terima Kasih Leon. Haiih.. nampaknya perbincangan kita ke laut pulak. Haha.. "
"Sama- sama.. apa apa pun sekarang semuanya tuanku yang putuskan," kata Cikgu Leon menghilangkan kuasanya. Dia menyilangkan tangan di dada.
Raja Kaisar berfikir sejenak.
"Jadi kita ada pilihan sama ada mengawasi dia di Aureum Academy dan latih dia sehingga dapat mengawal kuasanya atau kita penjarankan dia di Penjara Crustal? Okay saya akan pilih mengikut mejoriti memandangkan kita di sini 10 orang termasuk saya. " kata Raja Kaisar.
"Dia di masukan ke Academy? " Raja Kaisar mengangkat Tangan. Dan termasuk dia 8 orang yang menganggkat.
"Apa? Kau pun sama Blade? " soal Alger tak berpuas hati.
"What? Aku rasa betul apa yang Leon kata tu. Putera Hyden pun setuju. " kata lelaki berambut merah dan berkaca mata hitam.
"Itu sahaja cara yang baik saya rasa. " balas Putera Hyden yang berambut hitam begitu juga matanya.
"So keputusan saya muktamat! Shiro Ryuzaki akan dipantau di Academy. Leon saya nak awak bertukar tempat kerja dari Aurora ke Aureum. Dan bukan itu sahaja, semua laporan saya nak awak semua serahkan pada dia! Faham? " terang Raja Kaisar tegas.
"Faham Tuanku"
Mereka berdiri dan menabib hormat.
"Itu sahaja untuk hari ni. Semua boleh bersurai. Oh, dan Blade sila sampaikan perkara ini pada Guardian Silent. " pesan Raja Kaisar.
"Baik Tuanku" Kata Blade.
Lalu mereka pun bersurai maninggalkan Raja Kaisar dan Cikgu Leon untuk berbincang sesuatu.
*****
"Muahaha Cayalah Emyriel! Haha gepak sial!!! " kata Lance riang.
"Mana adalah. Saya cuma sampaikan benda yang betul sahaja," ujar Emyriel malu malu.
"Serius lah? Aku pun setuju dengan Lance! Padan muka si Alvera Azzuri tu. Tak habis-habis nak dengki dengan kau. "Kata Akemi.
"Siapa kau kata dengki tu? Aku rasa kau yang dengki cik Akemi Miyako. " kata Alvera entah dari mana.
"Aku, Dengki? Dengan kau? Ppffttt.. hahahah!! Kau memang kelakar Alvera! Hey! Nak dengki dengan kau memang tak ada makna langsung. Habuan apa pun tak dapat. Aku kalau nak dengki, lebih baik aku dengki dengan Lance tau? "Bidas Akemi
"Aik, asak aku pulak? " soal Lance. Kyo setia di sisi.
"Sebab kalau kau, sekurang- kurangnya aku dapat jugak tengok drama pelik dari kau. Kalau viral aku jugak untung hihihi" balas Akemi selamba.
Terus Lance rentap hati sendiri.
"Oh Kyo, kau tak kesian kah pada kawan mu ini? " Lance mengalirkan air mata palsu.
"Maaf lah, aku Hyden. Kyo dah blah tadi, " Kata Putera Hyden tanpa sebarang perasaan. Dia berlalu dari situ di bontoti Blade.
"Wahh!!! Kyo sayangku! Diamana kah dikau? Jangan risau, selagi cinta aku padamu kuat, akan kita bertemu juga!! "
Terus Lance memecut ke bawah.
"Err... kunyit gila,"
Akemi berbisik pada Emyriel.
"Kesian Kyo dapat partner kunyit kan? " Balas Emyriel.
"Hmhp! Lantak lah aku malas nak layan dua ekor monyet ni. Baik aku pergi spa! Lagi bagus! " terus Alvera berlalu dari situ bersama Alger.
"Hek eleh, ingat aku kempunan sangat ke nak layan dia? Kalau ikut hati nak je aku korek mata hijau dia tu! " kata Akemi geram
"Dah dah, sabar jelah Akemi. Apa apa pun jom lah kita balik. Esok Saya ingat nak pergi hospital lah na- "
"Nak tengok kekasih hati yang sangat kau sayangi, lagi lagi bibir sexy yang memang auummm! Kan? "
Muka Emyriel mula memerah apabila di usik begitu!
'Bodoh punya Akemi!!!' Jeritnya didalam Hati.
Mereka berdua pun bergerak pulak ke rumah mereka. Tanpa mereka sedar ada yang memerhati.
****
"Pufufufu...semuanya semakin menarik! Pufufufufu!" Kata lelaki itu disebalik bayang.
'Ingat Arata, misi kau masih belum bermula ' kata seseorang melalui bluetooth earphones.
"Yeah yeah, tapi bila ia bermula... "
Kemudian lelaki itu melihat kearah luar. Dia ketawa dan menari di dalam bulatan. Lagaknya seperti seorang psycho .
"Hahah... Apabila misi aku bermula! Dunia ini akan di selimuti dengan darah pekat yang menyegarkan! Hahaha!!! "
Lalu dia hilang dari pandangan.
Siapa dia?
____________________________________________________________
Sorry tak update. Author hilang idea😥😥.
Thanks for vote and comment.
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top