Chapter 23 First Kiss Or Not?


Emyriel POV

Zingg!!!

Slashhhh!!!

Bommm!!!

Bamm!!!!

Semua Daemon menyerang tanpa henti. Banyak Knight dan Worrior sudah tercedera. Aku mula risaukan Shiro. Dia akan okay ke?

Grouurr!!!

Seekor Daemon cuba menyerang aku. Aku mengelak kemudian menetak kepalanya menggunakan pedang cahaya. Walaupun aku Elemental.... Aku tak boleh gunakan kuasa aku yang lain kecuali Cahaya dan Healing.

Aku tak tahu nak guna kuasa aku macam mana. Sebab tu aku Guardian yang ranknya paling rendah. No. Aku Rank terakhir.

"Emyriel Fokus! "

Aku tersentak sebelum melibas pedang aku bersama kuasa cahaya. Aku tersentak. Mata ku ditebarkan untuk melihat sekeliling. Semua bangkai Daemon bergelimpangan. Bangkai Daemon berada di mana mana.

Aku tergamam.

Tangan aku mula mengigil.

Aku terlebih guna kuasa lagi.

"Mama! Hik.. hik Mama! "

Aku terdengar seorang kanak-kanak menangis. Tapi dimana dia?

'Alverta'

"Budak tu dari arah jam 12! "

Aku melihat ke depan. Jumpa! Seekor Daemon menghampiri budak itu. Daemon tu serdahana sebab berapi hijau.

"LIGHT DRAGON... "

Aku berada betul betul di hadapan Daemon tersebut! Tangan aku depa ke depan! Cahaya putih mula keluar seperti laser.

"LIGHT PUNISHMENT!!! "

Bushhh!!!!!

Satu Lubang yang bulat terbentuk di bahagian perut Daemon tersebut. Daemon tersebut mengelumpur sebelum mati dan menjadi debu.

Aku memalingkan badan ke arah budak perempuan tadi.

"Adik okay ? "

"Sa hik.. saya.. takut hik.. "

Aku tersenyum sebelum membelai rambutnya.

"Shh... semuanya akan okay. Jangan takut. Akak ada ni. "

Budak perempuan itu mengangguk. Aku memeluk dia dan entah macam mana  tangisan dia berhenti lalu tertidur.

Pelik?

Kenapa kalau aku peluk jer, mesti diorang tenang dengan cepat? Biarlah,tu nanti fikir!apa apa pun aku kena bawak budak ni keluar dari sini!

Groouuur!!!!!!

Terkejut aku apabila 4 ekor Daemon berapi biru menjunan ke arah aku.

Adakah ini pengakhiran aku?

Aku pasrah lalu menutup mataku. Budak perempuan tadi aku peluk erat. Air mata aku mengalir.

'Shiro'

****

Leon POV

Banyak Daemon yang datang tah dari mana! Tak guna punya Syeton hijau ! Dia boleh pulak muncul time time macam ni? Shit!

Daemon-daemon mula mengelilingi aku. Ceh salah pilih lawan lah..

"Hairando... "

Aku berbisik ayat Magic. Kemudian tanah Tinggi yang mencucuk naik dan menikam Daemon daemon itu. Aku jarang baca ayat magic ni... tapi dah terdesak sangat.. nak buat macam mana kan?

BOMMMM!!!!!!

SLASHHHH!!!!

Bunyi apa tu?

kawasan Arena pula senyap. Tiada ngauman dari Daemon atau apa apa benda berlaga.

Apa dah jadi ni?

Tiba-tiba tekanan tenaga yang kuat dan negative dirasai. Aku hampir melutut di sebabkan kuasa ni. Aku melihat sekeliling. Tergamam aku dibuatnya.

Semua Knights dan Worrior telah pengsan dan tak sedarkan diri. Daemon berapi Merah pula semua mati.

Hancur berkecai, manakala yang berapi hijau masih boleh berlawan tetapi kecederaan mereka juga sangat teruk hanya yang berapi Biru masih gagah berdiri.

Cahaya Hitam yang seperti tiang naik ke atas dari satu tempat. Makin kuat tenaga Negative itu!

Guardian yang tercedera agak teruk, melutut lalu tak sedarkan diri. Aku tak boleh nak salahkan mereka. Tenaga ni betul betul kuat!

Aku melihat pula pada semua ahli kerabat diraja. Mereka selamat dalam pelindung yang dibuat oleh Guardian. Tapi itu masih tak cukup sebab aku ternampak salah seorang Raja Kerajaan hampir melutut.

Tak guna!

"Cikgu! "

Aku melihat ke arah si pemanggil.

Luke dan Lucia!

Mereka berlari anak kearah aku.

"Apa kamu buat dekat sini? Mana Ayumi? "

"Tenang cikgu, Ayumi selamat. Dia pengsan tiba tiba tadi. Saya agak sebabnya dari kuasa ni, " kata Lucia sambil berpeluk tubuh. Luke dalam mode Nine Tail mengangguk tanda setuju.

"Macam mana pulak kamu tak pengsan Lucia? Kuasa ni kuat kot! "

"Ianya disebabkan dia adalah keturunan Ryuzaki. "

Jawab seseorang. Terkejut aku apabila suatu lembaga keluar dari tubuh Lucia. Kulit Mukanya pucat. Rambutnya panjang paras bahu.

"Sidero, dia ni Demon spirit milik saya, "

Jawab Lucia sebelum aku ingin menyoal.

"Apa maksud kau dengan keturunan Ryuzaki? "

"Ryuzaki adalah keturunan kelahiran pertama pengguna Elemental Kegelapan. Ryuzaki diambik dari nama seorang Lagenda Teragung. Ryuzaki. Atau nama gelaranya... "

"The Birth Of Darkness"

Kami semua tergamam. The Birth Of Darkness. Salah satu gelaran Lagenda Teragung. Tak mungkin.. jadi nama sebenar dia...

Ialah Ryuzaki?

"Disebabkan Lucia memiliki darah Ryuzaki... Tenaga kegelapan seperti ini tidak mudah untuk menundukannya,"

Aku mengangguk faham.

"Jadi kau tahu tak siapa punya kuasa ni? " Soal Luke.

Lucia juga menunggu jawapan dari Sidero. Sidero tersenyum kelat.

"Ianya Shiro. Shiro Ryuzaki. "

Sekali lagi kami tergamam. Shiro? Ini kuasa dia?

"Tak mungkin.. jangan cakap yang.. "

Lucia nampak seperti agak resah. Sangat resah.

"CIKGU, KITA KENA HENTIKAN ABANG! KALAU INI BERTERUSAN, DIA TAK AKAN TAHU SIAPA KAWAN DAN LAWAN! KITA KENA CEPAT! "

Lucia mula berlari ke arah tiang cahaya hitam yang sudah hilang tadi. Aku dan Luke berpandangan sebelum mengangguk dan membototi Lucia. Tapi..

Kami di halang oleh 15 ekor Daemon berapi Biru! Cis, sial lah! Time time ni pulak dia nak muncul!

"Pergi mampus lah!!! "

Jerit Lucia lalu melibas sebilah pedang hitamnya. Rambutnya sudah berubah hitam sikit di hujung. Iris Matanya juga berwarna hitam.

SLASHHH!!!!

Dengan satu hayunan semua Daemon itu mati terbelah dua. Fuuu... Gila kuat jugak anak murid aku sorang ni.

"Cepat! "

Kami terus berlari dan membunuh semua Daemon yang cuba menghalang.

*****

Groouu!!!

BOMMM!!!!

SLASHHHH!!!

Semua Daemon mati dan meletup! Mereka bertukar menjadi abu. Seorang remaja lelaki berambut putih bertanduk hitam dan bersayap tulang-tulang tajam dihujungnya berdiri gah. Mata berwarna hitam. Manakala iris matanya berwarna putih.

Dia memalingkan badan ke belakang menghadap seorang gadis berambut hitam yang air matanya mengalir.

Dia berjalan ke arah gadis itu. Gadis itu terduduk di atas tanah kerana ingin melindungi seorang kanak-kanak perempuan.

Air mata gadis yang mengalir itu dilapkan menggunakan jari telunjuk yang kini hanya kelihatan tulang putih tanpa daging.

Gadis itu membuka matanya lalu terkedu melihat remaja lelaki itu.

"Shiro.. "

Air mata Emyriel makin deras keluar apabila dapat melihat orang yang dicintainya.

Shiro masih tidak menjawab. Air mata di jari telunjuknya dijilat. Matanya bercahaya keputihan begitu juga simbol naga hitamnya.

"Celeste.. "

Sekali lagi Emyriel terkejut dan terkedu. Celeste? Shiro selalunya memanggil namanya dan bukan dengan nama keluarganya..

"Sh-Shiro.. betul ke ni awak? "

Shiro membisu tidak menjawab. Dahi Emyriel berkerut. Kenapa dengan dia?

"Ryu-Ryuzaki? " panggilnya kalini.

Terus muka Shiro terangkat dan memegang kedua dua tangan Emyriel. Emyriel terkejut.

"Celeste... kau okay? "
Soalnya tiba tiba.

"Sa-saya okay. Tapi budak ni.. "

Shiro melihat ke arah budak perempuan itu. Lalu tangannya menyetuh bahu budak itu.

Pof!!

Budak itu hilang. Sebelum sempat Emyriel menyoal bibirnya seperti di sentuh sesuatu.  Matanya membulat disaat Shiro memautkan bibir mereka. Tangan kanan sang lelaki memegang belakang kepala Emyriel manakala tangan Kiri memegang belakang badan. Muka Emyriel mula berubah merah tomato. Asap dari kepala dapat dilihat tanda dia sangat malu!

Setelah beberapa minit... Shiro melepaskan kucupan itu. Tangan naik memegang pipi puteh Emyriel.

"I love you Celeste.." katanya.

"Really? I-i Love You to Ryuzaki.. "

Shiro tersenyum. Sebelum dia mengucup kembali Emyriel, dia ternampak banyak Daemon meluru ke arah mereka. Muka berkerut tanda dia tidak suka.

Tiba-tiba tenaganya dikuatkan! Tenaga Negative yang sangat kuat membuatkan semua Daemon berapi Merah Mati!

"Dead you Filthy Creature! "

BOMM!!!!

Semua Daemon mati menjadi abu!!!

Emyriel tergamam lagi. Betul ke ini Shiro yang dia kenal? Si pemalas comel yang dicintainya sepenuh hati?

Tiba-tiba bahunya dipeluk erat membuatkan mukanya tersembam pada dada yang agak sasa. Dia mendongak ke atas. Sekali lagi bibirnya dicium apabila dagu dipegang.

Shiro melepaskan kucupan apabila makin banyak Daemon yang ingin menyerang. Emyriel menyembunyikan mukanya pada dada Shiro. Muka jangan cakaplah! Merah habis!

'What's wrong with you Shiro? '

Soalnya didalam hati. Dia sendiri tidak tahu ingin menyukainya atau tidak.

Kemudian Cahaya hitam seperti tiang naik ke atas apabila Shiro menguatkan kuasanya. Emyriel pelik. Kenapa harus tingkatkan kuasa? Bukankah kuasanya sudah agak Kuat?

GRRROOORRR!!!!!

Satu gauman kuat kedengaran. Emyriel menoleh ke depan Arena yang sudah hancur.

Seekor Daemon yang sangat besar! Ini Abnormal Daemon! STANUS!!

Emyriel menggigil. Stanus. Salah Satu Abnormal Daemon lagenda. Kenapa banyak Daemon dahulu masih hidup? Sepatutnya mereka semua sudah mati!

"Hahaha!! Jadi Raja kegelapan.. ini adalah Hadiah terakhir saya! Harap tuanku boleh terima ya?"

Kata si lelaki bertopi hitam dan berambut hijau itu! Kemudian terus dia hilangkan diri!

Shiro merenung Stanus dengan pandangan membunuh. Tiang bercahaya hitam itu hilang.

Sisik sisik naga mula kelihatan dimukanya.

"I KILL YOU!! YOU BASTARD DAEMON !!! "

Emyriel, Shiro letakan pada akar pokok yang di serunya tadi. Kini Shiro terbang ke udara...

Mata Daemon dan Mata miliknya merenung satu sama lain dengan pandangan membunuh. Taring kecil muka kelihatan di gigi Shiro...

ROOOARRRR!!!!!

GROOUURRR!!!!!

Gauman seekor naga dari Shiro dan gauman dari Stanus mengemakan sekeliling!

*****
"Apa tu? "

Soal Luke tergamam apabila melihat Shiro di udara dan Stanus ingin bertempur!
Kitsu juga tergamam.

"Demon Dragon.. "
Kata Kitsu.

'Apa semua ni? how in the world he can turn into that form? ' soal Kitsu didalam hati.

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top