Chapter 22 Today is the worst day
Bunyi derapan tapak kaki masuk ke dalam penjara, kedengaran.
Sang lelaki hanya bertopi hitam, dengan rambut berwarna hijau cerah serta berpakaian biasa. Dia bersiul-siul sambil berjalan dan kadang-kala melompat suka.
Apabila tiba di hadapan salah satu penjara yang diingini, dia tersenyum riang.
"Hai disana! "
"Siapa kau hah? " jerkah seseorang dari dalam penjara.
Lelaki tadi bertambah senyumanya.
"Aku? Oohh aku hanya orang yang dalam misi rahsianya! Kau nak tahu tak apa misi aku? "
Lelaki di dalam penjara itu berang dengan sikap riang orang dihadapannya.
"Pergi mampuslah dengan misi kau! Bukan urusan aku! "
"Mm... Tapi, benda ni memang ada kaitan dengan kau. Dan paling best, kau pasti suka. "
Lelaki di dalam penjara itu terdiam. Perlahan-lahan Lelaki didalam penjara itu tersenyum sinis.
"Apa yang bestnya? "
"Pufufufu.... kau nak tahu ya?Well, kalau aku bagi tahu, kau kenalah tolong aku! so amacam?deal? "
Lelaki didalam penjara itu berfikir sejenak sebelum mengangguk.
"Pufufufu....this going to be really interesting! "
Lelaki berambut hijau itupun menceritakan tentang misinya membuatkan lelaki didalam penjara itu tersenyum sinis.
Persoalannya...
Siapa dia?
***
Shiro POV
Hari kedua. Dan hari ini mungkin hari penentuan. Hari dimana Raja Kaisar akan membuat keputusan.
Haaiih...
Pada hari pertama kami sudah berlawan dengan manusia Myth, inikan pula hari kedua.
Harap-harap tak adalah yang lagi teruk.
Pasal Luke aku terkejut jugak bila tengok dia guna kuasa Lost Aura tu. Tak sangka Lost Aura rupanya Raja Musang Syaitan.
"Hoi Orang tua! Kau angau apa tu? Jom cepat! Raja Kaisar dah sampai! "
Panggil Luke menghentikan lamunan aku. Kami memakai baju seperti semalam. Aku dan Luke masuk ke dalam gelanggang Arena bersama dengan sorakan dan tepukan dari penonton.
Raja Kaisar sudah berada di tempatnya. Begitu juga permaisuri dan anak anaknya. Kali ni kedua dua puteranya ada. Tapi putera kedua tu, aku tak tahu siapa. Sebab hanya Putera Kedua Kerajaan Grandiflora yang tak pernah tunjuk wajah dia. Dia selalu pakai topeng. Kalau ada yang tahu pun, mungkin kerabat diraja.
"Baiklah! Perlawanan pada hari kedua akan dimulakan! Ini mungkin perlawanan penentuan! Jadi buat lah yang terbaik!!! "
Ujar si pengacara diikuti dengan sorakan penonton.
Shiro POV end.
Screen visual terpapang.
FIRST FIGHT
LUKE TSUYOSHI
VS
ROU
SECOND FIGHT
SHIRO RYUZAKI
VS
RIPER REVOLUTION
Semua terkejut termaksuklah Shiro. Terbeliak matanya .
Riper adalah penjenayah yang paling berbahaya. Dia juga bekas salah satu kumpulan yang terkenal dengan sifat kejam mereka satu masa dahulu.
Evil Revolution.
Itulah nama kumpulan itu. Setiap Ahli yang masuk ke kumpulan itu mesti menukar nama keluarga mereka kepada Revolution.
Shiro mengetap gigi. Kemarahan mula timbul dalam hatinya. Luke tahu akan kisah silam hitam Shiro.
Antara kumpulan yang telah membunuh keluarga dan puaknya..
.. ialah kumpulan tersebut.
"Baiklah! Perlawanan akan bermula dalam 5 minit lagi! Kamu berdua bersiap sedia! " arah pengadil.
Luke menepuk bahu Shiro untuk bertenang. Shiro tidak membalas apa-apa. Dia terus ke tempat khas untuk dia dan Luke menunggu.
Luke menghela nafas berat. Dia memanaskan badan untuk perlawanan terakhirnya sebelum keputusan di buat oleh Raja Kaisar.
10 minit kemudian
Luke menguap apabila lawanya tidak keluar keluar.
'Aii... mamat ni takut ke apa dengan aku sampai 10 minit tak keluar. Aduh susah terlajak kuat ni.. ish ish ish.. ' ujarnnya didalam hati.
"Ceh dasar perasan! "Kata Kitsu.
'Jealous lah tu! '
Kitsu tidak
mengedahkannya. Dia terus tidur. Malas nak ambil kisah pasal Luke.
Luke katawa kecil. Sejujurnya dia dan Kitsu masih tidak faham macam mana Ad boleh ada bersama mereka semasa perlawanan semalam.
Tiba tiba seorang knight keluar dari pintu masuk pejenayah. Dia tercungap cungap.
"Tuanku! Penjenayah Rou telah mati dibunuh di dalam penjaranya! Sebab kematian, kami masih tidak tahu! "
Raja Kaisar dan seluruh Penonton di Arena terkejut mendengarnya.
Dibunuh?
Mustahil! Di pulau apung ni ada kawalan yang ketat! Tak mungkin orang senang untuk masuk! Lagi lagi di kawasan penjara!
Raja Kaisar berfikir sejenak.
"Bagaimana ayahanda? Mahu meneruskan atau kita tangguhkan dahulu? "
Soal putera Kedua. Bonda dan adik beradiknya hanya menanti jawapan.
Raja Kaisar bangun dari tempatnya untuk mengumumkan sesuatu.
"Baiklah. Jika begitu, para Guardian pergilah kalian membantu para Knight menyiasat tentang hal itu. Perlawanan kedua akan diteruskan! " kata Raja Kaisar.
Para Guardian kemudiannya pergi untuk membantu Knight.
"Tuanku jika tidak keberatan biarlah hanya kami bertiga yang tinggal disini. Bahaya jika semua Guardian pergi meninggalkan Tuanku dan kerabat diraja yang lain" kata Cikgu Leon sambil menunduk hormat. Begitu juga Emyriel dan Kyo.
Raja Kaisar hanya mengangguk.
Cikgu Leon menarik nafas lega. Dia berjalan ke tempat duduknya kembali. Emyriel dan Kyo pula balik ke posisi masing-masing.
***
"Haaiihh... nampaknya kau kena lawan dulu macam semalam lah kan? Haha... "
Luke cuba untuk menggembirakan Shiro. Shiro tidak mengedahkannya lalu melangkah ke atas gelanggang. Luke menggeleng kepala dan berharap sahabatnya akan baik-baik sahaja.
Apabila Shiro berada di atas gelanggang, mukanya mula menjadi bengis sedikit. Dia mengetap gigi apabila melihat lawannya.
Riper.
"Mmm... Kenapa kau pandang aku macam tu? "
Soalnya.
Riper berbadan sasa. Berpakaian hitam yang agak ketat menampakan otot ototnya. Parut banyak kelihatan di tangan kanan dan kiri. Begitu juga di mukanya. Kepala nya pula botak.
"I will beat you. You son of bitch. "
Kata Shiro dingin. Api hitam keluar dari tanganya sedikit.
Riper tersenyum penuh makna.
Pengadil mula berada di atas pentas.
"Kalian sudah bersedia? "
Soalnya.
Shiro dan Riper mengangguk.
"Mula! "
Bam!!!
Bunyi lagaan penumbuk Shiro dan Riper bergegar. Bukan itu sahaja kawasan lagaan mereka juga retak!
Pengadil tergamam begitu juga para penonton.
Kemudian Shiro melayangkan satu sepakan pada mukanya bersama api hitam yang mengelilingi kakinya.
Riper sempat menahan serangan Shiro dengan tangan nya yang di silangkan menjadi X. Dari sepakan Shiro dia terundur ke belakang beberapa langkah.
Dia tersenyum sinis.
"Macam yang aku jangka dari anak Shin Ryuzaki. "
"Jangan kau berani sebut nama ayah aku guna mulut celaka kau tu! " Bentak Shiro kemudian. Api hitam mengelilinginya, Rambut sudah bertukar hitam. Terdapat beberapa jalur merah dirambutnya. Iris matanya juga berubah merah pudar.
Dia kemudian mengeluarkan pedang Dark Fire.
Riper turut melakukan benda yang sama. Dia juga pengguna Dark Fire.
Mereka merenung satu sama lain sebelum meluru ke depan!
Ziinggg!!!!
Tinggggg!!!
Lagaan pedang dan Tombak mengegarkan sekeliling. Pelindung dipasang disekeliling bahagian penonton dan tempat duduk diraja.
Lagaan dua api hitam menghangatkan lagi suasana.
Zing!!!
Tingg!!!
Bomm!!
Bamm!!!
Api Shiro dan Riper beralun alun diudara. Shiro mengangkat kaki kananya ke udara kemudian menghempaskannya. Dari hempasan itu tanah tanah berwarna hitam naik seperti kon.
Riper terkejut dengan tanah tanah tinggi yang ingin merodong dia dari bawah!
Gruupp!!
Tanah hitam mencengkam Riper. Dia meronta ingin dilepaskan. Keadaan sekeliling terasa sangat panas. Peluh mula menitik begitu juga penonton dan kerabat diraja.
"So hot! "
Luke melihat ke arah Shiro. Selamat dia pengguna kuasa Ais, sekurang Kurangnya dia boleh tahan dengan suhu yang tiba tiba meninggkat.
Luke tergamam apabila sekitar tangan kanan Shiro berubah menjadi Lava Hitam!
"Dark Lava... "
Shiro kini berada di hadapan Riper. Riper terkejut.
"ONE HELL PUNCH!!!! "
Bushh!!!!!
Riper terpelanting ketika satu tumbukan dari tangan kanan Shiro mengenai mukanya.
Bam!!!!
Badan Riper terhempas pada dinding! Sekitarnya retak! Ada juga yang mencair akibat Lava kegelapan Shiro.
Shiro menghilangkan semua kuasanya termaksuklah pedangnya. Rambut kembali seperti sedia kala begitu juga matanya.
Tetapi sebelum sempat Shiro melangkah ke luar. Kepalanya di cengkam!
Bushhh!!!!!
Kepalanya dihentak dengan kuat di atas lantai gelanggang. Kawasan itu retak serta merta.
Riper! Dia yang menghentak kepala Shiro itu! Badanya juga melecuh teruk akibat tumbukan Shiro.
Bushhh!!!
Satu tamparan angin hitam mengenai Riper membuatkan dia kembali terhempas pada dinding.
Shiro berdiri. Kepalanya berdarah teruk. Mata juga berpinar akibat hentakan tadi. Kuasa Healing miliknya tidak dapat digunakan.
"Shiro kau okey tak? " soal Hakuryu mula risau.
'Aku okey, tapi kenapa aku nampak semuanya ada banyak? '
"Shiro kau kena tamat kan perlawanan ni segera! Lupakan dendam kau! "
Shiro tidak pula membalas kata kata Hakuryu itu.
Emyriel menekup mulut apabila melihat Shiro sedemikian Rupa. Ingin saja dia turun ke gelanggang dan menyembuhkannya. Tapi dia terpaksa bersabar.
'Shiro'
"Hahahahhhaha!!! "
Gelak Riper tiba tiba. Shiro memandang tajam ke arah Riper.
"Kenapa kau ketawa? "
"Kau dengan orang tua kau sama sahaja! Beginilah rupa dia apabila berlawan dengan aku dahulu! Haha.. "
Shiro menahan marah. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia membunuh Riper. Tapi kalau dia buat macam tu kemungkinan besar dia bukan sahaja akan di hantar ke Aureum Academy tapi kemungkinan ke Penjara Crustal. Iaitu penjara yang mengurung manusia manusia yang merbahaya!
Riper juga dari penjara itu.
"Kau tahu siapa yang membunuh mereka? "
Shiro berdiam diri. Entah kenapa hatinya mula berapi.
Matanya mula bertukar warna. Kedua dua belah tangannya mula berubah menjadi tengkorak.
"Orang yang membunuh semua puak Ryuzaki dan ibubapa kau.... "
Riper keluar dari retakan dinding itu. Senyuman sinis mula terukir.
"IANYA AKU!!! "
Dengan kelajuan seperti Kilat Shiro berada didepan Riper. Kulinya kini pucat. Di luar iris matanya berwarna hitam. Iris matanya pula putih. Tanduk hitam seperti tanduk naga kelihatan dikepala. Ada sepasang sayap dibelakangnya. Tapi sayap nya itu hannya rangka tengkorak. Baju juga berubah.
*rupa Shiro korang bayangkan ada tengkorak sayap naga kat belakang dia *
Semua tergamam dengan perubahan mendadak Shiro.
Tenaga Negetif dapat dirasai.
"Demon Darkness Mode"
"Oh dear, Emyriel kita kena hentikan dia! Mode tu dia masih belum boleh kawal! " kata Alverta di dalam tubuh Emyriel.
Emyriel menggangguk. Tetapi sebelum sempat dia melakukan apa apa tindakan..
BOMMMM!!!!
Bunyi letupan kuat dari Gelanggang kedengaran! Dan tempat yang melutup tadi ialah ditempat Shiro berdiri tadi!
Luke dan para penonton di dalam Arena tegamam. Emyriel kaku ditempatnya.
"SHIRO!!! " jerit nya sebelum berlari turun ke gelanggang.
BOK!
Emyriel terlanggar sesuatu membuatkan dia terjatuh. Kemudian dia bangun dan meraba udara atau patut dia panggil..
Kurungan Magic.
"Apa ni? " soalnya sendiri
"Kak Emy! "
Lucia yang turut risau akan abangnya turun ke gelanggang bersama Cikgu Leon, Ayumi dan Kyo.
"Ini dinding Pengunrung tahap 4! "
Kata Cikgu Leon. Jelas kelihatan mukanya mula cemas.
"Apa maksud Cikgu? " soal Lucia.
"Kurungan tahap 4 ni bukan kurungan sebarangan. Kurungan Magic ni akan terlerai sihirnya apabila... "
Semua menanti jawapan dari Cikgu Leon.
".. orang yang terkurung MATI. "
Kesemua mereka tergamam.
"Betul ke semua tu? "
Soal Luke dari belakang mereka.
"Apa kau buat dekat sini? " soal Kyo
"Aku terhumban tadi. Macam ada orang tendang aku jer. Kat perut pulak tu! "
Kata Luke. Yang lain hanya mengangguk. Patutlah Luke tak terperangkap sekali. Tapi apa yang penting keselamatan Shiro.
'Shiro please be safe '
Doa Emyriel didalam hati.
"Hahaha!!! Tak sangka Raja Naga Syaitan boleh tumbang semudah ini! Hahaha! " gelak seseorang dari atas. Semua mendongak ke atas dan ada seseorang lelaki yang bertopi hitam dan berambut hijau. Dia memakai baju jaket hitam bersam T-shirt putih. Scarf kuning miliknya berkibaran.
VIUUU!!!!!
Panah Angin Hitam yang keluar dari kepulan asap hitam tadi membuatkan lelaki bertopi itu terkejut. Hampir sahaja mengenai mukanya.
"Fiuuhhh, sikit jer nak kena muka Patik! Tuanku ni! Kenapa tembak tiba-tiba, mana aci! "
Kata lelaki itu seperti kanak-kanak. Kemudian kepulan asap itu lenyap seperti disedut sesuatu!
Ianya Shiro!
"Hahaha! Tuanku suka betul pada asap letupan patik ya? Nak lagi? Boleh jer! "
Kemudian dia memetik jarinya lagi!
BOMM!!
BOMM!!!
BOMMM!!!!
Letupan demi letupan kuat kedengaran di dalam kurungan itu!
Semua penonton menjerit apabila letupan itu juga berada dekat dengan mereka!
"PARA GUARDIAN DAN KNIGHT MASUK KE DALAM ARENA SEMULA! KECEMASAN! DI ULANG MASUK KE DALAM ARENA SEKARANG! "
Kata Leon sambil menyelamatkan beberapa penonton.
"Lari dari sini! " Kata Kyo lalu membelah runtuhan yang hampir terkena kerabat diraja.
"Tuanku semua tak apa apa? Tuanku harus keluar segera! Tempat ni dah tak selamat! " kata Kyo lagi.
Mereka semua mengangguk faham kemudian berlari dari situ.
"Pufufufu... tak semudah itu! Apa kata Tuanku sekalian bersenam sikit nak tak? "
Lelaki bertopi hitam itu memetik jarinya lagi. Kemudian tanpa diduga banyak Daemon yang datang entah dari mana!
*gambaran Daemon*
Mereka semua tergamam! Kekuatan Daemon mengikut warna api di belakang mereka. Merah yang paling lemah, Hijau sederhana, dan biru, ianya paling kuat!
Sekarang mereka di kelilingi oleh daemon berapi Biru!
Tak guna!
"Hahahah! Cuba lah kalian selamatkan diri kalian! Haha! "
Ejek si Topi hitam itu.
Emyriel, Ayumi dan Lucia juga terperangkap!
'Shiro tolonglah selamat! Kami perlukan awak! '
Luke mula berubah ke bentuk musangnya.
'Argh!! Terlalu banyak Daemon! '
"Luke kita tak ada pilihan lain! " kata Kitsu.
Luke mengangguk kemudian apabila Daemon itu menyerang dia melibas mereka satu persatu. Begitu juga para Guardian yang baru tiba.
Kerabat diraja juga terpaksa bertarung! Lelaki bertopi itu tergelak sakan! Shiro pula tidak tahu selamat atau tidak dari letupan tadi.
"HAHAHA, Today is the worst day to you guys!!HAHAHA" Gelaknya lagi.
Adakah ini nasib mereka?
Adakah mereka akan terselamat dari serangan mengejut ini?
Itulah yang difikirkan kesemua mereka sekarang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top