Chapter 19 First Fight


Shiro POV

Aku melihat diri aku didalam cermin. Suara semalam masih bermain di fikiran. Siapa pemilik suara tu? Apa yang dia mahukan?
Argh!! Kenapa aku nak kesah? Buat serabut otak jer pikir. Dah lah masalah yang dah sedia ada belum selesai..

Aku mengeluh kemudian keluar dari bilik tidurku. Hari ni adalah hari nya. Hari dimana aku terpaksa berlawan dengan Banduan durjana. Urgh menyusahkan.

"Abang?"

"Ah. Lucia dah siap? "

"Dah. Jom, Cikgu dah tunggu dekat luar."

Ha'ah lah aku lupa cikgu ada cakap dia yang akan ambik kami hari ni. Katanya tempat perlawanan kami di tempat rahsia.

***

"Pagi Orang Tua!! " kata Luke riang.

Ayumi yang berada di sebelahnya menekup muka.
Aku menjeling tajam ke arah Luke.

"Pagi Otak Udang" balas ku pula.

"AH! " Luke buat muka terkejut bersama tapak tangan diletakkan dimulut. Ceh, Drama lebih.

"Pagi abang Shiro! Kak Lulu! " kata Ayumi riang.

Aku dan Lucia mengangguk dan membalas nya. Kemudian cikgu menyuruh kami masuk ke dalam kereta miliknya. Luke duduk di depan manakala aku, Lucia dan Ayumi duduk di belakang.

"Kamu semua dah sedia? "

Kami semua mengangguk.

"Baiklah... "

Kemudian bulatan Magic berwarna kuning terbentuk di depan kereta cikgu.

*kereta milik Leon*

"Mari pergi ke Arena!! "

Viuuww!!!

Cikgu terus memecutkan keretanya masuk ke dalam bulatan magic kuning itu.

***

"Wow"

Itu sahaja yang boleh aku gambarkan. Arena ini terletak di Bandar Eve, Negeri Emerald. Bandar Eve terletak di salah satu pulau terapung. Bandar ini juga digelar 'Kepala Penjara Penjenayah' kerana bandar ini hanya diduduki oleh penjahat dan penjenayah durjana.

Disekeliling pulau ini dikelilingi oleh tembok tembok besar bersama bulatan bulatan magic sihir pertahanan dan kurungan agar penjahat dan penjenayah tidak keluar dari pulau itu.

Dan sekarang kami berada di sebuah Arena.

"Shiro, Luke kamu masuk ke dalam bulatan magic tu. Bersiap sedia. Lucia, Ayumi kamu ikut cikgu. " arah Cikgu lalu membuat dua bulatan Magic.

Aku dan Luke berpandangan sebelum mengangguk. Kami berjalan ke arah bulatan magic itu. Tiba tiba baju lengan aku dan Luke ditarik lembut.

"Abang hati hati okey? "

Kata Lucia risau. Aku dapat rasakan yang dia agak takut.
Aku tersenyum, lalu menggosok kepalanya lembut tanda semuanya akan baik sahaja.

Ayumi pula memeluk Luke. Luke terkejut sedikit. Puan Rouma tidak akan ada untuk masa 3 bulan jadi Ayumi terpaksa ikut Luke. Luke tersenyum lalu menepuk kepala adiknya. Dia  kemudian mengucup dahi Ayumi.

"Jangan risau. Abang janji abang akan balik, okey? " katanya. Ayumi membalas dengan senyuman kelat.
Luke meleraikan pelukan kemudian dia dan aku masuk ke dalam bulatan Magic.

"Cikgu doa kan kamu berdua berjaya"

Aku dan Luke tersenyum dengan sepotong ayat dari cikgu. Kemudian kami hilang dari pandangan.

***

Aku melangkah keluar dari bilik persalinan. Actually aku hanya memakai baju berkolar hitam berlengan panjang yang mana aku lipat sampai paras siku. Berseluar panjang. Aku juga memakai kasut boot hitam.

*pakaian Shiro (abaikan topeng mulut tu) *

"Oit! kau dah siap? "

Panggil Luke di pintu keluar untuk masuk ke dalam Arena. Dia berpakaian seperti aku kecuali bajunya berwarna putih.

Aku mengangguk kemudian masuk ke dalam Arena bersamanya.

Cahaya yang menyilaukan aku tutup dengan tangan. Suasana di Arena bising dengan Para penonton bersama gedang yang dipukul.

"Baiklah Para Pelajar sekalian! Hari ni Tuanku Baginda telah menjemput beberapa buah Sekolah untuk menyaksikan perlawanan Keputusan yang akan baginda bagi pada Dua orang di bawah Arena ini!! "

Sekali lagi arena itu riuh dengan sorakan dari pelajar di sini yang mendengar pengunguman dari pengacara.

"Err.. Shi-Shiro Bu-Bukan ke itu sekolah kita? "

Kata Luke gagap. Aku menoleh ke arah yang ditunjukan. Mata aku membulat semua rakan kelas ku dari 5 Mutiara berada di sini. Rasa bersalah mula timbul. Bersalah sebab aku sembunyikan kuasa aku daripada pengetahuan mereka. Sudah agak lama kami tidak ke sekolah. Khabar berita pun kami tak bagi tahu. Diorang tak tahu pun yang kami masuk ke hospital. Tak tahulah diorang pandang kami macam mana lagi. Kami berdua menunduk.

"Shiro! Luke! Lakukan yang terbaik! "

"Yeah! Kitorang still percayakan korang! "

"Pastikan korang menang! Kalau tak kitorang hepuk kepala korang guna Batu Bata!"

"Yeah!! "

Kami mendongak apabila kesemua mereka memberi kata kata semangat. Kami tersenyum dan mengangguk.

"Tapi tak bermakna korang terlepas dari penjelasan!!! "

Aku dan Luke tergelak kecil. Haaiihh.. sekurang kurangnya tak lah berdebar sangat.

Tiba tiba arena senyap apabila Tuanku Baginda, Raja Kaisar masuk ke dalam diiringi dengan raja raja Kerajaan yang lain. Raja Kerajaan itu berpakaian Formal diraja dan berdiri megah di tempat Khas bersama Permaisuri Saori. Seorang putera dan Puteri baginda juga ada bersama.

"Baiklah,  kalian semua sudah sedia maklum tentang tujuan beta membuat perlawanan bagi dua remaja ini, jadi tidak perlulah beta berucap panjang. "
Tuanku Raja Kaisar memandang aku dan Luke.

Kami berdua melutut tanda hormat. Tuanku baginda tersenyum.

"Beta membuat keputusan bukan pada siapa yang menang tapi melihat siapa yang kental hati, emosi serta Fizikalnya. Jadi.. Shiro Ryuzaki dan Luke Tsuyoshi buatlah yang terbaik dalam perlawanan ini. Angkat muka mu dan berdiri megah untuk buktikan keberanian kalian! " ucapan Raja Kaisar disambut dengan sorakan penonton.

"Terima kasih Tuanku! "
Ujar kami berdua serentak lalu berdiri tegak. Tuanku tersenyum kemudian Satu Screen Hologram terpapar.

FIRST FIGHT:-

SHIRO RYUZAKI

VS

GOLDAN

SECOND FIGHT:-

LUKE TSUYOSHI

VS

UI

Aku terlompong tapi cepat cepat aku kawal riaksi aku.

First Fight.

And It's will be me.

Tsk, what a troublesome.

Aku mengeluh kemudian screen itu hilang.

"Jadi perlawanan akan bermula! Ambil lah tempat kalian! "

Luke menepuk bahuku kemudian pergi ke tempat menunggu yang khas untuk kami. Aku pula masuk kadalam gelanggang perlawanan.

Grooouuuu!!!!!

Bunyi seakan akan orang mengaum mengejutkan aku.

Pintu masuk dari bahagia  selatan Arena ialah pintu masuk pejenayah ke gelanggang.

Dan bunyi tu dari situ.

Mampus aku.

Bushh!!!

Terus asap asap keluar dari pintu itu.

Bunyi rantai besi kedengaran.

"Heh, lawan dengan budak mentah! " kata seseorang di sebalik asap itu.

Mukanya mula kelihatan. Aku terkedu. Begitu juga para penonton kecuali Raja sekeluarga dan para guardian yang duduk ditempat kawalan masing masing. Lucia dan Ayumi duduk bersama Cikgu Leon.

Badanya seperti manusia. Tangan digari. Berekor seladang. Dan mukanya juga seperti seladang.

Great

Manusia Myth

Atau

Minotaur

I'm dead for sure.

"Yakin sikit boleh tak? "
Marah Hakuryu.

"Entah lah.. kalau aku angkat bendera putih dia terima tak? "

"Just be serious you idiot! "

Aku mengeluh lagi. Nak nangis weyy.... kenapa Minotaur? Arghh!!

"Hoii Budak! Pastikan kau bersedia! Aku akan hancur kan kau! Haha! Kulit kau aku akan jadikan cadar tidur aku!daging kau aku ratah!hahaha! "

Gila!

Minotaur ni Gila!

Tak siuman!

Kanibal!

Bru-

"Hoi! Dah dah lah tu kau describe dia! "
Marah Hakuryu.

Aku dan Hakuryu berbalah dalam kepala.

Bamm!!!

Bunyi kapak yang menghentam permukaan gelanggang memberhentikan perbalahan kami.

Kapak

Besar

Jatuh

Depan

Aku

"Mak kau kepala hijau! "
Melatah aku sebab terkejut nak matey.

Cikgu menekup mukanya. Begitu juga Luke, Lucia dan Ayumi. Kemudian satu Arena bergema dengan gelak tawa.

Errr... malu gila.

"SILENT! "

Kata pengadil membuatkan satu Arena senyap. Pengadil itu menunduk hormat pada tuanku. Tuanku yang tenang dari tadi mengangguk.

Kapak yang didepan aku tadi di ambik oleh Minotaur atau Goldan dengan senyuman sinis.

Ceh tak guna.

Siap kau.

"Baiklah, Shiro Ryuzaki. Sedia? " 

Aku mengangguk.

"Goldan. Sedia? "

"Aku dah lama sedia nak cabut nyawa. " katanya angkuh.

Ceh.

"MULA!"

Pengadil menganggkat tangannya kemudian menjatuhkannya.

Bammm!!!!!

Zingg!!!

Bunyi lagaan Scythe Hijau hitam aku dan Kapak besarnya berlaga .

Kami menolak satu sama lain. Kemudian dalam beberapa saat aku dan dia melompat kebelakang menjauhi satu sama lain.

Renungan tajam dihadiahkan antara satu sama lain. Arena menjadi riuh rendah.

"Not bad kid"

"You too ugly face"

Goldan berang. Api mula mengelilinginya.

"I crush you! You heard me! I crush you!! Grooouuu!!! "
Kemudian dia berlari ke arah aku.

"Haaih... well it's not like I have a choice right? "

Rambutku mula bertukar hitam kecuali di hujung rambut yang kekal putih. Angin salji yang berwarna hitam mengelilingi aku. Iris mataku bertukar kepada Biru tua. Jalur yang terukir di Scythe aku bertukar biru tua.

"Let's start the show, shall we? "

Groouuu!!!!

———––––––––——––––––––––—–—–———
O

kay author update awal sikit dari biasa.Why? Hehe dah idea masuk kita tulis lah kan?

Thanks for vote and comment

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top