Chapter 15 Brother
Luke POV
Derapan tapak kaki bersama suara suara seperti orang berbual menarik perhatianku. Aku menoleh kebelakang pokok yang aku sandar. Tak ada orang? Pelik? Aku rasa aku ada dengar bunyi orang bersembang tadi?
"HAH! Bangun pun! "
"Oh aku lelaki handsome!! "
Jerkah seseorang membuatkan aku melatah. Eh macam terpuji diri je aku ni.
"Hihi sorry aku buat kau terkejut" katanya sambil mengaru pipi yang tidak gatal. Aku tidak mengecam muka nya kerana ditutupi dengan kerudung.
"Oh dah bagun baguslah. " kata satu lagi suara yang datang entah dari mana sambil tangan membawa sebakul buah buahan.
"Laaa... kita makan buah je ke Kyo? Nak daging! " regek lelaki di depan aku. Kenapa aku rasa aku kenal dia ni?
"Alaaa...makan buah je ke?abang Nak daging! " kata seorang budak lelaki berambut blonde.
Aku tersentak dengan memori yang tiba tiba masuk ke dalam minda ku. Abang?.
"Kau okay ke Luke? Haaiih... Teruk jugak kau takutkan dia ni Kyo.. "
Pakkk!!
"Weyy yang takutkan dia tu kau lah, setan! " marah Kyo sambil urat kamarahan jelas kelihatan di dahinya. Lelaki didepan ku mencebik sambil mengosok kepala yang di pukul tadi.
Kemudian Kyo memandang aku dengan senyuman. Aku hanya membalas senyuman nipis.
"Maaflah kami ikat kaki kau. Kami buat pun bersebab.. "
".. sebab tak nak kau lari jer. "
Kyo menjeling tajam ke arah si Blonde.
"Jangan menyampuk boleh tak? "
Si blonde hanya tayang muka tak bersalah. Kemudian mereka berdua mula berbalah. Nampaknya si blonde yang banyak sakitkan hati Kyo. Urat dekat dahi Kyo banyak timbul. Aku tak tahu lah kenapa tapi, perangai si blonde ni boleh tahan sama macam aku gak rupanya haha.
'Yeah dua dua annoying. '
Ceh sibuk je Kitsu ni. Sebelum sempat aku membidas si Musang sembilan ekor tu...
"Maaaaffff!!!! "
Jerit si blonde lalu terpelanting jauh kerana di tumbuk oleh Kyo. Dia terhempas di sebuah pokok yang besar sehingga pokok itu tumbang! Mesti sakit. Errr... i should take a note. Don't make this guy angry. He really scary.
"Haha maaflah pasal tadi. Kami hanya bergurau kasar sahaja haha. " ucap nya dengan senyuman.
"Gurau kasar yang menyakitkan. " kataku perlahan.
"Excuse me did u say something? " soalnya lalu mendekati aku. Aku hanya menggeleng. Dia hanya mengangguk pelik lalu meletakan tangannya pada rantai besi yang telah mengikat kaki ku.
Poff!
Terus sahaja rantai itu hilang. Wahhh!! Aku bebas!Muahaha!ceh action lebih!.
"Thanks sebab bukak benda tu! Naik rimas aku dengan benda tu! Haha yeah! Aku bebas!!! " kata ku sambil menari kegembiraan.
Kyo hanya menggeleng kepala.
"Korang adik beradik sama je! " katanya.
Aku berhenti dari menari lalu memandangnya pelik.
Sejak bila pulak aku ada adik beradik?.
"Adik beradik? " soal ku
Kalini Kyo pulak yang pelik.
"Kau tak ingat ke? Or kau tak tahu? "
Aku menggeleng kepala. Kyo mengeluh kemudian wajahnya bertukar raut simpati.
"Kau memang tak kenal aku ke? " soal lelaki Blonde tadi yang keluar entah dari mana.
"Maaf aku betul betul tak-"
Sebelum sempat aku habiskan ayat kepala ku mula sakit. Memegang kepala kuat.
"Ugrhh!!! "
Lalu aku melutut kesakitan. Si blonde dan Kyo berlari ke arah ku dengan wajah risau.
"Luke!kenapa- "
Sebelum sempat Si blonde menyetuh aku aku menepis tanganya kuat. Dia dan Kyo terkejut dengan tindakan aku. Tapi kepala aku sakit sangat!!! Urgghh!!! Aku menutup mata.
Kemudian tanpa aku sedar aku berada di sebuah bilik yang sederhana. Aku macam pernah tengok tempat ni. Kemudian dua orang figura kanak kanak masuk ke bilik itu dan salah seorang dari mereka ialah...
Aku!
"Luke budak baik kan? " soal seorang kanak kanak yang lebih tua dari aku semasa kanak kanak. Apa semua ni?
"Mestilah Luke budak baik! Lagi baik dari abang! Haha"
Kata diriku yang masih kecil.
"Haha yelah Luke budak baik abang je nakal. " kata si abang.
"Abang bukan nakal lah.. " kata ku lagi.
"Abis tu? "
"Abang Pervert!! " kata ku selamba lalu berlari terkedek kedek.
"Luke! " lalu si abang pun mengejar aku. Heh nakal gak aku ni dulu. Haha.
Wajah si abang mula kelihatan. Dia berambut blonde dan bermata kuning keemasan.
"Lance, Luke? " panggil seorang wanita tetapi tidak sempat aku hendak melihat wajahnya, Sekeliling aku Mula kembali seperti sedia kala.
"Luke! " panggil seseorang membuatkan aku terkejut. Si blonde tu memegang bahuku
"Kau okay ke ni? " soalnya mula risau. Muka dia sama macam budak tadi.
"Abang... "
Perkataan tu tiba tiba keluar dari mulutku. Yeah! Aku dah ingat! Dia abang aku!
"Kau ingat! ? Kau dah ingat siapa aku!? " soalnya mula gembira.
"Yeah! Kau abang aku! Aku dah ingat siapa kau! "
Tanpa diduga abang memelukku erat. Walaupun tak tengok muka dia aku tahu dia tersenyum. Dah agak 11 tahun kami berpisah. Memang aku ingat dia abang aku tapi...
"Luke, kau ingat tak nama aku? "
"Haha of course... "
"Bagus lah kalau kau-"
"... Not . I don't remember your name at all. "
Terlompong mulut Kyo dan abang apabila aku menyambung ayat ku. Hihihi.. cowwyy brother!
"Luke Tsuyoshi. "
Panggil abang ku. Aura biru mula mengelilinginya. Aku menelan air liur. Kyo memberi isyarat supaya lari. And of course aku ikut cakap dia.
Baiklah langkah langkah untuk melarikan diri dari dibelasah oleh abang sangat mudah dan padat. Anda yang sedang membaca pun boleh tiru langkah ini. Langkah apa? Sudah pasti anda tahu!
"LANGKAH SERIBU!!!"
Jeritku lalu berlari menyelamat kan diri dari abang. Abang pula juga mula mengejarku.
Mak aiii! Dia buat citah ais lah pulak! Mati la na...
"LUKE TSUYOSHI! KAU JANGAN NAK LARI! AKU BOLEH INGAT NAMA KAU 11 TAHUN NI. KAU BOLEH PULAK LUPA NAMA AKU!LANCE TSUYOSH ITU NAMA AKU!! BAIK KAU INGAT!! "
"OKEY AKU INGAT. LAGI SATU AKU BUKAN LUPA LAH! "
"HABISTU! "
"I FORGET IT!! "
"SAMA JELAH MAKSUDNYA, HANTU! "
"MAKK!!! MANA HANTU!! "
Kyo hanya tergelak melihat telatah kami berdua. Akhirnya aku dan abang bertemu. Tapi siapa wanita yang memanggil kami semasa kecil itu?.
Shiro-
Shiro POV
Aku mengelak setiap serangan yang dilancarkan oleh Cikgu. Begitu juga dengan Katsu yang terpaksa berlatih bersama aku.
"Shiro gunakan kuasa kamu sepenuhnya! Kamu pun Katsu! Don't holding back! Get it?!! " kata cikgu lantang lalu menghasilkan bayang yang serupa dengan dirinya.
Aku dan Katsu terkejut lalu mengangguk antara satu sama lain.
'Hakuryu... '
'Gunakan armour bayang. Aku dapat rasakan daya kuasa yang kuat dari lelaki ni. Kau masih tak kuasai sepenuhnya kuasa kau jadi hati hati setiap kali kau nak sedut kuasa dari nya '
Pesan Hakuryu. Aku menarik nafas dalam kemudian menghembuskannya. Katsu berbuat benda yang sama.
Rambutku mula berubah warna ke warna hitam begitu juga dengan iris mataku. Warna kulit ku berubag pucat.
"Shadow dark dragon mode Shadow Armour!! "
Kemudian seluruh tubuh ku dikelilingi oleh oleh bayang. Aku menutup mataku. Apabila membuka sahaja mata tubuh ku telah tersarung armour bayang.
*armour bayang milik Shiro *
Katsu tergamam melihatku. Begitu juga dengan Cikgu Leon.
'Kage ini..'
'Shadow dark dragon armour... '
Kemudian Cikgu Leon menggaru kepala nya. Lalu tersenyum. Dia melihat ke arah Katsu.
"Katsu kamu boleh jadi penonton kali ni. "
"Abang tak cakap memang saya dah jadi penonton dah. " balas Katsu selamba. Popcorn dan kerusi sudah dia ambik. Aku pun tak tahu mana di dapat.
"Aku pun nak jugak! " kata Kage yang keluar dari badan Katsu.
'Hoi! Yang kau keluar pahal? ' soal Hakuryu dari tubuhku.
"Oh come on lah raja Haku! Live fight ni! " balas Kage selamba.
Katsu memandang pelik Spirit miliknya. Spirit dan Spirit boleh bercakap antara satu sama lain menggunakan telepati. Tu sebab Katsu tak dengar.
"Kau kenapa? "
"Tak de pape dah jom tengok live fight ni! "
Hakuryu sudah menekup muka. Aku hanya ketawa kecil begitu juga cikgu. Errmmm.. aku tak tahu sama ada cikgu ada Spirit atau tidak dalam tubuhnya.
Kami berdua mula membuka langkah untuk berlawan. Daya kuasa bayang milik cikgu mula bertambah.
Sebaik sahaja sehelai daun jatuh ke tanah kami pun meluru ke arah satu sama lain. Cikgu mengeluarkan pedang katana berwarna hitam sama seperti bayangnya.
*shadow katana milik Leon*
Zingg!!!
Zingg!!!
Tingg!!!
Tingg!!!
Lagaan demi lagaan. Setiap kali bilah kami bertembung pasti ada percikan api yang kecil. Cikgu melompat dan berpusing ke udara kemudian membaling beberapa kunai bayang. Aku mengelak dengan mudah. Kemudian hilang dari pandangan. Cikgu mendarat dan terkejut. Senyuman mula terukir di bibirnya.
Cikgu menutup matanya dan mengambil nafas dalam.
Tingg!!
Lagaan pedang bergema.
Katsu terkejut apabila cikgu menahan serangan aku dengan mudah tapi tidak bagi Kage.
'Just like him. '
"Tak sangka kamu sekuat ni,Shiro. "
Aku tidak membalas tetapi terus menyerang. Cikgu masih kelihatan tenang mengelak setiap serangan.
Tiba tiba kaki armour bayang dicengkam dengan tanah.
"Jangan ingat cikgu nak guna satu kuasa je.. "
Katanya dengan mata yang masih tertutup.
".. Dan jangan ingat saya akan guna armour sepenuhnya. "
Kataku yang keluar dari bayang. Cikgu terkejut tetapi sempat mengelak. Pipinya luka sedikit kerana terkena bilah pedangku.
Sebenarnya aku berpisah dengan armour bayang aku. Jadi yang berlawan dengan cikgu hanyalah Armour kosong yang dikawal aku dari jauh. Aku menyorok didalam bayang sementara menunggu masa yang sesuai. Nampaknya rancangan aku berjaya.
Katsu tergamam dan mulutnya ternganga. Kage dengan selamba menutupnya.
"Nganga lama lama nanti masuk butterfly hahaha "
Cikgu Leon mengesat darah di pipinya. Kemudian tersenyum.
"Semakin licik ya? "
"Heh kalau tak licik. Tak nya saya boleh terlepas dari kena denda sebab tidur dalam setiap mata pelajaran dalam kelas. "
Kalini aku berlawan tanpa menggunaka Armour. Kali ni aku hanya menggunakan pedang begitu juga dengan cikgu. Kami berlawan dan menggasak satu sama lain. Selagi ada peluang menyerang kami akan serang tanpa henti.
*****
Setelah beberapa jam berlawan akhirnya kami kepenatan. Kami mengambil keputusan untuk berhenti.
"Warrhhh!!! Loteh nyoo!!! "
Kataku. Entah bahasa dunia mana tah aku tibai. Cikgu ketawa kecil melihat aku yang sudah terbaring. Dia berjalan kemudian duduk di sebelah ku. Hari sudah malam. Wait. MALAM!!!. Lama gila aku berlawan dengan cikgu! Patutlah badan melekit semacam.
Aku memandang ke arah langit.
"Cantik nya bintang dekat Training Dimension ni. Dekat kota tak macam ni pun"
"Memanglah dimensi ni kan tak ada bagunan bagunan yang tinggi, tu sebab kita boleh tengok bintang bercahaya dengan cantik. " terang cikgu Leon panjang lebar.
"Err... abang, Shiro bukan nak kacau korang punya ketenangan melihat bintang tapi... "
Panggil Katsu sambil menunding jari ke arah hutan yang sudah terbakar dan hancur. Sekelilingnya juga retak kerana lagaan penumbuk kami tadi mungkin?
"Siapa yang nak padam ni? "
Aku dan Cikgu berpandangan kemudian tersengih.
"Dia padam sendiri nanti. "
Balas kami serentak. Katsu hanya mengeluh berat kemudian masuk ke khemah untuk bersiap mandi.
'Dari pada aku layan diorang baik aku layan cik air terjun'
Aku dan cikgu ketawa melihat mulut Katsu yang membebel seorang diri. Kami mengambil keputusan untuk mandi. Eii! Badan busuk macam kerbau dah!!
————————————————
Author buat double update! Yeah! Haha actually peperiksaan author 6/11 so author ingat 'tak pe kot update? Alaaa... aku pun bukan nya study hari sabtu so okay lah kan? '
So here I am.
Jadi ini adalah last update. Nanti bila dah habis exam author akan update macam selalu. Mungkin akan double update setiap minggu. MUNGKIN. Kalau tak ada double update tu tandanya author malas nak menaip 😂😂. Sorry author pun kadang kadang kena penyakit malas ni. 😂😂.
K thanks for vote and comment. Kalau ada salah tatabahasa atau kesalahan sila tegur. Author akan baiki. Tapi mungkin lambat. Why? Again. Lazy 😂.
-Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top