Prolong | Betrayed

Awan hitam yang berarak di bandar Alterald, membuang isi didalamnya. Hujan turun dengan lebat berserta kilat yang sambung menyambung. Di sebuah Guild, yang terletak dihujung bandar riuh dan tegang.

"Arghh! "

Seorang wanita berambut emas ditolak kasar keluar daripada Guild yang berlogo kepala naga. Wanita itu merintih sakit. Perutnya dipegang dan diusap bersama linangan air mata. Kepala diangkat memandang susuk tubuh lelaki yang bertubuh tegap dan berwajah berang.

"Kau perempuan tak guna! Sanggup kau khianat keluarga kau sediri?! " jerkah lelaki itu. Air matanya juga mula bergenang.

Wanita berambut emas menggeleng kepala laju.

"Bukan Nash. Bukan aku yang serang Brianna! "

"Kau jangan nak berdusta Eriana! Brianna mengaku kau yang serang dia dan belasah dia separuh mati! " jerkah seorang wanita berambut putih yang kini terduduk disebelah seorang lelaki yang cuba menenangkannya.

"Kau dengar kan? Eri baik kau mengaku lah. Tak guna nak sorok apa-apa. " Jelas nada suara Nash penuh kekecewaan. Eriana menggeleng kepala. Tak! Bukan dia yang buat! Itu fitnah!

"Eriana baik kau blah lah. Kau dah banyak berjasa dengan guild ni, jadi kami tak boleh nak bunuh kau. Sekarang kami hanya mampu buang kau aje dan jangan sesekali kau jejakkan kaki ke sini lagi! " kata seorang lelaki berambut hitam disebelah Nash. Matanya tajam menatap wajah Eriana.

"TAPI AKU MENGANDUNG! " Jerkahan Eriana membuatkan semua terdiam. Kaku.

"Nash.. Aku mengandung. I-ini anak kau. "

Eriana memandang Nash lunak. Nash pula jelas terkejut. Tetapi kepala digelengkan. Tangan diangkat agar menyuruh rakannya yang lain masuk ke dalam guild mereka. Mereka akur.

"Maaf Eriana.. A-aku tak akan terima anak tu. Walaupun aku tahu kau menipu."

Bagai dihempap batu besar. Eriana kematian kata. Kepala digeleng laju.

''A-aku tak tipu! Nash, jangan buat macam ni. Ini anak kau Nash! Anak kau! "Eriana ingin menerpa kearah Nash tetapi Nash menoleh kebelakang dan menutup pintu Guild Dragon Heart itu.

"Selamat tinggal, Eriana.. "

"NASHHH!!!! "

Eriana mengetuk-ngetuk pintu besi itu sekuat hati. Tangan yang mula berdarah tidak dihiraukan. Akhirnya dia jatuh terduduk dan menangis semahu-mahunya.

***

Eriana berjalan kedalam hutan ditemani air hujan. Kepalanya tertunduk kebawah. Dia bagaikan zombie yang berjalan. Tiada jiwa dan seakan mati. Kulitnya juga pucat.

Entah mana silapnya, kakinya tergelincir dan sedar sahaja dia berada diawangan. Matanya membulat apabila dia jatuh kedalam semak yang sebenarnya menyembunyikan sebuah lereng bukit!

"ARGHHH!!! "

BUUMMM!!!

Eriana terhempas diatas timbunan semak samun yang tebal. Kepalanya berpinar hebat. Tak lama kemudian matanya membulat apabila celah kakinya berdarah!

"ANAK AKU !!! "

Eriana bagaikan orang gila. Dia menangis dan menangis. Sehinggalah dunianya gelap.

***

"Eriana..."

Satu susuk tubuh yang berbentuk kabus hitam menghampiri Eriana. Eriana yang bagaikan mayat hidup hanya memandangnya sepi. Kabus itu datang menghampiri gadis malang tersebut. Rambut depan Eriana diusap lembut. Kesian dia melihat wanita itu.

"Kau sayang anak kau? "

Eriana mengangguk lemah. Perutnya diusap. Tiada lagi nyawa didalam perutnya itu. Kabus hitam itu memegang tangan Eriana.

"Aku boleh kembalikan dia. "

Serta merta mata Eriana membulat besar. Dengan lemahnya di bangkit daripada pembaringan. Matanya penuh berharap.

"Kau boleh.. Kembalikan dia? "

"Dengan syarat.. "

Kabus itu tersenyum kelat. Dia tahu apa yang menimpa wanita itu dan dia mahu menolongnya. Tapi risiko juga harus dia ambil. Eriana mendengar sahaja dan tangan naik menutup mulut. Air mata mula bergenang kembali. Syarat lelaki itu terlalu berat!

"Jadi kau pilih. Kau nak anak kau atau hidup sendirian selamanya? "

Fikiran Eriana tidak berapa waras ketika itu. Apa yang dia fikir, dia nak anak dia! kepala diangguk laju. Kabus itu ketawa kecil sebelum berubah besar! Hujan yang sedia lebat bertambah lebat! Pokok bergoncang dan angin bertiup garang!

Kabus itu menyentuh perut Eriana. Eriana tersentak apabila tiba-tiba perutnya sakit tak terkata! Tangan dikepal kuat dan dia meraung tak terhingga!

"ARGHH!! ARRGHH!! "

Kabus itu pula tersenyum kelat sambil terkumat-kamit membaca jampi dan sihir hitamnya.

"I'm the key holder of birth,
I will call the soul of the demon king,
Get into this body and come back to a world of cruelty! The greatest Demon king, Aeldera Tempests! "

"ARRGGG!! "

Makin kuat Eriana menjerit. Tangan lelaki berkabus bercahaya kehitaman! Dalam masa yang sama, perut Eriana membesar dan makin membesar!

".. Welcome new born. "

Disaat itu, jeritan Eriana terhenti atau lebih tepat suaranya hilang. Dunia bagaikan terhenti masanya. Darah keluar daripada celah kaki Eriana dan esakan tangis kedengaran. Lelaki berkabus tersenyum melihat wajah suci bayi lelaki yang kini berada didalam dukungannya.

"Shh.. hey, hey. Don't cry little boy. "

"Arr.. arr.. "panggil Eriana. Lelaki itu bagaikan faham lalu meletakan bayi lelaki itu disisi kepala Eriana. Satu sihir dibaca dan tempat mereka selamat daripada terkena tempias hujan.

Eriana melihat wajah suci bayi itu. Bayi itu menangis kuat. Tangan pula terkapai-kapai diawangan. Tangisnya terhenti sebaik sahaja Eriana menghadiahkan kucupan hangat dipipi mulusnya. Eriana tidak menghiraukan darah yang melekat dibayi itu.

"Arr.. arr.. " (anak ibu, anak ibu)

Lelaki kabus itu senyum senang. Ini salah satu syarat yang Eriana kena terima. Sebaik sahaja wanita itu melahirkan anak, dia tidak akan dapat bertutur lagi. Kemudian lelaki berkabus itu berubah menjadi seorang manusia lelaki yang bertubuh tinggi lampai. Badannya tidaklah terlalu sasa tidak pula terlalu keding. Kulitnya pucat seperti tiada darah. Rambut dan matanya berwarna ungu gelap. Dia mencempung tubuh Eriana yang lemah. Bayi lelaki itu pula elok terlena didalam dakapan ibunya.

"Mulai sekarang, aku yang akan jaga kau. "

Eriana mengangguk lemah lalu melentokkan kepalanya di dada lelaki itu. Lelaki itu sekadar senyum. Dia berjalan dan memasuki hutan sebelum hilang ditelan kegelapan.

***

5 tahun kemudian.

"Alzer! "

"Uncle Alzer lah! "

KUK!

Kepala dipegang erat apabila uncle yang digelar Alzer mengetuk kepalanya dengan kuali. Sakit siot!! Habis benjol kepala dia!

"Sakitlah orang tua! " Marah seorang budak lelaki berambut emas dan bermata hijau cair. Wajahnya juga kelihatan comel dan matanya cantik berkilau. Alzer sekadar menjuling mata keatas seraya menyambung masakanya.

"Dah kau pergi main jauh-jauh! Kacaulah orang nak masak! " halaunya yang ligat memasak makanan pagi itu. Budak lelaki itu pula mencebik sebelum tersenyum nakal. Jom main!

Kaki kecilnya berlari keluar daripada dapur. Alzer tersenyum senang. Dia kembali memasak didapur itu.

Beberapa jam kemudian, Alzer siap memasak. Apron yang dipakai dibuka. Dia juga siap menghidang masakannya diatas meja. Sejurus itu, tangan ditepuk apabila makanan yang dibuat sungguh mengiurkan dan lazat!

"Alter! Puan Eriana! " panggil Alzer sebaik sahaja kelibat lelaki berambut ungu dan wanita berambut emas masuk keruang makan.

Eriana sekadar senyum manakala Alter berwajah dingin sahaja. Eriana datang mendekat kearah Alzer yang ceria menunjukan makanan yang dia sediakan. Eriana mencuit sikit ayam grill yang berada tidak jauh daripadanya. Membulat matanya dikala ayam itu masuk kedalam mulut.

"Sedap kan? " soal Alzer. Eriana mengangguk laju.

"Well, aku kan yang masak?"

Eriana sekadar ketawa tanpa suaranya. Alter pula mengulingkan mata keatas dengan perangai selamba kembarnya.

"Mana tuan muda? " soal Alter. Alzer pula angkat bahu.

"Cari dia. " arah Alter membuatkan Alzer melompong.

"What?! Weh, aku baru lepas masak kut! "

"Cari. Dia. Sekarang. "

Sepatah-sepatah Alter berkata. Penuh dengan ketegasan. Alzer dah mencebik. Alter suka paksa dia jadi pencari-paksa-rela si tuan muda tu!

"Yelah-yelah. "

Alzer akur sahaja. Kaki diayun keluar daripada ruang makan. Tanpa dia sedar, Alter ukir senyuman sinis. Kerusi ditarik untuk Eriana duduk. Dia pula setia berdiri disisi wanita itu.

DUSSHHH!!!

"Arghh!!! "

"Hahahahaha... GOL!! "

Eriana yang ingin mengambil ikan siakap, terkebil-kebil apabila jeritan Alzer dan hilai tawa anak lelakinya kedengaran. Tak lama kemudian kelibat budak lelaki muncul sambil memeluk bolanya. Terkocok-kocok budak itu naik keatas ribaan Eriana sambil menjelir lidah kearah Alzer yang merah padam. Wajah Alzer kini cantik dihiasi corak seperti di bola budak itu.

"Ibu tengok muka Alzer! Cantikan orang buat?" Sengih budak itu tanpa rasa bersalah langsung. Eriana hanya mampu menghela nafas. Pipi tembam anaknya dicuit geram. Budak lelaki itu terjerit sakit. Eriana melepaskan pipi anaknya lalu jari-jarinya bergerak-gerak membuat bahasa isyarat.

"Kan ibu dah kata tak baik buli uncle Alzer? "

"Ya betul tu Eri! Marah tuan muda tu. " sampuk Alzer sambil berpeluk tubuh. Semua orang didalam rumah itu faham bahasa isyarat yang digunakan Eriana termasuk anaknya.

Budak lelaki itu mencebik tak puas hati. Tanpa perasaan terus dia membaling bolanya tepat mengenai wajah kacak Alzer sehingga pemuda itu terjatuh kebelakang. Budak lelaki itu ketawa jahat. Membulat mata Eriana dengan tindakan si kecil.

Tangan yang ingin mencubit anaknya terbantut apabila anaknya menyembamkan pipi di dadanya. Pinggang ibunya dipeluk manja.

"Sorry mummy... muah! "

Pipi Eriana dikucup lama. Haiih, tak jadi nak marah! Eriana terus memeluk anaknya lalu mengucup dahi kanak-kanak kecil itu. Budak lelaki itu tayang muka kemenangan pada Alzer yang dah berapi habis. Alter sekadar senyap tanpa senyuman.

"Urrghh.. What a devil kid. "

▪️▪️▪️

Gambaran Guild seperti diatas ya? And how about the prolong? Okay tak? 😂

Story ni asalnya Fanfiction Fairy Tail tapi saya tukar jadi Fantasy+Romance.😂Duhh.. saya selalu silap nama kalau Fanfiction😥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top