Epilogue II | Papa
Jauh didalam sebuah hutan, seorang budak lelaki berekor serigala, elok mencerlu tajam pada anak sungai dihadapanya. Gigi tarinya jelas kelihatan. Kukunya juga memanjang. Dihadapan budak serigala itu, ikan melompat-lompat naik ke permukaan seakan mengejeknya.
"Damn you creature of underwater! How dare you make a fun of this great werewolf?! Want me to eat you?!"
Splash!
Ikan-ikan itu ketawa apabila mereka berjaya 'memandikan' serigala tersebut. Mulut memancut-mancutkan air tanpa henti. Sehingga ada yang masuk ke dalam mulut serigala!
"You! I'll kill all of you!! Grahhh!!"
Dari kejauhan, sepasang mata hijau zamrud elok memerhati. Kepala digeleng lalu dia keluar dari tempat persembunyianya. Dia cuba menahan diri daripada ketawa apabila budak serigala itu mula berperang dengan ikan-ikan di dalam anak sungai itu.
"Awak tahu Weston, saya ingat awak jadi dungu setiap hari sebab nak hiburkan saya. Tapi ternyata awak lebih dari tu."
Sapaan suara itu menyentakkan Weston. Laju kepalanya menghadap wajah manis si gadis. Urat bengang timbul di dahi.
"Apa maksud kau, aku lebih dari tu perempuan sadis?!"
"Maksudnya ,saya nak cakap yang awak memang dungu sejak alam rahim."
"Hah?! Aku dungu?! Hey! This is Weston! The great werewolf in this Bellvania kingdom! Tak mungkin aku dungu!" Marah Weston lalu berjalan kearah gadis yang tersenyum manis itu.
"Aku bijak okey?! Dan aku akan tunjukkan pada kau bila semesta satu dibuka nanti! Aku akan.. Urmm." Terus Weston terdiam dan mengalihkan wajahnya ke arah lain.
"..Lulus."
"Oh really? Then do you best! Pastikan awak gagal lagi jadi saya boleh menang pertaruhan dengan Alyssa! Hidup Weston! Yeay!"
"HAHAHA! Ya! Aku akan gagal lagi demi pertaru- Wait, what the hell Ariel?!"
Ariel atau lebih tepat lagi, Arielle ketawa besar saat Weston tersedar apa yang dikatakan olehnya. Merah padam wajah serigala itu dek menahan geram. Ada jugak kena gigit kang.
"Hahaha! Nampaknya saya silap panggil awak dungu! Ma-maaf..Pftt."
"Urgh.. You sadistic women. Selamat lah The Great Weston ni jenis pemaaf, jadi aku-"
"Sebab awak dungu tahap tak leh bawak bincang! HAHAHA!"
Terus berdesup gadis berambut violet bersama tawanya. Weston pula sudah mengejar di belakang sehinggalah mereka sampai di sebuah istana. Arielle berlari kebelakang dinding bersama tawa yang ditahan.
"Kau sini Arielle! Sekali aku jumpa kau, nahas aku kerjakan! Arielle! Arielle!"
"Aww.. Itu pun kalau awak terlalu bijak untuk cari. Oh well, semestinya itu impossible. Awak cuma bijak bila tak berfikir." Terus Arielle terdiam sendiri.
"Wha.. Bijak tanpa berfikir? Macam pelik aje."
"Apa yang peliknya?"
Arielle mendongak keatas lalu wajah seseorang menyapa pandangan. Senyuman dilebarkan lalu tangan naik keatas.
"Bapa Alzer!"
Alzer ketawa kecil dengan kerenah Arielle. Tubuh kecil itu didukung lalu mereka beredar daripada situ. Gadis kecil itu pula elok menggeselkan kepalanya pada leher Alzer! Hidung pula gatal membau wangian sang lelaki! Ehe!
"Hey,hey. Jangan gesel hidung tu. Geli tahu tak?" Tegur Alzer bersama tawa lalu mencuit hidung mancung si kecil. Wajahnya saling tak tumpah seakan Adrea dan Eldera.
"Alahh, bukannya girlfriend bapa marah pun kalau Ariel buat macam ni. Last-last bapa kena sepak tidur luar aje. Hahaha."
"Amboi dia. Mulut ni nakal sangat kenapa?"
Terus Arielle menutup mulutnya bersama mata yang membulat. Opss!
"At least tak senakal bapa dengan girlfriend bapa. Touch-touch, kiss gituww. Auch!"
Arielle merengek manja apabila Alzer menarik pipinya. Haiih! Nakal Arielle memang tak leh kawal! Bahaya tul budak ni.
"Tapi en bapa.."
"Hurmm?"
"Berapa saiz dada bakal ibu angkat Ariel eh? Nampak lagi besar dari mama aje."
"Ya tuhan budak ni!"
Memang terlebih jenetik Adrea betul!
***
"Haccu!"
Adrea yang elok membaca di kawasan taman istananya, bersin tetiba. Daze yang turun sama ada, memandang pelik padanya.
"Kenapa ni?"
"Tak ada apa lah ayah. Orang mengumpat kut?"
Adrea tersengih sebelum kembali membaca buku ditanganya. Buku yang merupakan sejarah Kerajaannya. Memang tak terjangka langsung oleh Adrea bahawa Kerajaan Bellvania masih lagi ada! Bahkan, Dunia Purnama yang sepatutnya musnah juga wujud!
"Memang dunia ni sepatutnya sudah musnah.. Namun, ada seseorang yang menyelamatkan kami di saat akhir. Apabila sudah pasti puak Tempests tiada lagi di dunia ini, penyelamat itu terus membina semula kerajaan kami. dia juga ada memesan sesuatu sebelum hilang serta merta." Ujar salah seorang puak Bellvania yang dikatakan telah 'mati' beratus tahun lamanya.
"Apa yang .. dia pesan?"
"Permaisuri akan kembali. Dan.. Kami wajib memberi sumpah setia. Tak kira lah apa sahaja arahan permaisuri, kami harus ikut walaupun bermaksud bertarung di barisan hadapan. Dia kata.. Ini sebagai bayaran sebab dia dah tolong."
"Bunyi macam tak ikhlas aje.." Kutuk Adrea bersama wajah meluat. Namun, lelaki dihadapannya hanya tersenyum.
"Bunyi aje macam tu. Tapi saya rasa.. Dia memang tahu ini akan terjadi.. Sebab tu dia mahu kami ikut permaisuri."
"Tapi kenapa aku..?"
"Sebab.. Permaisuri antara kunci untuk hentikan segala amukan dan kecelakaan. Permaisuri salah seorang fate child."
Itu lah kata-kata yang tidak akan hilang dari mindanya. Sejak hari tu, Adrea menjadi Permaisuri Kerajaan Bellvania. Daze , Dazy serta Fenrir yang asalnya dipandang benci oleh puak Bellvania, mula diterima oleh mereka. Puaknya seakan percaya pada ketiga-tiga mereka.
"Tapi siapa.. Penyelamat tu?" Bisik Adrea seorang diri. Daripada yang mereka kata, penyelamat itu hanya berkerundung seluruh tubuh. Namun, belakang bajunya terdapat lambang muka jam bernombor roman bersama sebilah pedang ditengahnya.
"Mama!"
Suara Arielle menyentakkan Adrea. Wanita yang kini bergelar permaisuri, tersenyum pada anak kecilnya. Tangan didepakan lalu tubuh kecil itu dipeluk erat. Ubun-ubun si kecil, di cium penuh kasih.
"Hurmm? Tadi bukan kata main dengan Weston? Kenapa ada dengan Alzer?"
"Memang tengah main pun. Tapi dia tu yang tak reti main."
"Main apa tu?"
"Main 'siapa bijak, dia jumpa Ariel.' Malangnya, Weston dungu dan bapa ternyata bijak walaupun Ariel tahu itu dusta belaka."
Terus Alzer mencerlu tajam pada Arielle. Mulut dia ni lah. Adrea pula sudah ketawa dan Daze berwajah bangga.
"Itu lah cucu aku."
"Yeah, ni lah cucu datuk! High five sikit!"
Daze hanya mampu ketawa sahaja apabila Arielle menepuk tanganya bersama gaya diva. Alzer pula sudah menguling biji mata ke atas. Sah ikut ibu dia. Ini lah hasil apabila Adrea dan Daze terlalu manjakan si kecil. Mulut dah lah bisa, menusuk jantung sentiasa.
"Haiih..Macam mana lah kau boleh ada mulut ular?" Keluh Alzer membuatkan Arielle mencebik.
"Biar mulut bisa macam ular, dari mulut bapa yang bau busuk 24 jam sehari. Euww. Tahu ke berus gigi tu apa?"
"Aku gosok gigi budak . ."
"Eh? Serius arhh..? Oh silap bukan sebab tak gosok gigi, tapi sebab mulut tu memang busuk. Heh."
". . ."
"Aik, senyap dah?"
"Ah nope. Aku cuma fikir jalan macam mana nak sumbat cili dalam mulut kau tanpa Adrea tahu."
"Wow. Bapa tahu mama dengar sekarang kan?"
"Bagus lah. Sebab aku nak mintak izin untuk sumbat dua kali ganda."
"Alzer, no."
"Tch."
***
Malam hari..
Arielle elok merenung bulan dilangit bersama wajah yang ceria. Adrea yang baru masuk ke bilik, memerhati pelik susuk anak gadisnya.
"Kenapa Ariel tak tidur lagi ni?" Soal Adrea lembut lalu melabuh duduk diatas katilnya. Arielle pula memandang sekilas wajah sang ibu sebelum kembali menatap bulan.
"Mama rasa.. Papa tengah tengok bulan yang sama dengan Ariel ke?" Soal Arielle bersama senyuman manis. Adrea pula tersentak seketika.
Eldera.. Walaupun sudah sepuluh tahun, nama lelaki itu tetap melekat kemas di hatinya. Bahkan, Arielle juga merindui sang bapa. Namun, anak kecil itu hanya mampu mengenali bapanya daripada cerita dia dan Alzer.. Wajahnya langsung tidak ditunjukkan pada Arielle.
Belum masanya lagi untuk Ariel tahu wajah ayahnya. Itu lah apa yang fikiranya sehingga sekarang.
"Rasanya.." Balas Adrea lembut. Senyuman Arielle pula semakin melebar. Budak perempuan itu melompat-lompat suka sebelum merebahkan diri disebelah ibunya. Tangan Adrea ditarik lalu dipeluk manja.
"Mesti papa fikirkan Ariel kan? Sebab Ariel gembira sangat bila teringatkan papa! Dia dingin, tapi bila dengan mama, sweet aje! Pastu en! Ariel tak sabar nak jumpa Uncle Eryl! Mesti best kan kalau tengok dia nangis sebab katak? Hahaha."
Adrea ketawa kecil lalu tanganya naik mencuit hidung sang anak. Tidak dinafikan, Arielle memang anak yang baik tapi nakalnya kalah budak lelaki! Naik kesian dia jadinya dengan Weston yang tercari-cari Arielle sehingga ke petang. Penat betul budak tu!
"Mama.. Bila papa nak jumpa Ariel? Dia tak rindu ke nak tengok wajah cantik mama dan kecomelan Ariel?" Soal Arielle bersama bibir yang muncung sedepa. Segaris senyuman kelat terlakar di bibir sang ibu. Tubuh Arielle ditarik masuk ke dalam dakapan.
"Satu hari nanti Ariel. Satu hari nanti. Dan, bila tiba masanya.. Ariel akan jumpa papa ya?"
"Mama janji?"
"Ya sayang. Mama janji."
Arielle tersenyum lebar. Kepala diangkat lalu ciuman dihadiahkan pada pipi sang ibu. Mereka berdua ketawa bersama lalu merebahkan diri diatas katil. Pipi tembah Arielle diusap sayang.
"I love you my little angel."
"I love you more my heaven."
"Urgh.. Sweet talker."
"Only for my sweet mama. Hehe."
***
Dalam masa yang sama, jauh di sebuah istana gelap, seorang lelaki berambut emas pudar, memerhati ke arah langit. Senyuman kelatnya terukir. Mata emasnya sayu sahaja. Seakan tidak cukup tidur.
"Tuanku."
Dia menjeling kebelakang apabila Lord August datang melutut. Wajah kelatnya berubah dingin serta merta.
"Apa yang kau nak?"
"Maaf menganggu tuanku ketika ini, namun ada berita yang mahu aku kongsikan."
"Teruskan."
"Puak duyung di laut telah hilang sebelum sempat kami menangkap raja mereka. Nampaknya, Yggdrasil membantu mereka. Ada apa-apa yang tuanku mahu lakukan?"
"Teruskan serangan. Hancurkan kerajaan tersebut tanpa meninggalkan jejak. Puak duyung hanya lapisan atas.. Aku mahu puak yang tinggal di dasar yang paling dalam." Ujar Eldera tanpa perasaan.
Lord August tersenyum lalu mengangguk.
"Mengikut perintah tuanku."
"Pergi sekarang."
Terus Lord August hilang tanpa jejak. Serentak itu juga, Sean muncul dihadapan pintunya. Keluhan terbit pada bibir lelaki itu.
"Ada sesuatu yang kau nak?" Soal Eldera seraya menghampirinya. Saat dia berada di hadapan budak lelaki itu, dia melutut sebelah kaki sehingga paras tinggi mereka sama.
"Mimpi.. Ngeri." Balas Sean bersama sehelai selimut kecil ditanganya. Eldera berdiam diri seketika.
"Jom."
Sean mengukir senyum apabila Eldera bangun dan menghulur tangan. Selimut kecilnya digulung lalu dipeluk dengan sebelah tangan. Sebelah tangan yang masih bebas, bertaut dengan jemari abangnya. Perlahan-lahan mereka meninggalkan bilik itu dan berjalan ke bilik Sean.
Sempat Sean menjeling wajah kosong si abang.. Sedikit sebanyak, dia sedih.
' Kalau lah abang sedar dia masih ada sisi yang baik..'
Ketika itu juga, seorang lelaki berkerundung hanya tersenyum memerhati. Dia menghilangkan diri kedalam portal lalu latar belakang berubah kepada sebuah kawasan putih. Kerundung diturunkan lalu nafas di hela panjang. Tak lama kemudian, satu lagi susuk tubuh muncul dan menepuk bahunya.
"Berapa lama lagi kau nak buat kerja ni?" Soal lelaki yang tidak menurunkan kerundungnya.
"Sampai semuanya kembali seperti yang aku inginkan.." Balas sahabatnya.
"Dan kau yakin kau akan jadi macam sekarang?"
"Apa yang kau risaukan?" Kepala didongak ke atas. Sengihan terbit di bibir.
"Takdir sentiasa ada jalan untuk aku. Dia yang pilih aku, jadi pandai-pandai lah diri aku yang dulu hadap untuk jadi macam sekarang. Tapi cerita aku lambat lagi ni. Haiih.."
"Huh?"
"Kau ni.. Bukan ke selepas ni.." Kini mata dia terarah pada satu kawasan. Kawasan yang mula bercahaya yang menunjukkan sesuatu seakan video. Mengenai seorang lelaki bermata satu yang memiliki enam sayap naga dibelakangnya.
"Kisah naga bermata satu?"
E.N.D
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top