Epilogue I | Sleeping
10 tahun berlalu
"Bonda.."
Seorang wanita berambut merah, menegur Emyriel yang elok membaca di dalam sebuah perpustakaan lama. Bekas Permaisuri Kerajaan Emerald, tersenyum manis pada wanita jelita tersebut..
Sudah sepuluh tahun berlalu sejak amukkan Eldera di dunia Angkasia. Kini, seluruh penduduk Kerajaan Emerald serta beberapa kerajaan lain seperti Grandiflora, Orochi dan Dianthus, tinggal di Kerajaan Yggdrasil. Atau lebih tepat, di dunia lain.
Namun, kadang-kala ada diantara para pemerintah serta pahlawan mereka turun ke Dunia Angkasia untuk menyelamatkan seberapa banyak nyawa di sana. Puak Yggdrasil yang dahulunya membenci manusia, perlahan-lahan cuba menerima kehadiran baru. Lebih-lebih lagi Puak Beast Ryuzaki.
Peperangan di Angkasia mula tercetus. Dunia itu bagaikan neraka! Nyawa menjadi taruhan setiap hari. Mahluk-mahluk pelik mula mendominasi. Puak manusia hidup dalam ketakutan dan beberapa kerajaan tenggelam seperti mana tenggelamnya Kerajaan Dianthus.
Sejak dari itu, mereka di Yggdrasil tidak berhenti berlatih dan berlatih untuk menjadi pahlawan. Sesungguhnya, suatu hari nanti, orang yang ditakdirkan bakal bangkit. Bangkit untuk tamatkan segala kekecohan ini.
Dan.. Kebangkitannya sangat di tunggu oleh Akira.
"Akira nak apa-apa dari bonda?" Soal Emyriel lembut.
"Bonda ada nampak Arez? Akira cari dalam bilik dia tak ada." Keluh Akira membuatkan Emyriel ketawa kecil.
"Kamu jangan risau. Dia ada dengan Shiro. Rindu nak main dengan datuknya."
"Ah..Macam tu ke."
"Kamu tak tolong Heira hari ni?"
Akira menggeleng kepala. Memang selalunya dia membantu Heira menguruskan Kerajaan Yggdrasil yang sudah semakin padat dengan penduduknya pada waktu ini. Dia membantu Heira sebagai balasan wanita itu memberikan dia serta keluarganya tinggal di dalam Istana Yggdrasil. Jadi tidak hairan untuk lihat Emyriel di perpustakaan diraja ini.
"Dia kasi saya cuti hari ni. Jadi saya ingat nak luangkan masa dengan Arez."
"Ah. Kalau macam tu.. Mereka mungkin tengah melawat 'dia'."
"Oh."
Emyriel tersenyum kelat apabila melihat wajah mendung menantunya. Dia bangkit lalu memeluk erat tubuh wanita itu.
"Jangan risau.. Suatu hari nanti, bonda yakin dia akan bangkit."
"Urmm.."
Akira menyembahkan wajahnya pada dada Emyriel. Tanpa dipinta, air matanya mengalir. Semakin erat Emyriel memeluknya.
"Shh.. Semuanya akan baik Akira..Shh.. Percayakan bonda."
"Tapi Akira tak kuat bonda.. Akira tak nak kehilangan dia.. A-Akira rindukan suami Akira bonda.."
"Akira kuat sayang. Akira kuat. Akira tak akan kehilangan dia. Akira sayang.."
Kali ni Emyriel menekup wajah gadis itu. Mata berkaca Akira, bertaut dengan mata Emyriel yang mulai pudar warnanya.
"Kalau Akira kuat.. Mesti Eryl akan kuat. Jadi berhenti menangis ya? Angkat kepala Akira dan jalan mendada. Nanti.. Akira yang akan berada di sisi dia. Bukan bonda atau ayahanda. Akira.. Adalah sumber kekuatan dia nanti." Tulus aje kata-kata Emyriel. Tanganya mengusap pipi gadis itu. Akira mengukir senyuman lalu mengangguk faham.
"Terima kasih bonda..Akira akan cuba."
"Itu lah menantu bonda."
Dalam masa yang sama, seorang budak lelaki berwajah sayu, elok menatap sekujur tubuh yang lena di kamarnya. Rambut sang lelaki di belai sebelum ciuman dihadiahkan pada pipinya. Budak lelaki dengan rambut merah seakan delima tersebut,mengesat air mata lelaki yang terbaring itu. Semakin sebak dia jadinya.
"Kenapa ayahanda selalu menangis setiap kali Arez sentuh dia? Arez buat ayahanda sedih ke? Atau Ayahanda tak sayangkan Arez?" Bisik si kecil lalu kepala disembamkan pada lengan lelaki itu. Tangisannya pecah.
"Hik..Hik..Bangun lah ayahanda. Arez..Arez rindu ayahanda. Arez nak ayahanda manjakan Arez. Arez..Nak tengok senyuman ayahanda. Hik..Hik.."
Shiro yang melihat di muka pintu,hanya mampu tersenyum tipis. Kakinya melangkah masuk, menghampiri Alvarez Ryuzaki yang teresak menangis di sisi ayahandanya. Tangannya naik mengusap kepala si kecil.
"Arez."
"Datuk."
Dengan mata berkaca, Alvarez menatap wajah datuknya. Sedikit berkedut, namun kacaknya masih ada. Rambutnya juga sudah memanjang dan dibiar lepas.
"Kenapa menangis ni?" Lembut suara Shiro menyoal.
"A-Arez.. Nak ayahanda bangun. Tapi.. Kenapa dia tak bangun? Datuk kata dia tidur. Kalau tidur, kenapa sampai 10 tahun? Ayahanda..Tak sayang Arez dengan bonda ya?" Soal Alvarez polos dan naif serta terselit rasa terkilan.
Shiro nampak tu. Namun, dia hanya senyum segaris.
"Suatu hari nanti dia akan bangun Arez. Tapi bukan sekarang."
"Kenapa?"
"Sebab dia akan hadap benda yang menyakitkan. Dan sekarang.. Masa untuk dia berehat."
Alvarez terkedu. Tangan kecilnya menggenggam erat tangan sang ayah. Tak! Dia tak nak ayahanda sakit!
"S-siapa yang akan sakitkan dia? Arez halang! Arez tak akan bagi sesiapa sakitkan ayahanda! Ayahanda.. Ayahanda kena bahagia dengan bonda!" Ujar Alvarez bersama mata yang berair.
"Putera kecil.." Panggil Shiro seraya menarik lembut tangan kecil Alvarez. Itu lah gelaran Alvarez yang sering dipanggil olehnya.
"Datuk yakin ayahanda kamu akan bahagia dengan bonda. Cumanya, bila masa tu tiba, boleh Arez berada disisi dia? Tolong jaga dan sentiasa beri sokongan pada dia. Sebab nanti.. Di sini."
Jari telunjuk Shiro mendarat di tengah dada Alvarez. Budak lelaki itu terkebil-kebil. Kepala disengetkan tak mengerti.
"Di sini?"
"Dia rapuh. Dia mungkin nampak baik di luar, tapi dalaman dia bercelaru. Lagi-lagi.." Kini mata Shiro jatuh pada anaknya yang terlantar. Dadanya turun naik dengan perlahan.
"Lagi-lagi? Datuk,kenapa sekerat jalan aje cakap."
Shiro menggeleng sahaja kepala. Belum masanya lagi untuk Alvarez tahu. Anak kecil itu belum lagi kuat untuk tahu kebenaran dibalik kesedaran ayahandanya.
"Tak ada apa-apa. Dah jom, jumpa Hakuryu. Mesti Arez rindu kan?"
"Hakuryu?! Nak! Lama tak main! Haku asyik sibuk aje !" Alvarez kembali ceria. Tangan Datuknya ditarik keluar. Senyuman dihadiahkan untuk budak lelaki itu. Sebelum keluar, sempat Shiro memandang sekilas anaknya. Senyuman kelat terlakar dibibir.
"Maaf.. Untuk semuanya.."
***
Di tempat lain..
Disebuah kawasan berumput, bunga-bunga seakan tulip bercaya keputihan. Kawasan tersebut, berada betul-betul di tengah hutan berdekatan sebuah istana gelap. Hanya kawasan itu sahaja bercahaya dan ditengah-tengah cahaya itu, satu susuk tubuh kecil, elok merenung ke langit.
Rambut hitam seakan langit malam, beralun mengikut tiupan angin. Mata ungu gelapnya memantulkan cahaya rembulan. Dia berkerundung hitam bercorak garis-garis putih seakan api. Di belakangnya elok berlambang bunga ros yang gugur kelopaknya.
Mata di tutup.
Sekelilingnya mulai senyap.
Kedua-dua belah tangan naik menutup telinga.
Gelap. Sunyi. Itulah apa yang dia rasai tika itu.
"If you heard me.. Please, stop this madness.. I begging you.."
Saat itu, Alvarez yang sedang elok berehat di bawah sayap Hakuryu, tersentak. Kepala di toleh kiri dan kanan. Dia bangkit. Shiro sedar akan kelakuan pelik cucunya, hanya memerhati.
"I'll wait for you.. With that fate child.."
"Wait!"
Alvarez menjerit ,namun tiada lagi suara tersebut. Dahinya mula berkerut. Dari dulu, dia sentiasa dengar suara tu! Suara budak lelaki yang seakan sedih. Dan ayat yang sama juga sentiasa meniti dibibirnya!
"Kenapa awak tunggu Arez? Dan siapa awak sebenarnya?" Soal Alvarez pada diri sendiri. Hakuryu yang turut sama memerhati, menjeling kearah Shiro yang seakan hilang dalam fikiran sendiri.
"Anak ku.."
Shiro tersentak. Kepala perlahan-lahan di kalih memandang Hakuryu.
"Apa yang kau sorokkan?" Soal Hakuryu tanpa didengari oleh Alvarez. Lelaki berambut putih hanya senyap seketika sebelum mengeluh panjang.
"Masa kelahiran Alvarez.. Kau ada rasa sesuatu yang tak kena bukan?" Soal Shiro mendapat anggukan sang naga.
"Aku rasa.. Alvarez ada kuasa lagenda tu. Kuasa yang sama Luke miliki dulu." Sambung Shiro datar.
"Apa maksud kau?"
"Alvarez.. Dia ada kuasa masa yang sama macam Luke. Namun, kuasa dia lagi dahsyat. Aku tak tahu macam mana nak terangkan. Tapi apa yang aku boleh kata, dia.. Boleh merentas masa."
Kini mata Hakuryu membulat tak percaya. Tumpuannya beralih pada Alvarez yang kini elok mengejar seekor tupai.
"Sini lah tupai! Kita nak main dengan tupai! Oh encik tupai! Kacaknya kau! Hahaha!" Alvarez melompat lalu tubuh malang si tupai berjaya ditangkap. Digomolnya tupai itu bersama tawa.
"Haaih.. Kenapa lah keturunan Ryuzaki sentiasa ada kuasa yang bahaya?" Hakuryu mengeluh kesal dan mendapat tawa kecil daripada Shiro.
"Apa boleh buat. Puak aku memang tak kenal erti cari nahas."
"Hahaha tupai gemuk! Geramnya! Eyy! Nak gigit! Ngap!"
"Gitttt!!!"
"Hikk!!! Arez jangan gigit ekor tupai tu!! Mandul dia nanti!" Kelang kabut Shiro menghampiri Alvarez yang terkebil-kebil mengigit ekor tupai yang dah menitis air mata tu. Comel aje muka tak bersalah budak tu.Hakuryu hanya mampu tepuk dahi.
"Lahai keturunan Ryuzaki..."
Dan dalam masa yang sama, budak lelaki berkerundung tadi sudah kembali membuka tekupan pada telingannya. Selang beberapa saat, seorang lelaki berambut hitam, menghampiri.
"Sean.. "
Sean menarik penutup mulutnya sehingga mata sahaja kelihatan. Badan di kalih perlahan-lahan. Wajah lelaki itu ditatap tanpa perasaan.
"Mari balik. Abang kau tunggu di kamarnya." Ujar lelaki itu dengan datar.
Sean mengangguk. Perlahan-lahan dia menghampiri lalu tangan kecilnya memegang elok tangan sang lelaki.
"Alter."
Sean memanggil perlahan. Alter menjelingnya sekilas sebelum tumpuan kembali kehadapan.
"Hurmm?"
"Abang..Akan marah ke.. Jika suatu hari nanti aku akan mengkhianati dia?" Soalnya perlahan namun sempat ditangkap oleh Alter.
"I don't know.. Abang kau berubah terlalu jauh.. Sampai aku tak kenal lagi dia. Aku sarankan kau jangan tanya dia fasal ni kalau tak nak tengok dia mengamuk macam.. Dulu."
"Oh."
Itu sahaja balasan Sean bersama kepala yang ditundukkan. Kesunyian menyapa mereka. Alter juga tidak mahu membuka apa-apa bicara. Itu lebih elok.
'Suatu hari nanti.. Aku akan kembalikan abang. Itu sumpah aku.' Bisik hati si kecil bersama tangan yang tergenggam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top