Chapter 98 | Can we change fate?

"Ermm.. Hai?"

Eryl menegur kekok apabila enam pasang mata elok merenung dia dengan pandangan yang sukar ditafsir. Ayrez pula hanya diam sambil menyandarkan badan pada sebatang pokok. Tangannya elok membelai badan Red yang berada dalam bentuk naganya.

"Aires.."

Heira menghampiri setapak demi setapak. Tanganya tergetar-getar menyentuh pipi Eryl membuatkan sang remaja terkedu. Ayrez yang melihat adengan itu, mengeluh lalu menghampiri Heira begitu juga Arvie.

"Heira.." Ayrez memanggil lembut membuatkan dewi Yggdrasil itu memandangnya.

"Dia bukan Aires.."

"Tapi.."

"Dia ada cebisan soul Aires. Sebab tu wajah dia sama. Tapi dia tetap bukan Aires. Aires.. Dah lama mati. Sekarang ni, depan kau..Eryl Ryuzaki."

Heira hanya senyap sebelum menjauhkan tanganya daripada pipi Eryl. Senyuman palsunya di ukir lalu dia berpaling ke belakang. Rambut depannya menutupi kedua-dua matanya.

"Okey! Memandangkan semua dah settled, apa kata kita balik ke istana sekarang? Mesti semua letih kan? Kolam air panas diraja, sentiasa terbuka! Fufufu."

"Heira.." Arvie memanggil tetapi dihentikan oleh Ayrez. Kepala digelengkan seakan menyuruh Arvie membiarkan sahaja Heira.

"Baik tuanku."

Heira ketawa kecil sebelum melebarkan sayapnya. Dalam sekelip mata, Heira sudah hilang daripada pandangan mata bersama dengan lima panglimanya. Angin bertiup mengalunkan rambut mereka yang masih tinggal disitu.

"Mari balik." Ajak Ayrez tanpa memandang sesiapa. Arvie mengeluh panjang bersama anggukan.

"Hari yang panjang.."

***

Kolam air panas diraja..

SPLASHHHHHHH!!

"Ahaaa! Kolam air panas memang terbaik!"

"Oi,oi! Jangan berenang dalam ni lah cicak tak guna!"

"Yes, yes. Cakap apa kau nak cakap.."

"You shitty brat.."

Eldera hanya mampu mengeluh dengan tingkah Eryl . Elok aje brader tu berenang sana-sini macam kolam biasa. Ada jugak dia kasi penyepak kang..

"Kau berdua ni kalau tak gaduh sehari, tak boleh ke?"

Tegur Ayrez yang elok bertuala dari pusat hingga lutut. Parut-parut lama jelas kelihatan dibadanya terutama satu parut panjang melintang di bahagian dada.

"Biasa lah kalau dalam alam pencintaan.." Eryl angkat bahu bersama rambut yang disisir kebelakang. Senyuman sinisnya terukir dibibir.

".. Gaduh-gaduh manja itu perlu untuk kuatkan lagi cinta kami. Betul tak-Bluuppp!!"

"Tolong lah jangan bernafas guna oksigen yang sama dengan aku. Ianya menjijikan. Apa kata kau bernafas dalam air? Tak reti? Meh sini aku tolong."

Ayrez memandang blur pada Eldera yang elok merendamkan kepala Eryl didalam air. Habis air berkocak dek kerana Eryl yang struggle untuk bernafas. Sadis betul.

"Aku aje atau kekejaman dia dah naik level?" Keluh Ayrez lalu masuk kedalam kolam air panas tersebut. Wajahnya berubah poker saat matanya terpadang tubuh Eryl yang elok terapung dipermukaan seakan balak yang hanyut.

"Oi. Kau kalah dah bunuh dia, pergi tanam dekat belakang istana."

"Ada lagi ke ruang?"

"Kalau bangkai, mesti ada punya. Kau tengok-tengok lah nanti. Kalau tak ada, kau sumbat aje dia dalam dinding istana. Pastu simen. See? Simple lah bro."

"Hurmm. Perfect idea."

"I know right? I know right? Heh. Nanti aku tunjuk bahagian yang cantik punya.."

"Cool.."

Arvie yang baru sahaja masuk ke dalam kolam itu, berkerut dahi apabila melihat Eryl hanya terapung dipermukaan. Tak lama kemudian, wajahnya berubah ceria! Kedua-dua pipinya pula merah padam!

"Kyaa! My little brother is so hot!! Huff..Huff..T-this good! Camera! I need my camera! Keseksiaan ini tidak boleh dilepaskan sama sekali!!"

Belum sempat Arvie mahu keluar untuk mengambil kamera miliknya, lehernya dahulu sudah dijerut dengan tali! Dengan kejamnya, tali itu ditarik kuat sehingga kaki Arvie tidak lagi mencecah tanah.

"O-oksigen!"

Terus dia kaku. Ayrez yang memegang tali tadi, hanya sekadar menepuk tangannya sebelum kembali kedalam air. Eldera pula yang memandangnya dengan wajah poker.

"Itu kejam. Tak apa ke biar tergantung aje tu?"

"Hurm~? Of course lah tak apa~. Itu punching bag versi manusia~. Kalau kau nak tumbuk atau sepak, dipersilakan~. Kuh kuh kuh.." Balas Ayrez bersama senyuman. Tetapi dahinya elok timbul urat merah dek geram.

"Lagi pun, brocon tu tak pernah nak insaf. Jadi salah ke aku bagi hukuman sikit? Kuh kuh.."

"Hentikan gelak kau. Ianya menakutkan. Tapi jenayah kau terlalu menyerlah."

"Well, aku tak ada cara lain. Tapi kau ada idea yang boleh aku guna di kemudian hari? "

"Bagi racun?"

"Hurmmm? Racun eh? Not bad. Aku mungkin boleh letakkan dalam makanan dia next time. Tak pun aku boleh cari virus yang membunuh?"

"Ah ya. Virus agak kecik dan sukar untuk nampak. Jadi kalau kita buat jenayah guna tu.." Eldera dan Ayrez berpandangan.

"Diorang tak boleh tuduh kita!"

Serentak dengan itu juga, keduanya memegang tangan satu sama lain. Wajah mereka bersinar-sinar seakan teruja dengan apa yang dirancang!

"Nice idea my partner in crime!" Ujar Ayrez.

"You too! Next time kau pergi dunia lain, kasi sikit aku guna virus tu."

"Hahaha of course my friend! Of course! Buhahaha! This gonna be fun! Fun!"

"Kenapa aku tak pernah fikir fasal ni sebelum ni?"

"Yeah, aku pun sama. Apa-apapun ,kalau kau ada idea untuk membunuh, kasi aku sikit. Boleh aku try dekat tikus makmal yang tergantung tu."

"Sure. Kau pun sama jugak. Aku nak cuba dekat balak terapung ni."

"Heh."

Dalam beberapa saat, Eryl terus terjaga dan berada agak jauh daripada Eldera dan Ayrez yang jelas-jelas berbincang mengenai sesuatu yang bahaya. Arvie pula memutuskan tali tadi dan berendam di sisi Eryl.

"Weh, better kau hati-hati dengan adik kau lepas ni Vie." Ujar Eryl mendapat sengihan Arvie.

"Tak apa. Aku lagi suka dia buat macam tu hehehe. Arhh! Itu tandanya dia sayang aku hehehe.. Cuba bayangkan dia pukul dan libas aku? Huff huff.. H-Heaven."

Melihat wajah bahagia Arvie buatkan Eryl fikirkan satu perkara..

'This guy is sick..'

"Hurmm? Why you look at me like that? Ada apa-apa pada wajah aku?" Soal Arvie ceria. Eryl hanya menepuk bahunya bersama wajah poker.

"Not your face, but your brain."

"Are~? Bukan otak kau pun sama macam aku?"

"Wha-"

"Bayangkan Eldera ada dengan kau sekarang bersama bibir yang menggoda. Look? He sexy right~?"

". . . "

Lama Eryl terdiam sebelum kedua-dua tanganya naik menutup wajah yang merah. Arvie pula ketawa geli hati.

".. Curse my shitty brain.." bisik Eryl menambahkan tawa Arvie.

"I know right? See? Aku pun tak boleh halang diri dari bayang Ayrez. Hehe. Anyway, nice body dude."

Laju Eryl memandang Arvie dengan muka poker.

"Of course i have a nice body. I'm the great demon dragon after all. Thanks for the compliment. But yours not bad too."

"Aww, thanks. So.."

"Wanna be mine?"

Serentak itu juga, kedua-dua kepala mereka elok direndamkan didalam air. Eldera dan Ayrez memandang jijik pada dua mahluk yang jelas tengah struggle cari oksigen tersebut.

"This trash, di mana agaknya aku patut buang kau?" Soal Eldera geram.

"Aku suggest kita tanam mereka tujuh kaki dalam tanah aje." Balas Ayrez tanpa rasa bersalah.

"Huh. Itu hanya akan buat mereka kembali jugak."

"Apa kau harap kan? Kuman macam mereka boleh hidup di mana aje. Tch, even monyet pun senang nak jaga."

"Kuman Arvie dan Eryl huh? Aku harap mereka tak merebak."

"HAHAHA! What is this?! What is this?! Permainan baru?! Aku nak join! HAHAHA!"

Terus wajah Ayrez dan Eldera berubah saat mendengar suara yang kuat itu. Mereka melepaskan kepala Arvie dan Eryl. Laju dua lelaki itu menarik nafas dan menghirup oksigen!

"Tch. Curse my bad luck. Apahal kau buat dekat sini?" Soal Ayrez geram.

"HAHAHA! Apa salahnya kita mandi bersama?! Ianya menyeronokkan tahu?! HAHAHA!" Grant ketawa sahaja.

"Tolong lah berhenti bernafas dan mampus aje. Suara kau menjengkelkan." Keluh Eldera pula.

"Itu tak baik! HAHAHA!"

"Haiih.. Betul kata mereka Grant. Kehadiran kau buat aku nak muntah.. Arh.. Ianya menjengkelkan. Aku nak tidur.."

Kini terus semua kepala terhala pada Lizz yang elok berendam bersama baju besinya dengan muka mengantuk. Eldera dan yang lain-lain melompong tak percaya.

"Sejak bila kau dekat situ?!"

"Huh? Aku memang dah ada dekat sini sejak tadi.." balas Lizz dengan nada suara mendatar. Ayrez pula dah tarik nafas sebelum dihembus. Tangan naik mengurut pelipis.

"At least bukak baju besi kau sial. Tolong lah jangan tunjuk sangat bangang kau dekat sini.."

"What are you talking about? Kau nak aku mati sebab guna tenaga aku untuk bukak baju? Huh..Tak ada cara lain ke untuk kau mintak? Lagi pun, baju ni berat lah.. Leceh. Kudrat aku tak mampu nak bukak..Arh..Aku boleh mati.."

Terus urat timbul di dahi Ayrez.

"Kau hanya malas jahanam."

"Dah tahu kenapa tanya..? Bodohnya kau.."

". . . "

Lizz hanya buat tak tahu aje apabila Ayrez sudah berada dalam mode hantunya bersama sebilah pedang yang kini elok dihalang oleh Arvie dan yang lain-lain. Matanya tajam pada Panglima ular tersebut.

"..Aku akan carik-carik kulit kau cacing tak guna.."

"Oh? Sure. Sure. I'm waiting."

".. Yo-you! I'll kill you!.."

"Ehh.. Really? Scary~."

"HAHAHA! Sabar Ayrez! Sabar!"

"Shut up!"

Eryl dan Eldera berpandangan sebelum mengeluh panjang. Atas sebab-sebab tertentu, mereka boleh nampak diri seseorang dalam Lizz.

"Kau agak, apa yang akan jadi kalau ayahanda kau jumpa Lizz?" Soal Eldera.

"Jangan. Aku tak boleh bayang kalau dua pemalas ni jumpa. Boleh sakit jiwa semua orang jadinya."

"Yeah."

***

Dalam masa yang sama..

"Hacoo!"

Shiro yang elok menyiapkan puluhan laporan, mengosok hidungnya yang agak gatal. Dia terkebil-kebil seketika sebelum mengeluh.

"Tolong lah jangan kutuk aku time-time macam ni. Laporan tak siap lagi ni.."

Apabila Shiro cuba mengambil laporan lain di hujung meja kerjanya, tanganya terlanggar cawan disisi membuatkan bekas bulat itu membuang isinya dibawah meja.

Yang mana.. Airnya elok mendarat di atas satu timbunan laporan yang baru disiapkan beberapa jam tadi.

Lama Shiro merenung laporan itu dengan muka poker.

Tok

Tok

Tok

Jeneral Luke berkerut dahi apabila tiada balasan daripada sang raja. Saat pintu dibuka, mulutnya melompong apabila tingkap bilik Shiro pecah berderai bagaikan di tumbuk sesuatu!

"Apa yang.."

"Luke! Kau ada nampak aba-Hey! Apa dah jadi?!"

Lucia Ryuzaki, adik perempuan Shiro Ryuzaki terkejut apabila melihat keadaan tersebut.

"Aku tak tahu. Tapi kalau ada orang buat serang hendap , mesti bilik ni bersepah teruk. Tapi.."

Jeneral Luke mula risau apabila melihat sekeliling sehinggalah pandangan jatuh pada laporan yang dihiasi air kopi yang tumpah.

"Jeneral Luke! Ada masalah! Daemon menyerang di kawasan luar bandar!" Laju kepala Jeneral Luke dan Lucia terhala pada seorang askar yang jelas termengah-mengah mencari nafas. Jeneral Luke mengeluh panjang sebelum menjatuhkan arahan.

"Pergi buat penghalang dan bawa beberapa Beast Ryuzaki. Pastikan tiada seekor pun yang masuk ke bandar. "

"Atau kau biarkan aje." Lucia yang menyampuk tiba-tiba membuatkan dahi Jeneral Luke berkerut. Askar tadi juga terkebil-kebil.

"Huh?"

"Abang tengah mengamuk. Tu. Nampak tak kilat dan api kegelapan tu?" Ujar Lucia dengan muka poker.

Jeneral Luke melihat keluar dan betul, api dan kilat kegelapan memang menganas. Entah kenapa dia boleh dengan gelak Shiro yang kegilaan.

"HAHAHA! Mati lah mahluk jahanam yang sial!! Aku nak darah korang! Dengar tak?! Darah!! HAHAHA!! Gimme your blood dammit!! HAHAHA!!"

Terus peluh turut dari dahinya. Lucia pula hanya mampu mengeluh lalu menyuruh sang askar untuk beredar dan terus berkawal di bandar.

"Dan aku pasti ianya sebab laporan yang terkena air tu." Sambung Lucia lagi apabila pandang mereka berdua jatuh pada laporan yang hampir setinggi meja kerja Shiro.

"Yup. Kalau itu sebabnya, aku tak hairan kalau abang boleh jadi gila macam tu."

"Oh my Lord.." Luke menekup muka sesal.

***

Dalam masa yang sama, Heira elok merenung bulan di luar istana. Gadis itu memeluk lutut sambil duduk di atas rumput. Keriuhan di kolam air panas tidak dihiraukan olehnya.

"Urhmm.. Heira?"

Panggilan seseorang membuatkan Heira memandang kebelakang. Senyuman dihadiahkan pada Adrea yang elok berbaju tidur yang disediakanya sendiri olehnya.

"Comel. Mari lah duduk sini.." Panggil Heira lembut. Adrea tersenyum kekok tetapi tetap juga menghampiri Heira. Apabila dia melabuhkan duduk, tubuhnya terus dipeluk Heira. Mata Adrea membulat dek terkejut.

"Heira.."

"Maaf. Saya.. Nak duduk macam ni sekejap. Saya harap.. Awak tak kesah.." Ujar Heira perlahan. Sayapnya elok menutup tubuh mereka berdua. Wajah Adrea sedikit merah apabila kepala elok berada di dada Heira.

"Dia.. Lagi besar dari aku.."

"Hurmm? Awak cakap sesuatu?" Heira ketawa kecil apabila terdengar bisikan Adrea. Gadis itu laju mengeleng dek malu.

"Ta-tak ada apa.."

"Hey Adrea.."

Heira memanggilnya lembut nama Adrea membuatkan gadis itu terkebil-kebil.

"Hurmm?"

"Awak tahu tak.. Awak ingatkan saya pada nenek moyang awak?"

"Oh. Andrea?"

"Yeah. Nak tahu sikit fasal dia?"

"Boleh aje."

Adrea hanya senyap apabila Heira meluahkan apa yang ada dalam fikiranya.

"Andrea macam awak. Ganas tapi hati dia baik. Dia adalah kawan yang paling di idamkan. Dia.. Akan sentiasa pastikan kawan-kawan dia bahagia."

"Dan saya salah satunya.. Dia sanggup lindungi Kerajaan yang saya dan Aires sayang ini daripada Aeldera walaupun saya tahu.. Agak sakit untuk dia buat. Yelah.."

"Aeldera cinta pertama dia.." sambung Adrea membuatkan Heira tersenyum.

"Ya. Sebab tu lah Adrea.. Tak kira lah apa yang jadi di masa depan.. Saya akan sentiasa ada untuk awak. Ini.. Apa yang saya boleh buat untuk balas semua jasa Andrea dulu.." Heira mengetatkan pelukannya membuatkan Adrea terkelu.

"Tapi.. Saya bukan dia."

"Tapi awak kelahiran dia. Adrea.." Kini wajah Adrea dipegang oleh Heira. Pelukan pula sudah terlerai.

"Roda takdir dah mula berputar.. Kali ni, saya tak nak lagi benda yang sama jadi pada awak. Saya tak nak.. Awak pergi sama macam Andrea pergi.. Walaupun mati, dia terluka.. Dia dan Aeldera.."

"Jadi.. Tak boleh ke kalau kita hentikan roda takdir tu?" soal Adrea dengan nada suara yang agak sebak.

"Kita tak boleh hentikannya.."

Heira tersenyum lalu mengusap kepala Adrea.

"Tapi kita boleh ubah. That's why, promise me.. You'll still alive."

Mata Adrea membulat apabila mendengar ayat tersebut. Kepalanya tetiba sakit membuatkan dia tertunduk. Satu bayangan muncul di matanya..

"Heira.. Promise me.. You'll still alive. Alright?"

"A-Aires.."

Heira mula menangis sambil tanganya memeluk erat tubuh Aires yang berdarah. Mata lelaki itu juga perlahan-lahan tertutup. Senyuman terakhirnya diukir.

"Aires? Aires?! AIRES!!!"

"Adrea?"

Heira yang pada awalnya risau apabila Adrea berdiam diri, terkejut apabila ternampak titisan air mata Adrea. Apabila dia menyentuh pipi Heira, satu lagi bayangan muncul pada mata gadis itu..

"Oh? Siapa dua budak ni?" Soal Heira sambil bercekak pinggang. Matanya elok merenung tajam pada dua budak dibelakang Aires.

"Hurmm? Ah, diorang ni saya jumpa dekat dunia manusia. Dah mati pun sebab kena dera dengan family sendiri, tapi.." Aires tersengih apabila menunjukkan sehelai daun hijau dan lengannya yang jelas ada kesan torehan.

"Awak bagi darah awak dan daun Yggdrasil pada mereka?! " Jerkah Heira membuatkan dua budak itu memeluk erat kaki Aires. Lelaki itu pula sekadar menggaru pipi sebelum tersenyum manis.

"Tapi mereka comel apa? Mana boleh biarkan sesuatu yang comel mati. Huuh.. Dunia tentu tak aman tanpa benda comel.."

"Sekarang pun tak aman Res. Dah! Awak hantar balik mereka!"

"Alaa.. Please Heira~"

Aires menunjukkan puppy eyes miliknya membuatkan Heira sedikit tergugat. Wajahnya merah. Perlahan-lahan dia memalingkannya kearah lain.

"Ta-tapi apa yang awak buat tetap salah! Jangan sesuka hati-"

"I love you sayang~"

"Awak boleh simpan mereka."

"Yeay! Victory!"

Heira menekup wajah merahnya dengan kedua-dua belah tangan manakala Aires elok mendukung kedua-dua budak tersebut.

".. Curse my bad luck..I hate this guy.. Urgh.."

"Hehe. Come on sayang~. Look, look. Ayrez macam suka dekat sayang. Ayrez, sayang tak si cantik ni?"

"Tak. Dalam dia hodoh."

". . . "

"Hehe. See? Dia suka sayang~."

"I'll kill both of you."

"Awww."

Aires hanya ketawa sebelum mendekatkan dirinya dengan Heira. Arvie diserahkan pada Heira membuatkan lelaki itu ketawa apabila Heira jelas kekok ketika mendukung budak tersebut.

"Oh Heira. Awak macam ibu. Hehe."

"Jangan usik saya , Res. Jadi..Apa nama penuh mereka?" Soal Heira.

"Hurmm? Yang dekat awak, Arvie Hernandez. Yang ni pulak Ayrez Hernandez. "

"Hernandez? Awak ambil nama ayah awak sebagai nama keluarga mereka?"

"Apa salahnya? Mereka keluarga kita sekarang bukan? Betul tak Arvie? Ayrez?"

Arvie dan Ayrez berpandangan sebelum meneguk liur. Keluarga. Perkataan itu agak menakutkan bagi mereka. Perasan akan hal itu, Aires hanya tersenyum lalu melabuhkan ciuman di pipi Ayrez.

"Jangan risau. Ini lah keluarga yang sebenar. Lupakan mereka di masa lalu kamu berdua. Okay! Mulai sekarang panggil aku Abang dan dekat sana kakak ya? Kalau ayah, nampak tua sangat. Aku muda lagi. Hehehe."

Heira yang melihat gelagat Aires hanya mampu tersenyum sebelum selamba mencium bibir lelaki itu. Merah padam muka Aires manakala Arvie dan Ayrez terkebil-kebil.

"He-Heira! Jangan lah main terkam bibir saya aje! Nanti melekat dalam otak diorang!"

"Itu namanya hukuman. Saya dah cakap kan? Setiap salah awak.. Semuanya akan dibalas dengan ciuman."

"Aww. Not fair." Aires mengembung pipi tak puas hati, mendapat jelingan mengejek Heira.

"Tapi apa-apapun.." Kini Heira memaniskan wajah untuk Ayrez dan Arvie.

"Mulai sekarang kamu berdua bukan lagi manusia.. Kamu berdua.. Adalah Immortal Ghost. Dan juga keluarga kami..Jadi selamat datang!"

Terus bayangan itu hilang dan diganti dengan wajah Heira yang jelas kerisauan. Adrea mengetap bibir lalu memeluk gadis itu. Heira yang pada awalnya terkejut perlahan-lahan memeluk gadis itu.

"There, there.."

'Heira.. Dia menderita. Tapi kenapa dia asyik tersenyum? Bagus ke kalau kita sorokkan perasaan kita? Eldera..Apa patut aku buat jika kau juga pergi suatu hari nanti? Bayangkan masa depan.. Kenapa aku tak boleh lupakan? Betul ke dunia akan kembali ke zaman gelap?'

Pelbagai soalan mula wujud dalam fikiran Adrea. Tapi apa yang dia pasti..

'Aku tak akan biarkan roda takdir berputar sama seperti masa lalu..'

Okay, sekarng korang tak payah ambil kotak tisu lagi. AHAHAHA simpan untuk yg akan datng!😂♥️

Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top