Chapter 97 | Aires
Dalam masa yang sama, Heira terbang diatas kerajaanya dengan senyuman. Matanya memerhati demon-demon ciptaan puak Tempests dengan pandangan yang sinis. Tanganya diangkat keatas lalu bulatan sihir terbentuk diseluruh kerajaanya. Hanya dengan satu petikan jari, seluruh demon melolong kesakitan seakan dibakar hidup-hidup!
"Fufufu~. Sakit ke sayang-sayang ku~? Nak panas lagi?"
Apabila cahaya pada bulatan sihir itu semakin terang, lolongan mereka juga bertambah sehingga membingitkan telinga! Heira hanya tersengih dan ketawa diawangan!
"Yeah~. Jerit lah lagi~. Ianya seakan melodi yang indah! Fufufu~."
Ayrez yang perasan akan hal itu, mengeluh panjang lalu terus mencari abangnya, Arvie Hernandez. Dia memang dah lali dengan sifat sadistik Heira yang di luar jangkaan manusia.
"No wonder dia hampir sama kuat dengan abang Aires. Dalam keadaan macam ni pun dia nampak main-main."
Kemudian,senyuman kelat terukir diwajahnya. Matanya sedikit gelap seakan penuh dengan beban yang tiada sesiapa tahu.
"Heira tu..Dia mungkin boleh jadi orang lain kalau abang dah tak ada..Kau, tolong tengokkan dia okay?"
"Abang tak ada , dia okey aje Ayrez tengok. Tak ada lah meraung ke apa ke.. Jadi kenapa tetiba pulak ni?"
Aires, lelaki yang sentiasa senyum, hanya memandang Ayrez dengan riak sedikit kelat. Rambut, hitamnya beralun sambil mata memerhatikan Heira yang elok membebel pada seoarang panglima kerajaan mereka di bawah istananya.
"Bukan tu Ayrez.. Abang maksudkan, kalau abang tak boleh digapai lagi. Kau atau Heira..Kita.."
Pandangan lembut Aires jatuh pada Ayrez yang terkedu.
"Kau faham maksud abang bukan?"
Cebisan memori yang berlegar di kepalanya membuatkan dia mengeluh. Kemudian, satu lagi memori bermain di mindanya.
"Kenapa kakak.. Asyik senyum aje?" Soal Ayrez dengan riak sedikit murung. Hujan di luar istana sangat lebat seakan menangisi kematian seorang lelaki yang sangat disayangi rakyatnya. Heira yang leka memerhati hujan sambil memeluk baju perang Aires, sekadar membalas dengan senyuman kelat.
"Sebab.. Hanya senyuman ini aje peninggalan Aires. I will keep this until my last breath. I.. Can't let it go no matter how far both of us right now."
Ayrez hanya diam lalu menggelengkan kepalanya. Menyahkan memori yang masih galak menghantuinya.
"Ayrez!"
Ayrez mendongak keatas saat suara itu memanggil. Senyumanya melebar besar. Matanya bersinar saat melihat Red terbang dalam bentuk naganya. Sisik si gadis bersinar garang seakan api. Dalam sekelip mata Ayrez sudah hilang daripada pandangan dan muncul diatas kepala si gadis. Kepala naga milik Red dipeluk sebelum bertalu-talu ciuman dihadiahkan.
"Aku rindu kau Red! Aku rindu kau! Muah! Muah!"
Red hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap suaminya. Mereka berdua terbang laju menuju kesebuah tempat. Tempat yang memegang takdir kerajaan mereka.
"Tolong lah lindungi pokok tu."
***
SLASSSHHHHH!!!
Bayang-bayang milik Eldera tidak putus-putus membunuh seluruh askar syaitan yang terbang diudara. Tubuh Eryl yang seakan melemah didakap erat. Tangan kecil itu juga mengenggam baju Eldera bersama peluh yang mengalir banyak.
"El-El.. Kuasa kau terlalu menekan!" Ujarnya dalam kepayahan. Eldera mengetap gigi sebelum membatalkan kuasa bayangnya. Tidak lama kemudian dua bulatan sihir muncul bersama dua syaitan ciptaanya.
"Hapuskan semua musuh dihadapan aku."
Syaitan itu tidak membantah atau menyoalkan arahan lelaki berambut emas. Mereka terus menghunuskan senjata dan membunuh dengan liar! Apa-apa yang menghanpiri Eldera dan Eryl, mati serta merta!
SLASSSHHHHH!!
Eldera yang memerhati kekejaman syaitanya membunuh, hanya senyap tanpa perasaan. Eryl pula menutup mata dan menyembamkan kepalanya pada dada Eldera. Bukan dia tidak biasa dengan adengan seperti itu, cuma..
Ada sesuatu yang dia risaukan. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan Eldera.
"Itu ke pokoknya?" Tegur Eldera menyentakkan Eryl. Mata hijau si kecil teralih pada sebuah pokok gergasi yang sangat cantik dan dikelilingi kelipan cahaya. Ada sesuatu yang membuatkan pokok itu lain daripada yang lain..
Saat Eldera mendarat, kuasanya terbatal serta merta. Tubuhnya juga seakan terbakar sehingga membuatkan dia melutut.
"Arhhhh!!"
"Eldera!"
Saat tangan Eryl menyentuh Eldera, kesakitan itu hilang serta merta. Namun, kulit Eldera jelas panas! Peluh turun daripada wajah dan badanya dengan banyak.
"Hey kau okey ke ni?" Eryl mula risau. Dia memandang sekeliling tetapi tiada sesiapa. Jadi macam mana..
"Naga bermata satu.. Finally you come."
Sapaan satu suara itu mengejutkan mereka berdua. Terus kepala mereka terangkat pada satu figura yang seakan berpakaian diraja.
"Arghhhh!!"
Saat itu, Eldera mengerang sakit sekali lagi seakan dibakar hidup-hidup! Dia mengerang sehingga hilang kesedaran diri!
"Eldera! Kau! Apa kau buat dengan kawan aku?!" Eryl menengking seraya menarik Eldera rapat denganya. Matanya garang merenung pada figura itu.
"Tenang.. Dia hanya pengsan." Tenang figura itu menerangkan sebelum mendekat dengan Eryl. Tautan tangan Eryl pada Eldera semakin kuat.
"Jangan kau cuba buat benda tak sepatutnya.."
Figura itu tersenyum saat mendengar suara garang Eryl yang seakan naga. Tanpa Eryl sedar, matanya juga berubah tajam seakan naga yang menahan kemarahan.
'Memang dia..'
"Tenang. Aku hanya mahu membantu. Aku tak akan apa-apakan kawan kau."
Tangan lelaki itu naik mengusap kepala Eryl. Si kecil terkedu dengan usapan lembut itu. Dia seperti pernah merasainya. Seakan semasa dia di usap oleh Pheara yang berada di dunia lain.
Apa semua ni?
"Belum masanya untuk kau terima kuasa pokok ni naga bermata satu."
Kepala Eryl naik mendongak dengan wajah keliru. Naga bermata satu?
"Apa kau.. Nak cakap sebenarnya?"
Lelaki itu tersenyum lalu menarik Eryl sehingga budak lelaki itu melepaskan pelukannya. Mata hijau Eryl membulat apabila dia dikelilingi oleh jutaan tulisan purba yang berada diawangan!
"Apa kau nak buat?!"
"Tenang, tenang.. Aku.."
SREKKKKK!!!
Mata Eryl membulat tak percaya! Dia memang sang lelaki sebelum memuntahkan darah! Tangan sang lelaki yang menembusi badanya dipandang dengan riak terkejut!
"A-apa.. Kau.."
"Buat masa ni.. Aku akan bagi kau soul dan kuasa aku. Bila tiba masanya..Kau akan setanding denganya.." Ujar lelaki itu tenang. Wajahnya mula merekah dan senyumanya tidak lekang.
"Kau mungkin akan gunakan sedikit aje buat masa ni..Tapi kuasa aku akan aktif sebaik sahaja kegelapan dan cahaya masuk dalam tubuh kau. Dan waktu tu, kau akan tahu kenapa kau menerima banyak kuasa. Semestinya.. Jalan cerita kau tak sama seperti sekarang.."
"Arghhhhhhhh!!"
Lelaki itu menarik tanganya lalu mula hilang seakan cebisan. Eryl mengerang kesakitan! Dadanya yang berlubang tadi mula kembali seperti sedia kala. Badanya bercahaya! Rambutnya berselang seli bertukar warna hitam dan putih. Begitu juga matanya. Hijau dan merah!
"Kau mesti kuat naga bermata satu.. Hanya kau yang boleh mengubah roda takdir yang kejam ini." Perlahan-lahan Eryl memandang sang lelaki dengan wajah yang sakit.
"Hidup kau.. Akan penuh dengan pengorbanan, tangisan air mata berdarah, pilihan yang menyakitkan dan.. Pasti ada hati yang terluka.."
"S-siapa kau ..?"
Lelaki itu tersentap. Tak lama kemudian, dia menghampiri Eryl. Lalu kedua belah tangannya, menyentuh pipi si kecil yang perlahan-lahan membesar. Senyuman manis yang tidak pernah di lihat Eryl, bergayut di bibirnya.
"Aku Aires.." Kini dahi mereka bersentuh.
"Aku War of God Yggdrasil..Aku berikan soul dan kuasa aku pada kau Naga bermata satu. Jadi.."
"Tolong ubah takdir yang kejam ini."
Akhirnya dia hilang daripada mata.
"ROUUURRRRRRRRR!!!"
***
Saat itu, gegaran yang maha dahsyat berlaku di seluruh kerajaan Yggdrasil! Heira juga terkejut dengan daya kuasa ini! Dia melihat tanganya yang mengigil membuatkan dia tersenyum kelat.
"You must be joking.."
Red yang turut merasai daya kuasa itu, mengaum membuatkan Ayrez terkejut. Tanganya cuba menenangkan Red yang seakan tidak tentu arah.
"Kenapa ni Red?! Hey! Cakap dengan aku! Red!"
"Tuanku..Tuaku puak Beast..Raja Naga bermata satu.."
Dahi Ayrez berkerut dengan kata-kata Red. Tidak lama kemudian, dia terkejut dengan daya kuaaa yang jelas membuak keluar. Red juga sudah kembali tenang. Namun, apabila sekeliling mereka sedikit gelap, perlahan-lahan kepala diangkat memandang ke langit.
"What the.."
Lima Panglima Yggdrasil juga terkejut dengan apa yang jadi. Dalen, Death serta Kiyo tergamam dan tubuh mereka mengigil tanpa sedar.
"This is bad.. Kuasa ni.. Kuasa seakan.." Tergagap Dalen mahu meneruskan kata.
"Hampir sama seperti Heira tapi lebih kuat?" Bisik Lizz yang sudah membulat mata.
"Look at the sky!"Haze mengarah lalu kesemua mereka memandang ke langit.
Saat itu, hampir kesemua penduduk Yggdrasil melutut seakan menghadap raja. Heira yang terbang diangkasa juga berbuat sedemikian.
Adrea yang terkejut dengan daya kuasa yang dirasai, memandang Arvie yang tetiba sahaja melutut hormat. Dua syaitan tadi pula , di ikat oleh Arvie disebuah pokok.
"Apa kau buat ni Arvie?"
"Aku.. Aku tak tahu.. Badan aku bergerak sendiri." Arvie cuba mengangkat kepalanya. Sama seperti yang lain, dia juga terkejut dengan apa yang dilihatnya. Pelik dengan riaksi Arvie, Adrea mendongak. Mulutnya melompong tak percaya.
"N-naga?!"
Eldera yang baru sedar daripada pengsan, memandang ke langit bersama mata yang membulat. Di atas angkasa raya itu, seekor naga bersayap enam terbentuk seakan daripada awan sehingga menutupi seluruh kerajaan Yggdrasil. Auranya yang membuak keluar membuatkan Eldera berpeluh.
"Eryl?"
"ROUUURRRRRRRRR!!"
Eryl yang kini berada dalam bentuk naga, mengaum kuat lalu bulatan sihir muncul di atasnya. Saat itu, kesemua demon mengeras dan pecah menjadi debu! Dalen serta Death meraung sakit!
"Arghhhhhh!!"
Tubuh mereka seakan merekah membuatkan Kiyo terkejut! Tanpa berlengah, terus dia membuat portal untuk keluar daripada kerajaan itu!
"Rasanya sampai di sini sahaja. Kita dah dapat apa yang kita nak."
Dalen dan Death mengangguk sahaja. Badan mereka yang seakan mula berubah menjadi debu, ditarik oleh Kiyo. Sempat Kiyo menjeling pada Lima Panglima yang masih melutut diatas rumput. Gigi diketap geram sebelum hilang!
"Huh?"
Dalam masa yang sama, Adrea turut terkejut apabila Gallant dan Gill bercahaya bersama tulisan purba!
BOMMMMMMMM!!
Kedua-dua mereka meletup lalu meninggalkan dua anak patung yang terbakar. Adrea menghampiri lalu menyentuh patung tersebut. Beberapa detik kemudian, dua patung itu berubah menjadi debu.
"Shit. Hanya clone? Patut lembab semacam!" Sumpah Adrea geram. Kemudian daya kuasa yang maha kuat itu hilang.
Kepalanya mendongak dengan riak risau.
"Eryl.."
***
Eryl yang kini berada dalam bentuk asal naganya yang jauh lebih kecil daripada tadi. Dia melihat kedua belah tangannya yang kini mengigil. Matanya membulat tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia lakukan. Malah, bentuknya tadi memang dahsyat!
"Aku dah pulihkan kuasa aku.. Tapi tadi tu..?"
"Eryl!"
Eryl memandang kebawah lalu mendarat di hadapan Eldera. Badanya bercahaya membuatkan Eldera menutup mata. Saat matanya dibuka, dia memandang Eryl tak percaya.
Eryl kini jauh lebih kacak dan rambutnya juga memanjang sehingga pinggang. Pakaianya agak berbeza dan tatu naga jelas kelihatan di bahagian lengan.
"Kau.." Eldera hilang kata-kata.
"Oh my God, Eldera."
Eryl menghampiri Eldera lalu menggoncangkanya dengan laju!
"Apa dah jadi dengan aku bodoh?! Kenapa aku makin kacak dan hot?! Adakah aku kena cari lagi perempuan lain selain Akira?! Tapi aku cintakan dia aje kut!!"
DUSHHHHH!!
Terus Eryl terduduk bersama kepala yang benjol. Eldera pula hanya mampu mengeluh kasar bersama tangan yang berasap.
"Aku tak tahu sama ada kau cakap tu sebab kau nak cari lain atau apa. Dasar tak setia. Laki tak guna betul. Mampus boleh tak?"
Bagai dipanah dengan petir, Eryl mula menangis bersama awan mendung diatas kepalanya. Eldera mengguling biji mata keatas lalu mendongak saat matanya menyapa Ayrez dan Red. Apabila keduanya mendarat, terus Ayrez meluru kearah mereka berdua.
"Eryl! Eldera! Korang berdua-" Kata-kata Ayrez terbantut apabila matanya menyapa wajah Eryl. Lindahnya kelu. Badanya mengeras.
Pelik dengan riaksi Ayrez, Eldera dan Eryl mula menghampirinya.
"Hey Ay. Kau.."
Tanpa amaran, tubuh Eryl ditarik dalam dakapan Ayrez. Dia dan Eldera tercengang.
"O-oi! Kau kenapa-"
"Ke-kenapa kau ada wajah abang Aires..?"
"Apa?"
***
Dalam masa yang sama, Death dan Dalen cuba menyembuhkan diri mereka. Kuasa healing mereka seakan lemah membuatkan mereka agak sukar untuk bergerak. Dalam masa yang sama,Gill dan Gallant muncul . Kiyo memandang mereka lalu bertanya dengan nada yang serius.
"Dah dapat kurungan tu?"
"Ya."
Gill membacakan satu sihir lalu muncul sebuah kotak segi empat sama yang bercahaya merah darah. Kiyo menghela nafas lalu membuka lagi satu portal.
"Bagus. Sekarang kita akan serahkan pada Lord. Kemudian siap sedia dengan arahan seterusnya." Arah Kiyo lalu menggendong Dalen di belakang badanya. Death pula dibantu oleh Gill.
"Baik tuan."
Deng, deng, deng .Percaya lah, side character yg mati kebanyakkannya berkaittt dgn 3 ketul ni.. hehe.
Okay lah , double. Esk kalau rajin saya up lagi. Kalau rajin arh hehe.😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top