Chapter 96 | Brutal

BOMMMMMMMM!!

BOMMMMMMMM!!

Letupan demi letupan! Dalen dan para syaitan tersenyum sinis dengan teriakan serta lolongan daripada penduduk Yggdrasil! Kerajaan di bawah naungan Heira itu kacau bilau dek serangan syaitan puaka!

"Heh. Satu pemandangan yang indah bukan?" Soal Dalen pada Kiyo yang senyap tanpa sepatah kata. Matanya hanya memandang sepi pada penduduk kerajaan itu.

"Bagaimana dengan Heira?" Soal Kiyo sambil mata menjeling pada Death yang berada di belakangnya. Syaitan api itu tersengih sinis.

"Settled. Sekali dengan budak-budak jagaan dia."

"Kau pasti?"

Death mula bengang apabila Kiyo seakan merendahkan dia. Hantu abadi itu dipandang penuh kebencian. Sedar akan ketegangang kedua mereka, Dalen terus menepuk tanganya.

"Alright! Stop it you two. Kita ada tugas sekarang, jadi tolong jangan bergaduh." Ujar Dalen ceria mendapat dengusan kedua-duanya.

Dalen tergelak kecil sebelum terkejut saat Kiyo menariknya dengan kasar!

"Apa yan-"

SLLAAASSHHHHHHHHHH!!

Mata Dalen membulat saat libasan cahaya yang sangat panjang hampir sahaja membelah dia menjadi dua! Matanya melilau sekeliling sebelum tersengih melihat seorang gadis berambut biru cair terbang bersama sengihan sinis.

"Ara~,ara~. Why you protect him you damn traitor~? And seriously? Kenapa balik ke sini hurmmm? Ahh, aku bebetul nak kau mati~. Fufufu." Heira ketawa geli hati . Matanya memandang hina pada Kiyo yang jelas tiada perasaan.

"Nampaknya serangan Death tak bagi kesan pada kau huh?" Sinis Kiyo . Mata menjelingnya Death yang jelas tergamam.

"Tak mungkin! Betina tu patut dah mati bersama yang lain!" Tengking Death geram. Sungguh! Saat dia dan dua lagi pengikutnya meletakkan kuasa sumpahan jenis pemusnah di sekitar kerajaan itu, kelibat Heira dan yang lain kelihatan. Tika itu, terus dia melancarkan serangan terkuatnya dan dia pasti dia tak tersasar!

Heira sepatutnya mati! Tapi kenapa..

Heira memandangnya penuh simpati. Semestinya bukan ikhlas dari hati. Sekadar nak mengejek.

"Ara? I'm a Goddess after all. Serangan curi seperti tadi sekadar mainan untuk saya. " Heira memegang pipi bersama senyuman dan mata yang tertutup.

"You really stupid~. Please buy some brain in the market~. Wait.." kemudian Heira ketawa lagi.

"Dalam kepala awak ada ruang untuk letak otak ke?"

"SIAL KAU!!!"

DUSHHHHHHH!!!

BOOOMMMMM!!!

"Tch. Semak betul. Lepas kau serang hendap aku, ada hati nak cederakan kakak aku pulak? Kau nak mati ke setan?!"

Heira tersenyum gembira apabila Ayrez muncul disaat tumbukan Death hampir mengenai wajahnya. Serangan hendap daripada Death bukan masalah bagi Ayrez. Apabila lelaki itu berada dalam bentuk Third Grave, segala serangan magis atau sumpahan tidak akan memberi kesan padanya. Jadi boleh dikatakan sebenarnya serangan Death keatas mereka hanya sia-sia.

Gadis syaitan mengerang sakit apabila badanya terhempas sehingga ke dalam tanah dan memusnahkan sebuah rumah!

"Ayrez Hernandez.." Ayrez tidak terkejut apabila Kiyo memanggilnya walaupun perlahan. Matanya kosong menatap bekas anak muridnya.

"Budak sial. Kau memang tak reti nak balas budi dengan baik huh? Tch." Dengus Ayrez bersama amarah yang ditahan.

"Dan kau masih lagi macam orang tua. Kuat membebel." Balas Kiyo tanpa secalit emosi.

"Lagi elok kuat membebel daripada kuat tikam belakang~." Balas Heira pula dengan tenang.

Kiyo hanya senyap sebelum berubah dalam bentuk hantunya seperti Ayrez. Mereka bertatapan antara satu sama lain sebelum hilang daripada pandangan mata kasar!

"Hurmm? Nampak macam kita berdua sahaja~."Ujar Dalen sebelum menyeru soul miliknya. Heira pula tergelak kecil lalu enam bilah pedang muncul dan mengelilinginya.

"Oh dear, saya harap awak tak yakin untuk menang~."

"Don't worry~, aku cuma nak main~."

"Ara, ara. You annoying~."

"Hehehe. You too~."

Lama Heira dan Dalen berpandangan. Saat sebuah letupan terhasil, keduanya melancarkan serangan memasing! Soul milik Dalen melayangkan penumbuk manakala enam bilah pedang Heira membuat perisai!

DUSHHHHH!!

Heira tersenyum sinis sebelum muncul dihadapan Dalen bersama kaki yang dilayangkan! Sang syaitan menahan disaat akhir bersama sengihan.

"Ara? Kenapa tahan?"

"Sebab aku sayang muka aku?"

"Fufufu. Muka awak tak lah kacak mana~."

"Dan perangai kau tak lah secantik wanita di luar sana~."

"Awww~, i hate you~."

"Eh? Me too~."

DUSHHHHH!!

Dalam masa yang sama, Ayrez dan Kiyo berbalas jurus serangan disebuah kawasan pergunungan! Dua hantu itu bergerak lincah serta garang bagaikan binatang buas! Rekahan berada di mana-mana akibat pertempuran mereka!

KTANGGGGGG!!

"Kau masih ingat apa yang aku ajar huh? Tch.."

Ayrez berdecih dengan wajah meluat sebelum melayangkan tendangan daripada bawah ke atas! Kiyo mengelak sebelum membalas dengan libasan pedang!

SLASSSHHHHH!!

KTANGGGGGGGGGG!!

"Dan kau masih lagi suka berlawan dengan tangan kosong.." ujar Kiyo merujuk pada tangan tengkorak Ayrez yang menghalang pedangnya dengan mudah!

KRASHHHH!!

Pedang yang digenggam Ayrez musnah serta merta sebelum menendang dada Kiyo! Kiyo yang terkejut dengan tindakan bekas gurunya, terseret jauh akibat tidak sempat mengelak! Apabila dia mahu maju, Ayrez muncul dihadapanya!

"Apa yang..!"

DUSHHHHH!!!

BAMMMMMM!!

Badan Kiyo terhempas diatas tanah sehingga bongkah-bongkah naik keatas! Kuasa hantunya terbatal membuatkan dia mengerang sakit! Apabila dia mahu bangkit kembali, Ayrez terlebih dahulu menghentam dadanya membuatkan dia terbenam lebih dalam kedalam tanah!

"Arhhh!!"

Ayrez hanya memandang tanpa perasaan dengan keadaan bekas anak muridnya. Malahan, semakin kuat dia memijak dada Kiyo bersama perasaan berang yang menggunung!

"Kau memang berani untuk balik ke sini selepas apa yang kau buat. Aku kagum dan dalam masa yang sama aku menyampah.." Setiap patah perkataan diucapkan, tidak langsung tercalit perasaan. Kosong dan dingin.

"Heh, aku dah agak. Dari dulu lagi, aku tak patut selamatkan kau. Kau.. Kau manusia yang tamak. Tak cukup ke apa yang aku dah bagi pada kau?" Kali ni, tangan Ayrez mencengkam leher Kiyo dan mengangkatnya sehingga tidak mencecah tanah. Mata merah jambunya perlahan-lahan bertukar hitam.

"Kenapa kau belot sial. Apa yang kau nak capai huh?!"

Kiyo tersengih sinis walaupun tanganya cuba meleraikan cengkaman Ayrez. Pandangan membunuh Ayrez langsung tidak menjentik hatinya. Malahan, kata-kata itu seperti hiburan dirinya!

"Aku.. Nak balas balik apa yang manusia-manusia jahanam tu dah buat dekat aku sehingga aku mati."

"TAPI KAU BUAT ABANG AKU TEKORBAN JAHANAM!!!"

BAMMMMMMMMMM!!

Badan Kiyo menghempas sebuah gunung sehingga merekah dahsyat! Darah keluar dari mulutnya! Haiwan-haiwan di hutan mengigil saat merasai aura membunuh daripada Ayrez! Kiyo ketawa apabila Ayrez dikelilingi pedang yang berdarah di hujungnya. Malahan..

Ayrez seakan menangis darah..

"Air mata berdarah.. Nampaknya kau masih tak boleh lepaskan God Of War, Aires huh? Sayang betul kau pada dia.."

ZZZZAAAAAPPPPPPP!!

ZZZZAAAAAPPPPPPP!!

ZZZZAAAAAPPPPPPP!!

"Arghhhhh!!" Kiyo menjerit sakit saat sepuluh pedang berdarah milik Ayrez menikamnya sehingga tembus kebelakang! Iris matanya hitam semua. Hanya anak matanya bercahaya merah ditengah-tengah.

"Aku buat apa aje untuk dia dan aku rela mati demi dia. Kau.. Disebabkan kau, aku hilang dia. Kau memang anjing sial yang lupakan tuan."

Saat Ayrez mengangkat sebelah tanganya, sebilah pedang muncul dan dikelilingi cahaya merah darah. Kiyo pula hanya tenang bersama sengihan.

"Jadi kau nak bunuh aku?"

"Obviously.."

"Then, aku tak boleh biarkan."

Mata Ayrez membulat saat satu suara menyapa! Apabila dia menoleh kebelakang, sebuah pedang gergasi laju melayang kearahnya!!

KTANGGGGGGGGGG!!!

"Ara, ara. Kita bertarung berdua. Jadi kenapa perlu libatkan yang lain hurmm?"

"Heira!!"

Ayrez terkejut apabila Heira muncul lalu menahan bilah pedang itu dengan tangan kosong. Mata Heira pula jatuh pada wajah Ayrez. Irisnya membulat sesaat sebelum kembali normal apabila melihat iris mata Ayrez dan darah.

'Dia masih lagi ada tangisan berdarah tu..'

Heira mengeluh dalam diam sebelum matanya kembali tertacap pada Dalen yang sudah mendapatkan Kiyo yang tercedera. Tak lama kemudian, Death muncul bersama api yang mengelilinginya. Matanya bercaya terang seakan marah. Heira sengih apabila bahang mula terasa.

"Ara, ara. I almost forgot about that stupid lady. Fufufu.."

"You.." Death menyeru tombak apinya sebelum dihalakan pada Heira. Ayrez mengambil tindakan pantas lalu berada dihadapan gadis itu.

"Hentikannya..Awak tak patut halakan benda bahaya itu pada saya." Ujar Heira seraya memeluk lengan Ayrez supaya bertenang.

"Sebab ada lagi banyak yang akan terhala pada awak~"

Tidak sempat Death mahu mara, dia tersentak apabila daya kuasa yang maha dahsyat dirasaai! Saat kepada didongak keatas, empat susuk tubuh muncul bersama riak kosong.

Empat panglima kerajaan Yggdrasil.

"Tch. Syaitan jahanam. Kau semua memang berani untuk tempah keranda." Ujar Haze, sang serigala.

"HAHAHA! Aku tak akan kasi muka jika kau berani sentuh dewi kami!" Sambung Grant, bertanduk rusa.

"You really dare to fight this Kingdom huh?" Kata Lizz, sang ular.

"Sesiapa yang cari fasal dengan kerajaan ini, harus tahu akibatnya." Roxy sang rubah berbicara.

"Panglima Yggdrasil.." Desis Kiyo. Dalen disebelah hanya tenang dan tersengih. Death pula tergamam.

BAMMM!!

Keempat-empat mereka mendarat dihadapan Heira dan Ayrez sehingga merekahkan kawasan sekeliling! Angin kencang terhasil dan aura mereka membuak keluar!

"Aww..So scary~." Dalen menyindir menambahkan minyak pada api. Keempat-empat Panglima berubah serius dan garang. Tiada langsung senyuman yang bergayut dibubir mereka.

"Tapi maaf lah. Kami datang bukan nak bunuh dewi kau atau kerajaan ini.."

Kata-kata Dalen mengejutkan mereka begitu juga Heira dan Ayrez. Jika bukan nyawa pemerintah kerajaan ini, jadi apa?

Tika itu, Ayrez sedar..

"Yggdrasil." Ujarnya tanpa sedar membuatkan kesemua mereka membulat mata.

"Betul! Atau lebih tepat , tempat letaknya kurungan Skylight! The last Judgment!" Riak Dalen menerangkan bersama sengihan sinis.

"Sial!! Jangan kau berani sentuh pokok tu!!"

DUSHHHHH!!!

Penumbuk Haze hampir mengenai wajah Dalen tetapi ditahan kemas oleh Kiyo yang semakin pulih. Bulu serigala itu mengembang tanda amarah menguasai!

"Jahanam kau Kiyo! Kau yang patut mampus dahulu!! Bukanya Lord Aires!!"

DUSHHHHH!!

Sekali lagi serangan Haze terbatal membuatkan dia mengaum garang! Kuku dipanjangkan lalu pertempuranya bersama Dalen dan Kiyo berlangsung! Roxy serta Lizz juga turut membantu dan menyerang Death! Grant pula menoleh kearah Heira dan Ayrez dengan wajah serius.

"Tuanku dan Ayrez patut ke Yggdrasil sekarang. Biar kami yang uruskan mereka-"

"Tak. Hanya Ayrez yang akan ke Yggdrasil. Saya akan uruskan hal di kerajaan. Masih ada demon yang mengacau bukan? Bukan semua rakyat kita boleh bertarung. Anak-anak kecil juga dalam bahaya." Terang Heira apabila terkenangkan rakyatnya. Kini mata Heira jatuh pada Ayrez.

"Lagi pun, Eldera dan yang lain pasti sudah sampai ke sana."

"Ke sana? Kejap, maksudnya tuanku benarkan mereka ke pokok Yggdrasil?!" Soal Grant yang jelas terkejut. Heira hanya tersenyum .

"Jangan risau, Arvie ada bersama mereka. Sebab tu Ayrez seorang sudah cukup untuk membantu jika ada serangan di sana."

Ya, sebaik sahaja mereka terselamat daripada serangan Death, Arvie muncul dan menerangkan apa yang jadi di seluruh kerajaan. Saat itu, Heira terus menyuruh Arvie membawa Adrea dan Eldera serta Eryl ke pokok Yggdrasil.

"Bagi daun pokok tu pada Eryl. Kuasa naga dia mungkin boleh tolong kita. Cepat! "

Terus Arvie membawa mereka bertiga dan hilang. Adrea pula elok digendong olehnya. Banyak soalan dia mahu bertanya pada Heira. Mengapa Adrea masih tidak sedarkam diri? Tetapi dia diamkan sahaja dan menunggu waktu yang sesuai.

"Pergi sekarang Ayrez!"

Ayrez mengetap gigi dengan arahan Heira. Kalau boleh, dia mahu berurusan dengan Kiyo tetapi melihat wajah kakak angkatnya, Ayrez terus hilang. Heira tersenyum lalu sayap dikepakkan.

"Saya pergi dulu. Pastikan tiada seorang menjadi korban."

Grant mengangguk lalu menyertai yang lain. Heira hanya tersenyum lagi lalu terbang. Kedua-duanya matanya bercahaya terang.

"Aires, berikan kekuatan kepada aku.."

***

"Hahaha. Damn this creature~. Ingat boleh lah cepatkan kerja~." Ujar Arvie yang kini berhadapan dengan dua ekor syaitan. Labang di baju mereka jelas menunjukkan mereka dari puak Tempests.

"Macam mana sekarang?" Soal Eldera yang berdiri disebelahnya.

"Redah aje?" Cadang suara dibelakang Eldera membuatkan membuatkan dia terkejut. Ekor matanya elok menangkap senyuman yang dihadiahkan Adrea. Keluhan berat terlepas sebelum senyuman di ukir.

"Bangun-bangun aje dah tunjuk gangster eh?"

"Hey, seganas-ganas aku tak pernah lagi aku tunjuk gangster. Aku perempuan kut..Lembut lagi ayu! Heh!"

Eldera dah buat muka seakan kau-memang-dah-sedar-hanat? Eryl yang melihat keadaan itu hanya mampu tersengih kelat. Matanya kembali tertumpu pada dua syaitan dihadapan mereka sekarang. Adrea turun daripada belakang Eldera lalu berada dalam mode tempurnya.

"Eldy, kau bawak Eryl ke pokok tu sekarang. Biar aku dengan brocon ni hentam dua ekor setan ni."

Eldera memandang Adrea tak percaya. Arvie pula hanya tersenyum seperti berkata, me? Brocon?

"Tapi.."

"Come on my little princess.." Si gadis berambut ungu memandang Eldera dengan pandangan sinis.

".. Aku dah biasa sepak terajang ni sejak kau muncul. Sebelum kau dengan aku declare couple jugak. Jadi apa bezanya sekarang? Risau?" Kali ni sengaja Adrea buat wajah gedik.

"Awww.. So lovely~."

Terus merah wajah Eldera apabila diusik oleh Adrea. Sumpah, entah berapa kali dia tak tahu sama ada dia atau Adrea yang lelaki sekarang. Karma gamaknya. Tulah, dulu suka sangat usik gadis tu, sekarang tengok!

Terabur terus sifat lelaki dia!

"Apa-apa ajelah. Tapi .." Kali ni, Eldera mengucup bibir Adrea membuatkan gadis itu tergamam. Saat Eldera melepaskan tautan bibir mereka, matanya jelas terpacar kerisauan.

"Jangan paksa diri kau. Kalau tak boleh stop aje. Dan tolong jangan datang pada aku dengan wajah yang berdarah.." Pesan Eldera ringkas. Adrea mula tersenyum gembira lalu mengangguk.

"Roger big boss!"

Eldera hanya mampu mengeleng kepala sebelum menarik Eryl. Aura ditingkatkan sedikit lalu sayap syaitanya muncul. Dia dan Adrea berdiri dengan membelakangi diri masing-masing.

"Kembalikan naga kita Eldera Delwyn." Ujar Adrea lalu rama-rama hitam dan putih mengelilinginya. Pedang bersama corak sayap rama-rama juga muncul ditangan.

"Baik permaisuri ku."

Serentak dengan itu, terus Adrea dan Eldera memecut ke arah bertentangan! Arvie hanya tersenyum disaat melihat keduanya sebelum turut sama berentap membantu Adrea!

KTANGGG!!!

"Serius lah? Tak akan perempuan yang nak lawan kami kut?" Ejek salah seekor syaitan atau lebih dikenali sebagai Gallant! Matanya merah. Rambutnya hijau dan tanduknya menajam keatas.

Adrea buat muka jengkel sebelum menghadiahkan sepakan yang sangat kuat! Tetapi..

DUSHHHHH!

Arvie tercengang manakala syaitan yang melawanya turut ternganga. Lebih mengejutkan mereka apabila Gallant tumpas serta merta bersama mulut yang berbuih. Adrea menatap Arvie dan syaitan berambut putih, Gill dengan wajah poker.

"Apa? Dah boleh habiskan cepat, baik guna cara cepat. Tak pernah nampak eh perempuan sepak bahagia tengah tu? Ke tak pernah rasa?" Soal Adrea bersama wajah, duhh salah ke aku buat?

Mata Arvie bersinar-sinar memandang Adrea seakan dia adalah sifunya.

"Th-That's awesome! Let me do it too!!"

"Huh? What the-Urghh!!!!"

DUSHHHHH!

Adrea membuat riak sakit saat Arvie muncul dibelakang Gill lalu menyepak kuat bahagian tengah diantara kaki Gill, sama seperti di mana Adrea menyepak Gallant. Gill menahan senak yang tak terkata lalu memandang Arvie yang tersenyum tak bersalah.

"Kau.. Kau.."

Terus dia hilang kesedaran diri bersama mulut yang berbuih. Matanya pula putih semuanya. Arvie mencucuk pipi Gill dengan rantik kayu lalu menandang Adrea bersama tangan membuat isyarat good.

"K.O."

Adrea turut sama membalas isyarat Arvie dengan wajah bangga.

"Good job my student. But next time kasi lagi kuat. Biar K.O sampai tak boleh O.K."

"Itu brutal."

"Why not?"

To be honest, kalau baca balik book yg lain en, saya rasa Adrea heroin yang saya cipta balik brutal.😂 Yg lain baik aje. Hahaha. Dan salah satu kenapa dia yg paling saya sayang Hahah!!

All heroin : *nangis*

Me : heyy even i said that, i still love you all. Come here my baby girls.*peluk semua heroin.*

All hero: What the heck?

Me: What? Nak peluk gak?

All hero : YEAHH!!!

Me: Wa-warhhh!! Wait!!!!

End. Hahah enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top