Chapter 91 | Future
Mata hijaunya memerhati lautan pokok-pokok dibawah kakinya. Senyuman manis bergayut di bibir kecilnya. Sesekali dia ketawa, sesekali dia hanya mengalunkan nada-nada yang sedap didengar seakan alunan lullaby.
"Kamu bawak kakak ke mana ni?"
Budak lelaki itu tersentak. Perlahan-lahan badanya dipalingkan kebelakang. Memandang figura yang menegur. Mata zamrud itu bertembung dengan mata violet yang menginginkan jawapan.
"Future."
"Hah?" Budak lelaki itu ketawa dengan wajah keliru Adrea. Dia sendiri yang meminta budak lelaki itu memanggilnya kakak dan sedar-sedar sahaja budak lelaki tersebut dah tarik dia entah kemana.
"What you mean? Future? That's.."
"Ridiculous right?"
Budak lelaki itu tersenyum hambar. Tangan Adrea ditarik untuk mendekatinya. Mata violet si gadis di tebarkan pada seluruh kawasan.
"Kakak tahu ini tempat apa?" Soal si kecil dengan nada sayu.
"Hutan?"
"Sure? Cuba akak tengok bebetul."
Semakin berkerut dahi Adrea jadinya. Nak tak nak, dia hanya memerhati sekeliling sekali lagi. Budak lelaki itu pula tenang tersenyum sebelum ketawa apabila tubuh Adrea mengeras.
"Dah tahu?"
"Kerajaan Dianthus.. I-itu Guild Dragon Heart!" Adrea menekup mulut bersama perasaan tak percayakan. Guild yang selama ini tersergam indah, sudah musnah dan hancur seperti berlakunya peperangan dahsyat!
"Ya. Inilah Kerajaan Dianthus.. Tak inilah seluruh Kerajaan di dunia Angkasia."
Saat itu, awan yang menutupi separuh kawasan bagaikan memberi laluan kepada Adrea untuk melihat keseluruhan kawasan dengan mata kepalanya sendiri.
Hampir sahaja Adrea tumbang apabila melihat kerajaan-kerajaan di dunianya bagaikan di
cantum menjadi satu! Lebih mengerikan apabila seluruh kerajaan yang bertembung semuanya sudah musnah! Tiada langsung jasad atau roh manusia! Yang ada hanyalah bangunan-bangunan lama dan rangka serta tengkorak yang entah sama ada milik manusia atau binatang buas!
"Ini.." Adrea memandang budak lelaki itu.
"Ini lah malapertaka yang jadi pada kerajaan-kerajaan yang menentang 'dia.' Tapi, ini bukan salah 'dia' sepenuhnya. Dan kalau lah 'dia' tak mati.."
Budak lelaki itu mengenggam buku lima. Kristal-kristal jernih mula bertakung di kelopak. Matanya naik memandang Adrea yang kaku ditempatnya.
"..Semua ni tak akan jadi. Manusia.. Mungkin boleh hidup seperti biasa. Dan Ayahanda.. Ayahanda mungkin.."
"Ayahanda mungkin.. Masih boleh bersama bonda."
Tanpa sedar, tangan Adrea naik mengelus pipi si kecil. Mata hijau zamrud itu mengembang dengan sentuhan keibuan milik Adrea. Gadis itu mengusap pipinya seraya menyahkan titisan air mata si kecil.
"Kakak.."
"Shh..Jangan katakan apa-apa kalau ianya menyakitkan."
Waktu itu, budak lelaki tersebut dapat melihat bayangan seorang wanita. Namun, senyuman wanita itu tidak semanis dihadapanya. Pandangan wanita dan gadis itu juga berbeza. Adrea penuh dengan kasih manakala sang wanita penuh dengan penyesalan.
"Tapi kakak lagi sakit.."
"Huh?"
Budak lelaki itu menolak lembut tangan Adrea. Kini kedua belah pipi remaja perepuan dihadapanya di tekup dengan tangan kecilnya.
"Kakak.. Kakak cintakan seseorang bukan?"
Waktu itu, muka Adrea merah serta merta. Budak lelaki tersebut ketawa kecil.
"Kalau kakak cintakan dia..Tolong. Tolong jangan sesekali kakak hilang harapan. Kakak.. Tak boleh biarkan orang lain yang buat keputusan..Kakak tak boleh, menyerah! Kakak tak boleh bunuh dia!"
"Apa maksud kamu ni?"
"Kakak kena pertahankan apa yang kakak percaya!"
Adrea hanya mampu membulat mata apabila budak lelaki itu meninggikan suara sedikit. Tangan budak lelaki itu juga mengeletar.
"Sebab kalau kakak tak buat macam tu, kakak hanya akan sedih. Kakak akan tenggelam dalam penyesalan! Saya tak nak tengok! Saya tak nak!"
Kini tubuh Adrea dipeluk erat membuatkan si gadis terkejut.
"Saya.. tak nak tengok mata mati tu. Saya tak nak tengok kulit pucat tu. Saya..Saya tak nak dengar suara lirih yang meminta kembalikan masa yang lalu. Jadi tolong.. Tolonglah kuat."
Walaupun tidak mengerti dengan apa yang ingin disampaikan oleh si kecil, tangan Adrea tetap juga membalas pelukan itu. Kehangatan tubuh si kecil mengingatkan dia pada Eryl. Wajahnya juga, hampir sama dengan sahabat baiknya itu.
"Alvarez."
Suara yang menyapa, menyentakkan kedua-duanya. Seoarang budak lelaki muncul disebalik sebuah pokok. Budak lelaki berambut merah tersenyum kelat lalu menolak lembut tubuh Adrea untuk menjauhinya.
"Alvarez? Itu nama kamu?"
Soalan Adrea tidak berjawab. Sebaliknya Alvarez semakin hilang di ikuti dengan budak lelaki dibelakangnya seakan cebisan kaca yang pecah. Mata gadis itu membulat tak percaya! Sekelilingnya juga semakin hilang dari pandangan!
"Selamat tinggal Adrea Bellvania. Apa-apapun keputusan kakak..Saya sentiasa ada."
"Nanti!"
KRAAASSHHHHHH!
***
Heira yang terbang di kawasan serba putih itu, terkejut apabila cahaya seakan kelip-kelip muncul dihadapanya. Satu berwarna merah dan satu lagi berwarna ungu.
"Take care Goddess of Yggdrasil. Miss Adrea Bellvania ada tidak jauh daripada sini. Maaf sebab dah langgar peraturan. Semoga berjumpa lagi.."
Heira yang pada mulanya terkejut, mula tersenyum kelat dikala cahaya itu hilang tanpa dapat dikesan. Lama dia kekal di tempat yang sama seakan memikirkan sesuatu.
"Mungkin.. Dunia masih ada harapan."
Heira mengukir senyuman manisanya yang sentiasa digunakan sebelum kembali terbang untuk mendapatkan Adrea. Saat matanya ternampak satu susuk tubuh, laju dia mendarat berhampiran. Kakinya berlari anak sedikit lalu berdiri betul-betul dihadapan Adrea yang tidak sedarkan diri.
"So it's true.." Heira merendahkan badan lalu tangan mengusap wajah mulus Adrea. Pandangan matanya lembut dan lunak.
"Bellvania.. Awak mesti anak Allie Bellvania."
Senyuman kelat terukir di bibir Heira.
"Nampaknya awak dah jadi satu tanggungjawab saya , dan untuk balas balik budi ibu awak. "
***
Dalam masa yang sama..
Eryl POV
"Hurmm? Kenapa kau menangis?"
Soalan daripada lelaki misteri membuatkan aku kelu. Aku menangis? Dalam mimpi? Tak. Aku tak rasa apa yang aku alami tadi sekadar mimpi. Semuanya seakan Deja vu. Termasuk lah sampai ke dunia asing ini.
Dude, apa lagi yang nak kena hadap ni?
Terseksa mental dan fizikal aku tahu tak?
"Hey." Sekali lagi aku memandang lelaki yang berpakaian biasa tersebut. Wajahnya kosong seakan tiada emosi. Elok berpeluk tubuh dihadapan aku.
"Kau okay budak?" Soalnya prihatin. Sob. Ini yang aku kata seksa mental ni. Mamat ni dah macam Eldera. Muka tak ada perasaan tapi caring.
Agak kalau aku peluk ni boleh lepas rindu tak? Tapi nanti buatnya dia sepak aku macam Eldera dah satu hal pulak..
. . .
Tak. Aku memang nak peluk dia. Badan dia nampak hot gila. Berlekuk! Ehek.
"Sanzo.."
Kemudian, muncul pula seorang wanita di sebalik pintu. Rambut putihnya cantik beralun saat dia jalan menghampiri sang lelaki hot yang aku yakin namanya Sanzo. Aku melompong dengan kecantikan dia.
Damn. Boleh tergugat kecantikan bakal isteri aku. Sekali lagi Akira, aku mintak maaf. Benda tak leh elak dah ni. Tatapan mata aku tak boleh kalih dari kecantikan-kecantikan dunia ni. Fuuh, kuat sungguh godaanya.
Yang lelaki pun boleh tahan handsome hahaha.
Boleh lah jadi kekasih gelap nombor dua aku. Eldera? He still number one and always. Fufufu.
"Kenapa tak ajak dia turun makan?" Soal si wanita cantik dengan sopan sekali. Sanzo hanya mengeluh lalu memandang aku sekilas sebelum kembali menatap wanita dihadapanya.
"Saya memang nak ajak, tapi.. Tak apa lah. Hey, kau nak makan budak?" Soal Sanzo pada aku.
"Nak!" Laju aje aku bangun bersama wajah yang bercahaya. Sanzo dah buat muka poker manakala wanita cantik tu ketawa kecil. Apa? Bukan salah aku kalau perut dah menyanyi riang. Dekat sehari tak makan kut..
"Haihh..Kalau macam tu, jom ikut aku."
Sebelum sempat dia melangkah, aku terlebih dahulu tarik tangan dia. Terjongket sebelah kening Sanzo dengan perilaku aku.
"Na-nama abang apa?" Soal ku gagap sikit. Bukan apa, bila aku sentuh dia, aku boleh rasakan daya kuasa yang agak kuat. Sebab badan aku still lemah, ianya agak menganggu aku.
"Ah ya. Sorry about that. I'm Yamasato Sanzo." Sanzo memperkenalkan dirinya. Kemudian wanita cantik itu pula menghampiri dan turut sama memperkenalkan dirinya.
"Nama saya pulak Pheara. Selamat berkenalan. Adik pulak?" Tanganya naik mengusap kepala aku. Dan entah kenapa , kepala aku jadi ringan. Seakan semua masalah dan beban hilang macam tu aje. Aura dia, daya kuasa dia..
Seakan Heira.. Seoarang Goddess. Dan seperti sentuhan bonda..
Ianya menyenangkan.
Aku nak peluk dia.
"Na-nama saya, Eryl. Eryl Ryuzaki."
"Eryl Ryuzaki? Hurm.. Nama kau agak unik." Ujar Sanzo lalu mengusap dagu seperti memikirkan sesuatu.
"Kenapa Sanzo?" Soal Pheara dengan wajah hairan. Sanzo hanya mengeleng tanda tiada apa-apa. Lama aku tenung pasangan dua sejoli ni..
Shit. Aku nak peluk.. Aku nak peluk dua-dua.
"Can I hug both of you?"
"Huh?"
Terus aku peluk lelaki tadi. Wow. Nice~
"Apa yang-"
"Uwow. Badan abang memang berlekuk lah! Ehehe. This hea-arhhhh!"
LEKUK!
Sakit setan! Dia ketuk kepala aku?! Dia bebetul ketuk?! Kekejaman terhadap budak apakah ini?!
"You pervert brat. What the hell are you trying to do?" Soal Sanzo dengan pandangan helang. Matanya tajam menatap aku yang tak berdosa.
"I just want to hug you! What wrong with an innocent kid hugging some adult?" Bidasku bersama mata yang berair. Sumpah tak tipu, level ketuk dia hampir sama dengan Eldera. Cuma Eldera tragis sikit arh citernya.
"Please don't. Cara kau peluk mengelikan aku."
Tu dia. Rasa macam jantung aku kena panah dari jauh aje. Apa salahnya cara peluk aku? Aku peluk macam lelaki kut! Probably..
"Then.." Tak sempat aku nak jeling Pheara, kepala aku dulu kena cengkam! Auw! Auw! It's hurt!
"Kau nak tengok mana tu? Nak aku cungkil biji mata kau? Well, i don't mind~"
Terus aku geleng kepala laju banyak kali. Okey,dia mungkin tengah senyum tapi senyuman dia mengerikan. Aku rela tak buat dia marah.
Tapi kalau dia marah pun nampak best aje.
Aci tak kalau aku buat dia marah?
Nak try lah.
"PELUK!!"
"HU-HUH?!"
DUSHHHHHHH!!
"HAITTTT!! GOMEN'NASAI SANZO-SAMAAAAA!!!"
"Sa-Sanzo!!"
Eryl Ryuzaki R.I.P
HAHAHA. Haduihh, gatal betul budak sekor ni.
Eryl : Aku tak gatal lah. Just curious sbb badan dia hot..
Me : . . .
Eryl : Say something!
Me : Please rot in hell~
Eryl : Wha-
Enjoy guys!♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top