Chapter 90 | Daze's prediction

Dalam masa yang sama..

"Shiro.."

Shiro yang elok menghirup kopi di balkoni istananya, memandang kebelakang. Senyumannya diukir lalu tangan mempelawa sang penegur untuk duduk dihadapanya.

"Aku ingat kau busy train budak baru dekat kem tempur. Ni kenapa datang? Curi tulang eh?" Soal Shiro sambil tersengih. Terus susuk tubuh dihadapanya mencerlu tajam.

"Jangan merepek. Kau ingat aku ada genetik malas kau?" Balas Jeneral Luke dengan muka menyampah. Kopi yang dihulurkan Shiro diambil lalu dihirup dengan cermat. Shiro hanya ketawa lalu kembali melemparkan pemandangan pada kerajaan yang diperintahnya.

"Something bothering you right?" Soal Jeneral Luke Tsuyoshi tanpa memandang wajah rajanya. Shiro tersentak dengan soalanya sebelum mengulum senyuman kelat. Matanya dibawa memandang Jeneral Luke kembali.

"Kenapa lah kau senang sangat baca aku , Luke?" Soal Shiro sebelum menyandarkan badan pada kerusinya. Jeneral Luke hanya mengangkat bahu lalu bengkit. Punggungnya dilabuhkan pada penghadang balkoni. Rambut jinganya beralun mengikut tiupan angin.

"Kita dah berkawan sejak kecik. Susah senang, semua aku dah hadap dengan kau. Kau boleh tipu Emyriel atau yang lain, tapi bukan aku Shiro Ryuzaki." Ujar Jeneral Luke dengan tenang tetapi mendalam. Shiro terdiam.

"Kau tahu aku pernah tengok kau menangis. Jadi kalau nak nangis, meh lah. Bahu aku dah sedia ni. Tapi janji kau basuh balik uniform ni. Tak nak arh kalau tinggal bekas kau! Bekas bini aku tak apalah jugak. Ehe."

"Baik tak payah kasi bebal!"

Jeneral Luke ketawa dengan wajah cemberut sahabatnya. Shiro mendengus geram sebelum turut sama ketawa.

"Damn, i miss your stupid joke Luke. Can you be like before?"

"Not gonna happen dude. Aku dah jadi suami dan ayah budak. Lain lah kau, makin menjadi-jadi." Tergeleng kepala Jeneral Luke setiap kali terkenangkan perangai tak semengah Shiro. Haiihh! Boleh kasi dia darah tinggi!

"Hurmm.."

Shiro turut sama bangkit lalu berjalan menghampiri Jeneral Luke. Matanya tidak lepas daripada memandang kerajaanya. Puak Beast Ryuzaki juga elok berkeliaran di seluruh kerajaan. Hidup aman bersama penduduk dibawah naunganya.

"Luke.. "

"Hurmm?"

"Kau percaya dengan happy ending?" Soal Shiro dengan pelbagai emosi. Fikiranya serabut. Kebisuan Jeneral Luke membuatkan dia menyambung bicara.

"Sebab aku tak."

"Why?"

"Because it's hurt for the character." Sekali lagi, Jeneral Luke hanya diam. Memberikan Shiro ruang untuk meluahkan segalanya.

"Aku tak rasa happy ending ialah sesuatu yang menggembirakan. Ianya sukar untuk aku terangkan, tetapi ya. Aku tak percayakan happy ending. I mean,what gonna happen to the character after that? Betul ke mereka akan kekal bahagia sampai mati? "

Shiro menarik nafas panjang.

"I'm scared actually. Selepas tamatnya peperangan bersama Kurayami dahulu dan menjaga kelahiran semula dia, aku yakin yang itu bukan pengakhiran buat aku. Atau mungkin, ianya permulaan untuk sebuah tragedi yang lebih dahsyat. Cuba kau bagi tahu aku, kenapa aku dihidupkan kembali? Aku dan Emy sepatutnya dah mati semasa Yurei berjaya tarik keluar Cristal of Death dan Cristal of Life daripada aku dan Emy. Dengan kecederaan dahsyat macam tu.."

Shiro tergelak sinis apabila teringatkan peristiwa berdarah itu. Peristiwa di mana dia dan isterinya 'mati' kerana menyimpan kunci kurungan Kurayami. Malam yang sangat tragis dan akan kekal di ingatanya.

"Sepatutnya mustahil kami hidup."

"Tak. Aku rasa ianya tak mustahil." Kini mata Shiro jatuh pada Jeneral Luke.

"Sebab selagi takdir kau tak nak kau mati, aku yakin kau akan kekal hidup Shiro. Dan mesti ada makna kenapa kau hidup balik daripada kematian." Kini Jeneral Luke juga memandang bangunan-bangunan di kerajaan Emerald itu.

"Cuba kau fikir balik. Kalau bukan sebab Yurei yang lepaskan Kurayami, tentu kau tak akan jumpa Eryl. Dan kau lupa? Hakuryu dan beast yang lain juga mungkin kekal menjadi 'spirit' yang terperangkap dalam badan manusia. Sekarang? Mereka bebas, Shiro. Semuanya sebab kau. Sebab kau nak beast macam Hakuryu hidup seperti manusia."

Luke menepuk bahu Shiro sebelum digenggam lembut.

"Aku tahu kau risau dengan ramalan yang kau dengar daripada Daze sebenarnya. Sebab tu kau bukak cerita lama kan?"

Shiro tersenyum kelat lalu mengangguk.

"Aku tak kesah kalau aku yang mati Luke. Tapi.." Shiro mengenggam erat buku limanya.

"Bukan anak-anak aku atau penduduk kerajaan aku. Aku juga tak nak Puak Ryuzaki hidup dalam buruan.. Aku tak nak..Apa yang aku lalui akan terjadi lagi sekali."

Luke hanya senyap tanpa bicara. Ya, Puak Ryuzaki pernah menjadi puak yang diburu. Shiro kehilangan seluruh ahli keluarga dan puaknya dalam satu malam. Adik perempuanya mati ditanganya sendiri kerana kuasa yang tidak mampu dikawal. Adik angkatnya, Lucia dan Lucas Ryuzaki terpisah. Boleh dikatakan, masa lampau Shiro dipenuhi darah dan air mata.

"Luke.."

Sekali lagi Shiro memanggil. Luke memandanganya dengan wajah keliru manakala Shiro tersenyum tenang.

"Kalau lah kali ni aku ditakdirkan untuk pergi, boleh kau jagakan puak dan keluarga aku?"

Jeneral Luke terdiam. Lama dia merenung anak mata biru milik rajanya. Warna itu sudah hampir pudar. Hilang keserian serta cahayanya.

"Soalan cliche apa kau tanya ni hanat?"

Shiro terkejut dengan balasan geram Luke. Matanya terkebil-kebil sebelum terkejut apabila Luke menolaknya sehingga terhempas pada dinding. Sebelah tangan melekat disisi kepala Shiro yang jelas tergamam.

"Eh?"

"Aku tanya kau sekali lagi..Soalan cliche apa kau tanya ni Shiro Ryuzaki?"

Shiro meneguk liur apabila Jeneral Luke berwajah serius.

"Aku.."

"Aku tolak permintaan kau."

Shiro terdiam.

"Apa?"

"Kau dengar apa aku cakap. Aku tolak. Kau dah kenapa hah setan? Tahu tak kau cakap tu macam kau akan korbankan diri kau? Apa yang Daze kata dulu sekadar ramalan dan belum tentu ianya terjadi! Kau harapkan aku untuk jaga keluarga kau? Heh, tolong lah." Sinis Jeneral Luke membuatkan Shiro kegeraman. Kini ,kolar baju Jeneral itu pula dicengkam membuatkan jarak mereka agak hampir.

"Aku nak keluarga aku selamat aje Luke. Apa masalahnya dengan itu? Kalau tak boleh, tolak baik-baik!"

"Aku tak ada masalah untuk lindungi keluarga kau. Tapi kau? Kau sedar tak kalau kau korbankan diri kau, kau seakan beri racun pada Emy? Pada anak-anak kau? Hey! Fikirlah sikit! Kau tu penting dalam keluarga ni, pada puak ni! Kau ketua, sepatutnya kekal bersama anak-anak buah kau! Bukanya bagi kerja pada orang lain dan tinggalkan semuanya macam tu aje! "

Serta merta cengkaman pada kolar bahu Jeneral Luke terlepas. Shiro terkedu.

"Boleh tak kalau sekali aje, kau kongsi beban kau? Boleh tak sekali ni aje, kau mintak aku berlawan bersama kau dan bukan duduk belakang lindungi yang lain? Shiro, keluarga kau bukanya lemah! Anak-anak kau sendiri aku yakin nak bertarung dengan kau!"

Kali ni, mata Shiro membulat. Jerkahan terakhir Jeneral Luke menyentakkan dia. Sedikit demi sedikit, senyuman tawar diukir olehnya.

"Yeah.. Aku rasa kau betul. " Jawapan Shiro membuatkan Jeneral Luke tersenyum tipis.

"Mungkin sebab aku terlalu takut dengan masa lalu, menyebabkan aku lupa tentang kekuatan puak aku atau mungkin aku terlalu ikut perasaan dengan ramalan Daze. Mesti kau sakit hati kan dengar permintaan aku?"

"Ha'ah. Rasa macam nak tolak aje kau jatuh balkoni lepas tu tak ngaku." Selamba Jeneral Luke membalas membuatkan Shiro menjegil biji mata.

"Eh kau ni-"

BRAMM!!

Kini kedua-dua mata jatuh pada Permaisuri Emyriel Ryuzaki yang tercengang dengan kedudukan suami dan jeneralnya. Dulang yang dibawa bersama makanan terhempas di lantai. Emyriel hanya tersenyum bersama mata yang bulat.

"Eh?"

Jeneral Luke dan Shiro terkebil-kebil dengan riaksi wanita cantik itu. Masih tidak sedar dengan kedudukan mereka yang agak rapat daripada biasa.

"Kenapa Emy?" Soal dua lelaki itu serentak.

"Hahaha.. Ma-maafkan saya. S-saya tak tahu pula yang awak berdua masih pen-pendam perasaan untuk satu sama la-lain. Hahaha. Ingat ma-masa kita remaja aje. Hahaha." Emyriel mengigil satu badan sebelum perlahan-lahan memalingkan badan ke belakang seakan robot.

Semakin berkerut dahi kedua lelaki itu.

"Kak Emy? Kak Emy ada nampak-Ekkkk!!!!"

Jeritan seorang wanita berbut putih menyentakkan Jeneral Luke dan Shiro! Wanita yang baru tiba itu berdiri kaku disebelah Emyriel yang sudah merapatkan kedua-dua tanganya seakan berdoa.

"Apa salah saya sampai dia curang dengan lelaki lain? Oh tuhan ku! Ini menyakitkan! "

Tercengang Shiro jadinya apabila mendengar luahan Emyriel.

"Eh?!"

"A-abang..Ke-kenapa abang dan Shiro..Sa-saya tak cukup seorang ke.. ? Ma-macam mana dengan anak-anak kita?" Soal wanita itu lalu terduduk diatas lantai bersama tangan yang mencengkam rambut.

"Ke-kejap Fuyu! Apa yang Fuyu ouhhhhh…"

Panjang 'ouh' Jenaral Luke apabila sedar kedudukan dia dan Shiro. Shiro yang turut sama tersedar terus menutup dadanya dengan kedua belah tangan.

"Kyahh!! Emy! Baru abang perasan dia nak buat benda tak elok kat abang!! Huwarhhhh!"

"Hah? HAH?!!"

Laju Shiro melarikan diri lalu menangis palsu dalam dakapan isterinya. Emyriel yang percaya dengan penipuan dusta suaminya memeluk erat sang lelaki seakan melindungi. Matanya merenung Jeneral Luke dengan wajah kecewa.

"Saya tak sangka awak macam ni Luke. Saya kenal awak dah lama.. Tapi ini sisi gelap awak ya? Kecewanya saya."

Serta merta Jeneral Luke memuntahkan darah apabila kata-kata Emyriel bagaikan anak panah yang disaluti racun, menusuk ke jantungnya. I-ini salah faham!

"K-kejap Emy! A-aku-"

"E-Emy, I'm scared! Look at his eyes! Dia nak cabuli abang dengan mata dia!"

"Apa?! Luke!!" Serta merta tubuh Emyriel mengigil sambil memeluk erat Shiro bersama mata yang berair. Semakin banyak panah yang menusuk kedalam jantung Jeneral Luke! Guhakk!

"D-dia suami saya.. Sob..Janganlah ambil dia..Sob..Sob.."

ZZRASHHHHH!

Bagaikan dihentam panahan petir, Jeneral Luke mula hilang soulnya melalui mulut. Wajah kecewa dan sedih yang dipaparkan Emyriel sangat memberi kesan!

Shiro pula ketawa jahat di sebalik dada Emyriel. Serta merta Jeneral Luke jadi berang. Tak guna punya kawan!

"Kau..Eh? Fuyu?"

"Abang.." Fuyu mengenggam erat lengan suaminya. Matanya tajam menatap anak mata Jeneral Luke yang mula berpeluh teruk.

"Fu-Fuyu abang boleh-"

"Tak perlu diterangkan lagi! Mari ikut Fuyu ke pusat pemulihan! "

"Hah?! Kejap! Ini buka-"

"Hello? Abang Lance dekat pusat pemulihan ke? Ya. Fuyu nak ke sana. Abang Luke..Di-Dia dah suka kaum sejenis. Ya! Dia cuba buat benda tak elok dekat Shiro! Ya! Saya tahu! Abang datang sekara-"

"Ini salah faham ajelah! Boleh tak dengar-"

"Fuyu?! Mana budak bodoh tu?! "

Jeneral Luke melompong apabila abangnya, Jeneral Lance Tsuyoshi muncul dengan seekor burung helang gergasi di balkoni bersama seutas tali tebal. Laju matanya memandang Shiro.

Woi! Jangan diam aje! Ini dah parah lah setan!

. . .

"Cepat bawak dia abang Lance! Dia dah tak tahan dengan aku tadi!" Ujar Shiro dengan dramatiknya! Emyriel disebelah sudah mengangguk laju sebelum kembali memeluk suaminya bersama pipi yang mengembung marah.

"What the fuc- Eh? Guarrhhhhhh!!"

Jeneral Luke terkejut apabila dirinya dibelit tali yang dibawa oleh Jeneral Lance sebelum ditarik naik ke atas burung gergasi abangnya. Fuyu turut melompat naik dan mengusap kepala suaminya dengan riak kecewa seperti Emyriel.

"Haiih.. Abang tamak."

Jeneral Luke seakan mahu pitam dengan kata-kata isterinya.

"Jahat."

Seperti Emyriel, kata-kata Fuyu boleh memanah jantungnya , namun lebih sakit.

"Kejam."

Satu lagi panah melekat.

"Tak setia."

Dan lagi.

"Abang benci saya ke?"

Maka gelap lah hari Luke Tsuyoshi. Badanya seakan pantung yang tiada jiwa lagi.

'Ahh.. Aku nak mati dah ke?'

Putera Senri dan Puteri Shiory Ryuzaki yang melihat segalanya dari celahan pintu hanya mampu memandang simpati pada Jeneral Luke. Ayahanda mereka memang suka membuli Jeneral muda itu. Adegan sebegini sudah jadi rutin bagi mereka. Sebab tu kebanyakan dayang dan pekerja di istana tidak hairan dengan kekecohan di bilik ayahandanya.

"Ah, Jeneral Luke kena masuk pusat pemulihan atas penipuan ayahanda lagi." Ujar Shiory dengan senyuman kelat. Senri pula hanya mampu menepuk dahi kesal.

"Ini dah cukup 100 kali kamu tahu tak? Haiih.. Macam mana lah diorang boleh berkawan sejak kecik?"

"Who's know."

Kemudian mata Shiory menangkap susuk tubuh yang tenang menghipirinya dan Senri. Cepat-cepat dia membetulkan gaya rambutnya lalu tersenyum ceria. Senri pula menguling biji mata keatas dengan riak meluat.

"Hurmm? Oh, Putera kedua dan .. " Lama Lukius Tsuyoshi memandang Puteri Shiory yang bersinar sambil menggayakan rambutnya seakan mahu dia memuji. Lukius hanya memandang poker.

"Apa putera buat dekat sini?" Soal si cilik itu dan mengabaikan Shiory sepenuhnya. Gadis kecil itu melompong sebelum mengenggam buku lima dek geram.

"Don't ignore me you servant! Notice me! "

Tetapi Lukius tetap juga mengabaikan dia. Malahan, selamba berjalan melepasi Shiory tanpa sebarang kata membuatkan gadis kecil itu menghentak kaki geram!

"You..You stupid servant! Notice me already!"

Terus kuasa api kegelapanya di seru menghasilkan sebuah panah dan busur. Apabila dilepaskan, Lukius mengelak selamba walaupun tidak melihat. Dia memandang sekilas pada Shiory membuatkan gadis itu kembali ceria tapi..

"Hurmm? Oh, lukisan tu nampak cantik. Pandai ibu hias istana ni. Hurm.."

Terus dia beredar tanpa sepatah kata mengenai rambut Shiory. Senri yang melihat sudah mengeleng kepala. Kemudian dia terkejut apabila Shiory mencipta meriam daripada api kegelapan miliknya dan di sasarkan tepat pada Lukius yang elok bercakap dengan seorang dayang yang sebaya mereka.

"He-hey little sis."

"Hahaha. Dia boleh berborak dengan budak perempuan tu dan bukanya aku huh? Hahaha. Baik, baik. Siap kau! Eiyyyy!!!!"

"SA-SABAR SHIORY!!!!"

***

Hakuryu yang elok berehat sambil ditemani Shawn dan Daze sudah mengeleng kepala apabila api kegelapan dan ais memusnahkan bahagian atas istana anak angkatnya. Tangan menekup muka sesal .

"Boleh tak kalau mereka jalani hidup dengan normal? Ini dah kali ke 110 bahagian tu musnah. Aku boleh sakit kepala macam ni. Haiih.."

"Your grandchild sure is scary Lord Hakuryu." Ujar Shawn bersama senyuman kelat.

"Yes. But nevermind. Apa yang penting sekarang.." Mata Hakuryu jatuh pada Daze yang berpeluk tubuh sambil menyandarkan badan pada pokok berhampiran.

"Betul ke kurungan Aeldera bakal musnah?" Soal Hakuryu membuatkan Daze mengeluh panjang. Shawn pula senyap tanpa bicara.

"Itu hanya ramalan aku. Lagi pun, korang sedarkan? Dua mahluk yang membawa tanda yang dia akan bebas sudah muncul."

"The Soul Eater, Sykee dah muncul di kawasan hutan Kerajaan Dianthus. Aku dah letakkan kurungan di sana. Tapi semakin hari mereka semakin kuat. Kadang-kadang aku terpaksa arahkan orang aku untuk mengawal sepanjang masa." Shawn memandang risau pada Daze.

"Skype, the Anti-magis pula sudah dihidupkan oleh Lord August. Aku nampak dengan mata kepala aku.."

Daze menghalakan pandangan pada penduduk Emerald yang aman menjalankan kerja mereka bersama-sama dengan Best Ryuzaki.

"Magis biasa tak mampu nak cederakan mahluk tu. Hanya mereka yang berdarah syaitan dan abadi sahaja boleh lawan makluk tu. "

Hakuryu mengeluh dengan penjelasan Daze.

"Jadi mahluk yang tinggal sekarang.."

"Skylight, The last Judgement. Kalau mahluk ini keluar, ianya ialah penghakhiran kita."

"Kenapa?" Soal Hakuryu.

"Ini adalah syaitan ciptaan Aeldera yang paling berkuasa. Aku yakin Shawn pernah berhadapan denganya." Jelas Daze membuatkan Shawn merengus.

"Ya. Skylight antara askar syaitan paling bahaya yang dicipta Aeldera. Mereka boleh bunuh puak Immortal dan puak syaitan. Kalau tak, macam mana kami yang abadi boleh terhapus? Macam mana puak Ryuzaki boleh digasak sampai hampir hilang dari dunia beberapa abad selepas dunia Immortal musnah? Like Daze said, that thing is dangerous. " Jelas Shawn panjang lebar membuatkan Hakuryu terdiam.

"Jadi di mana mereka sekarang?" Soal sang naga dengan nada risau.

"Di dalam sebuah kurungan yang jauh daripada dunia kita." Balas Shawn.

"Lebih tepat lagi, di Yggdrasil. Hanya puak Immortal Ghost yang tahu kedudukannya."

Mata Hakuryu membulat tak percayakan. Daze pula, terdiam walaupun tidak menunjukkan riaksi. Hatinya mula tidak sedap.

"Adrea.."

***

Dalam masa yang sama, Death dan Dalen berdiri disebuah gua. Bulatan sihir muncul dihadapan mereka saat seorang lelaki berhoodie muncul dari belakang.

"Jadi, di sini salah satu jalan untuk ke Yggdrasil? Heh, kau memang tak mengecewakan aku Akuma. Tak.."

Dalen tersengih sinis apabila 'Akuma' menurunkan hoodienya. Berambut hitam dan bermata merah terang.

"Kiyo Hernandez, anak murid kepada Immortal Ghost terkuat yang pernah wujud. Aku pelik, kenapa kau tak pilih jalan sama macam guru kau hah? " Soal Dalen sambil mengusap kepala roh wanita dibelakangnya.

"Aku dah bagi tahu. Jalan yang dipilih guru aku membosankan. Aku dan dia tak sama. " Dingin Kiyo membalas membuatkan Dalen ketawa geli hati. Tanganya merangkul erat lengan Kiyo sebelum melentokan kepala dibahu lelaki itu.

"Ya~. Maaf sebab buat kau marah. Dah , jom?"

"Hurmm."

Death yang melihat kemesraan keduanya, membuat muka meluat sebelum memanggil dua lagi syaitan dibelakangnya. Tanpa sedar, seseorang memerhatikan setiap gerak geri mereka sebelum memecut ke suatu arah.

"This is bad! This is bad! Mereka dah mula mencari kurungan Skylight! Daze kena tahu ni! "

Ada pembaca dah kenal Shiro dgn Luke melalui EK right? So miss this stupid duo? Hahaha! Well, saya tahu ada yg tak baca but it's okey. Saya dah terangkan di sini so tak lah korang keliru sangat. Cerita ni tak berkait dgn EK. Just character dia aje muncul. (Kut?) Hahaha.
Enjoy♥️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top