Chapter 9 | Worry

Adrea POV

"Alaa Eldyyy.. Kite nak kek sikit, pleaseee...? "

"Kau dah makan kan? Blah boleh tak? "

"Kau buat apa ni? "

Soalku dengan muka blur. Tangan pula mengambil segelas air di atas meja. Alter dan Alzer pula entah ke mana selepas makan.

Tapi adegan depan mata aku ni memang boleh buat kau muntah darah. Eryl sekarang tengah tergedik-gedik goyangkan lengan Eldera macam kekasih tak cukup kasih sayang. Mulut pula macam nak aje cium si Eldera tu! Eldera pula tak layan dia langsung. Elok aje dia makan kek strawberry tu. Eryl mencebik sebelum pandang aku macam aku ni tanya soalan bodoh dekat dia.

"Beromance lah, Apa lagi? Kau tak tahu ke aku dengan Eldera dah declare sweet couple forever ? "

"Pffff...! "

Tersembur terus air yang Eldera minum begitu juga aku. Membulat mata aku memandang Eryl yang tersengih teruja dan Eldera yang masih tersedak air, silih berganti.

"Bapak gay! "

"Aku bukan gay okay?! Dan kau...! "

Balas Eldera setelah tidak lagi tersedak air. Jari telunjuk naik menunding pada Eryl.

".. boleh pergi mampus! Aku tak pernah ada kawan sejahanam kau! "

Eryl buat muka terkejut dia, lalu menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Matanya membulat dan berair. Serius Gedik!

"Setelah aku berikan segala-galanya kepada kau, ini yang kau balas?!"

"Kau bagi apa aje dekat aku? " Eldera jelas jengkel dengan peragai Eryl yang dah macam apa aje.

"My gosh! You already take my virgin Eldy!! How could you forget about it?! "

"The hell?! Stop this shit Eryl! Kau dah mula merapu! "

"Look Adrea! He deny it ! I dah mengandungkan baby dia inside the tummy kut! "

"What the fuc-! "

"Warhhh! Eldera mencarut!"

Nak tergelak aku dengan kerenah dua ekor ni. Lagi-lagi si Eryl ! Bapak over ! Dengan ayat yang tah betul tah tidak! Hahaha.. Ada ke lelaki mengandung? Bodoh sungguh..

Betul lah kata Alzer, boleh pening kalau layan dua ekor ni. Ada aje ragam dan kerenahnya. Katanya diorang memang rapat sejak kecik lagi. Kalau Eryl datang Kerajaan Dianthus, mesti dia akan datang ke rumah Eldera lepastu mulalah berkepit. Mana-mana pergi mesti berdua. Macam isi dengan kuku. Itu yang sampai dapat gelaran 'kembar jahat' dari Alzer. Nakal!

Aku ada tanya jugak dekat Eryl tentang rumah dia sampai Alzer kata ' kalau Eryl datang kerajaan Dianthus '. Dan tepat tekaan aku, katanya dia tinggal di Kerajaan Emarald. Dekat dengan Kerajaan Grandiflora.

"Dah-dahlah tu Eryl. Malam-malam ni pun nak bising ke? Pekak telinga aku tahu tak? " Tegur Alzer dibelakang aku. Entah bila dia sampai pun aku tak tahu. Eryl sekadar sengih menakala Eldera menyambung makan keknya. Kek tu pun, dah tak serupa kek dah. Habis dijahanamkan si Eldera tu. Geram betul dia dengan Eryl. Tak boleh salahkan dia jugak sebab dapat kawan seunik Eryl.

"Bagus jugak kau pekak. Sekurang-kurangnya, tak adalah orang akan cemburu bila aku nak ngorat Alter. Kan Eldy kan? " soal Eryl dengan muka selamba seraya melentokkan kepala dibahu Eldera dengan manja. Sekarang aku rasa dia memang tak normal. Eldera pulak dah macam nak tikam-tikam aje si Eryl dengan garfu dia tu.

"Cubalah. " kini Alzer elok menghunus sebilah pedang dengan muka ngeri. Teguk liur jugaklah aku tengok Alzer ni. Eryl selamba aje.

"Bell.. "

Meremang bulu aku apabila terasa hembusan nafas hangat ditelinga. Terus aku kalih kebelakang. Darah merah menyerbu ke muka apabila wajah Eldera betul-betul dekat dengan wajah aku. Bila dia ada dekat situ?! Lajunya!

"A-apa kau nak? "

"Muka kau merah ni. Demam? "

"Hah..? Ta-Tak. Kau nak cakap something ke?" Soalku seraya menjarakan diri daripadanya. Bahaya kalau dekat dengan Eldera ni. Serius trauma!

"Kau tak nak balik rumah kau ke?" Soalnya datar. Dia ni nak halau aku ke apa?

"Aku bukan halau kau. Aku fikir, mungkin keluarga kau tengah risau sekarang. Lagi pun dah dua hari kau pitam. "

Wow, macam tahu-tahu aje aku ingat dia nak halau aku. Eh jap, dia kata keluarga?

"Err.. Maaflah aku tak ada keluarga. "

"Huh? Princess tak ada keluarga? " Eryl yang pada awalnya bergelut dengan Alzer, berhenti. Begitu juga Alzer. Kini tiga pasang mata memandang aku serentak. Terkulat-kulat aku yang malu ditenung seperti bidadari yang turun dari langit. Hahah.. Okay kau dah over Rea.

"Means kau duduk sorang-sorang sejak kecil?" Soal Alzer. Aku mengangguk bersama senyuman kelat. Sempat aku memandang wajah Eldera. Lembut dan tenang tetapi masih penuh dengan aura bahaya seperti selalu.

"Jom aku hantar kau balik. " katanya lebih kepada arahan dan paksaan. Dia berlalu pergi sambil diperhatikan oleh Eryl dan Alzer yang terkejut.

"O-Okay? "

***

Senyap. Itulah apa yang boleh digambarkan dengan keadaan sekarang. Eldera mahupun Adrea, dua-dua membisu tanpa sebarang kata. Mereka berjalan beriringan sambil ditemani lampu jalan. Walaupun sudah malam, Bandar Zynga masih meriah dengan suara-suara penjual dan gelak tawa penduduk yang berhibur. Adrea tersenyum dengan suasana itu.

"Kau kenapa sengih ni? " soal Eldera disebelah.

"Aku suka tengok keadaan sekarang. Seronok aje. Lagi-lagi yang berkeluarga. "

Eldera memberhentikan langkah lalu kepala ditoleh pada sebuah keluarga yang berjalan bersama anak lelaki mereka. Adrea ketawa apabila si ayah mengangkat anaknya keudara membuatkan kanak-kanak itu ketawa riang. Si isteri pula membebel kerisauan. Si ayah buat don't know aje sampailah kena piat telinga. Sudahnya anak diorang gelak aje.

"Betul ke kau memang tak ada keluarga? " soal Eldera seraya kembali melangkah diikuti Adrea.

"Urmm... Tapi dulu aku dibesarkan oleh datuk di hutan."

"Kau membesar dihutan? " terkejut Eldera apabila mendengar ayat itu. Adrea mengangguk.

'Sama macam aku. '

"Atuk yang ajar aku menulis, membaca dan berlawan. Mungkin sebab dia tahu aku tak ada kuasa, jadi dia latih aku jadi assassin. "

"Sebab tu kau boleh melompat atas pokok semua tu? "

"Yeah.. Tapi, dia meninggal apabila umur aku cecah sepuluh tahun. Sebelum dia meninggal, dia bagi aku pedang ni. "

Adrea menepuk pedang yang tersisip dipinggangnya.

"Katanya, ini pedang warisan Keluarga Bellvania. Pedang ni macam pelindung untuk setiap keturunan keluarga aku. Dan kalau anak daripada keturunan aku itu orang yang terpilih, pedang ni boleh jadi sakti. " Terang Adrea. Eldera pula hanya diam membatu.

"Tapi aku tak tahulah betul ke tak. Dongeng aje kut. Yelah.. kalau pedang ni pelindung, dia sepatutnya lindungi aku daripada tercium dua lelaki dalam satu hari dulu. " Muka Adrea kembali merah apabila terkenangkan kejadian itu. Arh!! Malu betul!

"Apa yang atuk kau cakap, aku rasa ianya betul. " ujar Eldera tetiba. Berkerut dahi Adrea seraya berjalan dihadapan Eldera. Dia berhentikan langkah begitu juga Eldera yang membuat poker face seperti biasa.

"Means? "

"Kau memang tak tahu? " soalnya datar. Adrea dah garu kepala. Apa yang aku tak tahu? Eldera merendahkan badan dan mendekatkan mukanya dengan wajah Adrea.

"Sebab pedang tu, kau tak jatuh atas tanah tapi atas badan aku dan Eryl. Tambahan, kau dapat ciuman daripada dua prince charming. Tak ke untung tu? Atau kau sebenarnya tak puas? "

Merah terus wajah Adrea. Terus muka Eldera yang macam nak cium dia lagi, ditolak. Eldera senyum sinis. Eyy sakit hati betul tengok muka kerek dia tu! Desis hati Adrea. Dengan mulut yang dicebik terus badan dikalih kehadapan dan berjalan meninggalkan Eldera. Eldera menggeleng kepala seraya mengejar langkah Adrea.

Dek kerana malu tahap gaban, kaki Adrea tak semena-mena melanggar batu sehingga terjatuh! Punggunya diusap dek sakit.

"Auww.. Apa punya malanglah nasib aku ni? "

"Hati-hati! "

Jeritan seseorang menyentakkan Adrea! Kepala ditoleh kesisi dan matanya membulat besar apabila sebuah basikal pink dikayuh laju kearahnya! Dek kerana takut, Adrea menutup mata! Badan dia memang dah tak boleh nak gerak!

PIN! PIN!

"BELL! OIT! BUKAK MATA KAU! BELL! "

Mata yang tadinya tertutup dibuka. Air mata Adrea mengalir dikala wajah lega Eldera manyapa mata. Tangan yang mengigil, mencengkam kuat baju Eldera yang sedang mencempung badanya. Tambah lagi trauma aku!

"Lain kali jangan jauh daripada aku! Kalau kau kena langgar tadi macam mana? " marah Eldera. Adrea mengangguk kepala persis anak kecil. Takut! Eldera mengeluh kasar.

"Boleh berdiri tak ni? " soalnya. Adrea mengangguk lagi. Eldera menurunkan Adrea sehinggalah gadis itu berdiri. Apabila Adrea kelihatan boleh berjalan, Eldera melepaskan tanganya daripada bahu Adrea.

"Jom. "

Tak sampai beberapa langkah, Adrea hampir jatuh tetapi sempat diselamatkan Eldera. Eldera mendengus apabila terasa gigilan gadis itu.

"Kenapa kau tak bagi tahu yang kau tak boleh jalan? Kau bukan bisu tak boleh cakap! "

Adrea hanya senyap apabila suara Eldera naik meninggi. Dek kerana geram dengan Adrea yang membatu, terus diangkatnya gadis itu diatas bahu! Macam angkat guni tahu tak!

"El-Eldera! Hey, turunkan aku! Malulah orang tengok! " marah Adrea seraya menumbuk belakang badan Eldera. Huwarhh!! Jatuh maruah aku!! Eldera buat don't know aje. Eleh tumbukan dia bukan sakit pun. Lembut aje!

"ELDERA!"

"Diamlah! Kau tahu tak aku risau tadi? Kalau tak tahu sangat guna kaki tu, baik kau guna tangan. At least, orang tak cakap kau buta tapi gila! "

"Jahatnya mulut! "

"Mulut aku bukan kau. "

Sudahnya Adrea mengalah aje. Nanti lagi sakit hati dia. Tak lama kemudian matanya mula kuyu. Akhirnya dia tertidur diatas bahu Eldera. Lantaklah orang nak kata apa. Semua salah Eldera!

Eldera menghentikan langkah. Apabila sedar Adrea tidak bergerak, dia mengubah posisi gadis itu. Kini badan Adrea elok dicepungnya. Dia tersenyum nipis melihat wajah polos di gadis. Rambut yang menutup dahi gadis itu disisir ke sisi.

"Kenapa kau buat aku risau sampai macam ni sekali Adrea Bellvania? Kau bukan sesiapa bagi aku tapi.. Kenapa? " Soal Eldera. Tanpa sedar, satu kucupan hangat dihadiahkan didahi gadis itu.

Daripada jauh, Eryl yang yang berhoodie hitam memerhati Adrea dan Eldera. Camera miliknya dikeluarkan lalu menangkap gambar mereka berdua.

"Tak menyesal aku ikut and cuba langgar kau tadi Adrea Muehehe.. "

"Abang .. Abang... "

Eryl menunduk kebawah. Keningnya terjongket apabila melihat wajah polos budak yang memanggilnya itu.

"Benda? " soalnya macam nak gaduh.

"Abang ada curi basikal warnah pink tak? Yang cuba langgar seorang kakak tadi? " soal budak tu dengan comelnya. Eryl yang buduh tahap tak boleh bincang menjawab.

"Abanglah. Kenapa? "

Budak itu mengangguk kepala lalu menoleh ke kanan dan menjerit.

"Abang sado!!! Abang ni lah curi yang basikal abang tu!!! "

Nak terkecik Eryl apabila melihat seorang lelaki yang bertubuh dua kali ganda besar daripadanya memandang dia bengis. Badan yang berotot jelas menampakkan urat-urat jantangnya.

"Uuii... Aku ingat perempuan yang bawak basikal pink ni. " Eryl dah sengih kelat.

"GRAAA!!! SINI KAU CELAKA!!! "

Berdesup Eryl melarikan diri daripada lelaki yang dah macam gorilla tu. Sempat dia menyumpah saranah budak lelaki yang tak bersalah tu.

'Now aku tahu kenapa budak-budak sekarang lebih menakutkan berbanding dahulu. Huhu.. bodoh betul. '
__________________________________________________________________

Siap! 😂😂okay ke? Ke ada yang menyumpah saranah si Eryl tu? 😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top