Chapter 89 | Cute

Eldera dan Eryl hanya mampu duduk di sebuah bangku panjang, dibawah pokok sakura. Kepala Eryl elok berehat di peha Eldera manakala Eldera sudah lama tertidur sambil berpeluk tubuh. Letih.

"Sejak kebelakang ni, cepat sangat dia letih. Ada kaitan dengan kuasa dia sendiri ke?" Soal Eryl sendirian sebelum bangkit. Wajahnya jelas risau dengan keadaan Eldera.

"Apa lagi yang aku patut tahu Eldera Delwyn? Kenapa kau sorokan banyak benda? Atau kau sendiri tak tahu?" Soal Eryl lagi. Satu keluhan dilepaskan lalu dia menyandarkan diri pada badan Eldera. Kepala mendongak ke atas.

"Aku nak balik." Ujarnya bersama air mata yang mula bergenang. Arhh! Emosi kanak-kanak dia dah ambil alih! Cepat-cepat Eryl menyahkan cairan jernih itu. Pipi ditampar beberapa kali.

"Mmmm! Kau kena kuat Eryl! Kau kena kuat! Kau tak boleh susahkan Eldera! Yoshh!"

"Hurmm?" Eryl terkejut apabila tubuh Eldera bergerak. Budak lelaki itu menjauhi si remaja bersama mata yang berkelip.

"Kau okay ke Eldera? Sorry dah kacau kau tidur." Pinta Eryl dengan riak serba salah. Eldera yang separuh mamai, hanya senyum lalu mengusap kepala rakanya.

"Tak apa. Aku letih sikit aje ni. Jom."

"Jom? Nak pergi mana? Kau ingat tak yang kita sekarang dekat dunia lain?"

"Huh? Ah. Ya. Maaf, aku lupa. Haiih." Eldera menekup wajah dengan kedua belah tangan. Sempat Eryl menangkap mata kuyu sahabatnya.

"Weh, kenapa kau cepat letih sejak akhir-akhir ni Eldy? Something bothering you? You can tell me if you want. Sekurangnya, kurang sikit beban kau." Ujar Eryl prihatin. Tangannya elok menarik sedikit baju Eldera.

"No. Nothing bothering me. Aku cuma tak boleh tidur beberapa hari aje. Jangan risau lah." Ujar Eldera untuk meredakan kerisauan Eryl. Dia bangkit lalu menarik tangan Eryl untuk mengikut.

"Kita tengok-tengok dulu Kawasan sekitar. Kemudian, baru fikir nak buat apa."

Eryl hanya mengangguk dengan cadangan Eldera. Kini mereka berdua berjalan beriringan sambil berpimpin tangan. Mereka berselisih dengan seorang wanita berambut putih dan wanita itu memberhentikan langkah secara mengejut.

Belakang badan Eldera dan Eryl yang semakin menjauh dipandang hairan. Berkerut dahinya memerhatikam mereka sebelum mengangkat bahu dan beredar.

"Hanya perasaan saya aje kut."

***

"Wow." Mata Eryl membulat kagum apabila melihat pelbagai gerai makanan disekelilingnya. Kini, dia dan Eldera tiba disebuah tokong yang mengadakan sebuah festival. Erat tangan kecil Eryl mengenggam tangan Eldera apabila perasan terlalu ramai pengunjung di kawasan tersebut.

"Hey, Eldy. Kau boleh baca apa yang tertulis di situ?" Soal Eryl seraya memuncung pada board yang memaparkan pelbagai tulisan dan gambar. Eldera berkerut dahi melihat tulisan yang tidak pernah dilihatnya itu.

"Tak, aku tak- Eh?"

Sebelum sempat Eldera menghabiskan ayatnya, tulisan-tulisan itu mula bergerak dan membentuk tulisan didunianya! Serta merta dia dan Eryl berpandangan tak percaya.

"Kau nampak apa yang aku nampak?" Soal Eldera.

"Y-yeah! Tulisan tu bergerak dan.."

"Aku faham apa dia kata." Sambung Eldera lalu datang mendekat. Tanganya naik menyentuh board tersebut.

"Festival musim panas?" Soalnya dengan dahi berkerut. Eryl menyengetkan sedikit kepalanya sambil berpeluk tubuh.

"Patut lah ramai manusia di sini. Ada festival. Tapi kan.." Eryl meraba poketnya. Kemudian, dia kaku sendiri. Perlahan-lahan dia membawa keluar sesuatu berbentuk segi empat sama.

"Huh? Beg dompet sapa ni? Dan ni duit apa?!"

Eryl terjerit kecil. Sumpah! Ini bukan dia punya! Tambahan, tidak pernah dia melihat duit kertas sebegini!

"Eldera." Eryl memandang Eldera yang turut kaku. Otak dia memang tak boleh brain dengan apa yang dah jadi.

"Kejap, ini Ayrez punya." Eldera mengambil beg dompet itu daripada tangan Eryl . Nama Ayrez yang terukir di hujung kanan beg itu ditenung lama. Otaknya ligat memikirkan segala yang jadi.

"Okey, aku rasa kita boleh baca tulisan dan bahasa dunia ni sebab kesan pill yang Ayrez bagi. Ingat tak dia kata tu pill experiment dia? Rasanya dia tak tahu yang pill tu boleh buat kita faham bahasa dunia lain jugak." Terang Eldera sambil mengusap dagu.

"Fasal beg dompet ni, aku rasa dia memang letak dalam baju kau. Kau kan pakai baju dia? Jadi tak hairan kalau barang dia ada dalam baju ni."

Eryl mengangguk walaupun masih lambat untuk dia cerna. Dia memang pinjam baju Ayrez sebab baju dia dah kotor sebelum Lizz tunjukan bilik.

"Jadi.."

"Ini mungkin duit dunia ni. Sikit. Tapi aku rasa cukup lah untuk kita makan. Kau pun-"

Burrrhh..

"Ehe." Eryl sengih tak bersalah lalu memeluk kaki Eldera yang berwajah datar.

"Laparlah abang. Jom makan?"

"Call me that again and I swear I'll chop your head." Ugut Eldera sebelum menarik tangan Eryl dan masuk ke kawasan festival. Mata-mata yang memandangnya dan Eryl, diabaikan sahaja. Malas nak peduli.

"Uwow! Ikan!"

"Eryl." Eldera menegur pelakuan Eryl apabila hampir sahaja budak lelaki itu memisahkan tangan mereka. Dia ni lah, kalau sesat nanti, aku jugak yang dia cari! Desis hati Eldera. Eryl mencebik tak puas hati. Datang dah sintom budak-budak dia.

"Nak tengok ikan pun tak boleh."

Eldera tak menghiraukan cebikan Eryl. Malahan, makin kuat dia mengenggam tangan kecil itu. Nanti, kalau lari lagi, haru aje.

Dan ya. Nak mengawal si kecil Eryl memang kena kuat segi fizikal dan mental.

"Warhh! Coklat!"

"Elderaaa!! Nak tu! Nak tu!"

"Ehikk!! Ayam panggang!!"

"Haii kakak cantik~ besar dada?"

LEKUK!

Eryl mencebik dengan linangan air mata. Kepalanya pula benjol. Sebelah tangan Eldera berasap. Urat bengang timbul di dahi lelaki berambut emas.

"Sob.. Orang mengorat kakak cantik pun tak kasi. Kedekut punya abang."

"I'm not your brother stupid brat. Dan kau tak sedar ke perempuan tu macam nak lempang kau sebab mulut longkang kau? "

"Mulut aku bukan longkang. Mulut aku manis. Bukan macam kau. Toksi dan penuh bahan kimia."

KUK!

Terus Eryl kunci mulut. Air matanya mengalir membuatkan Eldera mengeluh. Kemudian, tanpa amaran dia mendukung Eryl membuatkan si kecil terkedu. Erat dia memeluk leher Eldera. Lelaki berambut emas pula melangkah ke sebuah bangku berdekatan.

"Okey, lepaskan leher aku."

"Ehehe. Eldera dukung aku~. Ehehe. This is heaven~"

". . . "

LEKUK!

"I'm just kidding dammit!"

Eldera tak menghiraukan teriakan sendu Eryl. Tanganya yang meluku kuat kepala si kecil diusap sebelum membunyikan jemarinya.

"Dengar, aku tak nak kau merayau daripada kawasan sini. Duduk aje dekat bangku ni. Kalau aku tahu kau hilang, nahas aku kerjakan. Faham?" Ugut Eldera bersama aura garangnya. Laju Eryl mengangguk dek takut.

"Aku belikan makanan. Ingat, hilang aje. Memang teruk kau dapat." Tegas Eldera lagi bersama jelingan tajam sebelum beredar.

"Gihh! Kejam punya member. Aku baru nak pergi usya kakak seksi. Hurmm."

Eryl hanya termenung memandang langit. Mata ditutup lalu satu bayangan muncul.

"Jangan jadi bodoh lah Eryl! Dia bukan lagi orang yang kau kenal! Kau nak mati ke apa tadi?!"

"Arhh!" Eryl menjerit membuatkan banyak mata memandanganya. Dia yang hampir susah bernafas, mengaturnya kembali. Sengihan terbit di bibirnya sebelum menunduk memohon maaf.

"Apa tadi tu? Man, that's scary." Eryl menyahkan bayangan ngeri tadi. Banyangan di mana dia dikelilingi banyak mayat serta darah yang seakan lautan.

"Urgh, i don't like this feeling."

"Argh! Dammit! Apa kau dah buat hah jahanam?!"

Eryl terkejut dengan jerkahan kuat seorang lelaki. Laju kepalanya menoleh pada seorang lelaki gempal yang elok menjerit-jerit pada seorang budak perempuan yang berpakaian kimono. Bajunya basah seakan terkena air yang dipengang budak perempuan itu.

"Haiih.. Tak boleh ke dunia ni ada sisi baik aje?" Keluh Eryl dan cuba mengabaikan apa yang jadi. Dia tak nak timbulkan masalah untuk Eldera.

Even dia memang nak. Hahaha!

"Bodoh! Lain kali tengok depan! Kau ni buta ke apa?"

"M-maaf! Sa-sa-saya.."

"Sini kau!"

Sebelum sempat lelaki itu menampar budak tersebut, tanganya pantas dihalang oleh bayangan hitam. Mata hijau bayang tersebut mencerlu tajam padanya manakala sebelah lagi memeluk erat bahu budak perempuan itu.

"Damn you fat pig. Aku memang tak nak masuk campur. Tapi sekali kau angkat tangan, memang boleh buat aku angin satu badan." Dingin Eryl memberi amaran sebelum menjauhkan diri bersama budak perempuan itu. Lelaki gemuk mula bengang.

"Jahanam kau budak! Kau siapa nak masuk campur?!" Jerkahanya diabaikan oleh Eryl.

"Kau okey tak? Mak kau mana? Aku rasa better kau cari dia. Jangan jalan sorang-sorang. Bahaya." Lembut Eryl memberi nasihat bersama tangan yang mengusap kepala si gadis kecil yang mula memerah.

"Kau.. Berani kau!!"

Saat lelaki itu mahu melayangkan penumbuk pada Eryl, wajahnya dahulu di sepak oleh satu figura misteri! Eryl yang baru nak buat serangan terkebil-kebil. Lebih membuatkan dia tercegang, apabila figura itu ialah Eldera.

'Oh crap.'

"You pathetic human being. You really dare to touch my little brother huh? Want me to kill you? listen, I already kill one before and you.." kolar baju lelaki itu dicengkam kuat. Aura bunuhnya terselah membuatkan lelaki itu menggigil .

".. Will be the second one."

"I-I…Kyahhhhhhh!!!!"

Tercengang Eryl jadinya apabila lelaki tadi berlari takut bersama suara kepit.

'Damn, that's hilarious.'

"Kejap, dia terkencing ke tu?" Tunding Eryl pada satu lopak dimana tempat lelaki tadi berdiri. Eldera menjauh bersama muka jijik.

"Disgusting." Serentak Eryl dan Eldera berkata sebelum mata kembali pada seorang budak perempuan. Budak perempuan itu berkali-kali berterima kasih sebelum beredar mencari ibunya. Eryl pula tersenyum lalu tersengih nakal di sebelah Eldera yang berwajah poker.

"What?"

"Hehe. My little brother huh? Hehehe. That's sweet Onii-chan~."

Serta merta wajah Eldera merah sebelum memalingkannya ke sisi seakan robot. Semakin suka Eryl untuk menyakat.

"Eh? Did Onii-chan blushing? Kawaii, kawaii~Umu. Umu."

"S-shut up! Stop calling me that you stupid brat!"

Eryl ketawa sebelum terdiam. Hairan dengan sikap Eryl, laju Eldera menyoal.

"Kau kenapa diam?"

"Can-cantik.."

"Huh? Apa kau merep-"

"KAKAK CANTIK!!! KYAHH!! ERYL NAK PELUKKK!!"

Melompong mulut Eldera apabila Eryl hilang dari rada dan meninggalkan debu aje. Tanganya yang elok mengenggam tin minuman, terus kemik dan hancur. Aura gelap mengelilingi bersama senyuman manis.

"T-that damn brat.."

***

Eryl mengaru pipi apabila sedar dirinya tersesat. Tadi waktu dia kejar kakak cantik, kakak tu tengah bercium dengan laki dia pulak. Tak jadi Eryl nak kacau. Tapi berdiri macam tugu jugak lah dekat situ sambil tengok free drama. AHAHAHA.

"Okey, Eldera maybe akan bunuh aku lepas ni. Tapi masalahnya aku dekat mana ni?" Soal Eryl lalu berjalan tanpa arah tuju.

"Huh? Sebuah dojo?" Soal Eryl hairan apabila dia menemui sebuah dojo lama yang tidak dikenali. Entah macam mana dia boleh ke sini, dia sendiri tak pasti. Kusyuk sangat tengok pemandangan.Tak lupa juga asyik pikir macam mana nak lari daripada kena bunuh dengan Eldera. Heh.

"Ada orang ke-"

"Arhhh! Y-you! You pervert!"

"Ke-kejap Elene!!! A-aku-"

BRAMMMMM!!

"AYARKKKK!!!"

Eryl hanya mampu terkebil-kebil apabila sesuatu melayang keluar daripada bumbung dojo tersebut sehingga hilang di langit. Boleh nampak jugaklah seketul bintang bercahaya.

"That's scary." Membiru wajah Eryl apabila perasan yang melayang tadi seakan manusia.

"What's scary?"

"Huh? Arhhh!" Eryl menjerit takut saat satu suara menyapanya daripada belakang. Turut naik nafasnya apabila seorang gadis menyapa pandangan. Berambut hitam dan comel.

"Hehe, maaf dah kejutkan adik. Tapi apa adik buat dekat sini?" Soal gadis itu ceria membuatkan otak Eryl blank.

'Cu-cute.'

"Hurmm? Adik okey ke?"

"Eryl okey! Eryl cuma sesat aje! Ehehe." Eryl tersengih  gedik. Kid mode on! Hahaha!

"Sesat? Adik terpisah dengan keluarga ke?"  Risau si gadis menyoal. Tanganya naik mengusap kepala Eryl membuatkan si kecil bertambah bahagia.

' Sorry Akira. Aku terpaksa hadap ramai kakak cantik dan comel dekat sini. Hehehe.'

"Hey Astia. Awak cakap dengan siapa tu?" Kali ni muncul pula seorang gadis berambut kuning berkilat. Kedua belah tanganya elok memengang bungkusan bahan masakan.

"Huh? Ah Aphys!"

Laju Eryl melarikan mata pada gadis bernama Aphys. Dan..

'Is she a Goddess?! T-this can be.. M-my heart! Arhhhh!!!'

Bledddd!!

"Huh? Arhhhh! Hey! Hidung awak berdarah!!"

Dunia Eryl pun menjadi gelap.

***

Dunianya gelap. Sekelilingnya gelap. Kiri kanan dia pandang, semuanya gelap. Sampailah, satu cahaya putih muncul dihadapanya lalu membentuk satu susuk tubuh tanpa kelihatan wajahnya. Eryl mengerut dahi dengan situasinya sekarang. Dia di mana? Apa kawasan ni?

"Eryl Ryuzaki." Panggil susuk tubuh itu. Semakin berkerut dahinya. Suara tu, suara yang agak familiar. Apabila dia mahu membuka mulut, suaranya tidak langsung keluar. Dia tergamam. Sekali lagi dia cuba, namun resultnya tetap sama!

"Jangan sesekali kau mungkir janji kau Eryl Ryuzaki." Mata Eryl membulat apabila suara tu sekali lagi bersuara setelah lama berdiam diri. Lebih mengejutkan apabila bahunya dicengkam kuat! Dan serta merta seluruh kawasan berubah! Berubah kepada lautan mayat dan darah! Tubuhnya mengigil! Apabila matanya jatuh pada lelaki itu, wajahnya membiru.

'A-aku?!'

"Tolong Eryl Ryuzaki. Kau.. Kau tak boleh mungkir janji kau! Dia.. Dia tak bersalah! Dia cuma tersalah pilih jalan, dia ditipu dan dipergunakan! Kalau kau mungkir.. Kau hanya akan menyesal seumur hidup! Jadi tolong.."

Eryl hilang kata-kata. Lelaki yang berwajah sama sepertinya sangat terdesak. Wajahnya juga berdarah-darah dan sisik hitam berada di mana-mana!

"..Lindungi apa yang kau percaya Eryl Ryuzaki."

Dan saat itu, mata Eryl menangkap seorang lelaki bertanduk. Pipinya bertatu seakan api sehingga ke leher. Mata hijaunya malap dan tiada keserian serta cahaya. Pedang kegelapan yang tidak pernah dilihatnya diangkat. Eryl nak menjerit tetapi suaranya bagaikan disekat!

'Lari.'

Pedang itu disasarkan pada figura dihadapanya.

' Cepat lari!!'

"Just.. Give up already.."

'Stop! Stop! Stop! I'm begging you!'

SSSLLASHHHHGGGG!

"JANGAN!"

Nafasnya kecang. Badanya berpeluh teruk. Tanganya naik mencengkam dada. Mata yang berair, dilapkan dengan belakang tangan.

Pedih.

Sakit.

Takut.

Semuanya dalam satu masa. Eryl sendiri tidak faham apa yang baru dia alami. Tambahan pula, badanya mengigil setiap kali terkenangkan moment tadi.

Ianya seakan nyata.

"Kau dah sedar huh?"

Tegur satu suara membuatkan dia tersentak. Perlahan-lahan kepala diangkat dan wajah kosong seorang lelaki menjadi tatapan pertamanya. Rambut coklat yang agak panjang, dibiarkan lepas.

"Hurmm? Kenapa kau menangis?"

Apa yang Eryl nampak sebenarnya? Dan ya, tiga character dari  Goddess & The Immortal sudah berjumpa!! Hahaha. Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top