Chapter 88 | Bad luck
"Like i thought.."
Ayrez memandang sekilas pada figura wanita yang kini berdiri di hadapan sebuah pokok berdaun ungu. Dia yang kini bertongkat satu hanya mampu mengeluh. Sumpah dia tak akan cari nahas lagi dengan Red. Sampai bertongkat bini dia kerjakan dia. Grr.
"Jadi kau memang dah tahu pokok ni boleh aktif balik? Asal kau tak buat pagar hah? Tengok! Dah jadi masalah pulak! Budak tiga ekor tu pun satu! Yang pergi gatal masuk sini apahal?! " Rengus Ayrez geram seraya mendekat. Sebaik sahaja sampai disisi wanita itu, atas bawah Heira memandangnya dengan senyuman.
"Apa tengok-tengok? Tak pernah nampak laki kena belasah dengan isteri?"
"Fufufu. Nope~. Tapi akak suka lah apa yang Red dah buat~. Mesti sakit kan? Hurmm?"
"I'll kill you."
"Ara, ara. Please not know~. Kita ada perkara lebih penting bukan?"
Kini Heira mendekati pokok ungu tersebut. Pokok yang lebih mereka gelar sebagai 'Sekai'. Sebuah pokok magis yang mampu menghantar sesiapa sahaja ke dunia lain. Namun, Sekai sudah lama tidak diaktifkan atau lebih tepat tidak boleh diaktifkan.
Jadi, mengapa pokok ini kembali berfungsi? Itulah yang bermain di fikiran Goddess Yggdrasil dan hantu abadi tersebut.
Mata Heira lama dipusatkan pada pokok itu. Telapak tanganya menyentuh permukaan batang manakala sebelah lagi dihulurkan kepada Ayrez untuk di sambut. Terjongket sebelah kening lelaki bermata merah jambu itu.
"What? "
"Gimme your hand my beloved little brother~. Jangan cakap Ayrez nak redah aje pergi semua dunia nak cari mereka? That's stupid~."
"Urgh. Shut up. Kau-O-oi! What the hell are you doing?!" Ayrez terjerit kecil dikala tangan Heira merangkul lengan sasanya. Meremang dirinya apabila Heira tersenyum manis.
"Fufufu. Lengan Ayrez memang sasa~"
"You creep! Let go of me!"
"Mou, it's been a long time since we travel together~. Biarlah kakak lepaskan rindu pada Ayrez~Fufufu."
"No, no and a big no! I don't want to travel with brocon like you! Aku risaukan maruah aku bila dengan kau!"
"Ara, ara. Don't worry little brother~. I won't do anything. Well, probably. No promise~"
"What-"
"Alright, let's go~!" Terus Heira menarik tangan Ayrez yang sudah membiru satu wajah. Tanpa sempat dia membantah, tubuhnya dan tubuh Heira sudah selamat ditelan masuk ke dalam pokok tersebut!
"Noooo!!!"
***
Heira memandang sekeliling yang putih kesemuanya, manakala Ayrez berada dalam bentuk hantu. Elok aje lelaki itu terapung sambil berpeluk tubuh dengan muka yang cemberut.
"Damn that Heira. Suka sangat memaksa. Dari dulu sampai sekarang. Dasar keras kepala. Patut virgin aje sampai sekarang. Huh! Terlajak tua tul. "Kutuk Ayrez dalam bisikan tetapi didengari jelas oleh Heira. Sengaja.
"Hurmm? Are you pick a fight now dear~?" Soal Heira tenang. Namun, sekelilingnya penuh dengan aura gelap dan membunuh. Ayrez teguk liur lalu terbang jauh sedikit. Menyesal.
"N-no. Sorry ma'am."
"Haaihh." Heira mengeluh panjang lalu menarik Ayrez untuk mengikutnya. Nak tak nak, Ayrez pasrah aje. Kalau lawan pun tak guna.
"See this path?" Soal Heira apabila berdiri di hadapan dua jalan yang berbeza. Ayrez hanya melihat bersama kerutan di dahi. Sebelah kanan, jalan berwarna biru. Manakala di sebelah kiri berwarna ungu.
"Apa ni?" Soal Ayrez tidak mengerti.
"Ini lah jalan untuk ke dunia lain." Terang Heira seraya melutut di jalan biru. Tanganya menyentuh permukaan jalan tersebut bersama mata yang tertutup. Ayrez menanti dengan sabar dan dalam masa yang sama, sayap putih Heira bercahaya.
"Jalan biru ni.. Ianya jalan ke dunia manusia yang tinggal di 'bumi'. Dunia yang penuh dengan manusia biasa tetapi banyak teknologi canggih. Bukan tu aje, dunia ni juga.. Ada God dan Goddess yang sangat kuat, Puak naga yang memiliki darah syaitan dan juga syaitan tulen. Hampir sama dengan dunia yang budak bertiga tu datang walaupun tetap berbeza. Sebab ada juga mahluk daripada dunia lain yang tinggal di sana. Daya kuasa di sana boleh tahan juga. Ah, dunia ini juga ada immortal, tapi bukan daripada dunia Immortal yang sudah musnah dahulu."
Perlahan-lahan Heira membuka matanya lalu memandang kearah Ayrez yang jelas terkejut dengan peneranganya sebentar tadi. Heira hanya senyum dengan riak tenang.
"Macam mana kau.."
"Fufufu. Kakak tak akan di gelar Goddess hanya sebab memeritah kerajaan Yggdrasil Ayrez~. Sekarang, Ayrez pernah ke dunia tu?" Soal Heira membuatkan Ayrez berkerut dahi. Tangan naik mengusap dagu.
"God and Goddess, dragon with demon's blood, Immortal... Wait."
Ayrez kembali teringat pada lelaki berambut merah yang pernah dia langgar tanpa sengaja dahulu. Ya! Lelaki yang memiliki aura syaitan itu!
"Aku tahu dunia tu! Tu dunia yang pernah aku pergi dengan Red! Wow, diorang pergi ke dunia yang banyak yukata tu?! Not fair! Arhh! Dunia tu banyak barang kuno dan antik!! "
Heira hanya memandang blur pada Ayrez. Itu aje dalam otak adik dia?
"Sekarang aku bebetul kesian dekat buat tiga ekor tu." Bisik Heira sebelum melutut di jalan ungu pula. Saat tapak tanganya menyentuh permukaan jalan tersebut, dia bagaikan direnjat elektrik! Tubuhnya keras serta merta!
"No way.." Laju Heira bangkit dengan wajah terkejut. Perasan akan perubahan itu, Ayrez menghampiri lalu menepuk bahu si gadis.
"Kenapa ni?"
"Ayrez pergi dunia tu." Arah Heira tegas membuatkan Ayrez tak puas hati. Tanpa dapat memprotes, Ayrez terus terdiam. Wajah serius Heira membuatkan dia tak sedap hati.
"Haiih, baik lah." Sudahnya Ayrez hanya mampu mengeluh lalu berjalan diatas jalan biru. Sempat dia menoleh memandang Heira yang masih statik di atas jalan ungu.
"What wrong with that path?"
***
Dalam masa yang sama , Red mengenggam erat buku limanya apabila membaca note diatas meja. Nafasnya panas. Api merah mengelilingi seluruh tubuh. Senyuman mengerikan terbentuk di bibir.
"Ara, ara. Awak pergi tanpa pengetahuan saya lagi? Fufufu. Ayrez, Ayrez~"
***
Meremang satu badan Ayrez apabila seakan dapat merasai aura bunuh isterinya. Apabila ditoleh kebelakang, matanya hanya dapat melihat jalan yang dilaluinya sahaja. Bahu diangkat lalu meneruskan perjalanannya.
"Kejap, asal aku tak guna kuasa aku aje? Gehh, stupid Ay-"
Tidak sempat Ayrez mahu menggunakan kuasanya, kaki dia terlebih dahulu dibelit oleh akar pokok yang entah daripada mana tumbuh! Matanya membulat tak percaya!
"Eh? WARHHHHHH!!"
Tanpa amaran, tubuh Ayrez terus ditarik kedalam jalan tersebut! Ayrez bagaikan jatuh kedalam lubang kegelapan! Hanya suaranya sahaja yang mampu didengari!
"Kenapa semua ni jadi pada akuu?!!!!!"
***
Berbalik pada Heira, gadis itu turut berjalan mengikut laluanya. Dia tenang melangkah dan sedikit demi sedikit, suasana berubah. Seakan berada di dalam sebuah gua. Dan di sebalik dinding gua, muncul seorang budak lelaki berambut hitam dan bermata ungu. Budak yang sama dilihat oleh Eldera dan Eryl.
"So it's true." Bisik Heira bersama senyuman kelat. Matanya sayu memandang budak lelaki itu.
"Boleh bagi akak jumpa kawan awak?" Soal Heira. Budak lelaki itu termenung seketika. Dia mengeleng.
"Kenapa?"
"Dia.. Ada pesanan. Pesanan penting.. Tak boleh..Kacau." ujar budak lelaki itu perlahan-lahan. Heira tetap juga tersenyum.
"Tapi kamu tahu bukan?" Heira cuba mendekat tetapi budak lelaki itu mengundur jadi Heira hanya membatalkan niat untuk menghampiri.
"Tak elok kalau ubah masa lampau.."Ujar Heira dengan senyuman kelat.
"Sebab nanti masa depan-"
"Tapi..Ini untuk kebaikan. Supaya..Masa depan.. Tak ada..Yang menyesal." Cantas budak lelaki itu lalu menghilangkan diri. Gua itu juga lesap bersama jalan ungu yang di lalui oleh Heira. Gadis itu mengeluh panjang. Tangan naik mengurut pelipis.
"Betul ke kecelakaan yang di ramalkan oleh Arvie boleh berubah?" Bisik Heira sebelum memandang sekeliling.
"Well, mungkin boleh fikirkan itu nanti. Tak boleh biarkan Adrea tahu apa jadi di masa depan terlalu banyak." Heira melebarkan sayapnya sebesar mungkin. Dia perlu cari Adrea dan juga..
Budak dari masa depan .
***
"Urghh.." Ayrez mengerang sakit saat badanya terhempas diatas sesuatu. Kepala digosok sedikit lalu mata di liarkan pada sekelilingnya. Dia yang kini berada dalam bentuk manusia ,menyahkan segala debu. Tong sampah yang kemik dek kerana badanya hanya mampu di pandang simpati.
"Maaf cik tong, bukan niat anak nak menghentam cik. Tapi entah setan apa tarik anak ke sini lalu menghempaskan badan yang sasa ini di atas cik. Mintak ampun eh?" Ujar Ayrez seraya mengusap tong kemik itu. Laju dia mengelengkan kepala. Terus tong tadi dicampak tepi seakan tersedar sesuatu.
"Bapak biul otak aku. Dah fokus Ayrez! Fokus!"
Tak sempat dia nak bergerak, satu bedilan peluru hampir sahaja menembusi tubuhnya! Serta merta makian terlepas di mulut sebelum wajah berubah pucat apabila sekumpulan lelaki berlari kearahnya!
"Curse you my bad luck!"
"Get him! Jadikan dia tebusan! Kita tak boleh biarkan Sixth tangkap kita!"
Ayrez mengenggam buku lima. Urat bengang timbul di kepalanya. Diorang fikir dia siapa nak dijadikan tebusan?!
"Nak jadikan aku tebusan?! Baik! Biar aku kasi korang tengok hantu punya amarah dulu! "
Serta merta Ayrez berubah rupa dalam bentuk Second Grave miliknya. Dia ketawa kejam dengan kepala tengkoraknya yang tidak langsung di tutupi oleh hoodienya seperti selalu. Terus membiru wajah lelaki-lelaki di hadapanya .
"Happy to meet your angel of death , jackass?! Because i'm babeh!! Aku tengah stress, kau boleh tambah lagi?! Mari sini!! HAHAHA!"
"GUARHHHHHHHHH!!!"
DUSHHHHH!
DUSHHHHH!
DUSHHHHH!
***
Beberapa minit kemudian..
"What the.." Seorang pemuda dengan rambut hitam dan putih, berdiri di sebuah lorong dengan riak tak percaya. Pemuda berambut hitam disebelahnya juga hilang kata-kata dan ternganga.
" Siapa tibai diorang teruk sangat ni? Baru aku nak panas badan.." Keluh si rambut hitam seraya mengikut jejak pemuda di hadapanya.
Lelaki-lelaki yang dibelasah Ayrez, kebanyakkannya hilang kesedaran diri. Ada juga yang lebam satu muka dan hampir-hampir tidak dapat di cam wajahnya. Mereka juga perasan, tiada langsung kesan kuasa atau lagaan senjata di persekitaran. Seakan-akan lelaki-lelaki itu, hanya berlawan dengan manusia biasa.
"Nak kasi tahu uncle ke Am?" Soal pemuda dengan rambut dua warna atau lebih tepat lagi, Luqman Al’Reezal.
"Sebelum kita kasi tahu, aku rasa dia sendiri dah tahu." Balas Aminudden Al’Reezal dengan muka blur.
"Huh?"
"Ni. Dia baru kasi aku pesanan. Dia mintak kita uruskan tempat ni sementara dia uruskan someone yang dah tersesat." Balas Aminudden lalu menghulurkan smartphone miliknya. Luqman hanya membaca sebelum mengeluh.
"Baik lah. Kalau uncle pun dah kata macam tu, jom lah settled kan."
"Yeah."
***
"Huff.. Huff..Huff Urgh..Sob.. Urgh. Curse you bad luck. Sob.. Kenapa semua ni jadi pada aku? Sob..Sob..Urgh, pinggang aku sakit balik. Sob..Sob.."
Ayrez menangis tak berlagu diatas sebuah bangku. Tanganya elok mengurut pinggang. Orang yang lalu lalang melihat pelakuanya yang seakan orang tua, diabaikan sahaja. Pinggang sakit ni oi!!
"Sob.. I wanna go home..Sob.. I wanna kill those three.. Sob.. I wanna kill myself too.. Urgh..Sob..sob.."
"Wow, kau sedarkan orang boleh dengar apa yang kau kata tu?"
Perlahan-lahan Ayrez menoleh kesisi. Dia yang masih menangis hanya mampu memandang pemuda kacak yang berdiri disebelahnya itu dengan riak sendu.
"Sob.. I don't care. Sob.. Aku dah biasa dipandang pelik .. Sob..Sob..Urgh.. Pinggang aku.."
Lelaki tadi hanya ketawa kecil lalu duduk disebelah Ayrez dengan selamba. Mata Ayrez menjeling tak puas hati.
What is this? Why he sitting with me? Wait, why i even care? He can sit whatever he want! Why am i thinking? Why? WHY?!! ARHHH!
"Damn, otak aku memang dah biul habis. Agak kalau pukul ni, boleh berfungsi balik ke?" Itulah yang terluah di bibir Ayrez. Sekali lagi, dia menjeling lelaki yang ketawa kerana ayatnya.
"Kenapa kau gelak? Aku tak buat lawak pun! Ke kau ni ada penyakit suka gelak tak kena tempat? Gila. "
"Haiih, kau pun tak betul nak kata orang. Pernah tengok cermin tak?" Bidas lelaki disebelah Ayrez dengan nada sarcasm. Ayrez mencebik.
"Tak. Cermin pun aku tak tahu apa benda. Kau nak tunjuk?" Balas Ayrez seraya cuba bangkit tetapi terpaksa duduk kembali sebab pinggangnya.
"Gihh!! Aku sumpah kau pinggang! Aku sumpah kau! Shit! Urghh..Sob.."
"Last kau makan ubat sakit jiwa bila eh orang tua? Teruk sangat dah kecacatan otak kau. Aku risau, kalau melarat nanti.." Meleret-leret suara lelaki misteri itu. Dia sekadar sengih tak bersalah apabila Ayrez mula bengang.
"Mind your own business."
"Well? This is my business."
Terus tegak bulu roma Ayrez apabila merasai aura lelaki disebelahnya. Liur diteguk sukar. Wajah serius itu dipandang dengan pandangan curiga. Dia turut mengaktifkan auranya seakan berjaga-jaga.
"Kau.. Aura kau merbahaya. Kau bukan manusia biasa yang ada di sini." Ujar Ayrez seraya bangkit perlahan-lahan. Lelaki tadi ketawa sinis lalu berpeluk tubuh.
"Kau pun sama. Aura kau tak sama macam orang-orang yang aku pernah jumpa. Tapi itu tak penting. Yang penting sekarang.." Semakin gusar Ayrez jadinya apabila mata lelaki itu mencerlu tajam padanya. Seakan sepasang mata naga dan bukan manusia.
"Kau musuh atau kawan?"
Ayrez tidak pantas membalas. Dia hanya diam sebelum melepaskan keluhan berat.
"Aku kalau boleh tak nak timbulkan apa-apa masalah. Jadi boleh kata, aku kawan. Maaf, aku tak berminat nak bergaduh atau apa-apa yang berkait denganya. Dah lah baru lepas kena belasah dengan isteri." Ayat terakhir diperlahankan supaya lelaki itu tidak mendengar. Malu duh kalau tahu.
"Hurmm? Well, kalau kau dah kata macam tu.." serta merta aura lelaki tadi lesap dan diganti dengan wajah tenangnya.
"Tapikan satu aje aku mintak..." Ujar Ayrez tetiba lalu berdiri dihadapan lelaki tersebut. Lelaki misteri itu mengangkat sebelah kening. Hairan.
"Apa?"
Lama mereka berbalas pandangan. Tajam dan merbahaya lalu..
"Urut jap pinggang aku? " Ujar Ayrez bersama kelipan cahaya di wajahnya.
Krik..
Krik..
Krik..
"You stupid. No, you totally insane. Maaf sebab menganggu. Aku call hospital sakit jiwa sekarang. Aku janji kau akan dapat rawatan yang terbaik." Laju lelaki misteri bangkit untuk beredar. Ayrez pula kelang kabut menghalang laluan lelaki tersebut!
"Okey! Okey! Aku bergurau okey! Bukan itu yang aku nak cakap!"
"Then , speak. Aku tak nak bazirkan masa." Keluh lelaki itu lalu tangan di seluk ke dalam poket seluar.
"Kau ni.. Raja naga dunia ni kan? Aura kau berkuasa. Ini pertama kali aku rasai aura macam kau selain milik dua naga yang aku kenal." Soal Ayrez tanpa berselindung. Lelaki itu terkejut sedikit sebelum mengukir senyuman. Nampaknya tak boleh nak sorok dah..
"Hanya dengan aura aku yang sedikit aje kau dah boleh teka huh? What a surprise! "
"Sikit kau kata..?" Ayrez memandangnya tak percaya. Itu kata sikit? Aku tak rasa macam sikit aje tadi! Nampaknya dia kena buat note untuk cari maklumat sikit di dunia ni. Nampak menarik jugak. Yang pasti bini kena ada. Sob, rindu..
"Yeah. Sikit aje. Dan kau pulak bukan dari dunia ni right?"
"Hurmm. Lebih tepat lagi, aku kena tarik masuk sini." Balas Ayrez lalu meregangkan sedikit otot badanya. Macam mana lelaki itu tahu dia dari dunia lain, tidak dipedulikan. Malas nak panjang cerita.
Sakit dipinggang masih terasa tetapi diabaikan sahaja. Dia tak boleh berlama sangat. Ada dua puteri dia nak kena selamatkan. Guling mata ke atas.
"Kau tahu nak balik tak ni?" Soal sang raja naga lalu berpeluk tubuh. Ayrez tersengih dan mengangguk.
"Aku dah biasa pergi macam-macam dunia dan dimensi. Setakat kena tarik masuk sini, aku tembus ajelah mana-mana dunia lepas ni. Hantu kan?"
"Kau hantu?" Berkerut dahi lelaki didepan Ayrez.
"Yup. Half immortal, half ghost. Easy said, Immortal Ghost." Terus Ayrez berada dalam mode hantunya. Matanya memandang wajah kagum lelaki dihadapanya.
"Not bad. Aku kenal orang yang boleh merentas dunia dan dimensi, tapi tak pernah pulak jumpa yang jenis hantu." Dia tersengih.
"Lain dunia, lain cara. Oh ya lah, nama kau?"
"Hurmm? Kenapa nak tahu?"
Ayrez mencebik geram. Lelaki ni punya selamba, boleh buat dia sakit hati.
"Salah ke kalau aku tanya?"
"Tak ada lah, kau kan hantu? Mana tahu nak kasi nama aku dekat kawan-kawan kau lepas tu kacau aku. Tak nak arhh.."
"Aku sepak jugak kau ni karang."
"Tak, kalau aku yang sepak dulu." Sinis lelaki itu membuatkan Ayrez menekup muka.
"Puak naga memang semua jenis suka buat orang sakit hati ke apa?" Soal Ayrez dalam bisikan.
"What? It's fun ya know."
"Shu-"
"Ikhwan."
"Huh?" Ayrez memandang lelaki bernama Ikhwan dengan wajah blur.
"Nama aku Ikhwan. Ikhwan Syah Al’Solleh." Tenang Ikhwan memperkenalkan diri. Ayrez yang melihatnya terdiam seketika. Aura lelaki itu memang lain daripada lain. Sudahnya dia hanya mampu mengeluh panjang.
"Aik? Aku kasi nama pun nak mengeluh eh orang tua?"
"Shut up. Don't call me that. "
"Then? What should I call you?"
"Ayrez Hernandez. Just call me Ayrez. Tapi kau tak ingat pun tak apa. Bukanya aku nak jumpa kau lagi ke apa."
"Tapi kalau aku nak jumpa kau?" Ikhwan tersengih penuh muslihat membuatkan Ayrez menjegil mata padanya.
"Don't you dare! I don't want to see you! Jangan hantui aku kalau kau ada kuasa macam aku!" Terjerit kecil Ayrez jadinya seraya menundingkan jari pada Ikhwan yang masih dengan senyumannya.
"Heh, tapi kau agak menyeronokkan untuk dikacau."
"NO! Dammit! Curse my bad luck! And you..! " Ikhwan sekadar angkat kening apabila Ayrez melihatnya dengan mata yang terjegil.
".. I hate you! "
ZAPPP!
Terus Ayrez menghilangkan diri seakan kabus membuatkan Ikhwan terkebil-kebil seketika. Tawa kecilnya terlepas sebelum berpaling kebelakang.
" I hate you huh? Itu cara dia ucapkan selamat tinggal? Menarik! Dia memang seronok untuk dikacau. Hehe."
Dalam masa yang sama, badan Ayrez meremang satu badan.
"Please jangan buat aku jumpa dia lagi. Aku harap sangat ini pertama dan terakhir. Tolonglah, kenapa semua yang aku jumpa asyik nak kacau aku?! Gehh! Curse you bad luck! Curse you!"
Surprise! Yeah! Crossover bersama watak dari dunia laim atau korang kenal dengn book..
CHRONICLES KAISER
DAN
GODDESS & THE IMMORTAL
Karya Wanzenith
Yup. Ada yg teka betul. Hahaha. Okey ni first time saya buat and saya dah mintak izin author dia dulu. Dia kasi, maka jadilah crossover. so yeah. Enjoy ♥️ hehe.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top