Chapter 87 | Another world

"Jadi ini bilik kau berdua.."

Eldera dan Eryl hanya mengangguk pada Lizz yang berwajah bosan dan kantuk. Adrea pula sudah lama masuk ke biliknya yang ditunjukkan  oleh Lizz sebentar tadi. Manusia ular itu kemudian mengunakan ekornya untuk membuka pintu bilik mereka.

"Korang masuk lah dulu. Rehat. Nanti Heira arahkan orang dia hantar pakaian segala. Kalau nak berjalan ke apa ke, kau buat lah. Tapi make sure pakai hoodie yang ada dalam almari."

"Kenapa?" Cantas Eryl dengan kerutan didahi. Lizz memandanganya seakan dia menyoalkan sesuatu yang paling bodoh dalam dunia.

"Stupid question come from stupid child. Haiih.."

"Gik." Urat bengang timbul di dahi Eryl apabila mendengar tutur kata yang tersangatlah jujur dan ikhlas itu.

"Untuk soalan kau, Heira mungkin dah selamatkan kamu semua daripada dicincang oleh para panglima dunia ni, tetapi tak bermakna dia dah selamatkan kamu bertiga daripada penduduk di sini, di Yggdrasil. " Terang Lizz seraya datang mendekat. Tanganya naik menepuk bahu Eldera sebelum mengusap kepala Eryl.

"Aku harap kau semua tak timbulkan masalah walaupun kemunculan kamu semua memang dah jadi masalah. Lebih tepat lagi, jangan tambah beban pada Goddess kami. Itu aje."

Lizz berkata tegas seraya beredar meninggalkan Eryl dan Eldera yang kaku di tempat mereka berdiri. Mereka berpandangan sebelum masuk ke bilik.

***

Eldera membuka bajunya lalu dicampakan ke atas meja kecil yang terletak disebelah katil bujangnya. Punggung dilabuhkan diatas tilam empuk lalu mengeluh panjang. Eryl yang sudah melompat-lompat macam monyet diatas katil dihadapanya, dipandang dengan wajah kosong.

"Kau main apa ni Eryl? Macam tak pernah jumpa katil."

" Ini namanya sindrom kanak-kanak aku berfungsi okey? Aku bukan remaja sekarang, so apa salahnya aku enjoy my life as a kid untuk sementara waktu?" Balas Eryl dengan sengihan sebelum berguling-guling diatas katil sambil menyanyi-nyanyi kecil.

"Mengantuk, mengantuk,
Nak tidur mana~?
Mengantuk, mengantuk,
Nak tidur mana~?"

Dan-dan Eldera memandang Eryl dengan muka yang sebal.

"Kau nyanyi apa gila?"

"Hey! How dare you call this innocent child 'gila'? Budak ini terasa tahu?"

"Eryl.." Eldera memanggil nama Eryl dengan nada meleret seakan letih melayan kerenahnya. Terus badan direbahkan kebelakang. Nafasnya pula dihela lagi. Sebelah tangan direhatkan diatas wajah. Eryl mengaru pipi apabila Eldera nampak letih sebegitu.

"Weh aku gurau aje . Ayrez yang ajar lagu pelik tu dulu.." Eryl turun daripada katil lalu terkedek-kedek mendekati Eldera. Sampai aje di birai katil, kakinya naik memanjat lalu duduk disebelah kepala Eldera. Tangan kecilnya mengangkat tangan Eldera yang menutupi wajah remaja itu.

"Mou, dah tidur ke? Baru nak ajak gusti." Cebik Eryl sebelum ketawa kecil. Tanganya menyelak rambut Eldera daripada menutupi wajah lena itu. Kemudian, dia menghampiri meja kecil yang mempunyai selimut berlipat. Selimut itu kemudianya menutupi badan Eldera. Berpuas hati dengan hasil kerjanya, terus Eryl menuju ke pintu pula. Sempat dia memandang sekilas wajah lena sahabat baiknya.

"Aku nak pergi jumpa Adrea kejap. Nanti aku datang balik."

***

Tok'

Tok'

Tok'

"Ad! Oh Ad! Weh, ni aku Eryl! Bukak pintu jap!" Panggil Eryl seraya mengetuk-getuk pintu milik Adrea. Malangnya, tiada sahutan. Bahkan, bunyi derap kaki. Eryl mencebik tak puas hati.

"Tak akan yang ni pun buat tahi mata? Habis, tak akan aku nak mereput kebosanan aje? Ah tak ada!" Sekali lagi, Eryl cuba mengetuk pintu dan memanggil Adrea.

"Tak dengar kut? Weh, Adrea! Aku masuk!" Terus dia pengang tombol pintu yang jelas tak berkunci. Pintu ditolak lalu..

". . . "

"Arhh.. Ah sikit lagi Red. Sikit lagi..Arhhh."

"Ish awak ni. Itu lah saya dah kata, kalau tak nak sakit-sakit macam ni, boleh tak jangan over sangat masa berlawan tu? Tengok! Tahu pulak sakitnya!"

"Tapi arhhh! R-Red! Jangan lah urut kuat sangat dekat pingang tu! Sa-Arhhhhhh! Okey! Okey! Janji tak buat lagi! Arhhhh!"

Red yang mengurut badan suaminya, tidak langsung berhenti. Malahan, semakin kuat dia mengurut Ayrez sehingga lelaki itu mengenggam buku lima untuk menahan air mata yang hampir keluar. Sakit siot!!

"Janji tak buat lagi lah sangat! Dulu, masa awak berlatih tempur dengan Shawn pun kata macam tu. Tapi tengok? Semalam awak mungkir! Awak still over! Guna jugak Fourth Grave tu! Padahal boleh aje guna Third Grave! Ini makan dia! Hurmmm!!" Kuat jemari Red menekan bahagian bertis Ayrez sehingga lelaki itu menjerit kuat!

"Warhhhhhhh!! A-ampun! Ampun! Abang mintak ampun!! Guarhhhhhhhh! Kaki akuuu!!"

"Hurmmm!!"

"Kenapa lagi KU-ARHHHHHHHHH!!!!"

Eryl hanya mampu memandang adegan itu dengan muka poker. Terbit juga rasa simpati pada lelaki bernama Ayrez apabila tubuhnya dikerjakan teruk oleh sang isteri.

Lebih tepat lagi, isteri berdarah naga. Tahap kekuatan mereka lain daripada manusia biasa.

"Aku doakan kau selamat Ayrez. Fighting." Terus Eryl tutup pintu itu. Walaupun sudah keluar, tetap juga dia dengar jeritan sendu berselit tangisan syahdu Ayrez Hernandez. Seram pulak bila tengok amukan isteri lelaki itu.

"Note untuk diri. Jangan kasi Akira marah kalau tak nak kena macam Ayrez." Ujar Eryl sebelum berpeluk tubuh memerhati bilik-bilik dihadapanya.

"Haiih.. Macam mana aku boleh lupa bilik Adrea ni? Tak akan nak bukak satu-satu?"

"Eryl."

Laju Eryl memalingkan wajahnya kesisi. Tiada sesiapa. Badanya mula berpeluh takut. Kemudian kepala digelengkan. Cuba menyahkan apa sahaja yang bermain di fikiran.

"Eryl Ryuzaki.."

Meremang Eryl jadinya. Matanya melilau kesekeliling tetapi tetap juga tidak melihat apa-apa kelibat. Liur diteguk payah. Perlahan-lahan dia mengundur untuk kembali ke biliknya sendiri.

Bum!

Eryl terkejut apabila seekor singa kecil mendarat di hadapanya. Tidak seperti haiwan-haiwan disini yang memilik sayap..

Singa putih ini, normal?

"Kau.. ke yang panggil aku tadi?" Soal Eryl seraya cuba mendekat. Malangnya, singa putih itu pantas berlari. Eryl pula terkebil-kebil. Tetapi entah kenapa kakinya bergerak sendiri. Mengejar si singa sehingga tidak sedar bahawa dia sudah keluar daripada istana.

***

"Huff! Huff! Ke-kejap! Hey!" Eryl memanggil tetapi singa itu tetap berlari. Keluhan berat terlepas daripada mulut kecilnya. Susah payah dia mengelak setiap halangan dan pokok-pokok di hutan yang tidak diketahuinya. Sedar-sedar aje dia sudah mengikut si singa sejauh ini!

"Mati aku kalau Ayrez tahu-Wouhh."

Eryl terpegun apabila melihat sebuah pokok berdaun ungu dibelakang si singa yang sudah berhenti berlari. Mulutnya ternganga luas. Matanya bersinar terang.

"Pokok.. Apa ni?" Soalnya seraya datang mendekat. Entah kenapa, semakin dekat dia dengan pokok itu, hati dan mindanya seakan kosong. Dia rasa.. Terlalu tenang.

"Kenapa kau-"

Buk!

"Adoih!!"

Laju kepala Eryl berpaling ke belakang. Matanya membulat apabila susuk seorang gadis yang sangat dikenalinya muncul, Adrea Bellvania.

"Aduh. Boleh patah kaki aku kalau asyik jatuh aje. Eh? Eryl?" Adrea terkejut apabila matanya menangkap kelibat figura kecil itu.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Adrea lalu datang mendekat.

"Tanya aku, kau tu pun? Buat apa dekat sini?" Soalan dibalas soalan. Mereka berdua saling berpandangan sebelum keduanya jatuh pada dua ekor singa putih yang elok bergomol di hadapan mereka.

"Kau ikut singa ni eh?" Soal mereka serentak. Lama mereka berdiam diri sebelum mengeluh panjang.

"Nampaknya kalau kena bebel dengan Ayrez aku ada partner." Gurau Eryl seraya mengusap belakang lehernya.

"Yeah. Aku tak sanggup dengar atuk tu membebel seorang. Boleh nanah telinga duhh. Hahaha. "

"Siapa bebel tu?"

Serentak ketawa Adrea dan Eryl mati sebelum mata di fokuskan pada figura berambut emas yang berjalan selamba bersama tangan didalam poket. Terkulat-kulat kedua-duanya memandang Eldera. Selamat dah berbaju, kalau tak free-free aje tengok lekuk kat perut tu. Ehek!

"Dan apa korang buat dekat sini?" Soalnya bersahaja.

"Errr.." Eryl memandang Adrea.

"Ni hah, nak check pokok ni. Cantik en?" Soal Adrea seraya menunjukan pokok dibelakang mereka. Jelas iris mata Eldera mengembang sesaat. Seakan terpegun.

"Yeah.."

Perlahan-lahan dia menghampiri pokok itu, begitu juga Adrea dan Eryl. Mereka bertiga saling berpandangan lalu menyentuh batang pokok tersebut.

Zap!

Mata mereka membulat apabila terasa seakan seluruh tubuh menjadi ringan. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Mereka tidak tahu mahu menerangkan apa perasaan mereka tika itu. Yang pasti..

Mereka rasa tenang. Sangat-sangat tenang.

"Apa ni.. Ak-aku tak pernah rasa.." Tergagap Adrea mahu berbicara.

"Sebahagia dan setenang ini." Eryl menyudahkan lalu memandang ke arah Adrea yang turut memandangnya.

"Apa semua ni?" Soal Eldera dalam bisikan. Dan entah mana silap mereka bertiga, pokok itu bercahaya terang membuatkan mereka bertiga terpaksa menutup mata!

"Arhhhhhh!!"

***

Ayrez tersentak kuat apabila terasa sesuatu yang tidak kena. Laju dia bangkit daripada katil sebelum jatuh menyembah tanah.

"Arhhh! Dammit! Time-time macam ni jugak kaki aku nak sakit pun! Sob..Menyesal suruh Red urut..Urgh..Sob..Sob..Dah lah tinggalkan laki dia sesorang aje. Sobb..Bukan nak pujuk .. Sob..Sob.. Damn. Curse you author. "

***

Heira yang elok menghirup teh di singgahsanya , turut terkejut dengan apa yang dirasinya. Pantas dia bangkit daripada duduknya. Dua singa bersayap di sisinya terjaga dan berbunyi garang. Seakan tidak enak dengan apa yang mereka rasa.

"Pokok tu..Aktif?"

***

"Urghh.." Adrea mengerang sakit sebelum bangun perlahan-lahan. Kepala yang terasa pening digeleng beberapa kali. Matanya dibuka perlahan-lahan lalu..

"Huh? Aku dekat mana ni? Kenapa semuanya putih?!" Adrea menjerit kecil apabila perasan dia berada di sebuah tempat..

Yang sangat aneh.

Dan dia hanya seorang?!

Dalam masa yang sama, Eldera yang turut tersedar, terkejut apabila dia berada disebuah hutan yang tidak pernah dilihatnya. Malahan, aura dan suasan di kawasan itu tidak pernah dirasainya!

"What the.."

"Warhhh! Elderaaa!! Sambut aku!!"

"Huh?" Eldera mendongak ke atas dan sesuatu menjunam padanya. Tangan diangkat ke atas lalu kakinya berganjak ke sisi.

"Aku dapat!"

BAMMMMMM!

Krik.. krik..krik..

"Okey, aku tak dapat." Selamba Eldera berkata lalu menurunkan tanganya. Eryl yang elok mencium tanah,  bangkit dengan riak bengang.

"The hell?! Kau memang sengaja ke apa?!"

"Dua-dua maybe?"

"Kejamnya!"

"Tapi itu bukan masalahnya sekarangkan? Kau tak rasa pelik ke?"

"Huh?" Eryl menatap bingung wajah Eldera. Kemudian, baru lah dia tersedar sesuatu. Dia memandang sekeliling sebelum kembali menatap Eldera.

"Ya. Aku rasa pelik. Ada sesuatu yang tak kena. Tempat ni.." Serius Eryl bertutur. Matanya bertentang dengan mata Eldera.

"Tempat ni ingatkan aku waktu pertama kali aku usya perempuan mandi dekat tasik."

LEKUK!

"ARHHHH!"

Berasap tangan Eldera setelah mengetuk kuat kepala Eryl. Nampak tak dia punya gatal masih melekat walaupun jadi budak? Itu makan dia!

"Boleh tak jangan bergurau sekarang? Kau tak perasan ke aura dunia ni lain daripada biasa?!" Marah Eldera garang bersama mata yang menjegil. Eryl pula mencebik bersama tangan yang mengusap kepala.

"Kita gurau sikit pun tak boleh. Dasar lelaki batu. Itu hari-hari tenung tengok batu. Kawan batu rupanya. Kihh."

"Kau.."

"Okey-okey. Aku tak bergurau dah. " Eryl mengangkat tangan mengalah apabila aura syaitan Eldera mula keluar. Kang dibelasahnya aku, mahu tak tengok dunia dah esok. Eldera mengeluh lalu berjalan tanpa arah tuju. Eryl turut mengikut daripada belakang.

Buk!

"Adoiih! Hey! Asal kau berhenti-wow." Kata-kata Eryl terhenti apabila dia terpandang sebuah kota raya. Kota raya yang maju, besar dan..

Ya, kota raya yang tidak pernah dilihat olehnya sepanjang dia hidup.

"Eldera. Ini.." Eryl bertutur tanpa menoleh ke arah Eldera.

"Ya. Ini bukan kota raya yang kita selalu lihat. Ini.."

"Bukan dunia kita." Serentak mereka bertutur lalu berpandangan antara satu sama lain.

"Apa dah jadi ni?" Serentak Eryl, Eldera dan Adrea menyoal walaupun ditempat yang berbeza sehinggalah..

"Auntie/brother."

Dua suara menegur dalam masa yang sama. Adrea memalingkan badan kebelakang dan seorang budak lelaki dalam lingkungan 9 tahun, tersenyum padanya. Rambutnya merah seakan api dan darah. Matanya pula hijau zamrud. Pipinya tembam dan putih gebu.

"Auntie Adrea! Lama tak jumpa! Hehe!" Terus budak lelaki itu menerkam Adrea lalu memeluk kakinya dengan erat. Adrea pula hilang kata-kata.

"Huh?"

Dalam masa yang sama, Eryl dan Eldera terkejut dengan kehadiran seorang budak lelaki berambut hitam dan bermata ungu. Lama mereka merenung kedalam anak mata budak tersebut. Budak lelaki itu pula tersenyum manis sebelum hilang sekaan tidak pernah wujud.

Dan-dan wajah Eryl berubah pucat manakala Eldera mengeras satu badan.

"El-El-Eldera..Ta-ta-tadi tu.. Ha-Han-hantu betul ka-kan?!"

"Run."

Terus mereka berdua memecut menjauhi kawasan tadi tanpa mengetahui apa yang bakal mereka jumpa.

"Warhhhh!! Lari laju lagi Eldera! Laju lagi!! Hikkk!! Aku nampak kelibat dia!! Hikk!!" Jerit Eryl yang elok digendong Eldera. Urat bengang timbul di dahi sahabatnya.

"Eh diamlah setan! Kau ingat senang ke hah?!" Jerkah Eldera seraya meningkatkan kelajuan!

"Warhhhh! Eldera! Beruang dekat belakang! Warhhh!!!"

"HUH?!!"

Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang elok memakai hakama biru, menghirup teh di beranda dengan tenang. Namun, dia terkejut apabila merasai aura yang tidak kena walaupun cuma sedetik. Rambut coklatnya beralun mengikut tiupan angin.

"Aura apa ni?"

"Wuii! Termenung apa tu? Serius betul. Ke pikir-Adehdehdeh!"

Tidak sempat si penegur mahu menghabiskan ayatnya, wajahnya di cengkam membuatkan dia mengaduh sakit.

"Hurm? Aku pikir apa? Nak habis kan? " Soal si lelaki berambut coklat dengan muka tak bersalah.

"Tak! Tak! Okey-okay! Aku tak kata apa-apa!"

"Haiih.." Lelaki berambut coklat melepaskan cengkaman lalu kembali duduk dikerusinya tadi. Si penegur yang berambut merah, mengusap wajahnya sendiri. Okey, masih kacak. Hehe.

"Kau ada rasa apa-apa tak?" Soal si rambut coklat dengan wajah kosong. Lelaki berambut merah memandangnya hairan.

"Aku tak rasa apa pun. Rasa nak usik cinta hati ada lah."

"Memang nak kena kau ni."

Terus si rambut merah angkat kedua belah tangan tanda mengalah. Kang dicengkam lagi muka, belum tentu wajah kacaknya kekal. Sakit pun dapat. Ushh, bahaya.

"Kenapa kau tanya?" Soal si rambut merah.

"Tak ada apa. Perasaan aku aje kut." Atau tak. Sambungnya didalam hati sahaja. Matanya naik memandang awan di langit yang berarak tenang.

"Well, hari ni nampak cerah bukan?"

Yeahh!! Sampai dah ke dunia lain(crossover)! 😂Next chap korang bakal tahu dunia mana( atau ada yang dah tahu. Hehe.) Apa-apapun, Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top