Chapter 82 | Adopted sister
Jauh di dalam sebuah istana, seorang lelaki berjalan sambil bersiul kegembiraan. Senyuman manisnya tidak lekang daripada bibir. Dibahunya pula, elok bertenggek seekor singa kecil bersayap putih. Tangan kasarnya membelai bulu lembut sang raja rimba itu.
"Arvie, berapa lama lagi kita perlu berada di sini? Kau kata nak tengok adik kau aje. Bukan ke-" Kata-kata singa putih itu terpotong apabila lelaki dengan mata dua warna itu menyampuk.
"Jangan risau Nez. Aku memang datang nak tengok dia, tapi tak best lah kalau terus jumpa. Kena lah buat surprise sikit. Hehehe."
"Tapi kalau Usui dengan yang lain cari kau macam mana? Masalah kita di dunia sana masih belum selesai." Ujar sang singa sedikit kuatir. Lelaki bernama Arvie tersenyum lembut.
"Nahh. Diorang tahu aku selalu hilang. Relax okey? Bukannya aku nak biarkan kerja aku terbengkalai. Okey, kita dah sampai."
Langkah Arvie terhenti saat kakinya berdiri dihadapan sebuah pintu gergasi. Tanpa sebarang ketukan, selamba dia membuka pintu tersebut. Senyumannya berseri saat matanya terpaku pada gadis berambut biru yang elok menghirup tehnya diatas singgahsana. Disebelah gadis itu pula, dua ekor singa seperti Nez elok tertidur.
[Contoh singgahsana Heira]
"HEIRAAAAA!!"
Tanpa segan silu, laju sahaja Arvie memeluk Heira sambil tersenyum seakan orang bodoh. Tawa jeliknya mengejutkan dua singa penjaga Heira. Nez yang berada dibahunya sudah mencebik tak puas hati. Menyampah!
"Hehehe.. Heira so cute. To much cute that I can die. Arhhh. My beloved cute goddess! Please stay like this and never grow up~"
"Ara, ara. Are you telling me that I should be shorty forever? My, I hate you~"
"Umu. Now you're not cute. But still, I love you."
"Please rot in hell~"
"If you come with me."
"Awww. Disgusting~"
Nez hanya mampu mengeleng kepala dengan adegan dihadapanya. Tak kira lah berapa kali Heira bersifat sadistik dengan Arvie, lelaki itu tetap juga mengacau gadis cantik tersebut. Lelaki itu pula terlalu angau sampai dia pun dah tak tahu nak kata apa lagi.
"Oh Nez, ada apa-apa maklumat ke sampai awak ke mari? Lagi satu.." Kini Heira memandang dua ekor singanya. Senyuman manisnya terukir.
"Please makan mamat ni. Dia menjengkelkan sampai saya rasa nak muntah."
"Eh? Guarhhhhh!! Tidak!! Jangan bawak aku jauh daripada Goddess aku! Heiraaaaa! I loveeeee youuuu foreverrrrr!!"
Heira ketawa kecil sambil melambai tangan dengan gembira pada Arvie yang sudah digigit oleh dua haiwan peliharaannya. Nez pula bercahaya lalu berada dalam bentuk manusianya. Rambut putihnya pendek setakat bahu. Kulitnya juga pucat seakan tiada darah. Tubuhnya yang tinggi lampai menambahkan kekacakannya.
"Aww Nez, wajah awak semakin kacak dari hari ke hari! Hehe." Heira memuji tenang lalu menghampiri Nez. Rambut Nez diusap dengan senyuman. Tak lama kemudian, Nez menepis tangan itu. Tidaklah kasar tetapi cukup untuk Heira menjauhi dirinya.
"Stop it. You know I hate it. Besides, kau nak aku kena bunuh dengan Arvie? Mamat tu dah gila cinta dengan kau. Hadehh.."
"Hurmm? Saya tak pernah pulak bersetuju untuk bercinta dengan dia. Ah kesian. Kesian. Bertepuk sebelah tangan rupanya. "
Nez hanya mampu tersenyum kelat dengan riaksi Heira yang seakan tiada secalit rasa kesian pada Arvie. Lantaklah. Mamat tu pun satu. Dah terang-terang Heira tak suka, nak jugak memiliki gadis itu.
"Okey, back to business. Apa awak dan Arvie dah kumpul?" Soal Heira dengan nada serius walaupun senyuman kekal dibibirnya. Nez berdehem lalu mengeluarkan satu gajet seakan smartphone dihadapan Heira. Alat elektronik itu kemudiannya bercahaya, lalu hologram yang memaparkan ratusan kertas muncul. Setiap tulisan yang ada diatas kertas-kertas itu dibaca dengan teliti oleh Heira.
"I see. Nampaknya Lord August masih mencari kita ya? Hurmmm. Memang tak tahu mengalah betul. Haiih, bila lah kau nak mati? Lambat lagi lah aku nak buat pesta kematian kau. Hurm. Hurm. Lambat lagi, lambat lagi."
Bulu tengkuk Nez naik menegak apabila mendengar tutur kata Heira. Gadis itu memang sadis!
"Tapi kita juga ada tetamu tak diundang." Kini tangan Heira naik pada satu kertas dibahagian kanan. Kertas hologram itu dibawa kehadapanya.
"Ayrez, Ayrez. Selepas 100 tahun awak hilang, baru sekarang tahu nak balik ya? Tapi tak sangka awak dah kahwin. Hurmm. Tak lupa jugak awak berani bawak mahluk terlarang. Red Flame, apa yang ada pada awak ya? Hebat awak tukarkan lelaki tak ada perasaan tu jadi diri lama dia. Hehehe."
"Heira, kau menakutkan." Nez menegur apabila senyuman Heira semakin mengerikannya.
"Hehehe. Jangan risau Nez~. Saya cuma nak dengar alasan dia bawa masuk manusia ke dunia kita aje. Lepas tu, mungkin saya boleh rendam dia dalam minyak panas? Eh no no. Benda tu tak seksa sangat. Hurm. Ah! Kenapa dalam minyak kalau dalam lava pun boleh? Kuh..kuh.."
Kini Heira memetik jarinya lalu gambar Ayrez , Red, Eldera, Adrea serta Eryl muncul dihadapanya. Nez pula terkejut apabila melihat kelima-lima gambar itu.
"Maaf Ayrez, tapi ini dunia saya. Milik saya. Apapun yang awak buat, saya tahu. Tapi jangan risau, saya akan dengar penjelasan awak ya?" Heira berkata sendirian. Seakan Ayrez berada dihadapanya. Nez diam membatu lalu menutup gajetnya. Semua kertas yang bertebangan tadi hilang serta merta. Heira pula duduk diatas singahsananya lalu menyilangkan kaki. Sebelah tangan pula menongkat pipi.
"Nez, saya nak awak sediakan bilik untuk mereka semua. Saya nak sambut mereka malam ni. Jadi sediakan beberapa skuad serigala untuk 'ambil' mereka nanti." Arah Heira lembut tetapi penuh makna. Nez hanya mampu mengeluh lalu mengangguk.
"Menurut perintah tuanku."
***
"Hah? Kau nak aku duduk dekat dalam ni? Kau gila ke apa? Badan aku tak boleh terima kemodenan tempat ni! Arhh! Aku tak kira! Kasi aku rumah yang tu!"
"Tapi encik dah bayar 300 gold. Rumah yang encik nak pulak baru 200 gold. Lepas tu encik tak nak baki. Tak akan saya nak kasi encik duduk dekat tempat lagi murah?"
"Peduli apa aku! Aku tak kira. Kasi aku duduk rumah kayu tu! Kayu lagi baik daripada batu bata lah! Tak akan tak tahu duhh? Eh, kau untung apa aku bayar lebih?"
"Maaf encik, tapi kami di sini tak makan baki pelanggan. Kalau encik nak duduk rumah kayu tu, encik kena terima baki."
"No! Aku sedekah! Habis cerita! Bak sini kunci rumah kayu tu!"
"Tak boleh encik!"
Suasana dihadapan sebuah rumah yang agak moden, riuh rendah dengan dua suara garau lelaki. Adrea yang menjadi salah satu penonton hanya mampu menggeleng kepala begitu juga Eryl dan Eldera. Sudah hampir setengah jam mereka menunggu Ayrez menyelesaikan masalah penginapan mereka, tetapi tak ada hasil pun!
"Red, apa masalah partner kau ni sebenarnya? Rumah tu aku tengok okey aje. Asal nak duduk rumah kayu ala-ala traditional tu?" Soal Adrea pada Red yang elok bertenggek diatas kepala Eryl. Naga kecil itu mengeluh panjang sebelum kembali menatap Ayrez yang masih bertengkar dengan pengurus penginapan disana.
"Ayrez ni macam orang tua sikit. Semua benda dia nak traditional. Barang lama lah, itu lah, ini lah. Sampai kadang-kadang saya lupa dia tu baru 600 lebih. Kalau di dunia Immortal, umur 600 seakan 30 tahun didunia manusia." Terang Red mendapat angukan si gadis.
"Sebab tu ke dia gilakan barang antik?" Soal Eldera pula.
"Ya. Sebelum ni pun, kami baru aje ke dunia yang banyak baju traditional macam kimono dan yukata. Boleh kata, banyak jugak lah mamat tu beli. Ingat singgah sana sebab nak kumpul maklumat fasal puak God dan Goddess aje. Alih-alih kami berdua singgah festival. Selamat lah kerja dah selesai. Bukan senang nak sembunyikan diri daripada God Emperor didunia tu walaupun Ayrez dalam bentuk hantu dia yang sempurna.. Haiih." Keluh Red apabila terkenangkan masalah mereka tetapi bebaloi juga. Sekurangnya mereka tahu lah serba sedikit mengenai dunia tu.
"Bentuk sempurna?" Soal Eldera lagi. Dia tahu serba sedikit mengenai Immortal Ghost daripada Shawn. Tetapi tidak pernah pula tahu mereka ada bentuk sempurna.
"Apa yang korang tengok sekarang, hanya cebisan. Bentuk hantu Ayrez sangat mengerikan. Lagi tepat lagi, kau tak dapat langsung rasai diri, kehadiran atau aura dia. Seakan-akan dia memang hantu. Invisible and deadly."
Penerangan Red membuatkan mereka terkedu.
"Sayangnya Ayrez boleh berada dalam bentuk tu lebih kurang tiga jam aje. Kalau lebih, kuasa dia akan terhenti. Maksudnya dia akan jadi manusia biasa selama dua hari untuk pulihkan kuasa dia. Tapi God Emperor dunia tu dapat rasai dia walaupun sedikit lambat. Nak tak nak, saya dengan Ayrez terpaksa lari dan terhenti disebuah festival." Terang Red lalu menguap dek katuk.
Adrea dan Eryl mengangguk faham. Eldera pula merenung Ayrez daripada jauh. Entah kenapa dia agak tertarik dengan dunia yang di kunjungi Ayrez tersebut.
"Boleh tak kau ceritakan sedikit mengenai dunia tu? Lagi-lagi manusia di sana." Soal Eldera membuatkan Red dan dua sahabatnya terkejut. Jarang Eldera tertarik dengan benda sebegini.
"Sure."
"Hey! Aku dah settledkan penginapan kita!" Panggil Ayrez dengan sengihan lebar. Empat susuk tubuh yang daripada tadi menantinya, menatap sang lelaki dengan tajam.
"Finally!"
"What?"
***
"Ahhh..This is heaven. Hurmm..Hurm.. Tulang belakang aku..Uhhh Lega.. " Ujar Ayrez apabila badan direndamkan di dalam kolam air panas. Sebaik sahaja penginapan mereka selesai, terus Ayrez membawa mereka ke sebuah kolam air panas berdekatan dan agak tersorok daripada pandangan penduduk Yggdrasil. Memang itu rancanganya. Kalau boleh, dia tidak mahu berhubung terlalu banyak dengan penduduk di sana.
"Wow. Kau memang bunyi macam orang tua." Kutuk Eryl sebelum merendamkan kakinya. Ayrez sekadar senyum lalu memandangnya.
"Said it again and I'll kill you little piece of shit."
"Old man." Bisik Eldera pula membuatkan urat bengang timbul dikepala Ayrez.
"My, both of you really annoying. Jauh daripada aku. Bagi aku nikmati kepanasan air ni dengan tenang. Haiih.."
Ayrez mengeluh panjang lalu merendamkan lagi badanya. Wajahnya jelas memaparkan kebahagian membuatkan Eldera dan Eryl berpandangan.
"Ayrez nampak macam atuk aku kalau dia dalam bentuk manusia." Bisik Eryl.
"Warga emas tapi ada wajah jejaka tampan. Damn, aku cemburu." Balas Eldera yang turut berbisik.
"Kan? Aku rasa sebab dia ni saka, itu nampak muda aje."
"Saka? Bukan dia ni hantu ke?"
"Alaa, benda sama aje. Cuma Ayrez ni aje yang kuno punya jenis."
"Kuno.. Patutlah perwatakan dia macam orang tua. Hurmm."
"Tua kan?"
"Ya, tua."
"Tua."
"Tua."
"Jahanam punya budak. Aku dengar lah bongok!"
". . ."
"Don't ignore me!!"
Disebalik batu gergasi yang memisahkan kolam mandi lelaki dan perempuan itu, Adrea dan Red hanya mampu mengeluh panjang apabila cuping telinga mereka menangkap pertengkaran tiga susuk tubuh itu.
"Abaikan mereka Adrea. Kalau awak asyik fikirkan mereka, awak pulak yang pening." Tegur Red yang kini berada dalam bentuk manusianya. Rambut merahnya di ikat sanggul sehingga mendedahkan leher putihnya. Adrea sekadar sengih.
"Saya memang dah pening sejak jumpa dua orang tu. Sampai duit melayang lah sebab pintu rumah hancur dikerjakan. Sob.."
Red tersenyum kelat lalu menepuk bahu gadis malang itu.
"Tabahlah. Sekurangnya diorang bukan jenis terjah masuk bilik mandi awak time tengah mandi." Kini Adrea memandang Red dengan riaksi terkejut.
"Eh?"
"Awak ingat Ayrez tu budiman sangat ke? He the worse tho." Red ketawa kelat lalu memandang ke arah lain. Kali ni, Adrea pula yang menepuk bahu Red.
Nampaknya, mereka ada sahabat dan kesayangan yang pelik.
Sangat-sangat pelik dan menjengkelkan.
"Tapi Red, kenapa kita kena jumpa Heira dahulu? Kenapa semua penduduk Yggdrasil ada sayap? Lagi satu, penduduk dekat sini macam tak kesah aje dengan kehadiran kami? Lagi-lagi bila mereka tahu kami dibawa oleh Ayrez."
Red tersenyum dengan pertanyaan Adrea. Fikiranya kembali pada beberapa jam yang lepas. Sewaktu mereka turun daripada gunung dan terus ke pusat bandar Yggdrasil. Penduduk Yggdrasil yang memiliki tubuh separuh manusia dan haiwan, mengkagumkan tiga sahabat tersebut. Itu pertama kali mereka berjumpa dengan manusia seperti penduduk disana. Tambahan pula, seluruh penduduk Yggdrasil memiliki sayap seakan angel.
"Di Yggdrasil, sayap seakan nyawa. Jika mereka kehilangan sayap, itu bermakna mereka sudah mati atau nyawa mereka berada di hujung tanduk." Red memulakan penerangan.
"Diorang boleh terima awak dan yang lain sebab mereka ingat awak semua dari golongan Immortal Ghost seperti Ayrez. Di sini, Immortal Ghost antara golongan elit yang paling dihormati. Kalau bukan sebab golongan Immortal Ghost, Yggdrasil tak akan dapat bersembunyi sehingga sekarang."
"Jadi pill yang Ayrez kasi tu memang berkesan ya?" Bisik Adrea lalu memandang tanganya yang kini masih seakan tangan hantu. Kesan pill yang ditelan masih lagi kukuh.
"Berkesan untuk golongan lemah. Tapi untuk Heira.." Red mengeluh apabila menyembut nama tersebut. Jelas dia tidak menyenanginya.
"Dia tu Goddess di sini. Saya yakin dia dah dapat kesan kehadiran kita semua. Lebih-lebih lagi bila dah tahu kesayangan dia yang hilang 100 tahun , dah muncul balik." Cebik Red lalu merendamkan badannya. Adrea berkerut dahi dengan penjelasannya kali ni.
"Apa maksud kau?"
Red memandang Adrea sebelum mengeluh panjang.
"Heira tu kakak angkat Ayrez."
***
"HUH?! KAKAK ANGKAT KAU?!"
Ayrez menekup telinga apabila Eryl menjerit. Eldera disebelahnya hanya diam tetapi tidak terlepas daripada perasaan terkejut.
"Bisinglah! Kau pahal menjerit?!"
"Gila kau tak jerit?! Kalau dia tu kakak angkat kau, asal kau tak terus aje cakap dengan dia? Ni tak, nak jugak makan pill segala. Kau ingat tak sakit ke waktu ubat tu masuk dalam badan?!" Marah Eryl geram.
"Aku lenyapkan diri 100 tahun, lepas tu tetiba nak mintak tolong dia? Memang tak lah! Aku ada cara aku dan aku guna cara aku. Noktah." Balas Ayrez sebelum keluar daripada kolam air panas di ikuti Eldera dan Eryl.
"Tapi in the end kau kena jumpa dia jugak kan?" Soal Eldera membuatkan Ayrez memandangnya jengkel.
"Sekuranganya bukan dengan cara yang memalukan. Aku dah rancang nak jumpa dia macam mana. Jadi aku akan guna rancangan tu." Ujar Ayrez penuh tekad. Eryl hanya mampu mengeleng kepala.
"Ego melangit betul orang tua ni."
"Shut up. Bersyukur sikit aku tolong kau."
"Tapi kau bukan ikhlas mana pun." Kata Eldera dengan riak muka kosong. Bengang terus Ayrez jadinya.
"Perlu ke mention keikhlasan aku , tak guna?"
Eldera tidak berkata apa. Bajunya yang berada berdekatan disarungkan pada badan begitu juga Eryl. Hanya Ayrez sahaja yang memakai yukata biru laut bersama sehelai haori berwarna hitam bercorak petir merah. Lama Eryl dan Eldera menatap baju unik yang dipakai Ayrez. Sedar akan dirinya yang menjadi tumpuan, terus dia mengalihkan pandangan pada dua sahabat itu.
"What?"
"Gramps/Grampa."
"I kill both of you."
***
Pada malam itu, mereka berlima berkumpul di dalam bilik yang diduduki Ayrez. Bulatan dibuat dan Ayrez menjadi ketua pada saat itu.
"Macam yang kau semua sedia maklum, pill yang kau semua makan tak bertahan lama. Aku jangka dia akan hilang kesan pada tengah hari esok. Jadi tak kiralah apa yang jadi, stay belakang aku dan Red. Faham?" Tegas Ayrez memberi arahan. Mereka bertiga mengangguk faham.
"Good. Dan lagi satu, Red."
Faham dengan pandangan mata Ayrez, Red bangkit lalu membacakan beberapa perkataan sihir. Tidak sampai sesaat, mata Red bertukar menjadi naga lalu tiga bulatan sihir muncul diatas Adrea , Eryl dan Eldera.
Puff!
Mata tiga sahabat itu membulat mata saat tiga senjata muncul di hadapan mereka. Eldera yang mendapat sebilah tombak mengangkat senjatanya dahulu. Hujung jarinya menyentuh bilah tombak itu. Beberapa saat kemudian, bilah tombak tersebut bertukar ungu kehitaman seakan kuasa bayangnya.
"What.."
Eryl juga tidak terlepas daripada rasa kagum apabila mendapat sebilah pedang. Sama seperti Eldera, bilah pedangnya bercahaya hitam seakan kuasa api kegelapan miliknya.
"Cool."
Adrea pula hanya terkebil-kebil melihat kipas unik ditanganya. Saat dia menyentuh kipas lipat tersebut, kipas itu bercahaya hitam seakan sayap kupu-kupunya. Apabila kipas itu ditutup, ianya membentuk seakan sebilah pedang tempur.
"Two in one?"
Red ketawa kecil dengan riaksi ketiga-tiga mereka manakala Ayrez membuat muka bosan.
"Baik dengar, aku bagi senjata ni supaya korang tak perlu guna kuasa pada saat genting. Awal-awal lagi aku dah kasi warning jangan guna kuasa tapi katakan kau kena serang dan time tu aku dan Red tak boleh tolong, jadi guna senjata ni. Tak lah korang mati cepat sangat. Paling lekeh pun korang maybe nyawa-nyawa ikan lepas dua jam. Lepas tu, kalau aku dengan Red tak ada jugak, siap sedia aje lah nak mati. Janji tak guna kuasa korang okey?"
Kini semua mata tertumpu pada Ayrez dengan wajah tak percaya.
"Son of evil."
"Damn old pig"
"Asshole."
"Jerk."
Terus urat bengang timbul didahi Ayrez saat mendengar satu demi satu mengukutuk dia. Paling tak boleh diterima apabila Red juga turut serta. Hailah bini.
"It's hurt my feeling but I forgive all of you. Apa yang penting, jangan sesekali kau bertiga guna kuasa. Aku tekan kan JANGAN . SESEKALI. FAHAM ? Dah ada weapon ni, guna aje kuasa yang ada dalam ni. TAPI ! WAKTU. GENTING. AJE. FAHAM?! Aku dapat tahu korang guna sikit aje kuasa sebenar korang, memang ada yang makan kaki aku. Aku tak main-main dalam hal ni."
Wajah serius Ayrez membuatkan Eryl dan Adrea meneguk liur. Hanya Eldera yang senyap memerhati tombaknya. Apabila perasan Eldera tidak memberi riaksi, laju Ayrez menegur.
"Oi budak, kau dengar tak?"
"Dengar. Tapi weapon ni daripada tubuh Red ke? Aku dapat kesan aura dia sama macam Red." Ujar Eldera datar membuatkan Ayrez dan Red terkedu.
'Shit. Nampaknya kuasa Aeldera yang dia dapat memang di luar jangkaan. Aku yakin aku dah hapuskan semua aura Red daripada senjata tu sebelum ni.' bisik hati Ayrez sedikit kagum.
"Ya. Senjata yang korang dapat semua daripada tubuh Red. Maksud aku, macam gigi dan sisik naga dia yang gugur. Sebab Red naga jenis Ghost. Jadi kualiti dia lagi tinggi daripada naga lain." Terang Ayrez bersahaja sambil mengusap kepala isterinya.
"Tapi jangan sebab aku kasi korang guna, korang boleh patahkan atau rosakannya. Kalau aku tahu senjata aku break sikit aje, memang aku break semua tulang belulang korang. Itu janji aku ya?" Ugut Ayrez bersama senyuman manis.
"Damn psycho."
"Shut up. Sebab aku buat secara percuma, tak ada makna aku nak layan baik-baik. Aku tak suka , aku cakap. Hati kau berkecai ke apa, aku tak peduli. Padan muka. Siapa suruh hati tak kental?"
Sudahnya Adrea dan Eryl hanya mampu bertahan dengan mulut puaka Ayrez. Laju aje mata mereka tertumpu pada Eldera yang tetap dengan wajah kosong tanpa secalit perasaan sebelum memandang Ayrez dan kembali memandang Eldera. Berulang kali mereka berbuat sedemikian sehingga lah Eldera menegur.
"Kau berdua dah kenapa macam orang tak betul? Tak akan kena maki sikit dah nak hilang sel otak tu?"
"Sah diorang memang boleh duduk sekali.."Bisik Adrea.
"..Mulut dua-dua jahanam. Puakan tahap dewa." Sambung Eryl.
"Hey! Apa-"
BOOOOOOOMMMMMM!
Serangan hendap! Serangan Hendap! Next chap korang akan tengok Ayrez bertarung! Yeay! Hahaha. Pssst. Ada selit sikit maklumat dunia lain. Hehehe. Bolh teka!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top