Chapter 8 | Dream
Adrea POV
Sekeliling aku musnah dengan teruk. Bangunan-bangunan yang gah, hancur tanpa meninggalkan sisa. Asap hitam berkepul-kepul diudara. Api menjulang disana-sini. Tanah disekeliling aku juga retak dengan dahsyat sekali. Aku betul-betul tergamam. Bandar Zynga kini bagaikan neraka dengan mahluk-mahluk pelik yang muncul dan menyerang semua wizard dan manusia.
"Nico.. Haru.. "
Air mata aku mengalir dikala dua susuk tubuh kaku tidak jauh daripada aku. Darah mengelilingi mereka. Lebih memilukan aku apabila mereka saling perpegang tangan. Aku ingin mendekati tetapi..
"Adrea... "
Suara garau itu menghentikan segala tingkah-laku aku. Badan aku menggigil hebat. Entah kenapa, air mata aku mengalir lebih laju. Perlahan-lahan badan dikalih kebelakang. Susuk tubuh dibelakang aku tersenyum sehingga menampakkan gigi tarinya. Rambut hitam miliknya beralun apabila angin bertiup.
Aku bangun daripada duduk dan susuk tubuh itu mendekati. Dek kerana takut tak terhingga, aku mengundur kebelakang. Dia tetap jua menghampiri.
"Adrea... "
"Si-siapa kau? "
"Adrea... "
"Berhenti panggil nama aku! Ka-Kau siap-"
Sedar-sedar sahaja, perut aku ditusuk sebilah pedang yang berwarna hitam. Aura gelap menyeliputi pedang itu. Darah mula membuak keluar dengan banyak! Aku nak menjerit, tetapi mulutku seperti dikunci! Pandangan aku mula kabur dan dunia aku mulai gelap.
***
"HOI!"
Aku terjaga secara mengejut! Nafas aku tidak teratur. Peluh menuruni wajah dan membasahi hampir semua anggota tubuhku. Badan aku menggigil hebat. Sekeliling aku hitam dan gelap.
"WOI! "
Terus aku tersentak. Perlahan-lahan kepala ditoleh kesisi. Seorang lelaki berambut emas elok mengenggam tangan kananku. Wajahnya jelas terpacar kerisauan.
"Kau okay tak ni? " Soalnya. Aku hanya mengangguk lemah. Aku cuba bangkit tetapi agak sukar.
"Kau nak bangun ke? " sekali lagi aku mengangguk. Dia bangkit daripada duduk lalu membantu aku bersandar pada kepala katil. Kepala yang agak pening aku pegang. Sakit usah dikata. Rasa nak hentak dekat dinding aje!
"Ambil ni. "
Dia menghulur segelas air. Aku sambut tanpa taragak-agak. Perlahan-lahan aku minum air itu dengan tangan yang mengigil.
"Sini aku tolong. " Tiba-tiba , tanganya menyentuh tangan aku. Hangat. Aku berhenti mengigil dek sentuhannya. Air tadi aku minum dengan bantuan daripadanya. Aku minum dengan lebih mudah berbanding tadi.
Apabila air digelas itu habis, lelaki itu meletakkanya didalam dulang diatas meja kecil disebelahnya. Aku memerhati sahaja tindak-tanduk si dia. Entah macam mana, mimpi tadi bermain kembali di minda aku. Aku mengalihkan pandangan daripada memerhatikan lelaki itu. Kepala ditunduk seraya menggenggam selimut yang menyelimuti separuh tubuhku. Badan aku kembali menggigil dan aku kembali takut.
"Hey.. "
Lelaki berambut emas mengangkat dagu aku dengan tangan kananya. Ibu jarinya elok bermain dibawah bibirku. Mata kami bertaut antara satu sama lain. Sama seperti sebelum ini, aku khayal dalam iris mata berwarna hijau itu. Cantik sangat! Tanpa aku sedar, sebelah tanganya mengelap peluh diwajahku.
"Have a nightmare? " soalnya lebih kepada berbisik. Aku mengangguk. Lelaki berambut emas mengeluh seraya melepakan tautan didagu. Sebelum sempat dia berkata apa-apa.
BAMMM!!!
"Princess! Kau dah sedar ke?! "
Terhinjut bahu aku apabila pintu bilik tiba-tiba dirempuh seorang lelaki berambut hitam. Sempat aku mengerling wajah lelaki berambut emas. Bengang .
"Boleh tak kau masuk macam orang normal sikit?!" Marah lelaki berambut emas. Lelaki berambut hitam membuat muka bosan.
"Normal lah tu. Aku guna pintu, bukan guna tingkap. Mata kau buta ke apa? "
Lelaki berambut emas mendengus kasar. Gaya dah macan nak bunuh orang aje sekarang.
"Anyway, Alter cakap makanan dah siap. So.. Boleh lah kut bagi Princess makan. Dua hari pitam tanpa makanan? Like seriously? Teruk jugak 'kiss' kau ni Eldy. "
Tawa kecil terlepas dibibir si lelaki. Muka aku merah sedikit. Tak guna. Tersengih lelaki berambut hitam itu seraya berjalan kearah aku. Tanpa didunga, tangan dihulur olehnya. Terkebil-kebil aku dengan kelakuan dia.
"Nama aku Eryl. Yang rambut emas tu, Eldera. Selamat berkenalan Princess! "
Ceria sahaja lelaki berambut hitam itu. Aku agak kuatir tetapi menyambut juga huluranya. Senyuman dia juga semakin melebar bersama mata yang tertutup.
"Se-Selamat berkenalan. Aku Adrea, Adrea Bellvania. " Sejurus aku mengatakan namaku, Eryl membulat mata lalu menepuk tangan. Senyuman dia juga makin besar!
"Patutlah..! Kau Bellvania rupanya!"
Aku tak tahu kenapa Eryl buat muka miang sambil tengok Eldera yang macam tergamam habis. Aku ada cakap benda tak elok ke?
"PPPFFTT.. HAHAHAHA...! "
Terkejut aku apabila Eryl tiba-tiba sahaja tergelak guling-guling macam esok dah tak boleh gelak. Wajah Eldera juga nampak bengang dan berubah tona warna, merah. Tapi kenapa?
"Diamlah gila! Kau pun ada benda yang kau takut kan?!"
"At least bukan natang tu! HAHAHA..! Eldera bongok! HAHAHAHAHA..!"
Makin berasap aku tengok si Eldera tu. Eryl gelakkan dia sampai keluar air mata kut! Muka dia pun dah merah gila!
Aku mengerling wajah Eldera yang dah tunjuk macam-macam emosi. Sumpah cute nak mati! Sejujurnya..Aku tak tahulah si Eldera tu marah atau malu, sebab terus dia tutup muka dengan hoodie dia apabila yakin yang Eryl tak akan berhenti ketawa. Kaki diayun keluar daripada bilik. Sebelum keluar, sempat dia hadiahkan sepakan padu dekat Eryl!
"Argh! HAHAHAHA! " Makin merah muka Eldera apabila Eryl makin galak pulak gelak! Dah macam langsuir kau tahu tak?!
"Diam! Diam! Diam lah setan! "
DUSHHH!!
DUUSHH!!
DUUSHH!!
Aku tak tahu lah Eryl ni manusia ke apa, Eldera tendang dia pun boleh lagi ketawa! Sudahnya bergusti budak berdua tu! Tergolek sana-sini. Eryl aje macam terhibur gila. Duhh.. Ini pertama kali aku tengok manusia macam dia. Gila.
Selepas beberapa minit, baru diorang berhenti. Jelas nafas mereka tak teratur dan dalam masa yang sama, peluh juga turun daripada badan dan wajah mereka. Posisi diorang sekarang pun boleh buat aku berdarah hidung bhai..
Eldera baring menghadap siling dengan baju yang terbuka sampai nampak six pack dia! Begitu juga Eryl! Dan paling sweetnya, kepala Eryl cantik aje landing atas six pack Eldera! Huwarhh!!! Comelnya diorang ni! Hidung! kau jangan nak berdarah sekarang! Aku tumbuk kang!
"Bangun arhh Eryl. Geli lah rambut kau atas perut aku! " halau Eldera seraya menolak-nolak kepala Eryl dengan jari telunjuknya. Lahai gedik.
"Kejap lah.. Aku letih fizikal dan mental tahu tak? "
Eryl mengiringkan badan supaya matanya dapat memandang Eldera. Tangannya gatal melukis bulatan didada bidang Eldera. Muka pulak comel aje dengan mata yng dikelip-kelip beberapa kali. Eldera mengeluh seraya menepuk lembut kepala Eryl lalu menutup matanya. Sebelah tangan pula menjadi alas dibelakang kepala. Eryl dah sengih-sengih suka, siap bagi mini love lagi!
Serius weh. Aku rasa otak aku tak normal. Bagi aku diorang ni nampak sweet nak mampus!
Tapi en, asal rasa terabai gila duh?
"Eh, Princess ada kat sini ke? " soal Eryl tak percaya.
Sah aku diabaikan!
"Seriuslah dia dah sedar? " Eldera pula soal tak percaya.
Aku buat muka seposen.
Jahanam jugak diorang ni.
***
Alzer POV
"Alter aku dah balik! " Laungku dikala kaki sudah menjejak rumah. Pintu ditutup seraya membuka kasutku. Perh.. Letih gila hari ni. Banyak benda aku kena buat! Mula-mula aku kena pergi ke Academy sebab nak bincang kemasukan 'kembar jahat' tu. Lepastu Alter paksa aku pergi memburu! Ini pun baru balik aje tau? Haiih..
"Baguslah kau dah balik. Perempuan tu dah sedar. Jomlah makan sekali. " ajak Alter tanpa perasaan seraya masuk kembali ke dapur. Terangkat kedua-dua keningku. Perempuan Eldera dah sedar huh?
Aku tersengih apabila terkenangkan Eldera yang menjaga gadis itu sehari suntuk. Haha.. Comel aje perangai dia. Tak caring konon, tapi malam-malam bangun check perempuan tu. Siap bagi ciuman dekat dahi lagi! Sweet right?
Tak berlengah, terus aku berjalan masuk ke ruang makan. Aku tersengih melihat seorang gadis berambut violet yang kelihatan kekok untuk makan. Yelah, keliling dia semua lelaki!
Meja empat segi itu aku tujui seraya menolak kerusi dan duduk disebelah Alter. Didepan Alter, Eldera yang duduk. Aku pula duduk dihadapan gadis itu. Eryl pula duduk ditengah-tengah yang mana kirinya Alter dan kanannya Eldera. Sedap aje budak tu makan seekor ayam panggang! Gila tak gila budak ni?
"Err.. " Gadis itu memandang aku apabila aku asyik memerhatinya makan. Ala, malu lah tu. Aku lepas tawa kecil.
"Makan aje. Sorry aku tenung kau. Nama kau apa? Aku Alzer. " soalku ramah.
"Adrea.. Bellvania. "
"Bellvania?! "
Terkejut aku apabila mendengar nama keluarganya. Dia pula terkebil-kebil.
Aku menjeling Eldera dengan sengihan. Eldera pula dah pandang aku semacam.
"Kau gelak, memang aku sumpah kau mati esok! " ugutnya. Kejam gila!
"Aku tak kata apa pun! "
"Whatever. "
Eyy.. Tak guna ini budak.
__________________________________________________________________________________________
Rajin pulak nk update 😂. Anyway Jumaat atau Sabtu saya update lagi! Just wait! 😂And sorry kalau chap kali ni tak memuaskan🙏
Enjoy❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top