Chapter 77 | Alive

[Pasang lagu diatas]

Seorang gadis berambut merah berjalan disebuah padang rumput yang menghijau. Senyuman terukir saat matanya menyapa seorang lelaki yang elok terbaring diatas padang rumput itu. Dia melabuhkan duduknya disebelah lelaki itu lalu menilik wajahnya.

"Hurmmm?"

Lelaki itu mengumam dalam tidurnya. Keningnya berkerut sedikit. Gadis itu tersenyum lembut saat mata sang lelaki mula terbuka. Rambut merahnya beralun mengikut angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

"Good morning, little dragon."

Suara lembut yang sangat merdu itu menyapa gegendang telinga. Iris hijau sang lelaki mengembang. Kepalanya laju memandang pada figura disebelahnya.

"Akira…"

"Hehe. Have a good nap?"

Tanpa sebarang amaran, tubuh Akira berada dalam rangkulanya. Gadis itu terkejut seketika sebelum membalas rangkulan lelaki itu. Rambut hitam sang lelaki,diusap lembut begitu juga belakangnya yang seakan mengigil.

"My, my, my. Where's my Eryl Ryuzaki that always smile to me?" Akira ketawa kecil apabila gegendang telinganya menangkap tagisan halus Eryl.

"Idiot! Dumbass! Stupid! Morron! Why you leave me like that?! Evil!"

Akira ketawa lagi apabila Eryl berkelakuan seakan budak kecil yang melemparkan tantrum padanya. Tubuh lelaki itu semakin cuba ditenangkan sehabis baik. Tangisannya seakan tiada henti.

"I'm sorry, Eryl. Saya tak bermaksud nak tinggalkan awak. Awak pun tahu kan?"

Terus Eryl menjarakkan dirinya dengan Akira walaupun air mata masih tersisa.

"Saya? Awak? Kau pasti kau ni Akira?"

"Hey! Itu yang awak pelikkan?!" Akira ketawa lagi dengan riaksi Eryl yang seakan comel dimatanya. Tanganya naik mengelap air mata lelaki itu.

"Yeah. Saya penat berlakon kasar. Macam yang awak nampak, ini diri saya yang real."

Lama Eryl merenung Akira yang tersenyum. Bibirnya yang berwarna merah jambu itu juga diperhatikan lama sehingga wajahnya berubah merah. Tidak pernah lagi dia melihat Akira tersenyum seindah ini.

"Ma-maksudnya kau memang cantik macam ni?"

"Awak puji saya cantik?" Akira mula mendekatkan wajahnya dengan wajah Eryl sehingga hidung lelaki itu berdarah!

"Eryl!"

"No! Jangan dekat! Kau cantik sangat! Otak aku dah meliar jauh sangat!!!" Jerit Eryl apabila Akira semakin mendekat.

"Oh dear…"

Akira mengeleng kepala. Dia memang sudah sedia maklum dengan perangai gatal Eryl. Tapi tak tahu pulak teruk macam ni sekali.

"You really a pervert bastard."

"It's not my fault! I just love you so much and seeing you like this make my heart- arhh! Don't look at me! This is embarrassing! " Wajah Eryl semakin merah seakan tomato ranum. Entah kenapa jantungnya berdetak laju daripda biasa.

"Eryl…"

Eryl mengangkat wajahnya. Tanpa diduga, Akira menindihkan bibirnya seketika pada pipi sang jejaka. Melihat lelaki itu hanya terkedu, dia sekadar senyum tak bersalah.

"I love you too."

Dan sekali lagi, hidung Eryl kembali berdarah.

"My… Just a one kiss and your nose bleeding again? Are you sure you're man?"

"Shut up! Kau punya fasal lah! Kau tu yang cantik sangat! Cute and sexy! Wait, what the hell I'm saying?!"

"Fftt.. Hahahaha."

Eryl terdiam melihat Akira ketawa geli hati. Darah yang semakin membuak keluar dibiarkan. Dia bahagia sekarang. Sangat-sangat bahagia.

"Arhhh! Dah lama saya tak gelak macam ni! Hehe."

Akira bangun daripada duduknya lalu berdiri dihadapan Eryl. Eryl turut berdiri dihadapan gadis itu. Tetiba, Akira menghulurkan tanganya membuatkan Eryl keliru.

"Eryl Ryuzaki… Mari kita pergi sekarang?"

Eryl tersentak. Lama dia merenung tangan Akira sebelum perlahan-lahan mendapatkanya.

"ERYL!"

Eryl tersentak. Laju kepalanya berpaling kebelakang. Matanya membulat saat melihat susuk seekor naga yang sangat dikenalinya. Naga itu menghampiri. Riaksi Eryl sama seperti ketika dia melihat Akira. Matanya berkaca.

"Kurayami.."

Kurayami mengeluh panjang sebelum merenung kedalam anak mata Eryl.

"Are you sure you just want to leave everything behind? "

"Huh?"

Kurayami tidak pula membalas sebaliknya menghentaka ekornya sehingga tanah mereka. Dari celahan itu, cecair seperti air muncul dihadapan Eryl membuatkan lelaki itu terkejut. Tidak sempat dia ingin membuka mulut, cecair itu memaparkan sesuatu seakan video.

"What the hell are you thinking?! You ungrateful brat! This is why I hate you!" Seorang lelaki lebih kurang dalam lingkungan 30-an ,menghentak penumbuknya pada sebuah bongkah ais gergasi. Darahnya yang mula mengalir tidak dihiraukan. Dia tetap menumbuk dan menubuk ketulan ais tersebut.

"Abang.. " Tegur Seorang wanita berambut hitam dengan air mata yang mengalir. Irisnya yang berwarna merah merenung tepat pada iris biru milik suaminya yang turut berkaca.

"I hate him Emy. I hate him! Abang tak pernah besarkan dia untuk dia mati macam ni! This brat, why he can't understand that he is important to us?!"

BAM!

"Abang!"

Tubuh Eryl mengeletar saat melihat Shiro menghentakkan kepalanya pada ais tersebut sebelum ditarik oleh Emyriel. Bondanya memeluk erat tubuh ayahandanya. Kedua-dua mereka sedih. Dia dapat rasainya.

"Eryl…" Kali ni mata Eryl jatuh pada figura Adrea yang memapah Eldera. Dua sahabat baiknya juga terkedu melihat bongkah ais dihadapan mereka.

"Eldera!" Eryl menjerit saat Eldera berlari menghampiri bongkah ais itu. Dapat dia lihat dengan jelas seluruh tubuh Eldera yang cedera. Walaupun dia jatuh beberapa kali, tetap juga Eldera menghampiri bongkah ais tersebut.

"Eryl.."

Eryl seakan mahu menangis apabila melihat Eldera menitiskan air mata.

Adrea berada disisi lelaki itu. Tanganya naik mengusap bahu Eldera untuk memberikannya kekuatan walaupun dia sendiri turut menangis.

"Kau tipu Eryl.. Kau dah janji dengan aku yang kau tak akan…" Adrea tidak menyudahkan kata. Kini tanganya dan Eldera saling mengengam antara satu sama lain.

Ayrez dan Red yang baru sahaja tiba, turut sebak apabila melihat suasana dihadapan mereka. Keluarga Akira juga begitu. Mereka turun daripada tubuh Red sebelum menghampiri keluarga Eryl. Tubuh Akira yang kaku diletakkan di hadapan ais tersebut.

Shiro memandang mereka hiba. Dia kenal mereka. Dan melihat tubuh gadis yang anaknya cintai tidak bergerak, dia sedar. Kedua mereka sudah tiada.

"What the hell? Kenapa kau berdua pergi pada umur yang sangat muda? Pada waktu yang sama? Kau ingat ni apa?! "

Semakin erat Permaisuri Emyriel memeluk tubuh Raja Shiro. Emosi Shiro Ryuzaki harus ditenangkan. Lelaki itu bukan dirinya.

"Ayahanda kau telah hilang ramai orang yang dia sayang sejak kecil. Jadi kehilangan kau akan memberi impak yang besar padanya." Jelas Kurayami apabila Eryl masih lagi terkejut dan keliru. Mata hijaunya naik memandang sang naga.

"Aku.. Dah mati?"

"Kau nak?"

Pertanyaan Kurayami membuatkannya terkedu.

"Aku.." Eryl berpaling menghadap Akira. Gadis itu tersenyum kelat lalu menghampirinya. Tangan lelaki itu digenggam erat.

"Kembali pada mereka. Awak tak boleh mati disini. Belum tiba masanya lagi. Awak masih ada lagi tugas besar yang masih belum selesai.."

"Tapi.. "

Kurayami mengeluh panjang sebelum tersenyum senang. Badanya perlahan-lahan bertukar seakan debu keemasan membuatkan Eryl terkejut.

"Kurayami! Badan kau!"

"Jangan risau. Ini hadiah terakhir aku untuk kau sebab dah kalahkan Razus. Congratulations, little brat."

"Huh?"

Debu-debu itu kemudianya mengelilingi Eryl. Wajah Akira juga tidak dapat dilihat lagi.

"Kurayami!"

"Balik lah kau ke dunia. Perjalanan kau masih panjang. Ini bukan titik berhenti untuk kau, Eryl. Semoga kita berjumpa lagi. Dan lagi satu..."

Eryl tergamam apabila salah satu sisik emas Kurayami bercahaya dihadapanya. Wajah Kurayami yang semakin hilang dipandang keliru. Sang naga hanya membalas dengan senyuman.

"Give that to your girl. Make sure she eat it. "

"Apa maksud kau?!" Eryl melantangkan sedikit suara apabila debu-debu itu semakin menganas.

"Kau masih sempat kembalikan dia ke dunia. Jangan risau, bayaran yang akan dibayar berbaloi asalkan dia hidup bukan?" Kurayami ketawa lalu memandang  Akira yang berada tidak jauh daripada mereka.

"Tolong jagakan budak sengal ni untuk aku."

Akira terkejut seketika. Tidak lama kemudian, bibirnya mengukir senyuman indah membuatkan mata Kuarayami membulat.

"I will."

"Heh." Dan akhirnya Kuarayami hilang begitu juga Eryl. Kini hanya Akira yang berada dikawasan berumput itu. Rambutnya beralun mengikut tiupan angin.

"Nampaknya aku tak akan berlama disini?" Akira ketawa kecil lalu memandang pada satu arah. Pada sebuah pokok yang sangat besar dah gah. Dari sudut pandanganya, iris matanya dapat menangkap tiga susuk tubuh yang tersenyum memandanganya membuatkan dirinya terkedu.

"Kamu semua lagi.."

Salah seorang daripada mereka ialah remaja manakala dua darinya ialah kanak-kanak. Sang remaja yang berambut hitam melambai padanya manakala dua lagi berambut ungu dan emas. Dua kanak-kanak itu sekadar senyum sebelum menghilang. Akira terkebil-kebil ingin mencerna. Lebih-lebih lagi apabila remaja berambut hitam seakan menuturkan sesuatu kepadanya.

"Jumpa..Nanti..Bonda?"

***

Crack!

Shiro terkejut apabila gegendang telinganya menangkap bunyi rekahan. Matanya naik memandang puncak bongkah ais dihadapanya. Tubuh Emyriel ditolak lembut . Sebelah tanganya naik keatas untuk menyambut sesuatu yang jatuh.

"Sisik?"

Dahinya berkerut melihat sisik hitam yang bersinar itu. Emyriel menghampiri suaminya. Sama seperti Shiro, dia juga hairan dengan sisik yang tetiba sahaja muncul.

"Auch!"

Kini mata Shiro jatuh pada Adrea yang mengusap kepalanya. Eldera juga mengangkat wajah apabila terasa sesuatu diatas kepala. Mereka berdua mengutip sesuatu yang jatuh tadi sebelum berpandangan diantara satu sama lain.

"Sisik?"

"Tuanku!"

Shiro berpaling mengahadap Adel yang jelas terkejut. Tangan wanita itu naik menunjuk keatas. Shiro melirikan pandanganya.

"What the…"

Crack!

Rekahan daripada tempat yang dilihat Shiro tadi semakin besar membuatkan lebih banyak sisik hitam jatuh ke bawah! Tidak cukup dengan itu, angin turut berubah kencang! Kilat tiba-tiba sahaja menyambar dilangit!

ZANGGGG!

"RED!"

Dengan satu arahan daripada Ayrez, Red terus melebarkan sayap merahnya. Tubuhnya yang jauh lebih besar melindungi keluarga Akira. Shiro juga melebarkan sayap syaitannya untuk melindungi sang Isteri . Eldera pula membuat pelindung daripada bayang untuk dia dan Adrea!

SWOSHHH!

"Red?! Kau ada nampak apa-apa tak?!" Ayrez melantangkan suara dikala angin dan kilat saling bersahutan. Kalau bukan sebab Red, sudah pasti dia akan melayang kerana tekanan angin yang kuat!

"I can't see anything! Angin menghalang penglihatan aku!"

"Shit! Dari satu ke satu masalah!"

Shiro memeluk Emyriel manakala sayapnya meliputi tubuh mereka berdua. Dia mendongak keatas untuk melihat bahagian rekahan tadi.

"Apa yang .."

Matanya membulat tak percaya! Sisik-sisik yang keluar daripada rekahan tadi membentuk sesuatu seakan sfera dan sedikit demi sedikit, bentuknya semakin membesar! Eldera yang turut melihat, juga terkejut!

ZAAAAZZZZZZZZ!

Shiro dan Eldera terpaksa menutup mata mereka dek sambaran kilat yang menyambar sfera tersebut!

BUUUM!

"Aw! Aw! Aw! Aw! My head! My head! It's hurt! Hurttt!!! Huwarhhhhh!!"

Laju Shiro membuka matanya begitu juga Eldera. Kepala mereka berpaling pada arah suara tadi. Kedua-duanya terkedu dikala mata mereka disajikan dengan satu figura kecil yang elok menangis sambil mengusap kepalanya yang kelihatan benjol.

"E-E-ERYL?!"


"Urghh…hik…Urgh.. Hurt…!"




Eryl jadi kecik balik? 😂 Happy dah mamat ni hidup balik?😂

Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top