Chapter 70 | Abandoned child

"Grrr... " Seekor serigala berbulu hitam mengerang kesakitan apabila kepalanya dihentam menyembah tanah. Tubuhnya banyak dihiasi oleh darah dan kesan-kesan luka yang teruk. Lelaki bertaring yang mencengkam kepalanya, tersenyum sinis. Kepuasan tercalit di wajahnya.

"Aku tak faham kenapa kau boleh berpaling tadah dalam jangka masa yang singkat. Apa motif kau sebenarnya? "

"Nothing. Aku cuma rasa, yang Lord August bukan lagi minat aku. " Selamba sang serigala membalas walaupun tercedera parah. Sang puntianak menggeleng kepala. Semakin kuat dia menekan kepala sang serigala sehingga tanah merekah!

"Argh! Grrr...! "

"Fenrir.. Fenrir. Dah nak mampus pun masih lagi belagak? " Vans menarik sebilah pedang daripada sarungnya yang disisip pada pinggang, ke atas. Sasarannya tepat pada kepala Fenrir yang hanya tersengih sahaja.

"Ini habuan aku nak kasi kau. Kau nak bagi wasiat tak? "

"Bukan aku…"

"Huh? "

".. Tapi kau! "

DUSHHHHHHHHH!!

Tubuh Vans melayang menghentam pokok sehingga tumbang dibelakangnya! Mata sang puntianak terbelalak tak percaya kerana serangan curi itu! Hanya seorang sahaja yang mampu melakukan perkara memalukan ini terhadap dirinya!

"Daze! What the hell are you doing?!"

Daze hanya memandang Vans dengan riak jengkel manakala Dazy ketawa sambil merawat Fenrir dibelakanganya. Daze dikelilingi cahaya merah yang seakan warna rambutnya. Di kedua-dua sisinya pula, muncul dua tombak yang turut dikelilingi oleh cahaya itu.

"Kau buta ke? Of course aku cuba selamatkan anjing kurap ni. "

"Excuse me? Kau pun nak menganjingkan aku?" Sampuk Fenrir geram membuatkan Dazy semakin berdekah ketawa.

"Hahaha! Bila anjing tak sedar diri! Hahaha! Dasar anjing jalanan! Wof! Wof! Hahaha! "

"Woi! Daze, tengok anak kau ni! "

"Sejak dia lahir lagi aku dah tengok dia. "

"What the hell... "

Dazy tersenyum kemenangan mendengar balasan ayahnya. Yey! That's my daddy for ya! Semakin bengang lah Fenrir jadinya. Tambahan pula, Dazy memberi wajah mengejek kepadanya.

Tak guna, ada jugak budak kena makan karang, bisik hati Fenrir.

Daze tidak menghiraukan Fenrir dan Dazy yang mula bertekak dibelakangnya. Tumpuan sang syaitan hanya pada sang puntianak yang jelas berang dengan pengkhianatan didepan mata.

"Kau antara syaitan yang terkuat Daze. Hanya kau satu-satunya syaitan yang memiliki Psychic Abilities seperti Lord August! Dan kau dah bersama kami sejak dulu! "

Tengking Vans dengan perasaan marah yang teramat. Jika Fenrir dia masih tidak peduli, tapi Daze? Tidak! Lelaki itu akan memberi impak yang besar pada organisasi mereka.

Daze mengguling mata keatas seakan tidak peduli menjadikan Vans lebih berang. Sang syaitan berambut merah menyilangkan tangan didada lalu memandang tepat pada anak mata Vans yang memancarkan kebencian.

"Aku dah agak si tua tu tak bagi tahu kau apa-apa. "

Sepotong ayat itu menimbulkan persoalan pada Vans. Dahinya berlapis keliru.

"Apa maksud kau? "

"Aku dah khianat puak syaitan sejak dulu lagi. Aku tak berminat mahu bersama kalian. "

"JAHANAM! "

DUSHHHH!

Daze menghalang layangan penumbuk Vans dengan mudah. Dek kerana itu, Vans semakin berang lalu melakukan serangan secara membuta tuli! Darah yang keluar daripada celahan jarinya membentuk bilah-bilah tajam disepanjang lenganya!

SLASHHHHHH!

SLASHHHHHH!

"KAU MEMANG BANJINGAN! LAHANAT! SIAL!"

"Hehh... Ada aku peduli? "

Wajah selamba dan bosan yang dipaparkan oleh Daze menaikan lagi amarah Vans. Sang puntianak berputar 360 darjah sehingga menghasilkan puting beliung berdarah! Sesuatu yang terkena darah itu pasti mereput lalu hancur berkecai!

"Wow. Pak cik taring tu memang dah marah lah.. " Polos Dazy memberi komen. Fenrir disisinya sekadar senyap. Entah macam mana, dia boleh teringat apa yang jadi sebelum semuanya jadi begini.

***

"Urgh. Damn Fafnir, obsesi dia terhadap Kurayami memang tak boleh bawak bincang. Kalau mampus aku tadi, naya aje."

Fenrir membebel seorang diri tika terpisah daripada Fafnir dan Vans. Dirinya merayau disekitar hutan belantara itu sehingga lah seseorang muncul tanpa amaran membuatkan dia terkejut.

"Ah.. Hanya seekor anjing. "

"Uwow, anjing sesat yang tersesat rupanya. "

"Perlu ke kau berdua sapa aku dengan cara 'terhormat' tu?" Fenrir menekup muka dengan bersama keluhan. Sakit hati? Sudah pasti.

"Kenapa? Salah ke aku panggil?" Soal susuk tubuh dihadapanya tanpa secalit rasa bersalah.

"Terlebih salah Daze. Aku serigala,bukan anjing!" Bentak Fenrir geram. Dazy yang berada di atas bahu Daze tersengih melihat Daze mengguling mata keatas seakan jengkel.

"Whatever. Apa yang aku nampak, itulah yang aku panggil. Dan di mata aku, kau anjing. Ah, never mind. Aku ada sebab nak jumpa kau. " Kini Daze berubah serius membuatkan Fenrir meneguk liur. Aura yang keluar daripada Daze jugak agak menekan dan menggerunkan. Hampir setaraf dengan ketua mereka, Lord August.

"Apa sebab kau sertai Lord August? Aku tak rasa kau sertai Black Diable kerana Lord Aeldera. "

Fenrir mengeluh lalu berpeluh tubuh. Matanya bersambung dengan mata merah Daze yang seakan menyala seperti api yang panas.

"Kenapa sekarang? Kau nak aku buat apa Daze? Ini bukan sifat kau-"

"Sifat aku atau tak, itu bukan objektifnya. Aku hanya mahu jawapan kau. Kemudian, kau akan tahu kenapa." Tegas Daze lagi membuatkan Fenrir terdiam.

"Aku nak cari pembunuh mendiang adik angkat aku. Iishiro Kaneda. " Fenrir membuka mulutnya.

"Manusia? "

"Bukan. Dia seperti aku. Cumanya dia bukan jenis syaitan. Werewolf biasa. Dia satu-satunya daripada jenis puak aku yang terselamat selepas peperangan dulu, tapi.. "

Fenrir mengenggam buku lima. Berita mengenai kematian si adik seakan berlegar-legar dalam kepalanya membuatkan dia bertambah berang.

"Dia dah mati. Lima tahun lepas. Dan Guild Dragon Heart ialah puncanya. Aku yakin ahli dalam Guild tu yang dah bunuh dia! "

"Betul lah tu. "

Fenrir membulat mata dengan sebaris ayat itu. Daze tersenyum sinis lalu berdiri beberapa tapak dihadapan Fenrir.

"A-apa maksud kau? " Fenrir menyoal dalam getaran.

"Aku tahu siapa pembunuh dan puncanya. Jadi macam ni lah Fen," Bahu Fenrir ditepuk bersama senyuman penuh makna.

"Kau tolong aku dan aku akan tolong kau. Deal? " Fenrir terdiam seketika sebelum mengangguk tanpa berfikir dua kali.

"Very well... " Daze tersenyum puas. Dazy pula bersorak gembira.

"Aku tak rasa kau akan bagi tahu aku secara terus, jadi kau nak aku buat apa dulu? " Soal Fenrir tanpa berselindung membuatkan Daze tersenyum tipis.

"Aku nak kau lindungi seseorang. Ah tak..Aku cuma nak kau lindungi anak aku. "

"Anak? Kejap. Buat apa aku nak protect Gorilla tu? Lagi pun, dia asyik melekat dengan kau aje kan?"

BAMMM!

"Dazy.. " Tegur Daze bersama tangan yang naik menekup muka. Dazy hanya tersengih tak bersalah setelah menyepak Fenrir sehingga melekat dipokok.

"Dia tak patut sentuh hal paras rupa atau sifat seorang wanita. Itu makan dia. Ehe. "

"Tapi kau memang gorilla! Tak tahu nak berlembut langsung-Uhuk! "

Daze hanya memandang blur pada Dazy yang menyepak Fenrir tanpa henti dipokok itu. Kepala digeleng sebelum keluhan berat dilepaskan.

"Alright Dazy, enough. Bunuh dia lepas dia jaga kakak kau nanti."

"Okay daddy!" Dazy menabik hormat lalu berlari anak di belakang ayahnya. Lidah dijelir pada Fenrir yang mencerlu tajam padanya.

"See? Dia siap boleh seksa aku lagi! Dasar gorilla ketot! "

"Bukan dia lah, bodoh."Terdiam terus Fenrir. Matanya terkebil-kebil tak mengerti seakan anak kecil yang polos. Daze melepaskan keluhan lagi. Anjing ni lah..

"Kejap. K-Kau ada anak yang lain? Tak mungkin! Gori-Maksud aku, Dazy satu-satunya anak kau kan? Damn man, this is ridiculous if you said you have another child. "

"I'm not lying Fenrir. Aku memang ada seorang lagi anak. Tapi dia.. Tak tahu tentang kewujudan aku.." Daze berkata perlahan dihujung ayatnya. Kepala kembali diangkat menghadap Fenrir.

"Aku tak akan berkias lagi. Mulai hari ni, aku nak kau jaga anak aku. Boleh kau buat? "

"Okey? Jadi nama dia? " Daze tersenyum.

"Dia.. "

***

"Adrea Bellvania." Bisik Fenrir bersama mata membulat. Seorang lelaki berambut putih berdiri dihadapanya sambil mencempung seorang gadis yang lena. Mata ungunya tidak lepas daripada memandang Fenrir yang jelas terkejut dengan kemunculan dia.

"Dah tahu? " Soal sang lelaki itu tanpa sebarang nada. Dazy pula hanya senyap memerhati kakaknya. Dia bangkit lalu menghampiri Adrea. Tangan diletakkan diatas dahi sang gadis.

"Kuasa kakak dah kembali sepenuhnya. Abang yakin dia akan terjaga pada waktu yang tepat? " Soal Dazy dan Fenrir hanya memerhati dengan perasaan terkejut.

"Aku pendaping dia. Jadi tak ada masalah rasanya. Cuma aku takut dia tak mampu kawal kuasa rama-rama hitam tu. Kuasa Bellvania sepatutnya hanya rama-rama cahaya,tetapi sebab darah syaitan tulen yang mengalir, rama-rama kegelapan pun wujud. Hanya dua Bellvania sahaja yang pernah memiliki kuasa ini. "

"Kakak dan Andrea kan?"

"Yes. "

"Hahahahah... HAHAHAHA! " Fenrir ketawa lalu menekup mukanya. Lelaki berambut putih serta Dazy berbalas jelingan.

"Kenapa tu?" Soal sang lelaki. Dazy mengangkat bahu lalu membuat isyarat 'gila' disebelah kepalanya.

"Maaf-maaf. Aku cuma tak sangka, banyak rahsia yang Daze simpan selama ni.  " Kini Fenrir memandang serius pada lelaki berambut putih.

"Dan paling buat aku terkejut, pendamping Andrea Bellvania rupa-rupanya masih hidup. Patut wajah kau nampak familiar. Aku yakin kembar kau juga masih hidup. " Fenrir menarik nafas lalu dihembus perlahan. Maklumat yang baru sahaja dihadam, terpaksa ditelan bulat-bulat.

"First, Daze simpan rahsia mengenai kewujudan anak dia. Tak hairan kenapa dia boleh mengamuk bila tahu Adrea Bellvania dipenjarakan di istana gelap. Second, Pendamping Bellvania dan Tempests juga masih hidup. Paling teruk, selama ni kau berdua bersama Shawn? " Mata Fenrir mencerlu pada lelaki berambut putih.

"Alzer dan Alter. Dua kembar yang wujud dalam kandungan yang sama tetapi berbeza puak. Dipisahkan sebaik sahaja lahir. Alzer di puak Bellvania dan Alter di puak Tempests. " Fenrir mengeleng kepala.

"Takdir kau berdua memang targis. "

"Sebab tu aku nak ubah takdir aku." Ujar Alzer lalu memandang Adrea.

"Jika di masa lalu aku bermusuh dengan Alter, jadi sekarang aku nak bersama dia. Aku tak nak lagi bermati-matian membunuh saudara aku sendiri. Jadi aku akan buat apa sahaja untuk elakkan Aeldera keluar. Itu sahaja cara untuk aku kunci memori Alter. " Kini mata Alzer jatuh pada Fenrir.

"Macam yang Daze katakan. Kau kena lindungi Lady Adrea. Dia ialah kunci kepada penjara Aeldera. "

Fenrir terdiam lama. Matanya tertumpu pada Adrea sebelum keluhan berat dilepaskan. Dia bangkit lalu menghampiri Alzer. Kini, tubuh Adrea bertukar tangan.

"Kau pergi tolong mereka di bandar. Fasal Adrea aku boleh uruskan. " Arah Fenrir membuatkan Alzer terkejut. Dazy pula tersengih suka lalu melompat di bahu Fenrir membuatkan sang serigala merengus.

"Dan aku tak suka cakap ni. Tapi kalau aku ada buat benda tak elok dekat Lady kau, Gorilla ni akan bunuh aku. "

"Sekarang pun boleh jugak. Kita buat pelan-pelan ya? "

"Untuk budak semuda kau, kau memang creepy nak mati. "

Alzer tersenyum senang. Dia menunduk membuatkan Fenrir terkejut.

"Terima kasih. "

"Da-dah lah tu! Kau memalukan aku sebagai syaitan! Lagi pun ini hanya perjanjian aku dengan Daze! " Marah Fenrir bersama wajah yang agak merah. Alzer ketawa.

"Urghhh. " Erangan sakit itu menyentakkan mereka. Kepala berpaling kebelakang dan kelihatan Vans sudah lunyai dikerjakan Daze yang hanya berdiri tanpa secalit luka.

"Ka-kau me-memamg..Si-sial! " Carut Vans lalu meludah darah pada Daze. Sang syaitan hanya beriak selamba. Jari diangkat lalu dihalakan pada Vans.

"Dan sial ni jugak yang akan bunuh kau. Selamat tinggal."

Tombak yang dikawal oleh Daze, meluncur laju untuk menikam Vans! Vans bertepik kuat dan penuh dendam!

"Aku akan bunuh kau Daze! Aku akan pastikan kau terseksa nanti! DAZE!! "

"My, my.. You really lose your cool huh? " Daze membulat mata apabila dua susuk tubuh muncul dihadapan Vans!

BAMMMM!

"Daddy! " Dazy bertempik risau. Fenri pula terkejut begitu juga Alzer.

"FENRIR! ALZER! BAWA ADREA DAN DAZY KE PUSAT BANDAR ARIA! " Arah Daze yang kini dikelilingi puting beliung. Pipinya berdarah seakan dihiris. Mata merahnya bercahaya begitu juga badanya.

"Tapi-"

"Sekarang! " Fenrir mendengus sebelum berlari meninggalkan kawasan tersebut. Alzer pula sudah lama berubah menjadi kabus putih  dan mengaburi jejak Fenrir daripada diekori.

Daze menghela nafas lega apabila kelibat anaknya hilang bersama Fenrir.

"Kalau aku jadi kau, aku tak akan suruh Fenrir ke sana." Ujar satu suara dihadapanya membuatkan dia mendengus.

"Lord August.. Kau buat apa disini? Bukan kau ada urusan lain? "

Lord August tersenyum penuh makna. Matanya terhala pada sebuah kawasan. Daze menghalakan kearah yang sama. Matanya membulat dan tubuhnya mengigil kecil.

"A-apa..Apa kau dah buat?!" Tengking Daze membuatkan Lord August ketawa.

"Nothing much. Aku cuma tolong Lord kita lepaskan separuh kuasa dia. "

"JAHANAM! "

Tika Daze mahu menyerang Lord August dan Diandra dengan puting beliungnya, mereka berdua terus lesap bersama Vans. Tanganya membentuk buku lima apabila suara Lord August kedengaran di sekitar.

"Jangan risau. Buat masa ni, aku akan beri umat manusia rasai duhulu separuh kuasa Lord Aeldera. Selepas itu, baru aku lepaskan syaitan Anti-magis, ciptaan Lord! HAHAHAHA!"

BOMMMMMMMMM!

Seiring dengan letupan seakan nuklear itu, serta merta suara Lord August hilang. Daze semakin dapat merasi daya kuasa yang tidak sepatutnya wujud didunia mereka.

"This is bad."

***

Razus dan Eryl yang bertempur di udara turut terkejut. Letupan yang maha dahsyat itu menjadikan separuh Bandar Aria seakan padang jarak-pandang terkukur!

"What the…Arghhh!" Eryl mengerang sakit disaat Razus mengigit pangkal lehernya daripada belakang! Eryl mengaum garang lalu ekor naik melibas di belakang Razus!

BAMMMM!

ROURRR!

Razus melepaskan cengkaman giginya! Eryl mengambil peluang dan melibas dua pasang sayap miliknya yang seakan ribuan pedang pada dada sang naga! Razus mengaum lalu menjauhi Eryl dengan mata yang merah!

"Jangan main-main dengan sayap aku! Sekali aku libas, parut badan kau! Lagi satu, bagi balik isteri aku, kau jantan perampas!!"

Eryl mula menggila dilangit dan menyerang secara liar! Seakan naga yang betul-betul mengamuk!

Hakuryu dan Shiro yang berada tidak jauh daripada kawasan itu, mengeleng kepala serentak. Mereka saling berpandangan sebelum mengeluh bersama.

"Idiot always be an idiot." Ujar Hakuryu.

"Of course. " Shiro menghalakan pandanganya pada kawasan letupan tadi. Hatinya kuat mengatakan sesuatu yang tidak baik sudah terjadi.

"Haku, kita kena cari Shawn sekarang. Dia dah sedar sebelum aku lagi. Aku yakin letupan tadi ada kaitan dengan Aeldera. "

Hakuryu diam seketika. Dia memandang kearah bandar Aria yang semakin reda. Pengikut-pengikutnya membantu beberapa penduduk yang tercedera.

"Baik lah. Kita cari Immortal Guardian itu dahulu. Fasal hal bandar, Puak Beast Ryuzaki boleh uruskan."










Next chap, nak Eldera ke Eryl muncul dulu? 😂

Okay, kita dah sampai climax for this story! 2200+ Words fuhh.. Saya akan cuba habiskan this book tahun ni jugak. Tak nak jadi cam EK, 2 tahun baru habis😂.

So bab kali ni memang nak leraikan persoalan ah citernya even tak terlerai mana pun😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top