Chapter 7 | Something wrong
Eryl POV
Aku rasa perempuan ni ada penyakit cepat pitamlah. Ah well, can't blame her too. Eldera cium dia kut! Aku pun terkejut sampai muka jadi beruk. Haha.. mesti kacak en muka aku? Ala, kalau kau kacak, buat muka apa pun semua suka! Ada aje yang sengih-sengih tengok aku, heh! Booo! Tak tahu malu usya anak teruna orang!
Tapi aku kesian jugaklah dengan perempuan dalam dukungan Eldera tu. Dah lah tak sampai sehari di cium aku, lepastu tercium si Eldera pulak. Paling gila, Eldera dengan 'gentleman'nya membalas ciuman dia. Perh.. Heaven sial.
"Yang kau sengih-sengih macam kera ni pahal? " Soal Eldera tanpa menoleh kearah aku.
Tengok tu! Dia kalau tanya soalan macam ajak gaduh aje. Hurmp! Susah ada member hati kering macam ni. Kalau ada bini, aku rasa tak sampai setahun dah ada gelanggang tinju dalam rumah tu. Dengan perut berboyotnya, waduh.. Kesian baby yang tak terlahir tu main tinju dengan papa dia. Hahaha. Okay stop Eryl, otak kau dah meliar.
"Woi! "
"Hah ya? " Aku sengih aje pada Eldera yang dah tayang muka jengkel.
"Stop mengelamun boleh tak? Ni nak buat apa dengan perempuan ni? " soalnya kepada aku. Ha memang satu tindakan yang sangat bernas! Ingat aku tahu? Kau yang buat, kau lah yang fikir! Nak aje aku cakap macam tu. Tapi aku diam untuk seketika. Tak lama kemudian mentol muncul diatas kepala aku, lalu aku memetik jari dihadapan Eldera.
"Kita jual nak? Dapat untung, boleh beli ayam panggang banyak-banyak! Muehehe.. "
Eldera dah tayang muka 'the hell man? '. What? Kau tanya aku siapa suruh? Tapi en.. kalau fikir balik.. Bagus jugak idea tu. Oh heavennya aku! Lagi-lagi, apabila ayam-ayam tu menggoda aku siap package pangil namaku dengan manja sekali!
"Eryl sayang makanlah kamii.. "
"Marilah.. Sedaappp... "
"Come here baby Ryyll.. "
Ehehe.. Leleh liur aku. Kenapalah diorang ni hot-hot chicken belaka? Rasa nak gigit-gigit aje kepak dengan isi tu! Bahagian peha, perh.. menggoda.. Siap ada cheese lagi!! Muhehe ...
KEBUKK!!
"Aduuuhhhh!!!! "
Aku menggosok dahi yang sakit tetiba. Sejak bila pokok ni tumbuh?! Huhu my dahi... Terus aku angkat kepala memandang Eldera dengan linangan air mata. Tapi asal muka dia kecewa gila?
"Haiih.. Aku doakan kau kena langgar kereta, bukan pokok. Hurmm tak apalah, janji dahi kau benjol." Terus dia bereda tanpa hiraukan aku. Siput babi betul. Dia nak aku mampus ke apa?! Inilah yang kita panggil member paling lahanat dalam dunia. Serius lahanat gila.
"Oit, cepatlah! "
Aku mencebik tak puas hati. Nak merajuk! Tapi bila dia dah kasi jelingan maut, terus aku lari pada dia. Aku tak sanggup nak tempah kubur lagi. Eldera ni bukan boleh jangka.
"Eh, tapi en.. Apa jadi dekat peragut yang kita kejar separuh jalan tadi eh? " soalku apabila terkenangkan si manusia durjana tu. Eldera sekadar angkat bahu dengan muka kosongnya. Ceh.
"Mulut ada tapi tak reti guna. Baik bisu terus." Kutuk ku dalam diam. Geram tahu tak?
"Otak ada tapi tak reti guna. Baik mampus terus. "
Bapak deep! Siap package senyum sinis lagi dia kasi. Aku ingat dia tak dengar. Huhu. Nasib lah nak..
"Apa lagi yang kau tak puas hati? " soalnya dengan nada cari gaduh. Kalau ikut hati, nak aje aku cakap...Aku tak puas hati dengan mulut kau ! Suka sangat straight to the point terus!
"Tak ada apa. "
"Good boy. "
"Go to hell. " Eyy.. sakitnya hati tengok muka belagak dia.
***
Selang beberapa minit, aku dan Eldera ambil keputusan untuk bawak dia balik ke rumah sewa kitorang. Macam yang aku jangka, mesti Alter dan Alzer terkejut tengok Eldera bawak perempuan balik. Bukan sifat Eldera untuk bawak balik perempuan dalam rumah. Yang tu Alzer jadi terkejut beruk macam aku tu. Alter aje relax and tenang nak mampus.
"Eryl kau Letakan dia dalam bilik Eldera. Kalau dah sedar, ajak dia makan. Aku nak suruh Eldera cakap dengan puan Eriana yang kita dah sampai. "
"Okay. "
Jadi perempuan tu pun bertukar tangan. Eldera cepat-cepat pergi dekat telephone rumah. Aku tersenyum dengan gelagat dia. Tahap sayang Eldera pada puan Eriana melebihi segalanya. Kalau bukan sebab puan Eriana yang merayu suruh di datang sini, Eldera tak akan datang punya.
"Aku naik atas dulu lah Alzer. Berat sia perempuan ni. Macam khinzir hutan. "
Alzer dah pandang aku blur. Alter dah blah masuk dapur. Aku sengih tak bersalah seraya membetulkan cepungan aku. Uii.. Dia ni mesti makan banyak nak mampus. Serius berat! Aku ingat ringan, sebab Eldera dengan tak ada perasaanya angkat minah ni. Arh.. Aku lupa mamat ni memang tak ada perasaan.
"Kau.. Kalau perempuan tu dengar, aku rasa nama kau mesti ada dekat batu nisan harini. "
"Whatever. Aku jujur okay? "
Alzer membuat muka seperti berkata 'sila meninggal ' sebelum berlalu pergi. Nak berkepit dengan Alter lah tu. Aku pula ketawa lalu beredar naik ke bilik Eldera. Sejujurnya aku tak tinggal sekali dengan diorang bertiga. Rumah sewa aku dekat sebelah aje.
Ayahanda aku yang sewakan sebelum datang ke sini. Dia memang macam tu. Kalau ikut hati, dia suruh aku tinggal dekat istana kecil keluarga kami yang terletak tak jauh daripada bandar Zynga. Tapi aku tolak, sebab tak naklah budak-budak Academy tu tahu aku ni putera Kerajaan Emerald. Takut nanti ada manusia 'fake' yang belagak macam aku dengan dia bestie sampai mati. Sorry to say lah.. Tapi Eldera aje bestie sampai mati aku! Haha..
"Geez, Eldy kau memang kena decorate baliklah bilik ni. Dah macam tepat simpan mayat aje! "
Bebel aku apabila melihat susun atur bilik Eldera. Seriau aku tengok bilik yang tak serupa bilik ni. Dengan katil tak ada cadar, meja yang ada sarang labah-labah. Empat pedang tak bersarung tergantung di setiap penjuru. Lepastu, ada dua bilah sabit yang tergantung dekat atas kepala katil dengan keadaan bersilang. Dan paling aku tak puas hati, warna bilik dia yang seram gila! Semua hitam dengan merah darah aje!
"Haishh.. Teruk betul! " dalam aku membebel tu, aku letak jugaklah perempuan ni atas katil Eldera. Selamat gebu. Lena aje perempuan ni tidur. Tak tahu lah apa riaksi dia apabila terjaga nanti. Pengsan baliklah kut.
"Dah letak dia? " soal Eldera dari luar. Entah bila dia datang pun aku tak tahu.
"Dah. Kau ni El, cuba deco cantik sikit bilik ni. Kau nak tidur ke nak mampus? " sindirku mendapat jelingan padu daripadanya.
"Diamlah. Aku suka bilik macam ni. Aman sikit. Simple apa? "
"Simple abah kau! "
Eyy rasa nak ketuk aje kepala mamat hati kering ni! Simple pun beragaklah. Apa nak jadi dengan Eldera zaman sekarang? Haduhh..
Eldera menggulingkan matanya keatas seraya berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia duduk dibirai katil lalu menggenggam tangan gadis itu. Mata ditutup seketika. Aku hanya memerhati tindak tanduknya. Tiba-tiba aura biru mengelilingi Eldera, rambut emasnya naik sedikit keudara seperti ada angin yang bertiup disekelilingnya.
"Dia ni.."
Tak sempat pun Eldera nak habiskan kata-katanya, terus dia melarikan tanganya daripada terus menggenggam tangan si gadis. Dadanya merobak kencang seperti baru habis berlari. Matanya membulat bersama peluh yang turun didahi. Berkerut dahi aku dengan keadaan dia yang ni. Bahu dia aku sentuh tetapi tiba-tiba sahaja dia menepis kasar. Terasa siaa..
"E-Eryl.. "
Badan dia menggigil. Suara dia pun nak tak nak aje keluar. Aku tak suka tengok dia jadi macam ni. Mesti dia nampak something masa tengah scan kuasa atau magik dalam badan perempuan ni. Itu salah satu kelebihan yang ada dalam diri Eldera. Satu keluhan terbit dibibir aku. Badan Eldera aku tarik dalam dakapan. Belakang badanya aku usap. Begitu juga belakang kepalanya.
"Shh.. Aku dekat sini. Dah-dah. "
Eldera senyap tanpa suara. Badan dia masih mengigil tetapi tak sehebat tadi. Cengkaman di belakang baju aku juga kuat terasa. Aku mengerling gadis yang masih terkatup matanya.
Apa yang dia nampak?
__________________________________________________________________________________________
2 chapter minggu ni😥.
Jangan lupa vote and comment ya? 😃
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top