Chapter 65 | Traitor
KTANGGG!
KTANGGG!
GRAAAAHHH!!
Seekor musang yang sebesar dua pemeluk lelaki bersama sembilan ekor, melompat dari satu mahluk ke mahluk yang lain. Taringnya yang tajam, digunakan untuk membaham dan menghancurkan kepala Daemon yang menyerang di bandar!
"Grrrrr... " Bunyi garang dikeluarkan apabila tubuhnya dikepung. Mata hijaunya menyala terang sebelum mengaum dan melibas sembilan ekornya!
SWOOSHHHH!
Semua mahluk yang berada berdekatanya, terpelanting jauh! Tidak cukup dengan itu, sang musang berubah dalam bentuk manusianya, lalu kuku digunakan untuk memenggal kepala musuh!
"Huff.. Huff... " Nafasnya berobak kencang. peluh menuruni setiap lekuk badan. Kepala diangkat memandang langit yang kelam. Asap hitam juga berada di mana-mana dek kebakaran.
"Shit. Dunia tak pernah aman ke? " Dengusnya lalu kembali dalam posisi bertarung apabila mahluk-mahluk tak berhati perut itu mula menghampiri. Gigi taringnya menajam.
"Tak guna. Dah lah Drago ni makin huduh. Kalau kacak, boleh jugak aku kasi peluang nak hidup. "
Kuku meruncing. Ekor musang meliuk-liuk dibelakang tubuhnya. Pandangan ditajamkan lalu kaki menolak tubuh kehadapan! Dengan segala libasan, para Drago menemu ajal!
"Hiarghhhhh! "
SLASHHHHHHH!
SLASHHHHHHH!
SLASHHHHHHH!
Semua Drago yang menghampirinya terbelah tiga apabila kukunya memakan daging mereka! Darah yang tercalit tidak menghentikan pergerakannya! Jeneral itu seakan musang yang lincah mencari mangsa.
"Mama! Papa! " Lelaki musang terkejut apabila suara kanak-kanak kedengaran! Kepala dipaling kebelakang dan mulutnya melompong apabila seorang kanak-kanak menangis di salah sebuah bangunan yang runtuh!
"Hey! Ahhh! " Kakinya ingin mara, tetapi serangan bertali arus daripada Drago itu membantutkan niatnya. Dirinya semakin gusar dikala salah seekor Drago menemui kanak-kanak malang itu!
"Jahanam! Jangan apa-apakan budak tu! " Dia melibas dan melibas. Tetapi tiada apa yang berubah! Mahluk itu semakin lama semakin banyak!
"Sial lah! " Carutan semakin berbakul apabila matanya menangkap kelibat si kecil yang digenggam sang mahluk durjana! Matanya semakin membulat!
"Jangan!! "
"Dark ice, land of despair! "
SHUUUUUU!
Tanpa dijangka, seluruh kawasan diliputi ais kegelapan yang sangat sejuk tak terkata. Mata lelaki musang membutang sebelum tawanya terlepas. Semua Drago terbeku kecuali dirinya dan kanak-kanak yang hampir dibaham sang durjana.
"Selamatlah kau datang tepat pada masanya Putera Senri. Kalau tak, entah apa jadi dekat budak ni. " Ujar sang lelaki. Putera Senri pula hanya senyap. Sebelah tangan mendukung si kecil setelah membunuh pemangsanya.
"Uncle Luke ada jumpa Raja Katsu? " Soal Senri seraya menghulurkan anak itu kepada Jeneral Luke.
Jeneral Luke melepaskan helaan panjang. Berkerut dahi Senri sengan balasan yang diberi.
"Kenapa? "
"Ayahanda kau masih di hospital tu. Bersama Shawn dan Edwin. Raja Katsu entah ke mana. "
Senri terkejut dengan penyataan itu. Mulutnya melompong.
"Apa?! Biar betul! "
"Betul lah! Aku dah cuba bawak Ayahanda kau keluar, tapi tak boleh. Raja tu.. Aku rasa dia sengaja letak sihir supaya tubuh dia tak gerak mana-mana! Mana tak sakit jiwa aku macam ni?! " rungut sang Jeneral dengan nada gusar.
Entah kenapa dia macam boleh terbayang wajah Raja Shiro yang tersenyum sambil membuat gaya 'good' dan berkata 'selamat menjaga aku sahabat! '
"Kadang-kadang aku rasa Eryl memang ikut perangai dia. Dua-dua jahanam. Paling teruk, aku betul-betul rasa nak tikam dia sekarang. "
Senri menghela nafas lemah. Tangan naik menekup muka. Entahlah, dia pun macam boleh rasa benda yang sama. Ayahanda dia memang susah nak jangka. Buat orang sakit hati memang kemahiran dia.
"Habis macam mana sekarang? "
"Macam mana apa? Sapu lah semua dulu! "
Terus sang Jeneral berubah bentuk lalu membunuh sesiapa sahaja dihadapanya. Senri mengeluh dan dalam masa yang sama, kerisauan mencengkam diri. Matanya jatuh pada hospital yang diduduki oleh ayahandanya.
"Apa yang ayahanda rancangkan? "
***
"KURAYAMI! "
Fafnir mengaum kuat seraya cuba menyerang Kurayami diudara. Pelbagai serangan digunakan supaya Kurayami memberi fokus padanya! Ya, hanya dia!
"ROOUURRRR! "
"Bapak ah! Boleh pecah gegendang telinga aku kalau macam ni! "
Kurayami sedaya upaya mengelak daripada diserang Fafnir yang mengaum bagai nak gila. Eldera pula sudah selamat berada dibelakang badanya bersama Adrea yang masih tak sedarkan diri. Lelaki berambut emas memaling wajah kearah Fafnir yang mengejar dibelakang mereka.
"Kurayami, elak! "
"Huh? Arh! "
ROUUUUUURRRR!
Kurayami sempat mengelak di saat akhir apabila semburan api dihembuskan oleh Fafnir! Dengusan kasar terlepas serta! Kurayami berputar 360° keatas lalu menghembuskan semburan api daripada belakang Fafnir!
ROOOUUUUURRR!
Fafnir turut mengelak mudah lalu berhenti secara mendadak! Ekornya dilibas tetapi sempat ditahan oleh lengan Kurayami! Sang naga tidak membuang masa, ekor itu ditarik kuat sehingga tubuh Fafnir turut terdorong kearahnya! Penumbuk dikepal lalu menghentam dada Fafnir!
DUSHHHHHH!
DUSHHHHHH!
"Not yet you damn Dragon! "
BAMMMMMM!
Ekor dilepaskan lalu kepalanya menghentam kepala Fafnir! Naga syaitan itu menjerit sebelum atas kepalanya dihentam oleh kaki Kurayami sehingga tubuhnya menjunam keatas tanah!
BRAKKKK!
"Arghhh! "
Fafnir mengaum sakit dikala Kurayami mencengkam kepalanya lalu diheret di atas tanah! Tanah-tanah disitu merekah dan naik keatas! Pokok-pokok yang berada di situ juga tumbang dikala tubuh naga itu melepasi!
Kurayami kembali terbang keudara. Dia tersenyum bangga apabila melihat keadaan Fafnir . Naga syaitan itu masih mampu bangun walaupun tercedera dan tubuhnya menggeletar.
"Good. Kau masih boleh berdiri lagi huh? Heh,boleh lah aku main lag-"
GRRAAAAA!
Mata Kurayami membulat apabila seekor serigala berbulu hitam dan bertubuh seakan manusia serta, hampir sebesar dirinya menyerang daripada belakang! Tanpa sempat Kurayami melakukan apa-apa, tubuhnya sudah selamat menjamah cakaran berbisa!
SLASHHHHHH!
"ROUUUUURR!! "
"Grrrr! "
Kurayami bergelut dengan serigala itu! Eldera yang berada dibelakangnya juga seakan susah untuk bertahan lebih lama. Lebih-lebih lagi apabila sebelah tangan memeluk Adrea.
"Turun daripada belakang aku Eldera!" Arah Kurayami apabila dia mula menjunam kebawah! Eldera mengangguk faham lalu sayap dilebarkan! Tak sempat pun dia nak meluncur ke udara, sang serigala mencengkam tubuhnya!
"Arghhhh! "
"ELDERA!"
Serigala itu melompat turun! Tubuh Kurayami pula dijandikan tempat lompatanya sehingga sang naga jatuh menghentam tanah! Serigala berbulu hitam itu ketawa jahat lalu membawa Eldera dan Adrea jauh daripada kawasan tersebut!
"Sial! Jahanam kau anjing! "
Kurayami menumbuk tanah dek berang! Sayapnya tidak mampu digunakan dek terkena cakaran sang serigala. Kuasa healing miliknya juga seakan lambat!
"Hahaha! Kau pun akan jahanam dekat sini Kurayami!!"
NGAAPPPP!
"Arghhhh! "
Kurayami meraung kesakitan apabila Fafnir muncul dibelakangnya! Gigi taring sang naga dibenamkan tepat dibahagian leher! Tidak cukup dengan itu, Fafnir menarik taringnya dengan kasar bersama daging Kurayami!
"ROOOOOUUURRRR!!! "
Kurayami menahan sakit yang tak terkata! Fafnir pula semakin galak ketawa. Daging milik Kurayami ditelan begitu sahaja. Sang Raja Naga Syaitan hanya memerhati dengan kesakitan serta berang. Bahagian leher yang lompong kembali pulih dan ditutupi dengan sisik-sisiknya.
"Awww. Aku dah agak kau boleh pulih semula. Hurmmm..Daging kau memang sedap! Daging Syaitan Diraja! Hahahaha!"
"Pergi mampuslah! "
Kurayami melibas ekornya begitu juga Fafnir! Mata mereka bercahaya terang. Seekor dengan rasa teruja manakala seekor lagi penuh dengan amarah!
"Aku akan dapatkan darah kau untuk Raja Razus! Raja segala Naga Syaitan!! "
"Dalam mimpi kau! Satu-satunya Raja Naga Syaitan hanya lah aku! "
BAMMMMMM!
Kini kepala Kurayami dan Fafnir bertembung! Angin kencang terhasil dan seluruh kawasan merekah sehingga menjadi kawah yang besar!
"AKU AKAN BUNUH KAU!!!"
***
"You damn dog! Let go of me!" Eldera cuba melepaskan dirinya tetapi gagal. Jika dia gunakan kuasa api, takut Adrea terkena tempiasnya! Damn!
"Tak tahu beza anjing dengan serigala ke apa kau ni? Aku serigala lah!"
"Serigala pun keturunan anjing jugak! Dan perangai kau serupa anjing!! "
Sang serigala mencebik lalu menghentikan lariannya. Dia memandang sekeliling sebelum meletakkan Eldera diatas tanah. Eldera terkebil-kebil. Tanganya masih mencempung Adrea.
"Bawak minah tu lari. Kalau boleh, jauh daripada sini. Jangan terbang. Aku tak jamin keselamatan kau. " Arah sang serigala lalu berpaling kebelakang. Matanya masih memerhati sekeliling.
"Kejap! Kau ni musuh ke apa? " Soal Eldera masih keliru. Serigala berbulu hitam mendegus kasar.
"Aku tengah-tengah! Dah! Baik kau pergi sebelum aku telan kau dengan perempuan tu! "
Eldera teragak-agak tetapi melihat mata sang serigala yang menyala tanda dia serius, membuatkan Eldera mengeluh. Kaki berlari menembusi hutan. Sempat matanya menangkap susuk tubuh lain yang muncul membuatkan tubuhnya seakan direnjat elektrik!
'A-apa?'
Aeldera yang turut merasainya,tersengih. Rantai-rantai besi disekelilingnya disentuh bersama mata yang menyala.
"Auuww. Orang kanan aku tu dah dibangkitkan huh? Aku ingat dia dah mampus. Hurmm. Tinggal dua ekor tu ajelah. " Kini kepalanya didongak ke atas dengan perasaan gembira.
"Vans the heartless vampire."
Vans dan serigala berbulu hitam itu merenung satu sama lain. Vans hanya tenang. Taring yang selama ini disimpan, mula muncul. Sangat tajam. Kuku miliknya juga semakin memanjang.
"Patut aku tak boleh sebulu dengan kau, Vampire rupanya. Aku ingat Edwin aje yang tinggal. "
"Dan aku tak sangka anjing macam kau boleh mengigit tuan. Sejak bila kau berubah arah ni Fenrir? "
Fenrir hanya tergelak kecil. Tangan naik mengusap dagu.
"Hurmm? Maybe lepas tahu rancangan Lord untuk budak Bellvania tu? Duuh. Aku tahu aku jahat, tapi aku tak nak dunia hancur lagi."
Buku lima dikepal lalu jari jemarinya diletupkan. Fenrir merenung Vans dengan riak teruja.
"Lagi satu, aku bukanya kesah fasal Lord Aeldera pun selama ni. Budak Akira tu pulak aku silap percaturan. Jadii.. Anggap ajelah aku nak hapuskan mistake aku sekarang. So sedia nak mampus? "
"Heh."
Kini Vans dikelilingi oleh cecair-cecair merah. Bulu-bulu Fenrir pula mengembang dan aura miliknya semakin menekan.
"Vampire tak akan pernah sebulu dengan serigala. " Tenang Vans bertutur.
"Mehh, semua tahu tu. "
DUSSSHHHHHH!
Cakar Fenrir dan kuku Vans bertembung! Kedua-dua mereka tersengih teruja!
"I will kill you traitor! "
"Oho? With pleasure! "
Nah! saya belanja lagi satu chap minggu ni😂rasa terhibur jugk baca comment hangpa fasal 'Delaine' haritu😂
Sesiapa rindu Eryl? Mamat tu dah nangis sbb lama tak muncul😂.
Eryl: Heyyy! Come on guys, cakaplah 'aku rindu Eryl' please! Aku nak muncul kembali!! Aku merindui gadis2 dan Eldera aku!!! Huwarrhhh *meroyan*
Siapa nak beli mamat ni? Murah aje.
Eryl:*terkejut*Kejamnya anda!!! Dah lah jual aku dengn harga yang murah! Aku mahal!
*rendam Eryl dalam air*
Enjoy ❤️
Eryl: brr!!! Woi! Jangan abaikan aku!! *kejar Author* meh sini aku ciiiium kau! HAHAHAHA!
Arhhh!! Pergi mampuslah!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top